31/08/2017
Apakah Air Ketuban dan fungsi nya?
Apakah Kesan Air Ketuban Berlebihan atau kekurangan Ke Atas Bayi Dan Ibu Mengandung?
Air ketuban atau air amnion
☼ Air yang memenuhi rahim di dalam kantung janin.
☼ Air ketuban dihasilkan oleh sel-sel trofoblas, kemudian akan bertambah dengan air janin yang dihasilkan oleh janin, atau dikenali sebagai air seni janin.
☼ Usia kandungan 12 minggu, janin mulai minum air ketuban dan mengeluarkannya kembali dalam bentuk air seni.
Fungsi air ketuban
☼ Sebagai pelindung yang menjaga janin terhadap hentakan dari luar.
☼ Cairan ketuban juga membolehkan janin bergerak bebas dan sekaligus membantu pembesaran janin
☼ Selain itu sebagai benteng terhadap kuman dari luar tubuh ibu dan menjaga kestabilan suhu tubuh janin.
☼ Air ketuban juga membantu doktor dalam pemeriksaan amniosentesis.
Masalah berkaitan dengan air ketuban ini biasanya berlaku di trisemester ketiga kehamilan. Air ketuban tidak boleh terlalu sedikit atau terlalu banyak kerana jumlah air ketuban yang tidak normal boleh menjejaskan kandungan anda. Jumlah normal 1000 cc. Cairan ketuban akan dikatakan kurang bila volumenya lebih sedikit dari 500 cc, dan berlebih jika lebih dari 1000 cc. masalah ini boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian USG.
Antara punca masalah air ketumban :
☼ Ukuran tubuh janin semakin besar.
☼ Janin menghasilkan air seni janin berlebihan.
☼ Kelainan pada janin yang menyebabkan cairan ketuban menumpuk, seperti hidrosefalus, atresia saluran cerna, kelainan ginjal dan saluran kencing kongenital.
☼ Ada sumbatan/penyempitan saluran cerna pada janin sehingga ia tidak dapat menelan air ketuban. Menyebabkan volume air ketuban meningkat drastis.
☼ Kehamilan kembar, karena ada dua janin yang menghasilkan air seni.
☼ Ada jangkitan kuman.
☼ Ada masalah pertumbuhan atau cacat yang berhubungan dengan sistem saraf pusat sehingga fungsi menelan janin mengalami kelumpuhan.
☼ Ibu hamil menderita diabetes yang tidak terkawal.
☼ Ketidaksesuaian genetik. Ini biasanya terjadi pada perkawinan antara orang Asia dengan Eropa atau Anglo Saxon.
Masalah air ketuban berlebihan:
☼ Regangan rahim yang mencetuskan contraction terlalu awal, iaitu sebelum sampai waktu bersalin. Ini berlaku kerana air ketuban terlalu penuh di dalam kantung ketuban.
☼ Kantung yang terlalu penuh dengan air ketuban akan menyebabkan tekanan kepada diafragma ibu, seterusnya menyebabkan gangguan pernafasan seperti tidak puas bernafas, semput, dan nafas menjadi pendek.
☼ Boleh menyebabkan ibu mengalami masalah Hypertension atau tekanan darah tinggi
☼ Rahim akan berubah kepada kedudukan yang tidak normal, iaitu terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kedudukan rahim yang tidak normal akan menjejaskan proses bersalin secara normal sehingga memerlukan pembedahan.
☼ Risiko kelahiran pra matang boleh berlaku kerana anda akan dipaksa untuk bersalin awal bagi menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan. Atau boleh juga berlaku keadaan air ketuban pecah terlalu awal.
☼ Menyebabkan anda mengalami pendarahan yang teruk selepas bersalin. Kehilangan darah yang terlalu banyak boleh menyebabkan kematian.
☼ Berpotensi untuk menyebabkan uri lekang, iaitu tidak melekat dengan betul pada dinding rahim.Uri lekang akan menyebabkan bayi tidak mendapat bekalan darah & makanan yang secukupnya.
☼ Boleh menyebabkan ruang untuk bayi bergerak terlalu banyak, menyebabkan bayi tidak duduk dalam keadaan yang sepatutnya, dan mengakibatkan bayi songsang.
☼ Boleh menyebabkan perut yang terlalu besar memboyot dan berat. Ini akan menyebabkan anda terpaksa membawa bebanan yang berlebihan & menjadi semakin penat.
☼ Berpotensi untuk menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita dijauhkan dari perkara buruk sebegini.
Masalah air ketuban berkurangan:
☼ Keluar cecair ketuban yang mirip seperti keputihan. Cecair ini biasanya keluar berlebih dan terus menerus, berbau agak hanyir, warnanya jernih dan tidak kental.
☼ Menghadkan pergerakan janin. Ini menyebabkan Pergerakan janin juga terasa jadi lebih keras dan menimbulkan kesakitan berlebih kepada ibu.
Beberapa tips alami untuk mengatasinya:
☼ Amalkan cara hidup yang sihat dengan Makan makanan berkhasiat, tidur cukup dan bersenam. Semakin meningkat umur kehamilan memang semakin berat untuk bersenam. Tapi di saat inilah masa penting dimana bersenam mampu meningkatkan kecergasan, imuniti dan persediaan ibu untuk bersalinan.
☼ Minum air putih yang cukup sekurang-kurangnya 2L sehari.
☼ Pengambilan makanan yang banyak mengandung vitamin C dan air. Seperti epal, limau, belimbing, tembikai dan lain-lain.
☼ Amalkan meminum Air kelapa baik untuk kes air ketuban yang kurang. Ini disebabkan kandungan mineral yang terkandung di dalamnya, mampu diserap cepat oleh tubuh. Jika tidak mendapati air kelapa, boleh diganti dengan minum minuman ion. Namun jika bimbang dengan kandungan bahan pengawetnya, lebih baik pilih buah saja.
☼ Beberapa doktor ada yang menyarankan untuk makan putih telur.
☼ Perbanyak rehat.
☼ Rajin lakukan pemeriksaan dan bertanya kepada doktor juga boleh menjadi salah satu proses pencegahan.
☼ Banyak membaca info kehamilan.
FAKTA:
Air ketuban tidak membantu process membuka rahim apalagi mendorong janin keluar.Yang bertugas untuk itu adalah penguncupan rahim. Jadi walaupun ketuban sudah pecah atau kadar airnya tinggal sedikit, pembukaan mulut rahim dan dorongan bayi untuk lahir tetap akan terjadi selama ada kontraksi.adalah Tidak benar kekurangan air ketuban membuat janin tidak boleh lahir normal sehingga mesti dibedah cesarean.
sumber:
http://hotmommies.wordpress.com/2009/11/23/air-ketuban-lebih-atau-kurang/
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
MINYAK KELAPA DARA IBU dihasilkan dari 100% dari Kelapa Organik asli.Tanpa Kolestrol dan bahan asing.Diproses secara Bioteknologi tanpa menggunakan suhu/haba yang tinggi...
Membantu ibu-ibu hamil yang mengalami masalah sepanjang kehamilan
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※