25/11/2021
BAGAIMANA HENDAK KENALPASTI PERANAKAN JATUH ATAU TIDAK?
Peranakan jatuh ialah suatu keadaan dimana terdapat bahagian organ rahim atau va**na terkeluar daripada tempatnya. Biasanya ia melibatkan organ sekitarnya iaitu pundi kencing dan rektum dubur.
Apakah punca-punca rahim wanita jatuh?
Punca-punca rahim jatuh adalah kehamilan, proses bersalin secara va**na, faktor bayi bayi dan instrumensi, faktor keturunan, faktor penuaan atau monopause, faktor peningkatan tekanan dalaman (intra)-abdomen dan sejarah pembedahan pelvis.
Apakah tanda peranakan wanita jatuh?
🔸 Perasaan “berat” atau “tekanan” pada bahagian kemaluan atau sekitar pelvis
🔸 Kesakitan pada bahagian pelvis/belakang ataupun va**na ataupun ketika melakukan hubungan seksual
🔸 “Benjolan” terkeluar daripada va**na atau dalam ruang va**na
🔸 Kencing keluar dengan sendiri apabila ketawa, batuk mahupun bersin
🔸 Perlu kencing secara kerap dan tiba-tiba
Kencin tidak lawas
Berapakah peringkat peranakan jatuh ini berlaku?
Terdapat 3 peringkat peranakan jatuh yang anda perlu ketahui:-
🔸 Tahap pertama: Kejatuhan struktur rahim separa ruangan
🔸 Tahap kedua: Struktur rahim jatuh sehingga pembukaan va**na dan terkeluar apabila diteran
🔸 Tahap ketiga: Sebahagian struktur rahim boleh dilihat terkeluar dengan sendirinya daripada va**na dan ini dikenali sebagai tombong.
Ingin tahu bagaimana cara merawat dan cara atasi masalah peranakan jatuh? Nantikan posting kami seterusnya!
Sumber: Doctor on Call
***j **na