Cleft Lip And Palate Association of Malaysia

Cleft Lip And Palate Association of Malaysia CLAPAM is the only registered/recognized national organisation on clefts in Malaysia. CLAPAM also functions as a link between members and medical professionals.
(1)

Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM) is a non-profit, non-government organisation and a support group consisting of volunteers from parents with children born with cleft lip and/ or palate, adults with cleft lip and/ or palate and healthcare professionals who manage such individuals CLAPAM provides various support services including counselling, information on feeding and care of cleft babies, and hospital/house visits.

Larian Amal Klef – CLAPRUN 2026 Ahli CLAPAM, para pembaca dan masyarakat umum dijemput menyertai program Larian Amal Kle...
16/05/2026

Larian Amal Klef – CLAPRUN 2026
Ahli CLAPAM, para pembaca dan masyarakat umum dijemput menyertai program Larian Amal Klef – CLAP RUN 2026 seperti berikut:.

Tarikh: Ahad 28 Jun 2026
Waktu: 7:00 pagi -12:00 tghari
Tempat: Balai Ungku Aziz
Tema: “Miles that Make Smiles”

Maklumat lanjut terdapat di lampiran.

Syabas kepada penuntut tahun 4 Fakulti Pergigian UM yang mengelolakan Larian Amal ini dan meneruskan tradisi Universiti Malaya untuk kali yang ke-10..
Jom . . . bersama kita beriadah sambil menyumbang pada dana CLAPAM untuk kebaikan masyarakat klef di Malaysia

Members of CLAPAM, readers and the general public are invited to participate in an upcoming Cleft Charity Run – CLAP Run 2026 planned as follows;

Date: Sunday, 28 June 2026
Time: 7:00 am-12:00 pm
Venue: Balai Ungku Aziz, UM
Theme: “Miles that Make Smiles”

Further details are provided in the attached posters. Congratulations to the 4th year dental students of Faculty of Dentistry UM and for continuing the tradition for the 10th year.

Come join in the fun while contributing towards CLAPAM’s fund to benefit the Malaysian cleft community.

PENDAFTARAN INDIVIDU / INDIVIDUAL REGISTRATION:
https://forms.gle/QxDEwmBebhsgkDsC7

PENDAFTARAN KUMPULAN / GROUP PROMOTION REGISTRATION:
https://forms.gle/tzrzRmexSkQiRjqE6




Penambahbaikan protokol KBK di TABTAR HPKK UKMPasukan Klef TABTAR HPKK UKM telah menganjur satu bengkel pada 29 April 20...
03/05/2026

Penambahbaikan protokol KBK di TABTAR HPKK UKM

Pasukan Klef TABTAR HPKK UKM telah menganjur satu bengkel pada 29 April 2026 untuk menambahbaik protokol KBK yang sedia ada (digubal pertama kali pada tahun 2013). Ia bertujuan mengemaskini serta memasukkan SOP bersesuaian dengan pemindahan KBK dari HCTM ke TABTAR HPKK UKM. Bengkel satu hari dihadiri wakil setiap bidang kepakaran penjagaan/perawatan klef.

Salah satu hasil bengkel ini ialah pembentukan satu rekod catatan/diari klef yang akan diberi kepada ibu bapa untuk dibawa bersama apabila menghadiri janji temu klef. Ia membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan protokol anak serta tindakan susulan.

Tahniah kepada Pasukan Klef TABTAR di atas keperihatinan meningkatkan khidmat klef. Terima Kasih menjemput CLAPAM untuk berkongsi perspektif ibu bapa.

The cleft team of TABTAR HPKK UKM held a 1-day workshop on 29 April 2026 to enhance and update the protocol for CCC (the protocol was first developed in 2013). The workshop was attended by representatives of each discipline involved in cleft care. It was intended to capture SOPs and inter-discipline interactions with the transfer of CCC from HCTM to TABTAR HPKK UKM.

One outcome was the development of a cleft record booklet/diary which will be given to parents for their safekeeping and brought to cleft clinic. This will enable records of key decisions/follow up to be documented for the parents’ attention.

Congratulations to TABTAR HPKK UKM cleft team for their commitment towards improving cleft care. Thank you for inviting CLAPAM to provide parent perspective input.




AGM2026 – Program Para HadirinDua program untuk para hadirin diadakan ketika CLAPAM AGM 2026. Aktiviti ini membolehkan i...
18/04/2026

AGM2026 – Program Para Hadirin
Dua program untuk para hadirin diadakan ketika CLAPAM AGM 2026. Aktiviti ini membolehkan ibu bapa, kanak-kanak dan pengamal kesihatan berinteraksi sambil berkongsi pengalaman/maklum balas.

AR-KLEF (“Augment Realiti – KLEF”): satu demostrasi keupayaan teknologi ciptaan Politeknik Kuala Terengganu (PKT) diketengahkan. AR-KLEF membolehkan penerangan klef disampaikan secara interaktif (buat masa ini) melalui telefon android sebagai peranti paparan. Demonstrasi ini adalah susulan LoI kerjasama CLAPAM dan PKT yang ditandatangani baru baru ini. Ia juga adalah hasil susulan pembentukan ‘Diari Klef’ oleh pasukan pergigian Terengganu.

Kajian Ortodontik – para hadirin diberi penerangan dan dijemput menyertai satu kajian bersabit “kualiti kehidupan dengan klef bibir dan/atau lelangit (samada mereka pernah atau belum pernah menjalani rawatan orthodontik)”. Kajian ini bertujuan mendapat maklum balas supaya kualiti kehidupan dapat pertingkatkan lagi.

Terima Kasih pada semua yang mengambil bahagian, terutama kepada pasukan dari Kuala Terengganu. Semoga apa jua usaha yang dijalankan dapat meningkat kebajikan dan keselesaan masyarakat klef Malaysia.

AR-KLEF (“Augment Reality – KLEF”): A demonstration of AR-KLEF was conducted by the team from Politeknik Kuala Terengganu (PKT). It enables information on cleft to be shared (for now) via an application on an Android phone. The demonstration is a follow up to the recent LoI signed between PKT and CLAPAM. It is an evolution of ‘Cleft Diary’ developed by the Dental team in Terengganu.

Orthodontics Research – attendees were introduced and invited to participate in a research on understanding the quality of life of cleft lip and/or palate, especially how it feels with or without orthodontics treatment. The research will help provide information which is aimed at improving quality of life for those impacted by cleft.

Thank you to all who participated, especially to the team who travelled all the way form Kuala Terengganu. May whatever efforts taken yield positive outcomes to cleft care in Malaysia.




AGM2026 – 18 April, 2026AGM CLAPAM bagi tahun 2026 selamat disempurnakan seperti dirancang. Ia juga merupakan perjumpaan...
18/04/2026

AGM2026 – 18 April, 2026

AGM CLAPAM bagi tahun 2026 selamat disempurnakan seperti dirancang. Ia juga merupakan perjumpaan Eidul Fitri, sempena hari terakhir bulan Syawal.

Antara mesej Pengerusi CLAPAM ialah:
• CLAPAM telah menyumbang sebaik mungkin secara menyeluruh untuk masyarakat klef di Malaysia dan dihormati di peringkat antarabangsa
• Pencapaian CLAPAM seperti yang diterangkan di dalam “Impact Report 2025“ yang diedar pada para hadirin.
• AJK telah mulakan perbincangan hala tuju CLAPAM. Antara lain supaya ada pelapis dan penganti kepada ahli-ahli AJK yang telah lama berkhidmat untuk CLAPAM
• Sumber dana diperlukan kerana permintaan makin meningkat tetapi dana/sumbangan kewangan masih rendah
• Ahli ahli dipelawa menyumbang kepada dana CLAPAM untuk membantu keluarga klef. Satu contoh ialah dengan menyumbang secara berkala dengan menyalurkan RM10 sebulan untuk setahun.

Dua aktiviti yang dilangsungkan ialah AR-KLEF dan kajian Ortodontik. Kedua-duanya akan dimuat naik di bahagian 2. AGM diakhiri dengan minuman petang.
Terima Kasih kepada semua yang hadir dan Pigeon yang menyediakan cerahati.

AGM 2026 was concluded as planned. It was also to celebrate Eidul Firtri since it was held on the last day of Syawal. Some key messages by the Chairman include:
• CLAPAM has served the cleft community in Malaysia as best as it could while gaining international recognition
• CLAPAM’s contributions are as detailed in the “Impact Report 2025“ which was distributed to attendees
• AJK has initiated discussions on CLAPAM’s future and possible pathways. This includes the need for succession, especially given that a number of Committee Members have served for many years
• Funding needs attention as demand on CLAPAM grows but source of funding remain low.
• Members are invited to contribute financially. An example shared was to set aside RM10/month for 1 year.

Two activities conducted will be shared separately. The AGM concluded with hi-tea.
Thank you to all who attended the AGM and Pigeon for the door gift.




Kolaborasi dengan Institusi Pengajian Tinggi dan Lawatan Hospital/Klinik KKM di Kuala TerengganuCLAPAM berkunjung ke Kua...
10/04/2026

Kolaborasi dengan Institusi Pengajian Tinggi dan Lawatan Hospital/Klinik KKM di Kuala Terengganu

CLAPAM berkunjung ke Kuala Terengganu bagi menyempurnakan beberapa perkara;
1. tanda tangan satu kolaborasi dengan Politeknik Kuala Terengganu untuk memajukan Augment Realiti Klef (“AR-Klef”). Ini adalah susulan perjumpaan dengan wakil Politeknik KT awal tahun ini. Penyerahan/pertukaran LOI disaksikan wakil Kementerian Pendidikan Tinggi.
2. Bertemu rakan-rakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Perbincangan bersama Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik (Dr Suharni Puteh) dan Ketua Jabatan Bedah Plastik & Rekonstruktif (Dr Lee Jia Yuan) membolehkan pertukaran maklumat terkini.
3. Kami juga sempat singgah di Klinik Pergigian KKM Jalan Sultan Mahmud.
Kesemua yang dikunjungi diberi “Impact Report CLAPAM 2025” dan buku “Klef . . . 1 dalam 700”.

Semoga hubung baik antara CLAPAM dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi berterusan untuk kebaikan masyarakat klef di Malaysia.

CLAPAM recently had a productive visit to Kuala Terengganu.
1. Signed a LOI with Politeknik KT to further advance an interactive application called Augment Reality - Cleft (“AR-Klef”). The exchange of LoI was witnessed by Deputy Director (Industry & Community Collaboration Division) of Ministry of Higher Education. This is a follow up to our meeting held earlier this year.
2. Paid a courtesy call on our colleagues at Hospital Sultanah Nur Zahirah. It was great to exchange updates with Head of Department (HoD) Pediatric Dental (Dr Suharni Puteh) and HoD of Department of Plastic Surgery and Reconstructive (Dr Lee Jia Yuan).
3. Visited Klinik Pergigian Jalan Sultan Mahmud. All were extended copies of CLAPAM’s Impact Report 2025 and our book “Klef . . . 1 dalam 700”.

May the good relationship established between CLAPAM and the Ministry of Health and the Ministry of Higher Education continue to serve the cleft community in Malaysia.




06/04/2026

Minggu Pertama Syawal & Peringatan AGM
Kami menjemput ahli CLAPAM yang masih aktif keahlian untuk hadir di AGM yang akan berlangsung pada 18 April ini. Inilah peluang anda berjumpa, berkenalan dan berkongsi pengalaman sesame ahli. Ia juga membuka ruang memberi pendapat tentang hala tuju CLAPAM, sebagai persatuan peringkat kebangsaan yang berwibawa. CLAPAM telah menyumbang secara berkesan di peringkat kebangsaan dan mewakili Malaysia sebaiknya di peringkat antarabangsa.

Walaupun AGM kali tidak ada pencalonan/perlantikan, para ahli disaran memikirkan siapa bakal menjadi pelapis untuk dicalonkan tahun hadapan (penggal 2027-2029). Idea bernas diperlukan bagi meneruskan khidmat bakti CLAPAM. Sekurang-kurangnya tiga orang AJK telah berkhidmat lebih dari 20 tahun. Adalah diharapkan agar lebih ramai muka-muka baharu tampil menerajui CLAPAM dengan idea yang bernas dan komitmen yang jitu. Semoga mereka berbakti dengan ikhlas, berjiwa sukarelawan dan berwibawa.

Minggu pertama Syawal agak sibuk bagi CLAPAM. Dua bayi klef lahir pada 2hb Syawal. Kami menziarah 8 kes kelahiran baru di hospital-hospital di sekitar Lembah Klang di minggu pertama Syawal. Semoga anak anak Syawal ini membesar dengan baik.

We would like to invite members whose membership is still active to join the upcoming 2026 AGM, scheduled for this coming 18 April. It is an opportunity to meet other members, build network and share experiences. It is also an opportunity to voice your opinion on “the future of CLAPAM”. Thus far, CLAPAM have made significant contributions locally and represented Malaysia well internationally.

While there is no election during the upcoming AGM, it would be good to start thinking of whom you would like to lead CLAPAM when election is due in 2027 (for 2027-2029 term). At least 3 of the current committee members have served for more than 20 years. Young members with fresh ideas and commitment are welcomed to step up. All that is needed is for one to be sincere, not have any conflict of interests and willing to contribute voluntarily.

Meanwhile, we had quite a busy first week of Raya. 2 cleft babies were born on 2nd day of Syawal. We visited 8 cleft cases in various hospitals within Klang Valley were despite Raya. May all these Syawal babies grow up well and as normal as can be.




Selamat Eidul Fitri / Eid MubarakKami mengucapkan “Selamat Eidul Fitri” kepada semua yang meraikannya. Semoga kesemua da...
20/03/2026

Selamat Eidul Fitri / Eid Mubarak

Kami mengucapkan “Selamat Eidul Fitri” kepada semua yang meraikannya.

Semoga kesemua dapat menyambut dan meraikan perayan ini dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Semoga ianya juga membawa kepada keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian hidup.

Pejabat CLAPAM ditutup bermula 20hb Mac dan dibuka kembali pada 24hb ac 2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

We wish a “Selamat Eidul Fitri / Eid Mubarak” to all who celebrate the festive occasion.

May it be celebrated with happiness and joy with families and friends. May it also bring harmony and peace amongst us all.

CLAPAM’s office is closed from 20th March and reopen 24th March 2025.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.




Jemputan & Notis AGM 2026Ahli-ahli CLAPAM dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2026 seperti berikut:Tarikh:  ...
18/03/2026

Jemputan & Notis AGM 2026

Ahli-ahli CLAPAM dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2026 seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 18hb April 2026
Masa: 2:30 petang - 4:30 petang
Tempat : Bilik Seminar, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Lobi Hotel Zecon, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Ahli yang ingin hadir dimohon beri nama dan no. telefon melalui WhatsApp (012-2059140), atau emel ke senyum@clapam.org.my sebelum 10 April 2026. Sila rujuk lampiran utk maklumat lanjut.

Kami mengalu-alukan kehadiran ahli untuk kita bersama rancang arah tuju CLAPAm.

CLAPAM members are invited to attend 2026 AGM as follows:
Date: Saturday 18th April 2026
Time: 2:30 pm - 4:30 pm
Venue : Bilik Seminar, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Lobi Hotel Zecon, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Members who wish to attend are requested to indicate their intention by contacting 0122059140 (WhatsApp) or email senyum@clapam.org.my before 10th April, 2026. Pease also refer to attached upload for additional information.

We welcome presence of members to enable us to jointly deliberate forward path of CLAPAM.




Menjelang AGM 2026Ahli tahunan CLAPAM dijemput baharui keahlian. Pembaharuan adalah atas kesudian diri. Ia akan memboleh...
03/03/2026

Menjelang AGM 2026

Ahli tahunan CLAPAM dijemput baharui keahlian. Pembaharuan adalah atas kesudian diri. Ia akan membolehkan kehadiran di AGM 2026, dijangka berlangsung pada bulan April kelak.

Bagi ahli-ahli yang ingin membuat cadangan atau menawar diri membantu CLAPAM, boleh hubungi kami melalui FB ini, Kumpulan Sokongan Klef CLAPAM, Soal Jawab Klef CLAPAM atau hubungi secara terus melalui WhatsApp. Kami mengalu-alukan sumbangan tenaga, dana dan suara ahli bagi meneruskan khidmat bakti CLAPAM.

Annual members of CLAPAM are invited to renew their membership if they so wish. Renewal will enable attendance at the 2026 AGM planned for April.

Members who would to sign up as volunteers or share suggestion, can do so by engaging us via CLAPAM FB, Kumpulan Sokongan Klef CLAPAM, Soal Jawab Klef or direct contact via WhatsApp. We appreciate all the feedback received and support from members.




Khidmat Bakti 2025Kami ingin kongsikan laporan impak khidmat bakti CLAPAM bagi tahun 2025 (“CLAPAM Impact Report – 2025”...
17/02/2026

Khidmat Bakti 2025

Kami ingin kongsikan laporan impak khidmat bakti CLAPAM bagi tahun 2025 (“CLAPAM Impact Report – 2025”). Antara lain, inisiatif ulung kali ini menerangkan beberapa sumbang bakti CLAPAM pada masyarakat klef di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Walaupun CLAPAM adalah satu persatuan kecil yang diterajui sukarelawan dan berhadapan pelbagai cabaran, kami masih dapat menawarkan sumbangan berimpak tinggi dan menyeluruh. Kesemua ini dicapai atas sokongan para ahli dan rakan-rakan CLAPAM. Terima Kasih kepada semua yang memberi kepercayaan dan mendorong kami meneruskan usaha murni. Semoga apa yang dicapai setakat ini akan diperlihara bagi membantu masyarakat klef sebaik mungkin.

Sila rujuk pautan di bawah untuk membuka laporan ini.

We are pleased to share “CLAPAM Impact Report – 2025”. This initiative was undertaken to provide an insight on CLAPAM’s contributions to the cleft community within Malaysia and internationally. Even though CLAPAM is a small organisation led by volunteers and faced multiple challenges, we managed to serve the cleft community through high impact programs and comprehensive coverage. All these were achieved through the support from members and friends of CLAPAM. Thank you to all who believed in what we do and encouraged us with our selfless service. May what we have been achieved guide us further to move forward.

Please click on the link below to access the Impact Report

https://indd.adobe.com/view/9240b270-3bdf-4ba0-9458-a4e159612da6




Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 15:00
Tuesday 10:00 - 15:00
Wednesday 10:00 - 15:00
Thursday 10:00 - 15:00
Friday 10:00 - 15:00

Telephone

+60122283677

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cleft Lip And Palate Association of Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Cleft Lip And Palate Association of Malaysia:

Share