Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku)

Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) Pusat Komplementari Terapi Yashfien

Waktu Operasi
Sabtu-Khamis: 12:00-6:00 pm
JUMAAT TUTUP

20/10/2021

Assalamualaikum kepada keluarga dan sahabat saya di sini.

Kita saat ini berada pada bulan Rabiul Awal 1443 Hijriah, bulan yang seharusnya penuh dengan kebahagiaan, penuh hikmah dan momentum untuk terus meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Kerana pada bulan ini atau yang sering disebut juga dengan bulan maulid, telah lahir ke dunia seorang yang utusan Allah, ialah Nabi Allah Muhammad SAW.

Semalam adalah hari yang penuh dengan s**a cita, sekaligus momentum bagi kita untuk meneladani akhlak agung yang dimiliki Rasulullah SAW, di mana meneladani dan mengikuti apa yang diperintahkan Rasulullah SAW adalah salah satu bentuk ibadah kita kepada Allah. Sebagaimana Allah sampaikan pada Al Quran surah An Nisa ayat 59 dan 80.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya…” [An-Nisaa’/4: 59]

“Barangsiapa mentaati Rasul, maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” [An-Nisaa’/4: 80]

Rasulullah adalah panduan bagi kita dalam mengharungi kehidupan di dunia ini, supaya kita semua dapat selamat dan bahagia selama hidup di dunia dan di akhirat. Tidak ada satu aspek kehidupan pun yang tidak diajarkan, dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad.

Maka, selanjutnya tinggal kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk patuh dan taat pada apa yang dianjurkan dan dianjurkan oleh Rasul.

Sehingga pada momentum bulan Rabiul Awal ini sebagai bulan kelahiran Nabi untuk kembali menyemak, apakah hidup kita yang kita jalankan saat ini sudah sesuai dengan apa yang dicontoh Nabi atau belum? Sikap kita dalam mencontohi Nabi sudah sampai pada aspek yang mana?

Jika masih jauh, mari kembali baca, pelajari, dan melaksanakan segala perintah Nabi kepada kita agar kehidupan yang dijalankan saat ini berada dalam laluan yang benar menuju keredhaan Allah SWT.

Selanjutnya kita juga senantiasa berdoa agar diberikan ilmu hingga kekuatan untuk dapat mencontohi Rasulullah dalam setiap aspek kehidupan yang kita jalani.

Demikian ceramah singkat ini saya sampaikan, semoga dapat memberikan sedikit manfaat dan pelajaran berharga bagi kita semua yang membacanya.





Jangan lupa untuk ikuti saya juga di Telegram t.me/profengkuansarudin bagi mendapatkan info terbaru dan perkongsian bermanfaat daripada saya

18/10/2021

Assalamualaikum kepada semua keluarga dan sahabat saya di sini.

Allah SWT telah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Naml ayat 62.

Di antara tugas-tugas bagi seorang khalifah seperti melengkapkan diri dengan iman, ilmu dan amal. Khalifah juga bertugas memakmurkan muka bumi dan memberi manfaat kepada manusia lainnya, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar

Sebagai khalifah, wajib bagi kita untuk berdakwah, menyampaikan dan menyebarkan kebaikan serta mencegah daripada kezaliman (amal makruf nahi mungkar) kepada orang Islam dan non muslim. Dengan itu, mudahlah cara untuk memimpin dengan adil dan saksama.

Manusia hidup di dunia sebagai satu medan ujian yang disediakan oleh Allah SWT. Semakin kuat iman dan takwa maka semakin berat ujian. Sedangkan para Nabi dan Rasul adalah insan yang paling mulia dan dikasihi Allah maka ujian yang mereka hadapi sangat berat dan getir.

Apabila kita bersabar dan semakin dekat dengan Allah SWT, maka darjat kita akan diangkat di sisi-Nya. Hidup berputar bagaikan roda. Selagi bernyawa, begitu putarannya. Andai kita merasakan hidup terlalu teruk diuji, mungkin itu perjalanan untuk menjadi insan hebat.

Lihat bagaimana besarnya ujian dihadapi insan semulia Rasulullah SAW ketika menyampaikan Islam di Makkah. Baginda dihina, dicerca sehingga sampai peringkat baginda hendak dibunuh, tetapi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang menyelamatkan baginda. Perintah Allah supaya baginda berhijrah ke Madinah dan membina Daulah Islam disana.

Dakwah utama baginda adalah mengajak orang bukan Islam kepada Islam secara hikmah.

Sebagai seorang mukmin kita tidak boleh tinggalkan tugas dakwah kerana inilah tugas besar yang perlu kita laksanakan. Kita tidak akan terlepas AMANAH ini kerana cahaya iman yang kita miliki perlu dipindahkan pada non Muslim





Jangan lupa untuk ikuti saya juga di Telegram t.me/profengkuansarudin bagi mendapatkan info terbaru dan perkongsian bermanfaat daripada saya

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.Lama sudah saya tidak menjengah di Facebook dan Telegram ini un...
06/10/2021

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.

Lama sudah saya tidak menjengah di Facebook dan Telegram ini untuk menyapa semua di sini. Semoga semua yang membaca post ini dilimpahi kesihatan dan rahmat daripada Allah Azza wa Jalla. Amin ya Allah.

InsyaAllah pada jam 2:30 petang ini, saya dijemput oleh pihak Pusat Kesihatan Daerah Jelebu bagi memberikan perkongsian dalam Bual Bicara Siri 1: Aplikasi Psikospiritual Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental. Sekiranya berkelapangan, semua boleh menyaksikan secara percuma di Facebook Promosi Kesihatan Jelebu (https://www.facebook.com/promosi.pkdjelebu).

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.Alhamdulillah selesai sudah program Seminar Online Bersama Pak ...
25/09/2021

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.

Alhamdulillah selesai sudah program Seminar Online Bersama Pak Engku: Syirik & Khurafat sekejap tadi. Begitu meriah dengan soalan-soalan daripada para peserta.

InsyaAllah kita akan berjumpa di sesi seterusnya


Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.Esok adalah tarikh temujanji kita untuk Seminar Online Bersama ...
24/09/2021

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.

Esok adalah tarikh temujanji kita untuk Seminar Online Bersama Pak Engku: Syirik & Khurafat. Kepada yang sudah mendaftar, siapkan pertanyaan anda semua untuk membuka minda ilmu pengetahuan kita bersama-sama. Dan kepada yang belum sempat mendaftar, jangan lepaskan peluang pada bulan ini.

Saya bersama staff sedang menyiapkan skrip untuk diulas esok. Jangan terkejut atau pelik melihat jari-jari saya yang kekuningan itu, petang tadi saya menolong isteri tercinta untuk memasak sekeluarga.

Jumpa anda di zoom meeting. Dari Anda Untuk Anda, Anda Tanya Pak Engku Jawab


Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.Tahukah anda, selain syirik yang mempersekutukan Allah dengan y...
22/09/2021

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.

Tahukah anda, selain syirik yang mempersekutukan Allah dengan yang lain, sifat riya' juga termasuk dalam bahagian syirik. Bahkan, sifat riya' atau sombong juga sangat dibenci Allah SWT, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis Al-Dailami, Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan sampai kalian mencampuradukkan ketaatan kepada Allah dengan kecintaan terhadap pujian manusia, sebab (dengan begitu) pahala amal perbuatan kalian akan hilang.”

(HR. al-Dailami)

Nabi SAW bersabda

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ الرِّيَاءُ

“Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil, yaitu riya’.”

(Hadis Riwayat Ahmad).

Maka dari itu hati-hatilah dengan syirik kecil, iaitu riya'. Kerana riya' ini akan merusak amal yang telah kita kerja.

InsyaAllah Sabtu 25 September ini, saya akan memberi seminar mengenai SYIRIK & KHURAFAT melalui aplikasi zoom meeting. Segeralah mendaftar kerana slot adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Sila buat tempahan seat anda segera dengan register di link di bawah dan pembayaran RM20.

https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZwpceyopjIvHtQV9AEMLKs7rryDa6BH5ABt

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi wasap.my/60176847352/seminar25sept

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.Islam datang kemuka bumi ini ketika masyarakat Arab Jahiliah di...
20/09/2021

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.

Islam datang kemuka bumi ini ketika masyarakat Arab Jahiliah dikuasai oleh peraturan, undang-undang dan amalan-amalan jahilliah. Mereka menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana ajaran Tauhid mengajak mereka menyembah kepada Allah SWT Yang Maha Esa dan meninggalkan semua ajaran Jahiliah yang mereka warisi daripada datok nenek moyang mereka.

Jauhilah adat-adat, budaya, kepercayaan orang-orang tua yang tidak ada nas yang sahih seperti percaya roh simati boleh balik ke rumah dan sebagainya.

Jauhilah bomoh-bomoh yang menggunakan khidmat jin-jin kafir dalam perubatan.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”

(Hadis Riwayat Ahmad (3615), Abu Daud (388)

InsyaAllah Sabtu 25 September ini, saya akan memberi seminar mengenai SYIRIK & KHURAFAT melalui aplikasi zoom meeting. Segeralah mendaftar kerana slot adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Sila buat tempahan seat anda segera dengan register di link di bawah dan pembayaran RM20.

https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZwpceyopjIvHtQV9AEMLKs7rryDa6BH5ABt

Berita baik!!! Pendaftaran Seminar Online bersama Prof Dato DR ER HJ ENGKU ANSARUDDIN kini dibuka!💥💥💥Seminar Online bers...
18/09/2021

Berita baik!!!

Pendaftaran Seminar Online bersama Prof Dato DR ER HJ ENGKU ANSARUDDIN kini dibuka!
💥💥💥

Seminar Online bersama Pak Engku bulan ini bertajuk SYIRIK & KHURAFAT akan diadakan pada
25/9/2021 (Sabtu), bermula dari jam 2pm hingga 4pm.
Sesi soal jawab juga di sediakan untuk anda bertanya terus kepada Pak Engku.

Seat adalah terhad!
Siapa cepat dia dapat!!

Sila buat tempahan seat anda segera dengan register di link di bawah dan pembayaran RM20.

https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZwpceyopjIvHtQV9AEMLKs7rryDa6BH5ABt

Selepas mendaftar di link di atas,sila buat membuat pembayaran
RM20 ke : 564847118762 (Maybank) (Pusat Komplimentari Terapi Yashfien)

Kemudian sila WhatsApp
nama, email semasa pendaftaran & bank in slip pembayaran anda kepada
EN.ARIFF wasap.my/60176847352

Seat adalah terhad.
Sila cepat bertindak.

Jumpa anda di SEMINAR ONLINE BERSAMA PAK ENGKU.
Dari anda untuk anda.
Anda tanya Pak Engku jawab.

15/09/2021
15/09/2021

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.

Setiap amalan manusia dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar amalan akan ditimbang dengan adil oleh Allah SWT di hari akhirat. Manusia terbaik adalah mereka yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada orang lain

Nabi SAW bersabda :

خَيْرُ الناسِ أَنفَعُهُم لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Sesungguhnya ketika kita berbuat baik kepada orang lain, manfaatnya akan kembali kepada kita

Seorang mukmin yang bertakwa telah tertanam dalam jiwanya sifat s**a membantu dan sentiasa mendatangkan manfaat kepada masyarakat di sekelilingnya, bukan hanya manfaat untuk dirinya sendiri sahaja

Sifat yang mulia ini akan mendatangkan kebaikan pada diri pelaku itu sendiri sebagaimana dalam Surah Al-Isra' ayat 7.

Banyak cara boleh dilakukan agar menjadi orang yang bermanfaat bagi masyarakat, seperti tolong-menolong dalam bentuk tenaga, memberikan bantuan/sedekah dalam bentuk kewangan atau memberi pinjaman tanpa riba, memberikan tazkirah keagamaan, motivasi dan nasihat yang baik, meringankan beban penderitaan orang sakit dengan dibantu dapatkan ubat yang sesuai, dan sebagainya

Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha menjadikan diri kita manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Kumpulkanlah sebanyak- banyak amal untuk bekalan disana.





Jangan lupa untuk ikuti saya juga di Telegram t.me/profengkuansarudin bagi mendapatkan info terbaru dan perkongsian bermanfaat daripada saya

10/09/2021

Assalamualaikum kepada sahabat dan keluarga saya di sini.

Orang Mukmin Berlemah Lembut Dalam Pertuturan dan Berakhlak Mulia

Islam menyuruh umatnya berakhlak mulia, salah satunya dengan bertutur kata yang baik.

Akhlak ini semakin membuat orang tertarik pada Islam dan dapat dengan mudah menerima ajakan. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita sifat yang mulia ini.

Allah SWT menyuruh orang- orang mukmin agar berlaku lemah lembut

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Hijr ayat 88 yang bermaksud "Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman."

Syaikh Muhammad Al Amin Asy Syinqithi mengatakan, “’Berendah dirilah" yang dimaksud dalam ayat ini hanya untuk mengungkapkan agar seseorang berlaku lemah lembut dan tawaduk (rendah diri). Jadi sebenarnya ayat ini berlaku umum untuk setiap perkataan dan perbuatan, yaitu kita diperintahkan untuk berlaku lemah lembut. Ayat ini sama maknanya dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran Ayat 159 yang bermaksud
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.”

Yang dimaksud dengan bersikap keras di sini adalah bertutur kata kasar. Naluri manusia s**a pada kelembutan dan benci pada kekasaran

Dengan sikap seperti ini malah membuat orang lain lari dari dakwah kita

Wallahu a'lam





Jangan lupa untuk ikuti saya juga di Telegram t.me/profengkuansarudin bagi mendapatkan info terbaru dan perkongsian bermanfaat daripada saya

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 12:00 - 18:00
Tuesday 12:00 - 18:00
Wednesday 12:00 - 18:00
Thursday 12:00 - 18:00
Saturday 12:00 - 18:00
Sunday 12:00 - 18:00

Telephone

+60132873304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku):

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram