
13/08/2020
: Sentuhan Menstabilkan Suhu Badan Bayi
Ketika dalam kandungan ibu, suhu bayi di kawal dengan cara ibu berpeluh apabila panas dan menggigil bila sejuk. Sebaik sahaja dilahirkan, bayi tiada keupayaan sendiri untuk berpeluh dan menggigil, jadi mereka sukar selaraskan suhu badan mereka sendiri.
Dengan sentuhan kulit ke kulit, ia bantu bayi stabilkan suhu badan dengan optimum. Kajian menunjukkan badan ibu lebih berkesan dalam selaraskan suhu badan bayi berbanding dengan penghangat elektrik seperti mana yang ada di bilik bersalin.
Jangan lupa peluk bayi selalu dan urut bayi selalu. 💕