Raed Magic Warmer - Tungku Modern Untuk Ibu Berpantang

Raed Magic Warmer - Tungku Modern Untuk Ibu Berpantang Raed Magic Warmer

PENTINGNYA PENYELIDIKAN UNTUK PENGHASILAN PRODUKAlhamdulillah...settle hari ni kerja2 kt lab...insya allah produk baru u...
11/05/2023

PENTINGNYA PENYELIDIKAN UNTUK PENGHASILAN PRODUK
Alhamdulillah...settle hari ni kerja2 kt lab...insya allah produk baru utk masalah ketiak dan celah kangkang hitam disebabkan tinea cruris akan dihasilkan..ujian dah lengkap...cuma nk test on dermatology for effectiveness....

Anak tak boleh tido malam, menggaru-garu sebab gatal akibat eczema sampai habis luka 1 badan. Dah habis akal, tak tau na...
11/05/2023

Anak tak boleh tido malam, menggaru-garu sebab gatal akibat eczema sampai habis luka 1 badan. Dah habis akal, tak tau nak buat apa dah… Untuk parent yang tgh ada masalah ni, boleh cuba Wet Wrap Therapy (WWT).
Kajian menunjukkan yang teknik WWT boleh mengawal & melegakan symptom eczema hingga 71% secara purata. Hari ni saya kongsikan bagaimana kita boleh lakukan wet wrap ni sendiri hanya di rumah. WWT ini memerlukan 1 set kain (garment) yang lembab dan 1 set kering. Harap lepas ni anak boleh tido nyenyak tanpa menggaru lepas dah buat WWT ni. Jom try.
[1].
Sediakan pakaian/kain ketat. Anda boleh gunakan tubifast, yg boleh dibeli dari farmasi, klinik kulit atau online. ‘Tubifast garments’ sememangnya direka utk pesakit kulit spt eczema. Terdapat dalam bentuk baju, lengan atau kaki. Semasa anda beli tubifast, pastikan anda beli utk umur yang sesuai utk anak anda. WWT tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar. Nanti tidak berkesan.
Ada yg biasa guna jenis Molnlycke Tubifast, dan potong mengikut saiz anggota badan. Cara lain ialah membungkuskan 2 lapisan kain seperti gauze di dalam, dan bandage di luar, atau menggunakan stokin yg nipis.
[2].
Jika anda tidak mempunyai tubifast, jangan risau. Anda boleh gunakan baju cotton. Contohnya seperti baju tidur kanak-kanak. Cuma bagi memastikan tidak longgar, anda boleh gunakan 1 size lebih kecil dari size anak anda yang biasa (1 size smaller).
Kain yg paling sesuai ialah jenis yg sejuk dipakai, ringan, nipis tetapi boleh 'grip' dan tidak licin supaya ia kekal tidak terjatuh apabila digunakan. Kain mesti boleh meruapkan keluar air dgn cepat utk menyejukkan kulit, dan tidak membenarkan air terperap di dalam.
[3].
Tidak kira utk tubifast atau baju cotton, sila sediakan 2 set. Kerana WWT memerlukan 1 set yang lembab dan 1 set yang kering. Jika ada lebihan wang, boleh sediakan 4 set. Supaya apabila 2 set pertama digunakan, lebihan 2 set boleh dibasuh dan dijemur.
[4].
Utk memulakan WWT, anak anda perlu mandi terlebih dahulu. Lap kering badan dengan lembut sehingga kering. Kalau eczema anak tu basah, guna teknik 0.9% saline water (air garam) spt yg saya kongsikan sebelum ni untuk keringkan dulu eczema tu sebab sapu any krim/pelembab.
[5].
Sapu krim Dermcare ke kawasan keradangan (merah/gatal). Tunggu 10-5minit (untuk dia meresap), kemudian sapu pelembab dengan urutan mengikut satu arah (ikut arah jatuh bulu rambut) ke seluruh badan.
(blh dapatkan krim dermcare di website rasmi Dr. Ridz: drridzskinlabs.com/dermcare)
Kalau nak guna bersama krim steroid dari klinik/doktor pun boleh. Make sure krim tu hanya di kawasan radang . Ingat, penggunaan steroid mesti under pengawasan doktor, kalau tak side effect dia boleh sebabkan eczema anak lagi teruk.
Secara mudah, ini turutan apa nak guna sebelum kita start wrap badan anak:
[Dermcare Krim] (tunggu 10-15min) --> [Pelembab] --> [Krim Steroid]
[6].
Seusai itu, rendamkan keseluruhan 1 set tubifast ke dalam air suam kuku. Angkat dan perah sehingga kering. Set pertama ini adalah set lembab (wet garment). Balut bahagian kulit yang disapu pelembab +/- krim dermcare tadi dengan wet garment ini. Tujuan ini, adalah utk trap kelembapan pada kulit.
[7].
Kemudian, balutan kedua adalah dengan 1 set tubifast yang kering (set kering atau dry garment). Then, selesai! Mudah je kan?
[8].
WWT ini boleh dilakukan secara berterusan selama 24 jam. Sebagai permulaan, saya selalu nasihatkan ibu bapa supaya mulakan pada waktu malam terlebih dahulu semasa hendak tidur. Ini bagi membiasakan kanak-kanak dgn terapi ini.
[9].
Jika pakai berterusan dan anda dapati WWT mulai kering, anda perlu buang lapisan yang kedua itu (dry garment) dan spray air suam kuku pada balutan pertama (wet garment). Kemudian, balut semula dengan dry garment. Terapi ini berkesan kerana ada wet garment tu. Jika dibiarkan wetwrap kering, dikhuatiri akan menyebabkan kulit menjadi gatal p**a nnti.
[10].
Krim steroid tidak perlu digunakan setiap masa. Jika tiada radang, tidak perlu pakai. Jika pakai krim steroid, pastikan tidak melebihi 14 hari.
[11].
Elakkan guna WWT jika ada tanda jangkitan kuman, seperti keluar cecair kuning, keruping kuning, nanah.
[12].
Kain yang digunakan dalam WWT boleh dibasuh dan digunapakai lagi. Tatkala basuh, tidak perlu gunakan sabun antibakteria/pewangi. Memadai basuh dengan air suam kuku dan biarkan kering.
Apabila kulit anak sudah baik dari ekzema boleh terus slow-slow kurangkan kekerapan wet wrap dan stop. Dan ulangi proses ini jika ekzema berlaku semula. Kebanyakan ibubapa akan teruskan wet wrap setiap malam kerana mereka merasakan cara ini paling membantu anak untuk tidur dgn selesa.
Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda mengawal ekzema anak anda dengan lebih baik. Selamat mencuba.
KRIM ECZEMA TANPA STEROID:
Jangan cuba krim sebarangan tanpa kaji dulu bahan product tersebut. Kesan pantas tak semestinya dia selamat untuk jangka masa panjang. Terlalu bergantung kepada krim steroid yg terlalu lama boleh mendatangkan implikasi negetif kpd anak di masa hadapan. Sebab tu kebelakangan ini ramai parent yg lebih prefer alternatif treatment yg bebas dari pengaruh steroid seperti krim Dermcare hasil kajian Dr. Rizuan & beberapa universiti tempatan.
Dihasikan 100% dari gabungan herba & bahan semulajadi, jadi boleh gunakan seberapa kerap tanpa kesan sampingan. Kesan sangat pantas yg mampu menyaingi krim steroid, namun bebas kesan sampingan.
Untuk anda yg mencari ikhtiar untuk merawat kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami ini link dibawah:
drridzskinlabs.com/dermcare
drridzskinlabs.com/dermcare

Alhamdulillah... Dr.Ridz SkinLabs-HQ bersiaran secara langsung dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) ..dijemput men...
10/05/2023

Alhamdulillah... Dr.Ridz SkinLabs-HQ bersiaran secara langsung dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) ..dijemput menyertai Pertandingan Penyelidikan & Inovasi anjuran Kementerian Pertahanan & Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang dihadiri lebih 300 peserta dari Institut Pengajian Tinggi, Industri, GLC dan luar negara...

Dr. Ridz akan Membentangkan Produk Penyelidikan RidzCare Soothing Cream(Krim Melegakan Resdung) by Dr.Ridz SkinLabs .

Doakan Supaya produk Dr.Ridz SkinLabs diiktiraf dalam dan luar negara ..




HEBATNYA KITA BILA MANA KITA BERMANFAAT PADA YANG LAINTerima kasih Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) kerana sudi ...
10/05/2023

HEBATNYA KITA BILA MANA KITA BERMANFAAT PADA YANG LAIN

Terima kasih Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) kerana sudi menjemput saya utk memyampaikan perkongsian kepada sebahagian pelajar2 pascasiswazah mereka berkenaan dgn komersialan produk penyelidikan dan peluang2 dlm bidang medical entrepreneur...semoga bermanfaat pada semua ...

Kami di Dr.Ridzuan Manufacturing sentiasa komited membantu penyelidik dlm penghasilan produk penyelidikan mereka kearah komersialan dan pemasaran produk penyelidikan mereka skali gus kita jihad kita menentang produk timbang kilo di pasaran

DR.RIDZUAN MANUFACTURING KEARAH PENGILANGAN PRODUK HALAL YG BERASASKAN PENYELIDIKAN & MAKMAL ANALISISAlhamdulillah, sela...
10/05/2023

DR.RIDZUAN MANUFACTURING KEARAH PENGILANGAN PRODUK HALAL YG BERASASKAN PENYELIDIKAN & MAKMAL ANALISIS

Alhamdulillah, selamat sudah proses audit Halal oleh Pegawai Halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu hari ini... alhamdulillah juga kerana keputusan yg sangat positif dan baik dari panel penilai/auditor halal utk kilang ini..

Saya sentiasa menekankan pengilangan produk yg halal, bersih lagi bermutu kearah pasaran skincare dan pharmaceutical halal dunia ini kerana demand pasaran yg tinggi yang menjadikan Malaysia sebagai Hub pengilangan produk halal dunia.
WAJIB produk yg di Keluarkan oleh Dr Ridzuan Manufacturing kena apply halal utk pasaran yg lebih competitive
Well done my team for this great achievement..

10/05/2023

Bahaya Kapur Barus Dalam "Produk Eczema & Gatal-Gatal"..
Selain dari steroid, ada lg satu bahan yg ada adverse effect commonly use dalam product skincare & krim gatal/eczima yg boleh memudaratkan pengguna terutamanya ibu mengandung/breast feat & kanak-kanak bawah 2 tahun - boleh kena sawan !!!
"Kapur Barus" atau nama sainsnya "Camphor" ni memang effective untuk hilangkan gatal-gatal. Tetapi bahan ini jika digunakan berlebihan akan menjadi tidak selamat terutamanya bila digunakan pada kulit yang luka/pecah. Camphor mudah diserap melalui luka kulit dan boleh mencapai tahap toksik.
Jadi sebab tulah camphor ni walaupun diluluskan oleh KKM, tp dia dikira sebagai bahan kawalan - hanya dibenarkan pada kuantiti tertentu (sama mcm steroid)
Tolong JANGAN BELI UBAT RE-PACK yang tidak berlabel dengan jelas walaupun dari klinik atau farmasi, dikhuatiri bercampur dengan camphor kekuatan tinggi dan pelbagai bahan bahaya lain yang mahu diselindungi.
Jom dengar perkongsian Dr. Ridz tentang camphor/kapur barus dlm video di bawah....................
Ada soalan nak tanya? Drop je komen kat post ni ye, nnt Dr Riduzan akan tolong jawab.
p/s: Jemput ke Dr Ridz telegram group untuk terus bertanyakan apa-apa tentang masalah kulit anda:
👉🏼 https://t.me/DrRidzInfoChannel
(semua consultation dalam group ni FREE je, xperlu bayar pape)

KHASIAT DAUN SIRIH DALAM PRODUK DR.RIDZ SKINLABSDr.Ridz SkinLabs telah menggunakan sireh dlm kesemua produk penyelidikan...
10/05/2023

KHASIAT DAUN SIRIH DALAM PRODUK DR.RIDZ SKINLABS
Dr.Ridz SkinLabs telah menggunakan sireh dlm kesemua produk penyelidikan yg dihasilkannya.

Hasil penyelidikan yang telah dibuat, daun sirih kaya dengan bahan aktif (active compounds) dimana bagus bertindak sebagai
*Anti-mikrobial(agen pemati kuman)
*Anti-inflammation (anti keradangan)
*Anti-oxidant (anti radikal bebas)

Hasil penyelidikan yg dijalan oleh Dr.Ridz SkinLabs mendapati sireh sesuai dan mempunyai nilai perubatan yg tinggi dalam menghasilkan produk kesihatan mahupun kosmetik terutama dlm kesihatan kulit.

dapatkan di sini:
drridzskinlabs.com/dermcare

Address

Tingkat 2, PT 33848, Dataran Tembusu Kuala
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raed Magic Warmer - Tungku Modern Untuk Ibu Berpantang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Raed Magic Warmer - Tungku Modern Untuk Ibu Berpantang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram