09/01/2026
"Aku rasa aku bagus" - Tauke Jambu
Kita kenal Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menerusi pentas lawak.
Dulu, kalau nampak muka dia kat TV, kita dah standby nak gelak.
Dia dengan arwah Pak Yus, tubuh kumpulan 'Jambu'.
Duo yang boleh kita cakap tambah perasa dalam industri komedi kita.
Masa orang lain sibuk susun punchline padu-padu, dorang keluar pakai baju warna-warni
Buat lawak yang tak masuk akal, lawak yang simple tapi boleh drag sampai satu dewan terbahak-bahak.
Tapi dalam Dol’s Podcast, Tauke cerita sisi sebenar yang kamera tak tunjuk.
Pasal seorang lelaki yang pernah berada di puncak, kemudian jatuh ke jurang paling dalam, sampai rasa nak tamatkan nyawa sendiri.
🔵Era Masyhur : "Rehearsal Lain, Live Lain"
Jambu bukan sekadar kumpulan lawak. Tapi satu fenomena.
Strategi dorang? Berani buat benda orang lain takut nak buat.
Tauke pernah cerita, rahsia dorang adalah kepercayaan.
"Rehearsal lain, live lain."
Dorang buat benda yang langsung tak ada dalam skrip.
Pak Yus adalah 'feeder' yang paling genius.
Dia tahu bila nak bagi ruang, bila nak bagi umpan.
Tauke pulak akan sambut dengan aksi fizikal yang luar biasa.
Sinergi duo ni bukan dibuat-buat. Ia organik. Ia punya 'roh'.
Tapi dalam sedar tak sedar, populariti tu jadi racun yang perlahan.
Bila 'job' mencurah-curah, bila orang puji melambung, ego mula melangit.
Tauke mengaku masa tu : "Aku rasa aku bagus."
Dia rasa dia boleh terbang tinggi sorang-sorang.
Walaupun Jambu selalu masuk final tapi tak pernah juara.
Tauke sekarang nampak itu sebenarnya rahmat.
"Kalau aku juara masa tu, mungkin aku lagi teruk hanyut."
Tuhan simpan juara tu, sebab Dia nak simpan sikit rasa rendah diri dalam hati Tokay.
Tapi itu belum cukup untuk 'patahkan' ego dia yang tengah melangit.
🔵 Bila 'Roh' Itu Pergi
Titik hitam bermula bila Pak Yus dijemput Ilahi.
Serta-merta, dunia komedi Tauke jadi kelam.
Dia cuba bangkit. Dia buat kumpulan baru, dia cuba solo.
Tapi semua tak kena. Masuk sana tak kena, buat ni tak kena. Kenapa?
Sebab penonton bukan nak tengok lawak. Penonton nak 'roh' Jambu.
Orang ramai tak boleh terima Tauke tanpa Pak Yus.
Dia bergelut nak cari identiti baru, tapi bayang-bayang arwah terlalu besar.
Masa ni, dia dah mula rasa tekanan.
Tapi dia tak tahu, ada ujian lagi besar tengah tunggu kat depan.
🔵 Tragedi "Pemerdagangan Manusia"
Boom. Satu Malaysia kecoh.
Nama Tauke terpampang kat tajuk berita utama. Bukan sebab menang anugerah, tapi sebab tuduhan jenayah berat:
Pemerdagangan Manusia.
Dalam sekelip mata, dari penghibur negara, dia jadi penjenayah di mata masyarakat.
Stesen TV terus 'gam' dia. Telefon yang dulu tak berhenti berbunyi sebab tawaran 'job', tiba-tiba sunyi sepi.
Kawan-kawan hilang. Industri buang dia macam sampah.
Tapi apa cerita sebenarnya?
Tauke cerita, dia cuma nak tolong hantar "adik angkat" dia pergi kerja.
Adik angkat tu bukan bawah umur, dah umur 35 tahun pun.
Dia hantar, lepas tu dia balik.
Masa perjalanan balik tu, dia kena tahan kat sekatan jalan raya.
Polis jumpa barang bukti kat lokasi kerja tu, bukan dalam kereta dia.
Tapi siapa nak percaya?
"Tak ada bukti pun. WhatsApp pun tak ada." katanya.
Tapi hukuman masyarakat lagi laju daripada hukuman mahkamah.
Masa kena reman empat hari tu lah kemuncak penderitaan dia.
Lapan sel, dia sorang.
Dia rasa dunia dah tamat. Dia rasa lebih baik dia mati daripada tanggung malu ni.
"Lebih baik aku tamatkan diri," fikir dia masa tu.
Tapi Tuhan tu Maha Adil. Masa dia tengah rapuh tu, Tuhan hantar bayangan muka anak-anak dan isteri dia.
Dia menangis semahu-mahunya dalam sel tu.
Dia sedar, selama ni dia hidup ikut nafsu. Akal dia lembik.
Dia rasa hebat sebab populariti, tapi sebenarnya dia kosong.
🔵 Lempeng, RM2 dan Jalan Pulang
Bila dia keluar, dia bukan lagi Tauke yang dulu.
Dia sedar dia kena bermula dari kosong.
Dia tak salahkan polis,
Diia tak salahkan stesen TV
Diia tak salahkan kawan yang lari.
"Aku salahkan diri aku." Itulah ayat pertama kebangkitan dia.
Dia tak malu nak buang status artis dia jauh-jauh.
Dia pergi Kuala Selangor
Dia buka gerai kecil
Dia tebar lemping
Dia bancuh teh tarik.
Bayangkan, orang yang dulu ribuan peminat tepuk tangan, sekarang berdiri depan kuali panas, peluh berjurai-jurai.
Tapi ajaibnya, kat situ dia jumpa ketenangan yang dia tak pernah rasa masa zaman glamor.
Dia buat satu benda yang orang anggap rugi.
Dia jual lempeng RM1. Murah kan?
Dia jual teh tarik RM2. Padahal harga pasaran RM3.50.
Bila orang tanya kenapa murah sangat?
Baki RM1.50 tu adalah sedekah darinya untuk pelanggan.
Dia bukan lagi kejar 'rating'. Dia kejar doa orang.
Dia nak bersihkan balik nama dia bukan dengan kenyataan media, tapi dengan keringat dan keikhlasan.
Dan tahu apa yang jadi lepas tu?
Allah gerakkan hati orang ramai. Orang datang dari Kedah, dari Johor, dari merata tempat.
Bukan semata-mata nak makan lempeng, tapi nak bagi 'high-five' kat seorang lelaki yang berani bangun balik lepas kena ‘pijak’ dengan takdir.
🔵 Apa Yang Kita Boleh Belajar?
Kisah Tauke ni bukan dirinya sahaja. Ini pasal kita.
Manusia yang sering alpa bila kat atas, dan cepat putus asa bila kat bawah.
Saya nampak 3 benda penting dalam perjalanan dia:
✅Tanggungjawab adalah kunci.
Selagi kita salahkan orang lain atas nasib sendiri, selagi tu kita takkan bangkit.
Tauke bangkit bila dia cakap, "Ini salah aku."
✅Juara tak semestinya piala
Kadang-kadang, kegagalan kita untuk jadi 'juara' dalam sesuatu bidang adalah cara Tuhan nak selamatkan kita daripada hanyut lebih jauh.
✅ Peluang kedua tu wujud. Tapi dia tak datang bergolek.
Dia datang bila kita tunjuk kita dah berubah.
Dia datang bila kita berani tebar lempeng masa orang lain tengah gelakkan kita.
Sekarang, jiwa tauke dah tenang. Dia mungkin tak kaya macam dulu, tapi dia bahagia dengan caranya.
Dia dah tak perlu sorakan ribuan orang untuk rasa dihargai.
Cukup sekadar nampak pelanggan senyum lepas hirup teh tarik RM2 dia.
Kita semua ada 'sel' kita sendiri.
Ada masa kita rasa dunia ni gelap, sunyi, dan kita sorang-sorang dalam tu.
Kita rasa macam dah tak ada jalan keluar. Tapi ingat satu benda ni...
Kalau Tauke pun boleh bangkit dari sel gelap hingga buka gerai lempeng, kenapa kita tak boleh?
Jangan takut untuk jatuh. Takutlah kalau dah jatuh, tapi kita tak nak bangun balik.
🔵 Tak perlu malu, yang penting halal dan berkat
Kadang-kadang, bila pintu depan dah tertutup rapat, Tuhan suruh kita cari rezeki jalan lain.
Tauke pilih berniaga lempeng. Mungkin pilihan kita adalah dengan mula berniaga kecil-kecilan dari rumah.
Kredit Dr zul Ariffin maarof