MHO Team

MHO Team Perjuangan Hak Asasi & Kemanusian
Human Rights Movement
国际人道主义
雇佣非法外劳
提供法律援助

03/09/2025

布城移民局9月2日晚出动106人大队,突击武吉免登及周边3栋公寓,检查2445人。有人试图钻床底、爬屋顶躲避,仍难逃法眼,最终有770名非法移工落网。同时,当局还捣破一间非法赌博机店。...

03/09/2025

"Tolonglah, ibu merayu hubungilah keluarga beritahu bahawa kamu masih hidup dan selamat. Beritahu keadaan kamu sekarang ini dan apa yang kami boleh bantu."

Demikian rayuan Minerva Balisong, 51, terhadap anak lelakinya, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang selepas dipercayai menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan keluarga, 6 Jun lalu.

Minerva yang berasal dari Filipina dan menetap di United Kingdom (UK) sejak 24 tahun lalu berkata, kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu disedari apabila tidak p**ang ke rumah selepas keluar untuk menjalani peperiksaan.

Jururawat itu berkata, dia membuat laporan kepada pihak berkuasa UK pada hari kehilangan anaknya kerana bimbangkan keselamatan.

"Siasatan pihak berkuasa UK mendedahkan bahawa anak saya secara rahsia menaiki penerbangan ke Abu Dhabi sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 Jun lalu.

"Malah semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut mengesahkan bahawa David masuk ke negara ini pada 7 Jun lalu," katanya dalam sidang media di Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini, hari ini.

Pada Julai lalu, media melaporkan remaja warga Britain itu dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Polis kemudian dilaporkan percaya remaja berusia 17 tahun itu masih berada dalam negara ini.

Bercerita lanjut, Minerva berkata, tiga hari selepas kehilangan David, keluarga menerima satu e-mel daripada alamat tidak dikenali mengaku anaknya yang meminta tidak mencarinya.

Namun, dia sukar mempercayai kandungan e-mel itu dibuat anaknya kerana e-mel dan mesej suara yang dihantar kepadanya tidak berbalas malah telefon bimbit juga tidak dapat dihubungi.

Apa yang membimbangkan kini adalah anaknya menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh sindiket penipuan dalam talian di negara ini.

"Anak saya mahir menggunakan komputer dan dia memang meminati bidang siber. Saya bimbang kelebihan anak saya itu dipergunakan oleh sindiket berkenaan.

"Pihak berkuasa juga ada memaklumkan David kemungkinan sudah merancang untuk melarikan diri beberapa bulan sebelum itu kerana dia mengeluarkan wang simpanannya daripada akaun bank sedikit demi sedikit sejak Mac lalu.

"Saya yakin anak saya didorong oleh individu lain sehingga dia berbuat demikian. Anak saya tidak tahu menguruskan semua perkara seperti dilakukan orang dewasa secara sendiri kerana dia masih remaja," katanya.

Justeru, Minerva yang datang ke Malaysia sejak Julai lalu dalam usaha pencarian anaknya itu merayu pihak berkuasa mengesan keberadaan David dan menyelamatkannya dengan segera.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim tidak menolak kemungkinan David menjadi mangsa pemerdagangan manusia berdasarkan beberapa petunjuk termasuk kandungan e-mel yang dihantar remaja terbabit seperti taktik sama digunakan sindiket berkenaan.

"Saya percaya sindiket penipuan dalam talian sudah wujud di negara ini berdasarkan beberapa tangkapan dan serbuan pusat panggilan yang dilakukan polis sebelum ini.

"Sudah tiba masanya kita bertindak mengekang sindiket daripada beroperasi dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan kegiatan haram mereka," katanya.

03/09/2025

17岁英国少年大卫巴里松来马失踪近3个月,其母亲担心儿子或遭不法之徒控制,甚至可能落入人口贩卖集团或诈骗集团的魔掌,无法脱困。
#星洲日报
新闻链接:https://www.sinchew.com.my/?p=6834967
最热新闻,关注《星洲日报》Whatsapp频道:
https://bit.ly/SinchewWhatsapp

Semangat kemerdekaan menyatukan kita di bawah jalur gemilang yang sama.
31/08/2025

Semangat kemerdekaan menyatukan kita di bawah jalur gemilang yang sama.

31/08/2025

Sindiket Scammer di Sungai Buloh Belasah Suami dan Ugut Rogol Isteri Mangsa

↠ ===== ↠

Sila KONGSI dan LIKE sebagai sokongan terhadap PERJUANGAN KEMANUSIAAN selaras dengan undang-undang.

30/08/2025

Imi cm KPDN



#移民局 #大掃荡 #非法雇佣外劳 #人道主义 #法律支援

30/08/2025

Jemaah terkandas di KLIA, wang melebur, syarikat hilang tak dapat dikesan.

↠ ===== ↠

Sila KONGSI dan LIKE sebagai sokongan terhadap PERJUANGAN KEMANUSIAAN selaras dengan undang-undang.

29/08/2025

Bekas ahli parlimen Masud Uddin Chowdhury, Nizam Uddin Hazari dan Benjir Ahmed antara yang disiasat.

28/08/2025

KPDN and Imi Operasi



#移民局 #大掃荡 #非法雇佣外劳 #人道主义 #法律支援

28/08/2025

了解与阿窿案件相关的法案和法律。
Ambil tahu tentang akta dan undang-undang yang berkaitan dengan kes ahlong.

Sila KONGSI dan LIKE sebagai sokongan terhadap PERJUANGAN KEMANUSIAAN selaras dengan undang-undang.

Address

Block C, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60123599836

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MHO Team posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share