Klinik Elmina Gong Badak

Klinik Elmina Gong Badak Perkhidmatan Perubatan Merangkumi Semua Disiplin Perubatan (All-in-One Clinic). Rawatan Berasaskan Bukti Saintifik Yang Terkini. Biiznillah.

Diagnosis yang tepat adalah langkah pertama kepada kejayaan rawatan sesuatu penyakit.

Pesakit hadir dengan aduan kegatalan berpanjangan dan keradangan kulit di bahagian pelipat lengan.Keadaan ini menyebabka...
07/08/2025

Pesakit hadir dengan aduan kegatalan berpanjangan dan keradangan kulit di bahagian pelipat lengan.
Keadaan ini menyebabkan rasa tidak selesa, iritasi, dan gangguan dalam aktiviti harian.

Selepas rawatan topikal yang sesuai dan pemantauan berterusan, kini kulit di kawasan terlibat menunjukkan perubahan positif , kurang kemerahan dan tidak lagi menggelupas.

Rawatan kulit bukan hanya fokus pada luaran, tetapi juga memahami punca dari dalam. Terima kasih kepada pesakit atas kepercayaan kepada Klinik El-Mina.

๐ŸŒฟ Pemeriksaan awal penting untuk elakkan komplikasi kulit berpanjangan.

๐Ÿ“ž Hubungi kami untuk konsultasi
Lokasi kami ๐Ÿ“
https://maps.app.goo.gl/Pby3FL4BjWw9uvBE9
Hubungi kami โ˜Ž๏ธ
http://www.wassap.my/60109190660/KlinikElmina

"Saya dah sapu ubat anti-scabies tapi kudis buta tak hilang.Dah berbulan2 gatal"Antara kesilapan2 yang menyebabkan rawat...
07/05/2025

"Saya dah sapu ubat anti-scabies tapi kudis buta tak hilang.Dah berbulan2 gatal"
Antara kesilapan2 yang menyebabkan rawatan scabies tidak berkesan:-
1.Tak cukup 12 jam.
Ubat anti scabies perlu disapu seluruh badan selama sekurang2nya 12 jam.Sebelum bilas / mandi.Kurang 12 jam sapuan anti-scabies kurang berkesan.Sebab itu kalau pesakit asrama pastikan bagi MC.Di asrama agak s**ar pesakit nak sapu 12 jam
2.Tak repeat sapuan selepas 3-5 hari.
Selepas sapuan pertama perlu repeat sapuan kedua selepas 3-5 hari.Untuk pastikan anak2 scabies yang baru menetas juga dibunuh.Sapuan anti-scabies tidak dapat menembusi telur scabies.
3.Tak rawat alahan.
Sapuan anti-scabies ini insecticide.Hanya membunuh scabies.Tapi tidak meredakan alahan & gatal.Ubat sapuan untuk alahan membantu mempercepat sembuh dari kudis buta.Dan pesakii eczema juga boleh dapat flare up bila terkena scabies.
4.Tak rawat jangkitan bakteria.
Scabies menyebabkan gatal yang teruk terutama sebelah malam.Ramai pedakit menggaru tanpa sedar semasa tidur.Garuan berulang dengan kuku boleh menyebabkan 'secondary bacterial infection' (jangkitan kuman)
Antibiotik diperlukan dalam kes seperti ini.
5.Tak matikan habitat scabies.
Selain bertelur bawah kulit koloni scabies boleh berumah di cadar, tuala, pakaian.Semua perlu dicuci dengan air panas & dijemur untuk basmi habitat scabies.
6.Tak rawat pembawa scabies
Pembawa scabies perlu dikenalpasti.Biasanya anak2 yang pulang dari asrama, pembantu rumah, atau roommate yang tinggal sekali.
Wallahualam.

"Malam tadi booking,pagi ini terus buat"Alhamdulillah terima kasih kepada baby Khair Ariffin kerana memilih Klinik El-Mi...
01/05/2025

"Malam tadi booking,pagi ini terus buat"

Alhamdulillah terima kasih kepada baby Khair Ariffin kerana memilih Klinik El-Mina untuk berkhatan ada usia 2 bulan.
Alhamdulillah proses khatan berjalan lancar.
Semoga baby Khair cepat sembuh dan menjadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah ๐Ÿฅฐโค๏ธ

Khatan bayi lelaki seawal 7 hari kelahiran adalah satu sunnah yang dilupakan oleh masyarakat kita hari ini.

Besar fadhilat & kebaikannya.Baik yang nyata mahupun tersembunyi.

Buat ibubapa berada di Terengganu, Kelantan & Pahang yang berhajat untuk mengkhatankan bayi lelaki boleh hubungi kami.
Slot khatan dibuka sepanjang tahun.

www.wassap.my/+60109190660/khatanbayilelaki

"Doc, dah setahun lebih saya ada eczema ini.Boleh kata hampir setiap bulan ke kena pergi clinic untuk injection & ubat.S...
28/04/2025

"Doc, dah setahun lebih saya ada eczema ini.Boleh kata hampir setiap bulan ke kena pergi clinic untuk injection & ubat.Sekali jumpa doktor kena 4-5 ratus.Supplement pun dah macam2 jenis saya makan.Dah beribu habis.Ok sekejap lepas tu jadi semula.
Gatal & pedih sangat.Kulit tangan jadi kasar & merekah.Stress saya doc.
Basuh pinggan, masak, makan pun kena pakai glove.Ikan seafood semua dah lama saya tak makan.Tapi tak baik2 jugak.Doc ada cara tak macamana nak bagi baik" -panjang pesakit luahkan perasaan.
Ada puan.Puan kena stop basuh pinggan & pakai glove.Saya cadang beli dishwasher machine.Lagi murah dari jumpa doktor bulan2.๐Ÿ˜…
"Betul2 la doc.Saya serius ini".
Contact dermatitis adalah sejenis masalah kulit yang terjadi akibat alahan sentuhan.Biasanya sabun cuci pinggan, sabuh basuh baju, pewangi, makanan tinggi kandungan histamin, tumbuh2an, pokok2.Kadang2 latex glove
Bukan disebabkan alahan.pemakanan.
Ubat2 & krim sapuan boleh mereda symptoms dermatitis.Tapi akan berulang semula jika pesakit meneyntuh bahan alahan.
Jadi prinsip utama rawatan contact dermatitis adalah 'avoidance of allergen & irritant' - elakkan dari menyentuh bahan yang menyebabkan alergi & iritasi.
Berpantang makan & supplement yang beribu2 ringgit tidak akan berkesan selagi prinsip utama diabaikan.
Sebab itu dalam apa2 rawatan punca utama penyakit perlu dikenalpasti terlebih dahulu.Sebelum sesuatu rawatan boleh berjaya.
Dan majoriti doktor2 di klinik & hospital hanya menggunakan ubat yang hampir sama.Cuma diagnosis & kombinasi ubat yang akan menentukan samada ubat itu 'sekkun' (serasi & berkesan) dengan pesakit.

"Alhamdulillah doc, ini kali pertama selepas 5 tahun anak saya boleh mandi guna sabun!!"Bagitahu bapa pesakit dengan sed...
20/04/2025

"Alhamdulillah doc, ini kali pertama selepas 5 tahun anak saya boleh mandi guna sabun!!"Bagitahu bapa pesakit dengan sedikit teruja.
2 minggu sebelum itu si bapa membawa anaknya Aisyah, seorang murid darjah 1 untuk rawatan eczema.
Aisyah mengalami Chronic Eczema sejak berusia 2 tahun.Semenjak itu Aisyah telah menjadi pesakit tetap di klinik kulit hospital bertahun2 lamanya..
Pelbagai ubat,supplement & krim dicuba - baik yang dipreskripsi oleh doktor hospital mahupun dibeli sendiri di luar.Namun eczema nya hanya reda seketika.Sebelum kembali 'marah' & 'mengganas'
Setiap kali flare up eczema akan menjadi teruk..Kulit Aisyah akan mula kering, merekah & gatal.Menyebabkan Aisyah tak berhenti2. menggaru.Kemudian eczema akan menjadi luka, basah mengeluarkan 'air bisa' & 'nanah'.
Ketika ini Aisyah akan kesakitan setiap kali mandi & pakai baju.
Mandi jadi satu perkara yang menyeksakan.Setiap kali terkena air Aisyah akan menangis, menjerit kesakitan.Weeping eczema di lipatan lengan menyebabkan kulitnya 'melekat' & s**ar dibersihkan.
Disebabkan itu Aisyah kerap kali terpaksa diberikan prednisolone oleh hospital.Juga diinasihatkan agar tidak menggunakan sabun kerana dikhuatiri eczema semakin teruk akibat tindakbalas dengan sabun.
Dan disebabkan beberapa tahun tiada perubahan pakar terpaksa memulakan rawatan dengan Azathioprine.Namun masih tiada perubahan.Dan paling merisaukan Aisyah mula menunjukkan side effect kepada rawatan Azathioprine
Khuatir dengan keadaan Aisyah ibubapanya berikhtiar berubat di klinik swasta lain.Yang memerlukan Aisyah menerima suntikan sebulan sekali.
Disebabkan Allergy Test menunjukkan alahan kepada pelbagai allergen, Aisyah dinasihatkan untuk 'berpantang makan'.
No sugar, no gluten, no seafood, no dairy product, no eggs, no meat & etc
Walaupun disuntik setiap bulan & berpantang makan keadaannya tetap tidak berubah.Dan yang menyebabkan ibubapa lebih stress, setiap kali flare up pesakit & ibubapa akan dipersalahkan kerana tidak menjaga pemakanan..
Dan untuk kanak2 sebaya Aisyah agak mustahil untuk.mereka berpantang makan terutamanya makanan kegemaran mereka seperti susu, aiskrim, biskut, roti dll.
Akhirnya bulan Ramadhan baru2 ini ibubapa tergerak hati membawa Aisyah ke Klinik El-Mina untuk rawatan .
Ketika dibawa ke klinik Aisyah dalam kesakitan.Menangis setiap kali eczema tersentuh pakaian.
Setelah disoalselidik, diperiksa dan diteliti laporan Allergen Test - ibubapa diberitahu Aisyah tidak perlu berpantang makan.
Boleh makan seperti biasa.
Bapanya kelihatan agak ragu2.
"Betul ke tak perlu pantang makan doc?"Beberapa kali bapanya bertanya untuk pastikan dia tidak tersilap dengar.
"Ya betul encik"
Pesakit hanya perlu makan 3 jenis ubat.
Semua ubat makan tidak mengandungi steroid.Aisyah juga diberi krim sapuan & pelembap kulit.Selain dibekalkan sabun untuk mandian.
Paling penting pesakit perlu berdisplin makan & sapu ubat mengikut jadual.
Pesakit juga digalakkan sapu sendiri krim setiap kali gatal.Untuk mengurangkan tabiat menggaru.
Chronic eczema terjadi akibat kecelaruan sistem imun dikenali sebagai Hypersensitivity.Dengan menstabilkan sistem imun secara tidak langsung eczema akan berkurang dan beransur hilang.
Selepas 2 minggu eczema mula reda & beransur hilang.
Yang luka mula sembuh.
Yang tebal menjadi nipis.
Yang basah menjadi kering.
Yang kering merekah menjadi licin.
Hanya tinggal hanya parut2 eczema (post inflammatory hyperpigmentation)
Dan yang paling mengembirakan Aisyah kini boleh makan segala makanan kegemarannya. Boleh mandi seperti orang normal.Mandi bukan lagi satu mimpi ngeri.Suatu nikmat yang hilang sejak sekian lama.
Tiada keajaiban dalam.merawat eczema
Cuma perlukan pemahaman jitu disebalik pathophysiology of eczema.
Berpantang makan bukan penyelesaian kepada semua penyakit.
Kerana makanan bukanlah penyebab eczema.Sebaliknya hanyalah pencetus kepada flare up terutama ketika imun sistem kurang stabil.
Bila imun sistem distabilkan & hypersensitivity di-desensitize eczema akan lebih mudah dirawat dan sembuh.
Alhamdulillah ala kulli hal
Melihat sinar kegembiraan di wajah pesakit dan keluarga adalah suatu nikmat yang tidak ternilai bagi seorang doktor.
Wallahualam.

Untuk pesakit diabetes, ketuat di kaki boleh melarat menjadi Diabetic Foot jika terdapat jangkitan.Lebih2 lagi jika baca...
13/04/2025

Untuk pesakit diabetes, ketuat di kaki boleh melarat menjadi Diabetic Foot jika terdapat jangkitan.Lebih2 lagi jika bacaan gula tidak terkawal.
Pesakit dah cuba pelbagai rawatan di klinik & hospital selama setahun lebih.Tapi ketuat makin membesar & sakit sehingga s**ar untuk berjalan.Akhirnya pesakit datang ke Klinik Elmina Gong Badak untuk dapatkan rawatan.
Pesakit diberi pilihan antara cryotherapy vs excision.Pesakit pilih excision walaupun ada risiko untuk ketuat tumbuh semula.
Alhamdulillah dengan excision, dressing jadi lebih mudah & luka sembuh dalam masa 2 minggu.Paling pesakit s**a ketuat tidak tumbuh kembali.

Baby Adyan dan Puteri selamat jalani procedure tongue tie release. tongue tie juga boleh merencatkan proses pertuturan b...
03/04/2025

Baby Adyan dan Puteri selamat jalani procedure tongue tie release.
tongue tie juga boleh merencatkan proses pertuturan bayi.
Selepas sahaja tongue tie bayi digalakkan menyusu seperti biasa.Proses pemulihan luka biasa dalam 2-3 hari sahaja.
Mudah2an procedure ini membantu bayi Adyan menyusu secara normal & membesar menjadi anak yang soleh & solehah baik tutur katanya๐Ÿฅฐ Terima kasih kerana mempercayai kami ๐Ÿ’œ

"Risa (ketumbuhan) kecil ini kalau berdarah boleh penuh satu baju doc.Dah try letak macam2 'ketuat.'Masuk ini dah 2 tahu...
23/03/2025

"Risa (ketumbuhan) kecil ini kalau berdarah boleh penuh satu baju doc.
Dah try letak macam2 'ketuat.'Masuk ini dah 2 tahun lebih tapi tak hilang2"
Pyogenic Granuloma bukan ketuat.Tapi sejenis granuloma. Biasanya ia bermula dengan luka atau kudis biasa.Tapi disebabkan infeksi atau trauma berulang ianya bertukar menjadi granuloma yang mempunyai salur darah kapilari yang tidak matang.
Menyebabkan s**ar sembuh & pendarahan s**ar dihentikan.
Rawatannya tisu granuloma perlu dipotong dan salur darah kapilari perlu dimatikan dengan laser.
Pesakit dah dapat tarikh untuk buat procedure under GA (bius penuh) di hospital.Tapi disebabkan risau dengan side effect bius ibu memilih untuk buat di Klinik El-Mina dengan bius setempat.
Alhamdulillah procedure ambil masa 5-10 minit dan berjaya tanpa sebarang komplikasi

01/03/2025

โ€œBulan Ramadan adalah kesempatan yang istimewa untuk membersihkan hati dan jiwa kita. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa. Selamat menjalankan ibadah puasa." ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐ŸŒ™

ikhlas dari kami Klinik Elmina Gong Badak

24/02/2025

Tips Pesakit GASTRITIS / GERD menghadapi RAMADHAN.
SAHUR
1.Jangan skip sahur melainkan anda sudah terbiasa tidak bersarapan
2.Pilih makanan tinggi protein sbg contoh dada ayam, ikan, telur rebus, omellete
3.Elakkan makanan pedas bercili atau berempah eg sambal belacan, tomyam, kari mamak, blackpepper dll
4.Elakkan minuman tinggi gula termasuk air bercarbonate, kordial & 3 in 1.
5.Supplement yang mengandungi herba berempah & berasid mungkin kurang sesuai untuk anda sbg apple cider, arabic gum, habbatus sauda & Vit C (ascorbic acid) dll.
6.Ambil ubat gastritis yang diprescribe kepada anda eg. Omeprazole, Pantoprazole (Controloc) atau Esomeprazole (Nexium)
BERBUKA
1.Berbuka dengan portion yang sedikit dahulu sebelum solat maghrib.
2.Boleh berbuka dengan kurma.Tapi elakkan minuman manis atau kuih2 manis.
3.Utamakan protein eg ayam pusing, lauk2 ayam & daging, satay, daging bakar, ikan dll.
4.Makan nasi jangan lebih dari segenggam.Sebaik2nya pilih nasi Low GI seperti Basmathi, Parboiled Rice.
5.Solat maghrib dahulu selepas berbuka ringan.Jika masih lapar boleh sambung makan selepas solat maghrib.
6.Jangan makan terlalu kenyang kerana ianya boleh mengakibatkan GERD menyerang.
7.Jika gastrik/GERD kerap menyerang selepas berbuka boleh ambil ubat2 gastrik eg.Omeprazole,Pantoprazole sekali lagi selepas berbuka.
TARAWIH
1.Pakaian ketat boleh menyebabkan gastrik reflux bertambah teruk bagi sesetengah pesakit.
2.Pilih pakaian longgar dan tidak menjerut perut.Jubah mungkin lebih sesuai berbanding kain pelikat bagi sesetengah pesakit.
3.Sesetengah pesakit akan mengalami reflux ketika rukuk.Jika berlaku boleh selang seli solat berdiri dengan solat duduk.
MOREH
1.Pesakit GERD dinasihatkan berhenti makan 4 jam sebelum tidur.Namun agak s**ar diamalkan ketika Ramadhan
2.Jika teringin untuk makan moreh jangan ambil makanan berat.Ambil sekadar perlu untuk merasa.
3.MOREH lewat tengah malam (pengganti SAHUR) sebelum tidur kurang sesuai untuk pesakit GERD
4.Melewat2kan sahur bukan sahaja SUNNAH yang dituntut.Ianya juga baik untuk pesakit GERD.
Ramai pasakit Gastrik & GERD mendapat serangan gastrik buka kerana KURANG MAKAN atau LAPAR semata2.Tapi disebabkan kesilapan dalam PEMILIHAN MAKANAN & RUTIN PEMAKANAN yang menyebabkan perut merembes asid berlebihan.Dan mengakibatkan radang pada dinding perut (gastritis),ulcer (peptic ulcer) & reflux (GERD).
Sebab itu kita boleh lihat lebih ramai pesakit OVERWEIGHT/OBESE mengalami masalah GASTRIK berbanding pesakit berbadan KURUS.
Dan PUASA RAMDHAN ini jika diamalkan dengan pemakanan yang BETUL ianya akan menjadi GUT RESET kepada pesakit untuk sembuh dari masalah GERD & GASTRITIS.

Ramai yang tanya kat mana Klinik El-Mina.Ok, senang saje. Boleh ikut panduan ni dengan merujuk gambar di bawah.Kini bero...
12/02/2025

Ramai yang tanya kat mana Klinik El-Mina.
Ok, senang saje. Boleh ikut panduan ni dengan merujuk gambar di bawah.
Kini beroperasi SETIAP HARI 8.30pagi-10.00 malam

Rawatan merangkumi pelbagai bidang perubatan
Expert Care at Affordable Fee.Dengan memberi penekanan kepada diagnosis yang tepat.

www.wassap.my/+60109190660/rawatan

Address

PT 33837 GF PERKEDAIAN TEMBESU PERDANA, DATARAN AUSTIN, GONG BADAK 21300 , KUALA NERUS
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:30 - 00:00
Tuesday 08:30 - 00:00
Wednesday 08:30 - 00:00
Thursday 08:30 - 00:00
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 08:30 - 00:00
Sunday 08:30 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Elmina Gong Badak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram