Primary Eye Care Optometrist

Primary Eye Care Optometrist Empowering Primary Care Optometry

Penulisan Artikel Penjagaan Mata Optometri Primer✨Assalamualaikum & selamat pagi. ❤️Kami menjemput kalian, warga Pegawai...
05/12/2025

Penulisan Artikel Penjagaan Mata Optometri Primer✨

Assalamualaikum & selamat pagi. ❤️

Kami menjemput kalian, warga Pegawai Optometri KKM menyertai program *Penulisan Artikel Penjagaan Mata Optometri Primer*.

Program yang julung kali dianjurkan ini mengajak kalian untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan & cerita-cerita menarik sepanjang kalian bertugas sebagai Pegawai Optometri KKM.

Sebagai penghargaan, setiap artikel yang di hantar melayakkan kalian mendapat *10 point kredit myCPD (A6). 20 point maksimum setiap seorang*.

Program ni PERCUMA untuk pendaftaran, namun tempat adalah TERHAD.

Jika kalian berminat, sila buat imbasan kod QR di dalam poster atau klik pautan dibawah:

https://shorturl.at/Isqn9

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
1. Cik Hani Asmira (017-9367 699)
2. En. Mohamad Akmal Azemi (014-5883 829)

Tarikh tutup penyertaan adalah 31 DISEMBER 2025

Saringan Penglihatan AVIS 👀✨19 & 20 Mei 2025 | Tadika PASTI Al Wafi 1 & 3Pegawai Optometri Primer Hospital Mukah datang ...
01/12/2025

Saringan Penglihatan AVIS 👀✨
19 & 20 Mei 2025 | Tadika PASTI Al Wafi 1 & 3

Pegawai Optometri Primer Hospital Mukah datang buat “spot-check mata” untuk si comel!

Pengesanan masalah mata dari usia muda sangat penting untuk memastikan perkembangan pembelajaran berjalan lancar dan optimum.

Jom kesan awal, elakkan masalah—supaya dunia mereka sentiasa jelas dan ceria! 🌈

Hari Diabetes KK Kuala Lumpur | 12 November 2025💙✨Hari ini, pasukan pelbagai disiplin KK Kuala Lumpur seperti Optometri,...
01/12/2025

Hari Diabetes KK Kuala Lumpur | 12 November 2025
💙✨

Hari ini, pasukan pelbagai disiplin KK Kuala Lumpur seperti Optometri, Kaunseling, Farmasi dan Dietetik bersatu dalam menjayakan Program Hari Diabetes bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman pesakit.

🌟 Fokus khas juga diberikan kepada kesihatan mata, kerana diabetes boleh menjejaskan penglihatan dan menyebabkan komplikasi seperti Retinopati Diabetik.
Melalui pemeriksaan dan pendidikan oleh Pegawai Optometri, para peserta diberi pendedahan tentang kepentingan saringan mata berkala, tanda-tanda awal masalah penglihatan, serta cara menjaga mata bagi pesakit diabetes.

Program turut meriah dengan ceramah kesihatan, pemeriksaan asas, dan senamrobik bagi menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan penglihatan! 👁️💙

25 Nov 2025 🩵Taklimat Asas Saringan & Promosi Kesihatan Mata, Negeri KelantanBertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Kelan...
26/11/2025

25 Nov 2025 🩵
Taklimat Asas Saringan & Promosi Kesihatan Mata, Negeri Kelantan

Bertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Unit Kesihatan Primer telah menganjurkan program taklimat asas saringan mata untuk semua anggota klinik kesihatan di seluruh Kelantan.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan tentang peranan optometri dalam kesihatan primer serta memberi latihan asas saringan penglihatan termasuk pengenalan carta RAVAC bagi pemeriksaan mata kanak-kanak 4 tahun oleh Unit MCH yang disampaikan oleh Pegawai Optometri.

Turut diadakan, sesi serahan carta RAVAC kepada 10 klinik kesihatan terpilih sebagai langkah mengukuhkan amalan saringan awal di peringkat komuniti 👁️✨



24 Nov 2025 🩵Hari ni Pegawai Optometri turun padang ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang! 👓✨Bersama team Fisioterapi, Kau...
24/11/2025

24 Nov 2025 🩵
Hari ni Pegawai Optometri turun padang ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang! 👓✨
Bersama team Fisioterapi, Kaunselor, OT dan Sains Pemakanan, kami berkongsi tips kesihatan dengan 300 pelajar Tingkatan 1–3.

Ramai yang tak sedar, rabun bukan sekadar “nampak blur sikit je” tapi boleh jejaskan fokus belajar, postur, malah keyakinan diri.
Sebab tu kesedaran kesihatan mata dari usia sekolah sangat penting. Lagi awal periksa, lagi cepat kita boleh cegah masalah mata dari jadi lebih teruk. 👀💡

Semoga adik-adik makin peka tentang penjagaan mata dan jaga kesihatan secara keseluruhan. 💙



Primary Eye Care Optometrist KKM mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Syarifah Faiza Binti Syed Mohd Dardin atas pela...
21/11/2025

Primary Eye Care Optometrist KKM mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Syarifah Faiza Binti Syed Mohd Dardin atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Optik Malaysia bermula 18 November 2025. Semoga pelantikan ini menjadi amanah yang memberi inspirasi kepada seluruh komuniti Optometri serta menjadi iltizam dalam memacu kecemerlangan profesyen Optometri dan perkhidmatan kesihatan mata di Malaysia.

Majlis Optik Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada 𝐃𝐫. 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐟𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐢𝐳𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐃𝐚𝐫𝐝𝐢𝐧 atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Optik Malaysia bermula 18 November 2025.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan Majlis Optik Malaysia serta memartabatkan profesyen optometri di Malaysia. 💐

Dari KAMI untuk ANDA
17/06/2025

Dari KAMI untuk ANDA

👀 Rabun di Kalangan Kanak-Kanak: Ancaman Senyap 👶📚Semakin ramai kanak-kanak alami masalah rabun  terutamanya disebabkan ...
10/06/2025

👀 Rabun di Kalangan Kanak-Kanak: Ancaman Senyap 👶📚

Semakin ramai kanak-kanak alami masalah rabun terutamanya disebabkan gajet, kurang aktiviti luar, dan faktor genetik.

Tanda-tanda anak mungkin rabun: ✅ S**a duduk dekat TV/buku
✅ Kerap mengecilkan mata
✅ Mengadu sakit kepala
✅ Hilang fokus semasa belajar
✅ Sering gosok mata

Apa ibu bapa boleh buat? 🔹 Bawa anak buat pemeriksaan mata secara berkala
🔹 Galakkan bermain di luar rumah
🔹 Hadkan masa skrin & rehatkan mata setiap 20 minit
🔹 Pastikan pencahayaan yang cukup semasa belajar

👉 Jangan tunggu anak mengadu. Rabun yang tak dirawat boleh jejaskan pelajaran dan keyakinan diri mereka.

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan jaga mata mereka? 💪✨

FULL HOUSE..Penyertaan sangat menggalakkan dan pendaftaran sudah pun ditutup😍 Bagi yg sudah mendaftar ini adalah tentati...
10/06/2025

FULL HOUSE..Penyertaan sangat menggalakkan dan pendaftaran sudah pun ditutup😍 Bagi yg sudah mendaftar ini adalah tentatif bagi SEMINAR PENJAGAAN MATA OPTOMETRI PRIMER 2025 nnti untuk rujukan semua..

📢 Calling All Primary Care Optometrists  !Don’t miss the first-ever workshop *Seminar Penjagaan Mata Primer Optometri 20...
13/05/2025

📢 Calling All Primary Care Optometrists !

Don’t miss the first-ever workshop *Seminar Penjagaan Mata Primer Optometri 2025* organised by the Primary Care Optometry Committee (Jawatankuasa Optometri Primer KKM)!

🗓 2 & 3 July 2025 | 🕗 8.00 AM – 5.00 PM
📍 Bilik Seminar, Aras 6, Kompleks Pakar & Rawatan Harian, HKL
💰 RM80 (Public) | RM60 (PPOM Members)

🎯 Let’s strengthen the role of optometrists in primary eye care! This is the platform to increase your eye diseases knowledge, skills & showcase case studies!

🔗 Register now : Scan the QR code on the poster or click link below:

https://forms.gle/skXSz6hEceDvuW5o9

📞 Need help? Contact
1. Pn Nur Ayuni (011-3378 1146)
2. Cik Hani Asmira (017-9367 699)

📌 Registration closes on 15 June 2025

Mesyuarat Teknikal Perkhidmatan Optometri Bil. 1/2025 | Kesihatan Primer22 April 2025 | Bilik Mesyuarat Utama Cawangan P...
23/04/2025

Mesyuarat Teknikal Perkhidmatan Optometri Bil. 1/2025 | Kesihatan Primer

22 April 2025 | Bilik Mesyuarat Utama Cawangan Primer, Kompleks E, Putrajaya

Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2025 ini dipengerusikan oleh Dr Saidatul Norbaya binti Buang, Timbalan Pengarah Cawangan Kesihatan Keluarga, turut disertai oleh Dr Asnida binti Anjang Abd Rahman (Ketua Sektor Sokongan & Teknikal, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK), serta wakil-wakil dari BPKK, BSKB, Perkhidmatan Oftalmologi, Perkhidmatan Perubatan Keluarga dan 15 Pegawai Optometri dari klinik kesihatan seluruh negara.

Antara yang dibincangkan:
•Perutusan Pengerusi
•Pencapaian & KPI Pegawai Optometri
• Pelan peluasan Perkhidmatan Optometri di Malaysia
•Tadbir urus & isu semasa bagi tahun 2025 & hal-hal berbangkit

Sesi ini bukan sekadar perbincangan—ia adalah medan menyulam pandangan, mencambah idea dan menyemai harapan agar perkhidmatan Optometri terus mekar di penjuru kesihatan primer negara.

"Dari mata turun ke jiwa, dari khidmat lahir makna. Terima kasih kepada semua yang terus menyumbang demi kemajuan bersama."

*Empowering Primary Care Optometry

Apa itu Glaukoma..Video berinformasi dan menarik dari Fatin Nadiah, Pegawai Optometri Hospital Bukit Mertajam Pulau Pina...
08/03/2025

Apa itu Glaukoma..
Video berinformasi dan menarik dari Fatin Nadiah, Pegawai Optometri Hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang 👍

Address

Jalan Termeloh
Kuala Lumpur
53200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Primary Eye Care Optometrist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Primary Eye Care Optometrist:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram