02/02/2025
JANGAN PANDANG RINGAN TENTANG MIKROBIOM USUS ANDA!
Bayangkan usus anda seperti sebuah bandar metropolitan yang sibuk. Di dalam 'bandar' ini, terdapat lebih 500 jenis penduduk mikroskopik yang tinggal dan bekerja 24 jam sehari!
Menariknya, dalam badan kita ada lebih banyak mikroorganisma berbanding sel badan sendiri. Untuk setiap satu sel badan kita, ada 3 mikroorganisma dalam usus. Bayangkan kalau sel badan kita 37 trilion, bermakna ada 100 trilion mikroorganisma dalam usus!
Seperti mana-mana bandar, kita ada penduduk 'baik' dan 'jahat'. Yang baik ni kerja dia jaga kesihatan usus, bantu cerna makanan, dan lindungi kita dari penyakit. Yang jahat p**a, kalau terlalu ramai, boleh buat kita sakit!
Untuk usus yang sihat, kita perlukan:
✨ 85% bakteria baik
✨ 15% bakteria jahat
Macam mana nak pastikan bakteria baik lebih ramai?
Sama seperti penduduk bandar perlukan rumah dan makanan, bakteria baik dalam usus kita pun perlukan 'tempat tinggal' dan 'makanan' yang sesuai.
Di sinilah datangnya peranan PREBIOTIK dan PROBIOTIK:
🏠 Probiotik: Bakteria baik yang boleh 'berpindah' masuk ke usus kita
🍎 Prebiotik: Makanan khas untuk bakteria baik supaya mereka boleh membiak dengan baik
Kalau bakteria baik dalam usus kita sihat dan cukup, banyak kebaikan yang kita dapat:
✅ Penghadaman lancar
✅ Penyerapan nutrisi lebih baik
✅ Sistem imun lebih kuat
✅ Emosi lebih stabil
✅ Kulit lebih cantik
Jadi, bila kita jaga kesihatan usus, sebenarnya kita jaga kesihatan seluruh badan! 💪
Nak tahu lebih lanjut tentang kesihatan usus? Jom ikuti siri posting saya tentang kepentingan prebiotik dan probiotik. Stay tuned! 😊