26/02/2026
RAHSIA PEMUTUS IKATAN JIN & DUKUN
✳️Jika sesiapa di dalam keluarga mengalami masalah Saka Atau terkena gangguan sihir maka lakukanlah amalan ini untuk memutuskan hubungan perjanjian antara Jin saka dan dukun yang melakukan perbuatan sihir tersebut.
🔷Amalan ini hendaklah dilakukan sendiri atau diwakilkan kepada salah seorang ahli keluarga pada waktu selepas solat maghrib dengan cara berikut :
◼️Baca Ayat ini sebanyak 7 kali dengan Niatkan untuk memutuskan perjanjian antara Jin atau Dukun Yang mengikat diri atau keluarga kita.
بَرَآءَةٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦٓ إِلَى ٱلَّذِينَ عَٰهَدتُّم مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ
Baraaa'atum minallaahi wa rasoolihee ilal lazeena 'aahattum minal mushrikeen
(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).
(Surah At-Taubah Ayat 1)
🔷Hendaklah Lakukan amalan ini selama 7 hari atau 40 hari sehingga tiada lagi gangguan jin saka atau sihir yang dihantar oleh dukun.
⚡Memudahkan kesan Hebat semua amalan ilmu hikmah.
⚡Membuka hijab.
⚡Mendatangkan firasat dan Ilham.
⚡Melindungi diri dari tipu daya makhluk ghaib.