27/02/2025
Assalamualaikum WBH dan salam sejahtera,
YBrs. Datuk, Prof, Dr, Tuan, Puan,
Kami dengan sukacitanya memperkenalkan Pusat Fisioterapi FSK UiTM, sebuah pusat rawatan fisioterapi yang menyediakan perkhidmatan profesional oleh ahli fisioterapi bertauliah dan berpengalaman dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dijalankan oleh fisioterapis yang berkemahiran tinggi, perkhidmatan kami disediakan untuk membantu pemulihan dan penjagaan kesihatan warga UiTM dan komuniti luar, dengan penekanan kepada rawatan yang berkualiti dan mesra pelanggan.
Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
Pemulihan masalah muskuloskeletal: Rawatan untuk ketidakfungsian otot dan sendi yang mengganggu pergerakan harian.
Pemulihan masalah saraf (Neurology): Program khusus untuk pesakit dengan masalah saraf seperti kecederaan saraf tunjang.
Pemulihan kecederaan sukan: Program pemulihan untuk atlet atau individu yang mengalami kecederaan sukan.
Fisioterapi kanak-kanak: Program untuk merangsang pergerakan motor kasar dan halus kanak-kanak.
Fisioterapi warga emas: Program untuk membantu warga emas mengoptimumkan tahap pergerakan mereka.
Kenapa Memilih Pusat Fisioterapi FSK UiTM?
Konsultasi & penilaian oleh fisioterapis berkualifikasi: Setiap rawatan dimulakan dengan penilaian menyeluruh oleh ahli fisioterapi yang berpengalaman.
Program senaman yang disesuaikan: Program senaman yang direka khusus untuk memenuhi keperluan individu.
Harga yang berpatutan: Rawatan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini?
Tempah temujanji anda hari ini dengan menghubungi:
Telefon & WhatsApp: 03-32584564
Kami sedia membantu anda dengan perkhidmatan fisioterapi yang profesional dan berkualiti tinggi.
Credit : Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Terima kasih.