Dadah mengundang padah

Dadah mengundang padah JAUHI DADAH! Emosi terjaga Kehidupan sejahtera. Minta tolong bagi cukup 300 likes ye semua hehe Assalamulaikum dan hi semua !

Kami adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Kami kini bekerja untuk tugasan berkumpulan Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU1013) kami dan subjek ini memerlukan bantuan anda untuk melawati Halaman Facebook kami. Sila LIKE dan SHARE halaman Facebook kami kerana ia akan menyumbang kepada markah kumpulan kami. Terima kasih tidak terhingga diucapkan atas masa dan sokongan anda semua.

Assalamualaikum dan Salam sejahteraKesan - kesan setiap jenis dadah➡️ AZMIL BIN LAMAN (290570)
10/06/2023

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Kesan - kesan setiap jenis dadah

➡️ AZMIL BIN LAMAN (290570)



GROUP B1) AINNURYATI NABILA BINTI MAT HUSSIN 282125 2) AKMA HUDA BINTI HUSSAINI 290563 3) MUHAMAD SUKRI BIN ABDUL GHANI ...
10/06/2023

GROUP B

1) AINNURYATI NABILA BINTI MAT HUSSIN 282125
2) AKMA HUDA BINTI HUSSAINI 290563
3) MUHAMAD SUKRI BIN ABDUL GHANI
4) RAZMIN BIN ABDUL TANTU 290699
5) AZMIL BIN LAMAN 290570

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua,Terdapat pelbagai jenis dadah yang perlu kita tahu. Antaranya ialah:1. Opiat- C...
10/06/2023

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua,

Terdapat pelbagai jenis dadah yang perlu kita tahu. Antaranya ialah:

1. Opiat- Campuran yang diperoleh daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (o***m) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi Morfin dan seterusnya Kodein.

2. Stimulan- Sejenis Amfetamine (ATS) yang merupakan sekumpulan jenis dadah peransang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat atau Central Nervous System (CNS). Ia merupakan sejenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.

3. G***a- Merupakan tumbuhan yang nama saintifiknya ialah Cannabia Sativa. Kanabis/ G***a merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikanali sebagai Ma*****na dan dikatakan berasal dari bahasa Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud memabukkan.

4. Depresen- Sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, dan merawat pesakit yang mempunyai masalah tidur. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan.

5. Halusinogen- Sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan halusinasi sehingga amat susah membezakan antara benar dan tidak benar.

6. Inhalan- Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda.

7. Ketum- Nama saintifiknya ialah Mitragyna Specioasa Korth. Ia banyak digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat pesakit.

8. NPS (New Psychoactive Substances)- dadah atau substan yg belum dikawal di bawah undang-undang sedia ada (konvensyen dadah narkotik 1961 @ konvensyen substan psikotropik 1971 dan lain-lain) yang boleh menyebabkan ketagihan dan kesan sampingan yang teruk.

➡️ AZMIL BIN LAMAN (290570)

Salahguna dadah, adalah corak penggunaan sesuatu bahan (dadah) di mana pengguna menggunakan bahan itu dalam jumlah atau ...
10/06/2023

Salahguna dadah, adalah corak penggunaan sesuatu bahan (dadah) di mana pengguna menggunakan bahan itu dalam jumlah atau dengan kaedah-kaedah yang merbahaya kepada diri mereka sendiri atau orang lain. 💊💊

AKMA HUDA ( 290563 )

TANDA-TANDA FIZIKAL SESEORANG MENGAMBIL DADAHApabila seseorang individu itu mengambil dadah, kesan daripada pengambilan ...
10/06/2023

TANDA-TANDA FIZIKAL SESEORANG MENGAMBIL DADAH
Apabila seseorang individu itu mengambil dadah, kesan daripada pengambilan bahan terlarang tersebut dapat dilihat secara fizikal pada diri seseorang tersebut. Antara tanda-tanda dan ciri-ciri seseorang mengambil dadah adalah:
1. Mata merah atau ada tompok-tompok merah, atau anak mata mengecil atau membesar daripada keadaan normal
2. Hidung kerap berdarah, ada kaitan dengan pengambilan dadah secara sedutan (seperti syabu)
3. Selera makan atau corak tidur berubah
4. Berat badan menurun atau meningkat secara tiba-tiba
5. Badan atau anggota badan menggeletar/bergerat
6. Bau yang tidak biasa pada pernafasan, badan dan pakaian
7. Percakapan tidak lancar dan koordinasi badan tidak stabil

SUMBER: https://twitter.com/aadktanahmerah/status/1249238726225477632?t=qqW26KYvj8hCOcxyjH-fnA&s=08

MUHAMAD SUKRI BIN ABDUL GHANI (290638)

10/06/2023

Terdapat beberapa faktor penyalahgunaan dadah. Faktor-faktor ini perlu diberi perhatian agar ianya tidak terpalit dalam diri kita dan individu sekeliling. Pencegahan awal dapat dilaksanakan apabila faktor-faktor ini dapat dikesan. Semua pihak terlibat dalam memastikan faktor ini dapat dihindari daripada seseorang individu. Antara faktornya adalah:

1. Perasaan ingin mencuba dalam diri individu
2. Bebanan masalah yang menimpa
3. Kurang pengetahuan dalam diri
4. Pengaruh rakan sebaya yang tidak baik
5. Kurang didikan agama dari kecil
6. Ibu bapa lalai dalam menjalankan tanggungjawab

SUMBER: http://dewan.selangor.gov.my/question/isu-penagihan-dadah-di-kalangan-remaja-melayu/

MUHAMAD SUKRI ABDUL GHANI (290638)

09/06/2023

Secaara ringkasnya, Dalam usaha kerajaan melahirkan masyarakat yang harmoni, kita tidak boleh membiarkan masalah dadah mengugat negara kita dan menjejaskan generasi muda. Seperti sedia maklum, penyalahgunaan dadah ini tidak mengenal kaum, agama, usia dan jantina. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Penyalahgunaan dadah ini banyak memberi kesan buruk dan mengakibatkan berlakunya peningkatan permasalahan sosial, kejadian jenayah, keganasan dan peningkatan kes HIV/AIDS. Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah dan harus bertekad dengan kezaman yang tinggi untuk memerangi dadah.

RAZMIN BIN ABDUL TANTU (290699)

Terdapat beberapa langkah yang dapat dilaksanakan bagi mencegah individu daripada terlibat dengan dadah. Pencegahan ini ...
09/06/2023

Terdapat beberapa langkah yang dapat dilaksanakan bagi mencegah individu daripada terlibat dengan dadah. Pencegahan ini dibuat sebagai solusi bagi menangguhkan seseorang individu itu daripada memulakan penggunaan dan penyalahgunaan dadah di samping itu dapat melaksanakan intervensi bagi individu yang telah terlibat dalam permasalahan dadah.

Antara langkah-langkah tersebut seperti berikut:

1.Mengenakan Hukuman Yang Berat Kepada Pengedar Dan Penagih Dadah.

2.Melaksanakan Pendidikan Pencegahan Dadah.

3. Meluaskan Platform Maklumat Kesedaran Awam.

4.Mewujudkan Kerjasama Antara Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan Dan Orang Awam.

5. Penubuhan Pusat Rawatan dan Pemulihan

SUMBER : https://www.adk.gov.my/en/

RAZMIN BIN ABDUL TANTU (290699)

AMALKAN  GAYA HIDUP SIHATSalah satu elemen dalam kepulihan dadah adalah menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup ...
02/06/2023

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Salah satu elemen dalam kepulihan dadah adalah menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Hari ini saya nak kongsi 6 gaya hidup sihat yang boleh amalkan.

1. MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN

2. BERSENAM ATAU BERIADAH

3. MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH JUGA PERSEKITARAN

4. MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN

5. ELAKKAN PERBUATAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN

6. ATASI STRESS

SUMBER: https://www.shalimaryusof.com/2021/06/amalan-gaya-hidup-sihat.html?m=1

AINNURYATI NABILA (282125)

Blog lifestyle berkaitan percutian, tempat menarik, tempat makan best, negeri Perak, info Kaison, bisnes dan antidadah.

BAHAGIA TANPA DADAH!Ibu dan bapa merupakan sistem sokongan terbesar bagi anak-anak dan mereka perlu mendidik dan mengasu...
02/06/2023

BAHAGIA TANPA DADAH!

Ibu dan bapa merupakan sistem sokongan terbesar bagi anak-anak dan mereka perlu mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan ilmu, amal dan praktis yang sihat serta selamat.

Terdapat banyak aktiviti pencegahan yang telah dijalankan di pelbagai peringkat oleh badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Penubuhan Skuad Antidadah berperanan menggerakkan aktiviti pendidikan pencegahan dan kesedaran awam mengenai bahaya dadah merupakan inisiatif bijak dalam membanteras musuh negara ini.

Program Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab (SMART), Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan (HADK) dan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA) mampu memberi kesan dalam meningkatkan kesedaran rakyat.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/02/20/bahagia-tanpa-dadah/

AINNURYATI NABILA (282125)

Boleh dikatakan individu yang menjadi penagih, pengedar, penjual, pembekal sehinggalah kepada pengeluar dadah ini bersifat ‘mementingkan diri’

KESAN DADAH KEPADA INDIVIDU1) Lebih cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan.2) Boleh menyebabkan masalah kesi...
01/06/2023

KESAN DADAH KEPADA INDIVIDU

1) Lebih cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan.
2) Boleh menyebabkan masalah kesihatan mental bagi individu yang berisiko.
3) Merendahkan sistem imuniti seseorang dan senang mendapat jangkitan.

KESAN DADAH KEPADA KELUARGA

1) Merosakkan institusi kekeluargaan
2) Meningkatkan keganasan terhadap ahli keluarga
3) Ahli keluarga bawah umur akan mudah terpengaruh

KESAN DADAH KEPADA MASYARAKAT

1)Peningkatan kos perubatan
2)Kerugian dan kerosakan akibat perlakuan jenayah
3)Penyebaran penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis, dan juga Tuberkulosis

SUMBER: TIP KESIHATAN https://tips-kesihatan.com/kesan-dadah-kepada-individu-dan-masyarakat/

AINNURYATI NABILA (282125)

Penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh memberikan kesan besar kepada seseorang individu, keluarga, komuniti dan masyarakat.

01/06/2023

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DARI SEGI PERUBATAN

1) bahan kimia dari otak
2) komplikasi kesihatan
3) jangkitan kuman
4) masalah kewangan
5) kecederaan & kematian
6) masalah pernafasan
7) kerosakan buah pinggang
8) penyakit hati

SUMBER: 10 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN PUNCANYA https://www.ceriasihat.com/10-kesan-penyalahgunaan-dadah-dan-puncanya/

AINNURYATI NABILA (282125)

🚫APA ITU DADAH ⁉️Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit s...
02/05/2023

🚫APA ITU DADAH ⁉️

Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.
Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda.

Dadah/bahan tersebut termasuk :

📍Alkohol dan tembakau
📍Ubat tidur
📍G***a
📍Gam
📍Ekstasi
📍LSD
📍Heroin

Sumber : PORTAL RASMI MYHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ #:~:text=Apa%20itu%20dadah%3F,selalunya%20diambil%20atas%20nasihat%20doktor.

AKMA HUDA ( 290563 )

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dadah mengundang padah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dadah mengundang padah:

Share