Dr. Hafiz - Pakar Perut dan Sistem Pencernaan - Sunway Medical Centre

  • Home
  • Dr. Hafiz - Pakar Perut dan Sistem Pencernaan - Sunway Medical Centre

Dr. Hafiz - Pakar Perut dan Sistem Pencernaan - Sunway Medical Centre Gastroenterology & Hepatology - Sunway Medical Centre

Sandwich family” atau “sandwich generation” merujuk kepada golongan individu dewasa yang berada di tengah-tengah dua tan...
17/04/2025

Sandwich family” atau “sandwich generation” merujuk kepada golongan individu dewasa yang berada di tengah-tengah dua tanggungjawab:
1. Menjaga ibu bapa yang sudah tua atau uzur, dan pada masa yang sama
2. Menanggung anak-anak yang masih memerlukan sokongan kewangan dan perhatian.
Ibarat inti sandwich yang diapit di antara dua kepingan roti mereka tersepit di antara dua generasi.
Di luar mereka kelihatan tenang, tapi dalam diam… mereka tersepit di antara dua tanggungjawab besar.
Ini bukan kisah satu dua orang. Ini realiti ramai.
Mereka jarang mengadu. Tak minta dihargai.
Tapi… kalau boleh, fahamilah mereka.
✅ Kalau tak mampu bantu dengan duit, bantu dengan masa.
✅ Kalau tak mampu ringankan tanggungjawab, ringankan kata-kata.
✅ Kadang, sekadar bertanya “kau ok?” pun sudah cukup beri nafas.
Terima kasih kerana terus bertahan, walau tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi “inti” dalam sandwich kehidupan.

🌿 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐍𝐘𝐈𝐓 & 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐎𝐍𝐒𝐔𝐌𝐒𝐈𝐍𝐘𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 💛Kunyit telah lama dikenali sebagai "ramuan em...
28/02/2025

🌿 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐍𝐘𝐈𝐓 & 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐎𝐍𝐒𝐔𝐌𝐒𝐈𝐍𝐘𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 💛
Kunyit telah lama dikenali sebagai "ramuan emas semula jadi", terutama dalam menjaga kesihatan dan membantu mengatasi pelbagai masalah pencernaan, keradangan, serta meningkatkan daya tahan tubuh. Namun, untuk memaksimumkan manfaatnya, kunyit perlu dikonsumsi pada waktu yang tepat dan dengan cara yang betul!
1️⃣ 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 & 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐭 🛡️
✅ Curcumin dalam kunyit membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka pada perut.
✅ Membantu menghalang pertumbuhan bakteria H. pylori, penyebab utama gastrik dan refluks asid.
✅ Menyeimbangkan keasidan dalam perut, menyokong sistem pencernaan yang lebih sihat.
📌 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦:
👉 Pada waktu pagi ketika perut kosong atau 30 minit sebelum makan – untuk membantu kunyit diserap dengan lebih baik, melindungi dinding perut, dan mengurangkan risiko kerengsaan.
2️⃣ 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 & 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 🦠✨
✅ Curcumin bersifat antibakteria dan anti-radang, membantu mencegah jangkitan.
✅ Mengurangkan keradangan dalam badan, menyokong kesihatan sendi, kulit, dan pernafasan.
✅ Membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
📌 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦:
👉 Pada waktu pagi atau sebelum tidur – untuk penyerapan nutrien yang optimum dan sistem imun yang lebih kuat.
3️⃣ 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐭𝐨𝐤𝐬𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 & 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐛𝐮𝐡 🍵
✅ Kunyit merangsang hati untuk menghasilkan enzim detoks, membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
✅ Mengurangkan pengumpulan toksin, menyokong kesihatan hati dan mencegah hati berlemak.
✅ Membantu pencernaan yang lebih lancar, mengurangkan masalah kembung dan senak.
📌 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦:
👉 Pada waktu pagi ketika perut kosong atau sebelum tidur – untuk membantu badan menyingkirkan toksin dengan lebih efektif.
4️⃣ 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 & 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐦𝐚𝐤 🏃‍♀️🔥
✅ Curcumin merangsang metabolisme, membantu pembakaran kalori dengan lebih cepat.
✅ Menghalang pengumpulan lemak berlebihan, terutamanya di bahagian perut.
✅ Membantu tubuh menyerap lemak yang sihat, mengurangkan risiko obesiti.
📌 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦:
👉 Pada waktu pagi sebelum makan atau selepas bersenam – untuk membantu meningkatkan pembakaran lemak dan metabolisme badan.
5️⃣ 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐭, 𝐀𝐧𝐭𝐢-𝐏𝐞𝐧𝐮𝐚𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 🌟
✅ Kunyit kaya dengan antioksidan, membantu mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.
✅ Membantu merawat jerawat, mengurangkan parut, dan mencerahkan kulit secara semula jadi.
✅ Menyokong proses pembaharuan kulit, melindungi daripada kesan buruk persekitaran.
📌 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦:
👉 Pada waktu pagi atau sebelum tidur – untuk membantu kulit pulih dan kekal berseri dari dalam.
⚠️ 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 ⚠️
❌ Jangan minum kunyit semasa perut terlalu kenyang – boleh mengurangkan penyerapannya.
❌ Elakkan mengambil terlalu banyak kunyit – boleh menyebabkan kepanasan badan atau ketidakselesaan perut.
❌ Jangan bancuh kunyit dengan air yang terlalu panas – boleh merosakkan khasiat Curcumin.
✅ Sebaiknya campurkan kunyit dengan madu atau susu untuk meningkatkan penyerapannya.
✅ Gunakan kunyit dalam bentuk Nano Curcumin untuk penyerapan yang lebih berkesan dan cepat dalam badan.
🎯 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍
Mengambil kunyit pada waktu yang tepat akan membantu memaksimumkan manfaatnya dalam menjaga kesihatan, kecantikan, dan menyokong proses penyembuhan semula jadi tubuh. Anda sudah mencuba minum kunyit pada waktu tertentu? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen! 💬🌿

🐝𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗨? 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗜𝗡𝗨𝗠𝗡𝗬𝗔 𝗦𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡? 🍯💛Madu bukan sekadar pemanis semula jadi...
28/02/2025

🐝𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗨? 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗜𝗡𝗨𝗠𝗡𝗬𝗔 𝗦𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡? 🍯💛
Madu bukan sekadar pemanis semula jadi, tetapi juga "superfood" dengan pelbagai manfaat kesihatan. Berikut adalah kebaikan utama madu serta waktu terbaik untuk mengonsumsinya agar kesannya lebih optimum.
1️⃣ 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐧𝐚𝐚𝐧 & 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐭 🛡️🍽️
✅ Membantu membentuk lapisan perlindungan pada dinding perut, mengurangkan keradangan dan menyokong rawatan ulser gastrik.
✅ Menghalang pertumbuhan bakteria H. pylori – penyebab utama gastrik dan ulser perut.
✅ Meningkatkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit kerana sifatnya sebagai prebiotik yang menyuburkan bakteria baik dalam usus.
📌 Bila waktu terbaik untuk minum?
👉 Pagi ketika perut kosong atau 30 minit sebelum makan. Campurkan satu sudu madu dengan air suam untuk kesan yang lebih baik.
2️⃣ 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐦𝐮𝐧 & 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 🏋️‍♂️🦠
✅ Kaya dengan flavonoid dan polifenol – antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan.
✅ Menguatkan sistem imun, membantu badan melawan bakteria dan virus.
✅ Mempercepat pemulihan selepas sakit dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat.
📌 Bila waktu terbaik untuk minum?
👉 Pagi atau sebelum tidur. Segelas air madu suam membantu menyahtoksik badan dan menguatkan imuniti.
3️⃣ 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 & 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧⚡💪
✅ Mengandungi fruktosa dan glukosa semula jadi, yang membekalkan tenaga segera.
✅ Membantu mengurangkan keletihan dan tekanan selepas bekerja atau bersenam.
✅ Menjadikan minda lebih fokus dan bertenaga sepanjang hari.
📌 Bila waktu terbaik untuk minum?
👉 30 minit sebelum bersenam atau pada waktu petang untuk mengelakkan rasa lesu.
4️⃣ 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐮𝐤 & 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐤 🤧🍋
✅ Sifatnya yang antibakteria membantu melegakan sakit tekak, batuk, dan radang tekak.
✅ Apabila dicampur dengan lemon atau halia, kesannya menjadi lebih berkesan.
📌 Bila waktu terbaik untuk minum?
👉 Ketika mengalami batuk, sakit tekak atau sebelum tidur. Campurkan madu dengan air suam dan beberapa hirisan halia untuk kesan yang lebih melegakan.
5️⃣ 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐢𝐝𝐮𝐫 😴🌙
✅ Mengandungi tryptophan, asid amino yang merangsang penghasilan serotonin, yang seterusnya membantu pengeluaran melatonin untuk tidur yang nyenyak.
✅ Menenangkan sistem saraf, membantu mengurangkan tekanan dan menjadikan tidur lebih lena.
📌 Bila waktu terbaik untuk minum?
👉 Sebelum tidur, boleh dicampur dengan susu suam untuk membantu tubuh lebih relaks.
6️⃣ 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 & 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐡𝐭𝐨𝐤𝐬𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 🏃‍♀️🍋
✅ Merangsang metabolisme, membantu pembakaran lemak lebih berkesan.
✅ Menggantikan gula putih untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis.
✅ Membantu menyingkirkan toksin dan mengekalkan kesihatan hati.
📌 Bila waktu terbaik untuk minum?
👉 Pagi ketika perut kosong, campurkan madu dengan air suam dan lemon untuk merangsang sistem pencernaan.
⚠️ 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 ⚠️
❌ Jangan minum madu pekat secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dalaman.
❌ Jangan campur madu dengan air terlalu panas (melebihi 60°C) kerana ia boleh merosakkan kandungan nutrisinya.
❌ Elakkan pengambilan berlebihan, cukup 1-2 sudu sehari untuk manfaat yang optimum.
✅ Pilih madu asli, bebas daripada campuran bahan lain untuk mendapatkan kesan terbaik.
🎯 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍
Madu ialah makanan super untuk kesihatan, tetapi ia perlu diambil pada waktu yang betul dan dengan cara yang sesuai untuk mendapatkan manfaat maksimum. Adakah anda sudah mencuba minum madu pada waktu pagi atau sebelum tidur? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen! 💬🐝🍯

RASA PEDIH PERUT SEMASA BERPUASABerpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermak...
28/02/2025

RASA PEDIH PERUT SEMASA BERPUASA
Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.
Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.
Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati. Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan "pedih ulu hati", namun ia tidak ada kena mengena dengan 'organ hati' kita. Masalah ini berlaku apabila kita menguba pola pemakanan kita. Biasanya kita makan bersarapan dan makan tengahari. Tetapi pada bulan puasa, kita 'bersarapan' lebih awal dan kita tidak makan waktu tengahari walaupun kita berasa lapar.
Jadi masalah yang mungkin timbul adalah :
1. Gastro-Esophagal Reflux Disease (GERD)
GERD berlaku apabila asid yang berada di dalam perut naik ke permukaan dalam esofagus, menyebabkan keradangan pada permukaan ini.
Ia bukan disebabkan kita tidak makan, tetapi disebabkan oleh lingkaran otot pada bagian bawah esofagus, (ia dikenali sebagai Lower Esophageal Sphinchter) tdak berfungsi dengan baik. Ia disebabkan oleh terlalu banyak asid dalam perut (terutama apabila kita makan makanan yang pedas, dan bergula) melimpah naik ke atas memasuki esofagus. Apatah lagi jika kita berbaring dan tidur selepas berbuka atau bersahur, disebabkan lebih mudah untuk asid dalam perut masuk ke esofagus.
Selain itu disebabkan oleh stress, masalah kerunsingan (anxiety disorder), kehamilan, dan obesiti. Ini menyebabkan pesakit rasa panas dan pedih di bahagian ulu hati sehingga ke bahagian bawah dada. Oleh itu ia dikenali sebagai "heart burn"
2. Gastritis
Masalah gastritis adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada permukaan perut. Ia disebabkan oleh kepekatan asid yang tinggi dalam perut yang menyebabkan asid ini menghakis sel-sel pada lapisan perut. Biasanya ia disebabkan cara pemakanan kita. Kita s**a makan makanan yang pedas, makanan berproses banyak perasa, pewarna dan perasa yang menyebabkan asid dalam bertambah pekat.
Berpuasa tidak menyebabkan masalah ini. Ia mungkin berlaku di permulaan puasa. Tetapi apabila tubuh kita mengenalkan bahawa tiada makanan yang harus dicernakan di dalam perut, maka asid tidak akan dikeluarkan. Itu sebabnya rasa tidak selesa pada perut di minggu pertama puasa sahaja. Masuk minggu ke dua dan keempat, kita tiada masalah untuk berpuasa.
Jika kita masih mengalami masalah ini selepas minggu pertama, cuba semak semula pemakanan kita semasa berbuka dan bersahur. Ini sebenarnya punca pengeluaran asid yang lebih pekat.
3. Luka Perut (Gastrik Ulcer)
Masalah perut yang lebih serius adalah luka pada perut, sama ada betul-betul di dalam perut (gastric ulcer) atau luka pada saluaran usus kecil bersebelahan perut (duodenal ulcer). Rasa pedih perut begini selalunya tidak berkurangan apabila diberikan ubat merawat gastritis yang biasa didapati dari farmasi.
Saya mencadangkan agar jika telah mengambil ubat ini selama seminggu tetapi tidak sembuh dan belum mendapat kelegaan, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan skop (Oesohageal-Gastrtro-Duodenal Scope) akan mengesahkan masalah ini.
Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Helicobacter Pylori dan pengambilan ubat-ubatan penahan sakit seperti Ibuprofen, Diclofenac dan Aspirin. Luka pada perut boleh menyebabkan pendarahan, dan pesakit boleh muntah darah dan membuang najis yang bercampur darah.
Selain masalah yang berkaitan dengan organ perut, ada beberapa masalah lain yang berkaitan di kawasan 'ulu hati' tetapi disebabkan oleh masalah organ yang lain.
4. Keradangan Pankreas
Radang pankreas (atau diebut Pankreatitis) juga boleh menyebabkan rasa sakit ulu hati, dan mungkin kita menjangkakan ianya adalah masalah gastritis atau gastic ulcer. Keradangan pada pankreas ini, sama ada acute pancreatitis dan chronic pancreatitis menyebabkan rasa sakit di bahagian ulu hati sehingga terasa menjalar ke belakang tubuh.
5. Hepatitis
Keradangan organ hati atau hepatitis juga menyebabkan rasa sakit di ulu hati. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit sebelah kanan bahagian atas abdomen. Ia akan bertambah sakit apabila kita menarik nafas dalam.
Hepatitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Selain rasa sakit bahagian ulu hati, ia boleh menyebabkan rasa demam, terlalu letih dan bahagian mata putih bertukar menjadi kekuningan.
6. Masalah Pundi Hempedu
Pundi hempedu adalah pundi berukuran kecil terletak di bahagian bawah hati (liver). Ia menyimpan cecair hempedu, iaitu cecair yang membantu mencerna lemak.
Namun ada kalanya pundi hempedu ini mengalami keradangan akibat jangkitan kuman atau mengandungi banyak batu di dalamnya. Ia menyebabkan rasa sakit pada ulu hati, rasa loya, muntah, demam, dan perubahan warna pada najis.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit ulu hati, telah mendapat rawatan doktor atau mengambil ubatan di farmasi tetapi masih tidak sembuh dalam masa seminggu, datang berjumpa doktor yang merawat semula. Buat pemeriksaan yang lengkap kerana berkemungkinan masalah rasa sakit ulu hati, adalah masalah yang lebih serius.
BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN RASA SAKIT ULU HATI KETIKA BERPUASA?
Seperti saya beritahu, berpuasa bukanlah punca utama masalah rasa sakit ulu hati. Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah kita memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa.
Jika masalah berterusan, buatlah pemeriksaan lengkap. janganlah kita beranggapan ia hanya masalah 'gastik" saja seperti mana yang selalu kita faham. Ia mungkin masalah yang lebih serius.
Bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit di bahagian ulu hati, saya mencadangkan periksa pola pemakanan kita.
1. Hindari Makanan Pedas, Masam dan Berlemak ketika sahur dan berbuka. Bukan tidak boleh langsung, tetapi berpada-pada (makan dalam kuantiti yang sederhana).
2. Hindari Makanan Karbohidrat Ringkas. Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.
3. Minum air secukupya selepas makan, tetapi jangan terlalu banyak. Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.
4. Jangan Makan Terlalu Kenyang. Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.
5. Hindari Rokok dan Alkohol. Rasa pedih ulu hati boleh disebabkan dari aktiviti merokok dan pengambilan minuman yang berlakohol (sama ada dalah kuantiti yang tinggi atau rendah). Hentikan tabiaat merokok sepanjang Ramadan. Insya Allah akan mudah menghentikannya di luar Ramadan.
6. Menurunkan Berat Badan. Menurunkan berat badan sehingga berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.
7. Mengamalkan minyak zaitun ketika perut kosong sebaik selepas bangun pagi untuk bersahur atau ketika bersahur. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.
Namun begitu jika masih berasa sakit selepas seminggu, saya mencadangkan kembali berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan.
Semoga bermanfaat.

GERD sering terjadi kepada rakyat Malaysia. Namun ramai tidak tahu tentang perkara ini. Kami kongsikan cara pencegahan G...
28/02/2025

GERD sering terjadi kepada rakyat Malaysia. Namun ramai tidak tahu tentang perkara ini. Kami kongsikan cara pencegahan GERD dalam bentuk infografik agar ianya mudah difahami orang awam. Namun rawatan sebenar masih lagi perlu berjumpa dengan doktor. Semoga membantu.

KANSER USUS----------------------"Oh takpe..kanser ni biasanya berlaku pada orang umur lebih 50 tahun." Begitulah apa ya...
28/02/2025

KANSER USUS
----------------------
"Oh takpe..kanser ni biasanya berlaku pada orang umur lebih 50 tahun."
Begitulah apa yang saya belajar dan MAHU PERCAYA.
Hakikatnya, kanser payudara juga "kanser orang tua".
Berlambak orang muda kena sekarang. Realiti kemudiannya menampar ego defence mechanism saya ketika kenalan rapat saya..mendapat kanser seawal usia awal 30an..beberapa tahun kemudian beliau kembali ke rahmatullah..innalillah wainna ilaihi rojiuun.
Tak sangka..serius saya memang takut.
Sebab saya tahu saya juga berisiko tinggi, kerana saya hidup di zaman sangat tinggi risiko..petandanya sudah ada, dulu saya abaikan kerana rasa takde apa-apa.
Mungkin kita akan lebih berwaspada bila kita sedar info kanser usus ini:
# Menurut data WHO pada 2018, Kanser usus adalah kanser no 3 paling common selepas kanser paru-paru dan kanser payudara.
# Kanser usus menduduki tangga ke-2 penyebab 862,000 kematian disebabkan kanser.
# RISIKO kanser usus:
1) OVERWEIGHT & OBESITI terutamanya lelaki. Lelaki mohon serius sikit kalau peratusan lemak badan lebih 25% yaa.
2) PEMAKANAN tinggi lemak haiwan terutamanya jika dimasak suhu tinggi seperti goreng dan grill hangus secara berterusan. Namun saya personally lebih percaya daging dalam makanan proses itu paling bahaya.
3) MEROKOK adalah risiko utama kanser paru-paru tetapi bahan kimia dan logam berat dalam rokok ini juga risiko utama kanser perut dan usus!
4) ALKOHOL adalah minuman tinggi gula dan meningkatkan bebanan stres organ detox utama badan iaitu organ hati.
5) PENYAKIT KERADANGAN USUS seperti IBD meningkatkan risiko kanser. Begitu juga penyakit ketumbuhan polyp akibat keradangan merupakan risiko kanser yang sudah kukuh.
6) DIABETES type2 ialah penyakit kencing manis paling biasa dalam masyarakat kita. Diabetes bukan saja tingkatkan risiko kanser usus tapi jangka hayat juga adalah lebih teruk bagi pesakit diabetes.
7) KERJA SHIFT MALAM meningkatkan risiko kanser usus menurut beberapa kajian. Ini mungkin disebabkan gangguan kepada hormon tidur (melatonin). Lebih kajian diperlukan dan sedang dijalankan untuk sahkan risiko ini.
Sebenarnya, risikonya adalah lebih dekat daripada apa kita sangkakan. Penyakit keradangan usus, "angin" dan perut sensitif sudah jadi lumrah masyarakat kita....Obesiti? Kita tip top rekod negara ASEAN.
Rokok? Masih!
Fastfood tinggi lemak jahat? Beratur orang-kita time lunch hour.
Kencing manis? Dah jadi penyakit orang muda 😱
Syukur Allah masih bagi peluang kita hidup. Masih boleh cegah. Jika sudah terkena, masih ada peluang untuk ikhtiar insha Allah.
Jaga pemakanan, kurangkan gula dan makanan proses ya tuan-puan. Aktifkan diri waktu siang dan rehat waktu malam. Minimakan toksin persekitaran, at least elakkan rokok termasuk asapnya.
Puasa tuan-tuan dan puan-puan.Bukan saja berat badan turun, "kebakaran" keradangan usus pun reda malah usus juga jadi kembali pulih..badan jadi sihat.
Ingat, PERUT PUNCA PENYAKIT.

🌙 Ramadan Semakin Hampir – Lindungi Perut untuk Berpuasa dengan Lebih Mudah!Mereka yang mempunyai masalah perut pasti me...
28/02/2025

🌙 Ramadan Semakin Hampir – Lindungi Perut untuk Berpuasa dengan Lebih Mudah!

Mereka yang mempunyai masalah perut pasti memahami cabaran ketika berpuasa di bulan Ramadan. Jika tidak menjaga pemakanan dengan betul, anda mungkin mengalami simptom tidak selesa seperti sakit perut, pedih ulu hati, kembung atau loya.

Jadi, bagaimana cara melindungi perut sepanjang bulan yang mulia ini? Ketahui makanan yang dapat membantu mengurangkan iritasi perut dan memastikan tubuh kekal sihat! ⬇️⬇️⬇️

Gerd/Panic/Anxiety pakej ah 🥲Sebulan dok sendik merana sakitnye Allah je tahu, asalnye sy stress sngt lepastu dia start ...
27/12/2024

Gerd/Panic/Anxiety pakej ah 🥲
Sebulan dok sendik merana sakitnye Allah je tahu, asalnye sy stress sngt lepastu dia start kacau perut sy dh. Perut sy start meragam dh sebab bila stress melampau perut sy la yg akan jadi mangsa dulu.
Tapi saya abaikan perut sakit sbb sy pikir mngkin sbb nk dtg bulan dh, so dua tiga hri lpastu sy start sakit2 dada dh, tangan terketar2 dh, sejuk lain mcm. Sy g kk tuk check dan kk kabo xdk detect apa lagi, sbb check darah/air kencing masih normal cuma tekanan darah je rendah dan dia diagnoses sy ni stress sngt. Dia syorkan sy bnyk berehat dan jngn terlampau stress sngt.
Dua hari selepas gi kk, sy diserang panic attack. Sakit dada yg melampau sampai menggelupur, muka dh biru , bibir dh hitam, kulit tngn dh sejuk pucat , xboleh bernafas normal sperti nyawa mcm nk cabut.
Xlama tu cepat2 bertungku letak mnyak angin di dada, dan sy pun muntah. Lepas muntah kepala sakit yg amat sampai sy berjalan pun jatuh kna pangku dngn org.
Esokkan terjadi lagi, dan abah dan suami sy cepat2 pergi emergency hospital dan dr sahkan sy GERD / ANXIETY / PANIC ATTACK . Pelikkan penyakit ni sekaligus? Tapi tu la hakikatnye 🥹
Sy diusung di bilik xray , diusung di situ di sini, tangan kiri kanan 5 kali dicucuk untuk drip disebabkan tangan sy kecil dan susah nk jumpa urat jdi amat merumitkan prosedur🥹
Keesokan harinya saya terpaksa menjalani endoskopi untuk rawatan lanjut 🥹
Doktor mendapati saya mengalami ulser perut dan tempat berdarah saya terpaksa bergantung kepada ubat untuk rawatan dalam masa 1 minggu dan akan kembali untuk memeriksa keadaan selepas menggunakan ubat tersebut.
Saya mengambil semua ubat yang ditetapkan oleh doktor, tetapi keadaan saya tidak menjadi lebih baik. Ia hanya berkurangan sedikit dan kemudian apabila ubat berhenti, sakit kembali dan lebih teruk. Ia adalah masa yang sangat teruk untuk saya dan keluarga saya. Kami membelanjakan ribuan RM tetapi keadaan saya tidak bertambah baik 🥹 Saya tertekan, tertekan tentang segala-galanya
Saya kembali ke hospital untuk pemeriksaan dan itulah yang saya rasakan. Semuanya tidak berubah, malah penyakit saya semakin teruk. Doktor menasihatkan saya untuk tinggal di hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi kami menghabiskan terlalu banyak wang dan kewangan saya sekarang tidak mencukupi untuk meneruskan rawatan. Segalanya nampak semakin teruk, ujian dari Allah ini terlalu besar untuk keluargaku. Saya tidak boleh makan dengan baik, dan saya sudah lama tidak tidur dengan nyenyak 🥹
Alhamdulillah...akhirnya Allah makbulkan doa saya. Suami saya tiba-tiba membawa saya 2 kotak ubat perut. Dia kata ini ubat Jepun dan banyak review bagus dari pengguna, jadi dia beli untuk saya cuba. Pada mulanya saya agak skeptikal, tetapi selepas membuat beberapa kajian, saya mendapati bahawa ubat ini sebenarnya digunakan oleh ramai orang dan memberikan hasil yang sangat baik, yang lebih penting, ia sangat murah supaya saya boleh menggunakannya dengan selamat tanpa rasa takut membazir .
Selepas 3 hari pertama, saya merasakan bahawa kesakitan kelihatan lebih kurang, saya tidak lagi berasa kembung, dan saya tidak lagi berasa loya. Selepas 1 minggu, saya melihat kesakitan hilang sepenuhnya, saya makan dengan lebih baik dan yang menariknya sekarang saya boleh tidur lena setiap malam tanpa diganggu oleh kesakitan. Ini adalah sesuatu yang saya inginkan sejak sekian lama. Pada masa ini, hidup saya seolah-olah dilahirkan semula, saya boleh makan dengan baik, tidur dengan baik dan hidup sihat seperti orang biasa, sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan sebelum ini.
Perhatikan pemakanan anda, jangan makan lewat. Jangan skip sarapan pagi, beri perhatian lebih kepada perkara hijau seperti pokok 🥹
Saya ingin menyebarkan kepositifan ini kepada semua orang, mungkin kisah saya boleh membantu seseorang dalam situasi yang sama yang pernah saya temui. Saya tidak mengiklankan atau menjual dadah dan saya tidak mendapat manfaat daripada ini. Saya rasa ubat ini sangat bagus jadi saya ingin berkongsi dengan semua orang berharap ia dapat membantu semua orang dalam beberapa cara. Suami saya membeli ubat di pautan ini, sila rujuk:
https://www.yakumi-my.com/year_end_sale
https://www.yakumi-my.com/year_end_sale

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Hafiz - Pakar Perut dan Sistem Pencernaan - Sunway Medical Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram