29/05/2025
COVID MEREBAK BALIK? APA SEBENARNYA BERLAKU DI THAILAND & ASIA
Ya, COVID-19 tengah naik semula. Bukan spekulasi, bukan clickbait tapi ini realiti yang sedang berlaku di Thailand, dan mula merebak perlahan-lahan ke negara Asia lain.
Dalam seminggu antara 11 hingga 17 Mei 2025, Thailand catat lebih 33,000 kes baharu. Naik dua kali ganda dari minggu sebelumnya.
Di Bangkok saja, ada lebih 6,000 kes baharu. Dan bukan setakat jangkitan ringan. Seramai 1,918 pesakit dimasukkan ke hospital. Dua kematian dilaporkan di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi.
Kenapa tiba-tiba jadi begini?
Puncanya: varian baharu yang dinamakan XEC. Ini bukan varian biasa. Ia adalah subvarian Omicron gabungan antara KS.1.1 dan KP.3.3 yang mula muncul di Jerman pertengahan 2024. Sejak itu, ia mula tersebar ke lebih 15 negara, termasuk Thailand.
XEC ini cepat merebak. Ia mudah menjangkiti terutama golongan umur 30โ39 tahun yang aktif dan banyak bergerak. Tapi setakat ini, tiada bukti menunjukkan ia lebih ganas. Cuma kerana penularannya cepat, jumlah pesakit yang perlukan rawatan pun jadi tinggi.
Wilayah lain yang terjejas teruk selain Bangkok ialah Chon Buri, Rayong, Nonthaburi dan Samut Prakan yang mana semuanya kawasan padat dengan pelancong dan penduduk bandar. Ini menunjukkan varian ini s**a bergerak dalam komuniti yang sibuk dan rapat.
Apa reaksi kerajaan Thailand?
Pihak kesihatan Thailand gesa rakyat ambil dos penggalak, terutamanya warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik.
Topeng muka digalakkan, terutama di kawasan awam dan pengangkutan. Ujian kendiri pun disaran bagi sesiapa yang rasa tak sihat. Belum sampai tahap lockdown, tapi langkah berjaga-jaga sudah mula diperketat.
Fenomena ini bukan berlaku di Thailand saja.
Di Singapura, Hong Kong, dan beberapa wilayah China menunjukkan lonjakan kes COVID juga mula dikesan. Kali ini, bukan XEC tapi varian JN.1 dan subvarian berkaitan seperti LF.7 dan NB.1.8. Kebanyakan kes masih ringan, tapi jumlahnya meningkat. Sistem kesihatan masih terkawal, tapi semua negara mula waspada.
Adakah ini gelombang baharu?
Secara teknikal, ya. Tapi ia tidak sama seperti gelombang 2020 atau Delta 2021. Vaksin masih berkesan. Sistem kesihatan sudah lebih bersedia. Namun dengan varian baharu yang sentiasa berubah, risiko tidak pernah sifar.
Soalan biasa: kenapa sekarang?
Mudah. Selepas perayaan, cuti sekolah, musim pelancongan dan banyak acara besar menyebabkan interaksi meningkat, penjarakan sosial hilang, pelitup muka jarang dipakai. Tambah p**a dengan varian baharu yang senyap tapi pantas maka jadilah lonjakan mengejut.
Kita di Malaysia perlu ambil tahu dan ambil tindakan sebelum terlambat. Kita tak nak ulang episod panik macam dulu. Tapi kita juga tak boleh buat-buat tak tahu bila jiran terdekat dah mula bergelut.
Jadi apa patut kita buat?
Pertama, kalau ada warga emas, anak kecil, atau orang sakit dalam rumah, pastikan mereka lindungi diri. Kedua, kalau demam atau batuk, buat ujian. Ketiga, pakai pelitup muka kalau berada di tempat sesak. Itu semua langkah kecil, tapi impaknya besar.
Dan yang paling penting agar jangan leka hanya kerana dah selesa. Virus tak kisah kita penat atau dah move on. Ia tetap bergerak, dan ia sentiasa cari peluang.
MasyaAllah. Kadang-kadang kita lupa, kesihatan itu bukan jaminan tetap. Ia nikmat yang datang dengan amanah. Dan bila dunia mula batuk semula, mungkin itu isyarat untuk kita beringat bukan panik, tapi bersedia. Semoga Allah melindungi kita semua dari virus dan fitnah. Amin ya Allah.
Sesiapa yg dah terkesan dan dah tercocok vexx.sin ada penawarnya utk detox buang dgn Detox Dr. Rosni by Herbarry
Sila PM sy di link iniโคต๏ธ
https://wasap.my/60197569296/fbdetoxdrrosni