Kebaikan Ekstrak Sakura

Kebaikan Ekstrak Sakura Bunga Sakura cukup sinonim dengan masyarakat Jepun dengan pelbagai khasiat untuk kecantikan kulit.

Manfaat Bunga Sakura untuk Wajah=========Berikut adalah lima manfaat bunga sakura untuk kecantikan kulit;1. Melindungi k...
10/10/2022

Manfaat Bunga Sakura untuk Wajah
=========

Berikut adalah lima manfaat bunga sakura untuk kecantikan kulit;

1. Melindungi kulit daripada radikal bebas

Ekstrak bunga sakura mengandungi antioksidan yang mencegah pengoksidaan kulit berlebihan. Antioksidan dalam bunga sakura juga mampu membantu mencegah kewujudan noda hitam pada wajah.

Ia juga dapat mencegah timbulnya garis penuaan kerana radikal bebas merupakan salah satu daripada sebab utama penuaan.

2. Menjaga kelembutan dan kekenyalan kulit

Ekstrak bunga sakura juga mengandungi asid lemak yang membantu memicu penghasilan kolagen pada kulit. Ia juga dapat memperbaiki jaringan tisu sehingga kulit terasa lebih lembut dan licin.

3. Mencerahkan wajah

Manfaatnya yang satu ini adalah berdasarkan kemampuan bunga sakura mencegah pigmentasi kulit. Bunga sakura juga mencegah penghasilan melanin berlebihan pada kulit yang menyebabkan hiperpigmentasi.

4. Melembabkan kulit

Menjaga kelembapan kulit sangat penting dan ekstrak bunga sakura mampu menjaga kulit tetap lembap sekali gus menghindarkan ia terhidrasi.

5. Mengecilkan pori-pori

Sekiranya pori-pori di wajah besar, kotoran senang menghinggap dan menyebabkan jerawat. Penggunaan ekstrak bunga sakura dapat mengecilkan pori-pori kulit.

11 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!==========Berikut adalah 11 petua hilangkan jerawat yang mudah dan ...
10/10/2022

11 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!
==========

Berikut adalah 11 petua hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan.

Bahan-bahan semulajadi ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.

1. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. JUS DAUN PUDINA
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. BAWANG PUTIH
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.

5. UBAT GIGI
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

6. WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas.

Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. PEK AIS
Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

8. PES SERBUK KAYU MANIS
Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.

Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

9. KULIT BUAH OREN
Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

10. MADU
Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

Pastikan madu yang asli
Pastikan madu yang asli

11. JUS TIMUN
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

SEMUANYA BAHAN SEMULAJADI, TAK PERLU WAS-WAS LAGI!
========
Mudah kan?

Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi.

Apa pun, pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul.

Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.

5 Produk Terbaik Untuk Mengatasi Punca Kulit Kering=======Tidak dinafikan kulit kering, mengelupas dan bersisik boleh me...
10/10/2022

5 Produk Terbaik Untuk Mengatasi Punca Kulit Kering
=======

Tidak dinafikan kulit kering, mengelupas dan bersisik boleh membuatkan anda rasa tidak selesa dan menjejaskan keyakinan diri seseorang individu. Menurut statistik, 1 daripada 5 rakyat Malaysia mengalami masalah kulit kering yang mengelupas dan bersisik. Jadi usah risau, anda tidak berseorangan!

Walau bagaimanapun, itu bukan bermaksud masalah kulit kering tidak dapat diatasi. Tetapi dengan penggunaan produk yang betul, anda boleh mengembalikan kelembapan kulit supaya ia tampak lebih sihat dan bermaya.

Ikuti rekomendasi kami mengenai 5 produk yang terbaik dan disarankan pakar untuk melawan tanda kulit kering bagi membantu mengatasi masalah yang sudah lama membelenggu anda ini:

1. Skin Cleanser
Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, penghidap kulit kering yang mengelupas malah juga bersisik disaran untuk menggunakan pencuci muka atau Skin Cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Cari produk yang bukan sahaja boleh digunakan pada wajah dan badan, tetapi pencuci muka yang dapat membersih tanpa menghakis minyak semula jadi kulit.

Skin Cleanser yang bebas sabun dan bebas pewangi sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit kombinasi ataupun kulit yang sangat sensitif.

2. Body Moisturizer
Sedang mencari pelembap badan yang ringan, tidak berminyak dan selesa dipakai sepanjang hari? Anda boleh memanfaatkan Body Moisturizer yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan masalah kulit kering dan gatal.

Produk yang mengandungi formulasi khusus juga boleh mengekalkan kelembapan pada kulit serta memastikannya kekal hidrat tanpa merosakkan pelindung semula jadi kulit.

3. Body Wash
Kulit rasa tegang, nampak kasar dan sering gatal-gatal? Jangan dibiarkan kerana ini semua adalah tanda kulit kering! Atasi masalah ini dengan menggunakan Body Wash yang boleh memberikan kelembapan berpanjangan.

Pada penghujung hari, cuba belai diri anda dengan sabun tersebut. Body Wash yang baik harus terbukti dapat membersih, melembap dan melegakan kulit badan yang kering serta gatal-gatal!

4. Hydrating Lotion
Anda mempunyai kulit yang sangat kering? Sudah tiba masanya untuk anda menggunakan hydrating lotion yang mampu mengekalkan kelembapan berpanjangan sehingga 7 hari selepas penggunaan.

Hydrating lotion dengan formulasi istimewa dapat memberikan kelegaan segera pada kulit selepas aplikasi pertama. Ia juga bertindak lembut pada kulit dan tidak akan menyebabkan kegatalan.

Teruskan pembacaan tentang penjagaan kulit badan dan wajah yang tepat di laman web Hello Doktor.

Kulit adalah organ terbesar tubuh badan, fungsinya sangat penting iaitu untuk melindungi kita daripada cuaca ekstrem, jangkitan dan bahan toksik. Jadi, penting untuk kita menjaga kesihatan dan bukannya fokus pada kecantikan kulit semata-mata.

Disebabkan faktor-faktor seperti iritasi bahan kimia daripada produk kulit, persekitaran, perubahan hormon atau kondisi kesihatan, kulit kita mungkin boleh mengalami masalah seperti jerawat, dehidrasi, kulit kering, kasar, ketat serta lemah sistem perlindungan.

5 Punca Kulit Kering Yang Tidak Disedari Ramai===========Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kulit men...
10/10/2022

5 Punca Kulit Kering Yang Tidak Disedari Ramai
===========

Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Aktiviti harian seperti penggunaan sabun yang tidak bersesuaian dengan kulit atau mandi dengan terlalu lama, lebih-lebih lagi dengan air panas boleh menjadi punca kulit kering.2 Bukan itu sahaja, terlalu lama terdedah kepada pendingin hawa juga boleh membuatkan kulit kering dan merekah.

Selain itu, terdapat banyak punca kulit kering lain yang anda harus teliti sebelum mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian. Antara punca kulit kering yang sering terjadi adalah:

1. Kurang minum air punca kulit kering
Salah satu punca utama kulit kering adalah kerana tabiat tidak minum air dengan mencukupi. Tanpa air, kulit akan mengalami dehidrasi, dan ianya berisiko menjadikan kulit lebih kering serta mengalami kegatalan.3

2. Keadaan cuaca sejuk
Faktor lain yang boleh menyebabkan masalah kulit kering adalah cuaca. Individu yang tinggal di kawasan yang beriklim sejuk dan mempunyai kelembapan yang rendah lebih cenderung mengalami kulit kering.

3. Terlalu kerap mandi dengan air panas
Mandian air panas sememangnya menenangkan, akan tetapi ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering! Air panas akan membuka liang pori dan menghakis minyak yang terbentuk secara semula jadi di dalam kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi semakin kering dan mudah merekah.

4. Mempunyai kulit jenis sensitif
Tahukah anda, pencuci baju dan sabun yang anda selalu guna juga boleh membuatkan kulit menjadi gatal dan kekeringan?

Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai kulit sensitif perlu lebih peka dalam pemilihan pencuci baju dan sabun badan.

5. Keadaan kesihatan punca kulit kering
Keadaan kesihatan tertentu juga boleh menyebabkan kulit kering. Sebagai contoh, pesakit diabetes, ekzema, psoriasis dan individu yang mempunyai masalah kelenjar tiroid tidak aktif, turut cenderung mengalami kegatalan pada kulit.

Jangan Sesekali Mengabaikan Tanda Kulit Kering
punca kulit kering
========

Setiap individu mungkin mengalami tanda kulit kering yang berbeza-beza, bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, kesihatan, warna kulit dan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Namun, ada beberapa tanda kulit kering yang lazimnya terjadi, contohnya seperti:

1. Kulit rasa tegang.
2. Kulit kasar dan nampak kering.
3. Kerap alami gatal-gatal.
4, Kulit bersisik.
5. Kulit terkopek dan berdarah.
6. Kulit merekah.
7. Kulit yang cerah nampak merah, manakala kulit yang sedikit gelap akan kelihatan kelabu.
8. Jika kulit anda mengalami kekeringan yang serius, anda perlu berjumpa ahli dermatologi untuk merawatnya. Hanya rawatan yang bersesuaian sahaja dapat mengelakkan kondisi ini daripada menjadi semakin teruk.

Cara hilangkan parut jerawat guna rawatan sampingan1. AisApabila penyakit kulit jerawat meletus, terdapat rawatan percum...
10/10/2022

Cara hilangkan parut jerawat guna rawatan sampingan

1. Ais

Apabila penyakit kulit jerawat meletus, terdapat rawatan percuma dan mudah yang boleh anda gunakan untuk membantu mengurangkan kesannya – ais. Meletakkan ais pada jerawat dapat membantu mengurangkan saiz dan kemerahan jerawat.

Selain itu, ais boleh membuatkan kulit terasa kebas, membuatkan anda tidak akan merasa sakit daripada sista nanah yang besar dan menyakitkan itu.

Ais juga berfungsi sebagai astringen semula jadi untuk mengetatkan liang sekitar cela dan parut, membuatkan parut kurang jelas, dengan mengurangkan saiz liang yang terjejas disebabkan jerawat. Jadi, ini mungkin cara hilangkan parut jerawat yang mudah, bukan?

2. Hirisan tomato, timun

Menggosok hirisan tomato pada parut juga didapati berkesan dalam mengurangkan kemunculan cela atau parut. Ini sebahagiannya disebabkan oleh vitamin A dan karoten dalam tomato, yang menambah baik tekstur kulit.

Timun p**a boleh mengurangkan keradangan, melegakan kulit dan menyembuhkan parut yang disebabkan oleh jerawat.

3. Putih telur

Telur mengandungi sejumlah besar protein dan dengan menggunakannya secara langsung kepada kulit anda, anda boleh mempercepatkan proses penyembuhan.

Protein adalah blok pembinaan tisu selular, dan otot, jadi sapukan secara langsung dan biarkannya di muka anda boleh meningkatkan sedikit kecepatan pemulihan parut jerawat anda.

4. Jus limau

Sapuan pada kulit berfungsi untuk mengelupaskan sel-sel mati dan menggalakkan keanjalan kulit dan pertumbuhan kulit yang baru, manakala jika diambil secara oral, jus limau boleh membantu liang roma membersihkan liang bagi mendapatkan kulit bersih yang cerah.

Ciri pelunturan jus limau menjadikan cela kurang kelihatan. Jus limau juga membantu dalam pembuangan sel-sel kulit mati dan dalam pertumbuhan semula sel-sel baru, di samping meningkatkan keanjalan kulit.

5. Minyak zaitun

Alternatif lain untuk cara hilangkan parut jerawat di muka adalah minyak zaitun. Selain baik untuk mencerahkan parut jerawat, minyak zaitun juga akan menjadikan kulit licin kembali dan mengurangkan betapa ketara parut anda.

Minyak zaitun penuh dengan antioksidan semula jadi, disebabkan itu ia begitu kerap digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai manfaat kesihatan. Dari segi membersihkan cela kulit dan parut, ia adalah salah satu pilihan rawatan sampingan yang terbaik.

6. Minyak biji rose hip

Minyak biji rosehip amat kaya dengan vitamin A. Minyak ini juga merupakan ejen antipenuaan yang kuat, yang mengurangkan kedutan dan membantu memperbaharui kulit.

Beberapa dermatologi mengatakan minyak ini juga baik sebagai rawatan jerawat dan antipenuaan.

Urut kulit dengan minyak ini dua kali sehari untuk hasil yang terbaik.

Pakar saran 6 cara ini untuk menjadikan tona kulit anda lebih sekataTona kulit yang tidak sekata juga boleh mencetuskan ...
10/10/2022

Pakar saran 6 cara ini untuk menjadikan tona kulit anda lebih sekata

Tona kulit yang tidak sekata juga boleh mencetuskan ketidakselesaan pada wajah.

MASALAH kulit seperti jerawat atau jeragat yang muncul pada wajah seseorang adalah tidak menentu, malah tona kulit yang tidak sekata juga mencetuskan rasa tidak selesa serta kurang keyakinan diri.

Biasanya warna kulit tidak sekata berlaku disebabkan oleh parut jerawat, pendedahan kepada cahaya matahari, usia, atau faktor hormon.

"Yang paling biasa adalah disebabkan oleh pendedahan matahari. Melanosit kita (sel yang memberi warna kulit) diaktifkan oleh cahaya matahari dan membuat lebih banyak warna sebagai tindak balas. Warna coklat biasanya terhasil daripadanya, manakala bintik hitam berkembang selama bertahun-tahun akibat pendedahan matahari yang berpanjangan tanpa perlindungan," kata Pakar Dermatologi, Laura Scott.

Berikut merupakan beberapa cara untuk menjadikan tona kulit lebih sekata, seperti;

1. Mengelupas sekurang-kurangnya sekali seminggu

Scott berkata, lapisan atas kulit kebanyakannya terdiri daripada sel kulit mati. Pengelupasan kulit secara teratur membantu mempercepatkan proses membuang sel kulit mati, menjadikan kulit lebih cerah dan licin.

Pakar Dermatologi Dr Pimple Popper, Sandra Lee, menambah bahawa orang ramai disarankan untuk memberi perhatian kepada keadaan kulit apabila memilih untuk pengelupasan. Jika kulit kering dan mempunyai tekstur yang tidak sekata, anda mungkin memerlukan pengelupasan fizikal dan kimia.

"Mereka yang terdedah kepada jerawat harus mengelakkan pengelupasan fizikal kerana kasar dan boleh merengsakan kulit yang meradang," kata Lee.

2. Cuba gunakan asid glikolik

Produk skincare kini ada yang menawarkan kandungan bahan aktif yang dinilai ampuh mengatasi masalah kulit. Untuk persoalan warna kulit kurang merata, disarankan memilih produk skincare dengan kandungan asam glikolat atau glycolic acid.

Scott menjelaskan bahawa asid glikolik ialah asid alfa hidroksi (AHA) yang meningkatkan pengeluaran kolagen dan membantu memecahkan protein dengan bertindak sebagai 'gam' yang mengikat sel-sel kulit mati bersama-sama.

"Ia menakjubkan untuk merawat jerawat, memudarkan bintik-bintik gelap dan parut cetek, malah garis-garis halus," katanya.

3. Aplikasi serum vitamin C

Vitamin C biasanya disertakan dalam satu siri rawatan untuk mendapatkan kulit yang lebih segar dan melawan penuaan pramatang.

Antioksidan yang kuat ini juga mampu membantu menjadikan tona kulit lebih sekata.

"Ia menghalang enzim (tyrosinase) yang digunakan dalam penghasilan pigmentasi atau melanin, yang menjadikannya agen pencerah yang berkesan," kata seorang Pakar Dermatologi dan Penolong Profesor di Jabatan Dermatologi, Universiti Minnesota, Jenny Liu.

4. Tabir pelindung sinaran matahari

Satu elemen yang anda tidak boleh ketinggalan semasa menjaga muka ialah penggunaan krim pelindung matahari.

Menurut laman Healthline, pelindung matahari bukan sahaja menghalang kemerahan dan pengelupasan kulit akibat pendedahan matahari, tetapi juga menghalang pembentukan bintik-bintik gelap.

5. Pilih diet yang sihat

Anda harus mula menyusun dan memilih makanan yang menjadi pengambilan harian. Sesetengah jenis makanan perlu dielakkan atau dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata.

A. Pengambilan alkohol akan mengakibatkan pembesaran saluran darah dan menjadikan muka lebih merah.

B. Makanan pedas juga boleh menyebabkan kemerahan pada wajah.

C. Makanan yang tinggi gula yang mempercepat tanda penuaan dan bintik-bintik gelap.

D. Produk tenusu, boleh mencetuskan pelbagai jenis iritasi termasuk jerawat.

E..Makanan ultra-diproses dan berminyak.

6. Pastikan badan dan kulit terhidrat

Pastikan badan anda terhidrat dengan baik di samping memenuhi keperluan cecair harian.

Perlu kerap menggunakan pelembab dalam menangani kulit kering dan kemerahan.

Untuk kulit badan, gunakan losyen, terutamanya dengan kandungan pelindung matahari, ini akan membantu mengelakkan kemunculan kedutan dan bintik-bintik gelap yang mewujudkan tona kulit yang tidak sekata.

Itulah cara untuk menjadikan tona kulit lebih sekata.

5 Bahan Semula Jadi Di Dapur Ini Boleh Memutihkan Kulit Muka, Tanah Liat Pun Termasuk?Gigih cari cara nak putihkan muka ...
10/10/2022

5 Bahan Semula Jadi Di Dapur Ini Boleh Memutihkan Kulit Muka, Tanah Liat Pun Termasuk?

Gigih cari cara nak putihkan muka di internet namun majoriti hanya beri prosedur klinikal yang serba mahal? Tenang, kami akan menyenaraikan bahan dan cara memutihkan muka secara semula jadi yang semuanya anda boleh dapat di dapur sahaja.

Kenapa tak nak pakai produk di pasaran?
Kini, ada banyak produk untuk memutihkan kulit yang wujud di pasaran. Namun, mungkin masih ramai yang takut menggunakan produk sebegini kerana tular banyak khabar buruk tentangnya.

Sebenarnya, ketakutan ini sangat perlu kerana ada lambakan produk di luar sana yang mengandungi bahan kimia berbahaya pada kulit seperti merkuri, hidrokuinon, kortikosteroid dan lain-lain.

Justeru adalah lebih baik jika anda cuba dapatkan produk krim topikal dengan preskripsi doktor kulit. Ia bukan sahaja mampu untuk mengurangkan kadar melanin dan meratakan tona kulit tidak sekata, malah jauh lebih efektif dan selamat jika digunakan.

Antara alternatif yang mungkin efektif, individu juga boleh cuba menggunakan bahan semula jadi sebagai cara memutihkan kulit muka masing-masing dengan hanya mengunjungi dapur rumah.

Cara nak putihkan muka anda dengan bahan semula jadi!
Masyarakat dahulu telah banyak menggunakan dan menurunkan cara nak putihkan muka ke anak, cucu dan cicit mereka. Sekarang, tiada salahnya jika anda mahu mengulang dan mencuba cara berikut:

#1. Pemakaian topeng muka kunyit
Pada hari ini, penggunaan masker yang diperbuat daripada serbuk kunyit sangat pop**ar. Kenapa? Untuk pengetahuan anda semua, kunyit mampu membuatkan kulit wajah lebih cerah dan lembut.

Bahkan, ia juga amat tinggi dengan sifat antioksidan dan antiradang berkat kandungan bahan aktif bernama curcumin yang mampu membantu menghilangkan panau dan menyembuhkan luka.

Maka, tidak hairan jika kunyit pop**ar sebagai antara bahan semula jadi yang bagus untuk wajah.

Manfaat 'Masker' Kunyit Kepada Kulit?

Kunyit merupakan tumbuhan berasal dari Asia dan sering digunakan dalam masakan. Ada juga yang menggunakannya untuk perawatan kulit alternatif semula jadi seperti menjadikannya masker kunyit. Namun, apakah manfaat masker kunyit? Sejauh mana kebaikan dan keberkesanan kunyit ke atas kulit? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Apa manfaat masker kunyit? Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa.

#2. Penggunaan topeng muka tomato
Sayur tomato mengandungi bahan aktif bernama lycopene yang boleh membantu melindungi kulit individu daripada terkena atau terdedah kepada sinaran UV dari cahaya matahari terlalu lama.

Seperti mana yang kita semua tahu juga, sinaran ini boleh jadi punca masalah seperti sunburn atau sunspots sekali gus membuat kulit anda menjadi lebih gelap walaupun ini bukan bersifat kekal.

Jadi, gunakan ekstrak tomato ini sebagai masker di rumah setiap kali sebelum kalian masuk tidur.

#3. Tanah liat jenis Fuller’s Earth

Siapa sangka anda akan jumpa tanah liat di dalam senarai ini bukan? Buat anda yang belum tahu tentang Fuller’s Earth, ia adalah sejenis tanah liat yang mempunyai kebolehan untuk menyahkan warna minyak atau air tanpa bantuan bahan kimia lain.

Juga biasa digunakan di dalam industri kosmetik, tanah liat ini dikatakan mampu dijadikan salah satu rawatan untuk jerawat dan masalah kulit lain termasuk boleh menjadi cara memutihkan muka.

Peringatan untuk anda, jangan terus menyapukan tanah liat ini ke wajah kerana mungkin juga ada kesan sampingan yang kita tidak tahu. Gunakan produk yang telah diperakui oleh doktor ya.

#4. Buah lemon
Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, hidrasi adalah antara kunci utama kecantikan kulit muka. Khasiat buah lemon boleh dijadikan sumber cecair dan cara nak putihkan muka.

Kaya dengan vitamin C dan pelbagai nutrisi penting untuk kulit, ia turut ada sifat antibakteria dan antikulat yang akan membantu melawan masalah jerawat sekali gus meremajakan kulit anda.

Buah sitrus ini juga mempunyai fungsi mengelupas dan membuang sel kulit mati jika disapukan pada kulit. Hasilnya, anda akan dapat kulit yang jauh lebih cerah, lembut dan tegang seperti orang muda!

#5. Buah oren
Buah sitrus yang satu lagi ini juga tinggi dengan vitamin C serta banyak lagi nutrien penting untuk kulit wajah. Kalau buahnya itu baik dimakan, kulitnya p**a mungkin bagus disapu pada wajah anda.

Ini kerana kulit buah oren mempunyai asid semula jadi yang boleh membantu melawan isu pigmentasi kulit sekali gus menyerlahkan tona kulit. Namun, awas juga dengan sifatnya yang menghakis.

Sama seperti lemon, buah-buah sitrus tidak boleh disapukan terus ke kulit muka kerana mungkin anda akan rasa pedih atau tidak selesa. Sebaiknya, jadikan ia sebagai masker di waktu malam.

Konklusinya, ada banyak jenis bahan semula jadi di dapur yang anda boleh gunakan sebagai cara nak putihkan kulit muka. Tunggu apa lagi? Boleh mula cari bahan-bahan tadi dan cubalah hari ini.

Nak Dapatkan Kulit Flawless Dan Bebas Jerawat? Ketahui Dulu 5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Ketika Mencuci Muka=======...
10/10/2022

Nak Dapatkan Kulit Flawless Dan Bebas Jerawat? Ketahui Dulu 5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Ketika Mencuci Muka
===========

Semua wanita pastinya mahukan kulit wajah yang ‘flawless’ dan bebas daripada sebarang masalah kulit. Bukan senang untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah lagi-lagi kalau anda tidak tahu masalah dan keadaan sebenar kulit anda. Sebelum apa-apa, penting untuk anda kenalpasti dulu jenis kulit wajah sebelum memilih produk yang sesuai.

Mencuci muka adalah asas yang paling penting sekali dalam aspek penjagaan kulit wajah. Tapi tahukah anda, terlalu kerap mencuci wajah juga boleh merosakkan kulit? Bukan itu saja, ada banyak lagi kesalahan yang sering dilakukan ketika mencuci muka yang kita tidak sedar. Nak tahu apa lagi kesalahan lain?

1. Cuci muka dengan tangan kotor

Sebelum mencuci muka, penting untuk anda mencuci tangan terlebih dahulu untuk pastikan tangan berada dalam keadaan yang bersih. Ramai yang selalu memandang ringan tentang hal ini tapi ianya sangat penting untuk elakkan masalah lain pada kulit muka anda. Tangan yang kotor berkemungkinan memberikan jerawat pada muka kerana kuman yang ada pada tangan.

Dalam kehidupan seharian, kita pastinya tak sedar sudah berapa banyak permukaan yang disentuh oleh tangan kita. Yang mana tangan berpotensi besar untuk memindahkan kuman-kuman pada bahagian badan yang lain. Jadi, sebelum menyentuh muka anda, pastikan tangan sudah bersih dari sebarang kekotoran!

2. Menggunakan air pada suhu yang salah

Kalau anda nak tahu, suhu air juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencuci wajah. Mungkin anda pernah mendengar tips mencuci wajah dengan berkesan menggunakan air panas? Tapi tahukah anda, ia sebenarnya boleh memudaratkan kulit wajah anda!

Suhu air yang terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan pada tisu kulit muka lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Kesannya, kulit akan menjadi lebih kering dan menyebabkan rasa gatal pada muka kerana minyak semulajadi yang telah hilang. Seeloknya, gunakan air suam sahaja untuk mencuci muka.

3. Cuci muka terlalu kerap

Dalam sehari, biasanya berapa kali anda akan mencuci wajah? Secara idealnya, seseorang perlu mencuci muka sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Tetapi apakah yang akan terjadi kalau anda mencuci muka lebih daripada yang sepatutnya?

Terlalu kerap mencuci muka akan menyebabkan kulit muka menjadi terlalu kering dan menghilangkan minyak semulajadi pada wajah. Mungkin anda rasakan kulit akan menjadi lebih bersih jika kerap dicuci tapi sebenarnya tidak! Bukan saja kulit menjadi kering malah akan memberikan kesan iritasi pada wajah.

4. Tidak sediakan tuala khas

Menggunakan tuala badan untuk mengelap muka bukanlah sesuatu yang disarankan selepas mencuci muka. Tuala badan mempunyai bakteria dan tidak sesuai digunakan pada bahagian muka. Penyebaran bakteria akan menyebabkan jerawat timbul pada muka dan merosakkan kondisi kulit muka. Sebaiknya, sediakan tuala khas untuk mengelap muka bagi menjaga kebersihan kulit muka anda.

5. Salah pilih produk cuci muka

Sememangnya, bukan mudah untuk pilih produk yang sesuai untuk kulit wajah. Tapi sebenarnya, penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang kondisi kulit sebenar anda. Ada yang mempunyai kulit normal, berminyak, kombinasi, sensitif dan sebagainya. Selepas itu, barulah anda boleh tentukan produk apa yang sesuai untuk kulit muka anda.

Seeloknya, gunakan pencuci muka yang bebas sabun dan wangian untuk mengekalkan keseimbangan pH kulit wajah. Dalam masa yang sama, masih lagi membersihkan dan melembapkan kulit tanpa sebarang masalah.

Address

Kuala Selangor

Telephone

+60104315690

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kebaikan Ekstrak Sakura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kebaikan Ekstrak Sakura:

Share