13/04/2026
Masuk je kereta kawan, tengok kaki kiri dia letak kat pedal brek, kaki kanan kat pedal minyak. Terus rasa nak mengucap panjang dan nak cancel jadi penumpang! 😱🚗
Kereta auto direka secara ergonomik untuk dipandu menggunakan SATU KAKI SAHAJA (Kaki Kanan). Bila kaki kiri anda mula 'campur tangan', ini 3 bahaya besar yang menanti
1. Otak Keliru Waktu Kecemasan
Yang kita takut bukan masa jalan clear. Yang kita takut ialah split-second bila motor tiba-tiba mencelah atau budak melintas. Masa panik, refleks semula jadi badan adalah menegang dan menekan KEDUA-DUA belah kaki serentak.
Kereta akan mengaum (minyak ditekan) dan tersentak (brek ditekan) serentak. Sangat berisiko untuk kemalangan maut
2. Memori Otot (Muscle Memory) Kaki Kiri 'Kasar'
Kaki kiri manusia biasa tak ada kepekaan (feel) yang halus untuk menekan brek dengan lembut.
Sebab tu bila orang bawa auto dua kaki, braking dia jadi sangat kasar, mengejut, dan buat penumpang rasa nak muntah
3. 'Riding The Brake' (Makan Brek)
Tanpa sedar, kaki kiri tu sentiasa berehat dan 'tertekan' sikit pedal brek tu sepanjang pemanduan.
Akhirnya? Pad brek cepat haus, berasap, dan lampu brek belakang anda asyik menyala buat pemandu belakang confuse.
Kalau bawa kereta auto, biasakan satu kaki sahaja.
✅ Kaki kanan untuk minyak dan brek.
✅ Kaki kiri REHAT (letak di dead pedal/ *
footrest)
Kadang-kadang, tabiat yang kita rasa "boleh je ni" itulah yang jadi punca penyesalan seumur hidup bila keadaan bertukar cemas.