Klinik Putramedic

  • Home
  • Klinik Putramedic

Klinik Putramedic Klinik Putramedic Kuantan

Marhaban ya Ramadan 🌙🕌Masa untuk menyucikan jiwa, memperbanyakkan sedekah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Mari manfaatk...
02/03/2025

Marhaban ya Ramadan 🌙🕌

Masa untuk menyucikan jiwa, memperbanyakkan sedekah dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Mari manfaatkan bulan yang mulia ini dengan penuh keikhlasan.

Semoga Ramadan ini lebih bermakna buat kita semua.

Selamat menyambut Ramadan.

APA ITU GERD ❓GastroesophageL Reflux Disease (GERD) adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid...
02/03/2025

APA ITU GERD ❓

GastroesophageL Reflux Disease (GERD) adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Gejala GERD berbeza antara individu tetapi gejala yang biasa termasuk 👇👇

✅ Pedih ulu hati

✅ Regurgitasi asid perut: Asid masam atau rasa pahit naik ke dalam kerongkong atau mulut terutamanya selepas makan atau ketika berbaring.

✅ Sakit dada

✅ Kesukaran menelan

✅ Batuk kronik

✅ Suara serak

✅ Merasa ada benjolan dalam tekak

✅ Nafas berbau

GERD boleh menyebabkan kerisauan, kemurungan dan berupaya mengganggu produktiviti serta tidur seterusnya menjejaskan kehidupan harian. GERD akan beransur menjadi teruk jika tidak dirawat.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

APA ITU ULSER PERUT ❓Ulser perut atau lebih dikenali sebagai ulser peptik merupakan luka terbuka yang terdapat di bahagi...
02/03/2025

APA ITU ULSER PERUT ❓

Ulser perut atau lebih dikenali sebagai ulser peptik merupakan luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus. Simptom yang paling biasa bagi ulser perut adalah rasa sakit.

Tidak lama dahulu, ulser perut dikatakan berpunca daripada cara seseorang itu menjalani kehidupannya. Tetapi kini, para doktor telah membuat penemuan bahawa punca kebanyakan ulser di perut dan bahagian atas usus kecil (duodenum) adalah jangkitan kuman atau medikasi dan bukannya stres atau diet. Ulser esofageal juga boleh terjadi dan lazimnya dikaitkan dengan refluks asid perut.

Ulser perut bermula dengan gejala ringan, namun jika dibiarkan, komplikasi serius boleh berlaku. Kenali tanda-tandanya 👇👇

✅ Sakit Perut Berulang: Terutama ketika perut kosong atau lewat malam.

✅ Muntah Darah atau Najis Hitam: Petanda pendarahan dalaman.

✅ Kenyang Cepat: Rasa penuh walaupun makan sedikit.

✅ Penurunan Berat Badan: Tanpa sebab yang jelas.

Jika mengalami gejala-gejala tersebut secara berterusan, segera dapatkan pemeriksaan perubatan. Rawatan awal adalah kunci untuk mencegah komplikasi yang lebih serius.

Ulser perut adalah satu penyakit yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Yang eloknya, rawatan ulser ini mengambil masa hanya selama beberapa minggu.

Jaga kesihatan anda dan keluarga

Sumber daripada Public Health Malaysia

JAWATAN KOSONGKemasukan segera !!!Kami sedang mencari pembantu klinik / staff nurse untuk cawangan di klinik kami 👇👇KLIN...
02/03/2025

JAWATAN KOSONG

Kemasukan segera !!!

Kami sedang mencari pembantu klinik / staff nurse untuk cawangan di klinik kami 👇👇

KLINIK PUTRAMEDIC INDERA MAHKOTA

Bagi yang berminat boleh hantar resume di putramedickuantanim@yahoo.com atau boleh whatsapp kami di talian 016-9203510 dengan kadar segera.. tq

Bulan ramadhan bakal kunjung tiba. Anda sudah mengambil suntikan vaksin THYPHOID ? PROMOSI RAMADHAN SEHINGGA 15 MAC 2025...
02/03/2025

Bulan ramadhan bakal kunjung tiba. Anda sudah mengambil suntikan vaksin THYPHOID ?

PROMOSI RAMADHAN SEHINGGA 15 MAC 2025 💉💉

✨ Suntikan vaksin TYPHOID adalah suntikan wajib bagi anda sebagai PENGENDALI MAKANAN.

✨Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan anda sebagai pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit TYPHOID & mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan dan minuman yang anda sediakan. Vaksin ini dapat mengurangkan jangkitan bahaya sehingga 80%

VAKSIN TYPHOID SUNTIKAN 👇👇
👉 Vaksin disuntikkan di lengan atau paha
👉 Vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 2 tahun ke atas
👉 Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan

TAPI BAGAIMANA KESAN JIKA TIDAK SUNTIK VAKSIN TYPHOID ???

DEMAM KEPIALU
👉 Kuman SALMONELLA TYPHOID yang berpunca daripada penyediaan MAKANAN & MINUMAN tercemar.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan vaksin typhoid boleh hubungi Klinik Putramedic Kuantan👇👇

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN
(JALAN BESERAH)
NO TEL : 09-5678000

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN INDERA MAHKOTA)
NO TEL : 09-5730203

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN TANJUNG LUMPUR)
NO TEL : 09-5341800

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN BALOK)
NO TEL: 016-3763852

PROMO BACK TO SCHOOL 🎉🎉COMBO TEST (INFLUENZA + COVID) 🤒😷Di musim cuaca yang kerap berubah-ubah sekarang ni, menjadikan k...
02/03/2025

PROMO BACK TO SCHOOL 🎉🎉

COMBO TEST (INFLUENZA + COVID) 🤒😷

Di musim cuaca yang kerap berubah-ubah sekarang ni, menjadikan kita sangat mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti demam, batuk serta selsema.

Anda tidak pasti influenza atau covid ❓

Jom dapatkan promosi sempena kembali ke sekolah mulai 10 Feb sehingga 28 Feb 2025 ini 😊

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pemeriksaan berikut anda boleh hubungi Klinik Putramedic Kuantan👇👇

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN
(JALAN BESERAH)
NO TEL : 09-5678000

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN INDERA MAHKOTA)
NO TEL : 09-5730203

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN TANJUNG LUMPUR)
NO TEL : 09-5341800

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN BALOK)
NO TEL: 016-3763852

APA ITU UJIAN RTK ANTIGEN DAN RT-PCR ❓Rapid Test Kit Antigen atau lebih dikenali RTK ANTIGEN merupakan ujian pengesanan ...
02/03/2025

APA ITU UJIAN RTK ANTIGEN DAN RT-PCR ❓

Rapid Test Kit Antigen atau lebih dikenali RTK ANTIGEN merupakan ujian pengesanan COVID-19. Sampel diambil dari hidung dan ujian akan dilakukan di dalam klinik sahaja.

Ujian ini juga boleh mengesan virus namun tidak setepat dan tidak sesensitif RT-PCR.

Sample ujian ini tidak perlu dihantar ke makmal. Jika keputusannya positif, bermakna anda dikira probable case, bukan confirm lagi. Anda perlu jalani ujian PCR untuk pengesahan.

Keputusan siap dalam masa 15-30 minit. Jadi test ni sangat berguna kalau kita nak buat mass screening.

Untuk ujian PCR p**a kita boleh mengesan virus yang ada dalam badan pesakit. Sampel diambil dari hidung dan tekak. Sample ujian perlu dihantar ke makmal.

Jika individu didapati positif, ia bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus. Keputusan boleh didapati dalam tempoh 24-48 jam.

Klinik Putramedic Kuantan ada menyediakan perkhidmatan swab test RTK Antigen dan RT-PCR. Ujian akan dijalankan oleh Doktor yang terlatih & diiktiraf KKM.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan ujian ini, anda boleh hubungi pihak kami 👇👇

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN
(JALAN BESERAH)
NO TEL : 09-5678000 / 016-9244979
WAKTU RAWATAN : 8AM-12AM

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN INDERA MAHKOTA)
NO TEL : 09-5730203
WAKTU RAWATAN : 8AM-10PM

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN TANJUNG LUMPUR)
NO TEL : 09-5341800
WAKTU RAWATAN : 8AM-10PM

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN BALOK)
NO TEL: 016-3763852
WAKTU RAWATAN : 8AM-12AM

28/02/2025

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN

HARI INI BUKA SEPERTI BIASA

28 FEBRUARI 2025 ( JUMAAT )

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Boleh datang untuk dapatkan rawatan dan nasihat perubatan daripada pihak kami.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti :

1️⃣ RAWATAN AM
2️⃣ PEMBEDAHAN KECIL
3️⃣ IMUNISASI
4️⃣ BERKHATAN BAYI PEREMPUAN
5️⃣ NEBULIZER
6️⃣ PEMBAHARUAN LESEN GDL
7️⃣ PEMERIKSAAN, SUNTIKAN HAJI & UMRAH
8️⃣ RAWATAN SUSULAN PENYAKIT SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS
9️⃣ CUCIAN LUKA HARIAN
🔟 UJIAN KEHAMILAN & PEMERIKSAAN KANDUNGAN

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN
(JALAN BESERAH)
NO TEL : 09-5678000 / 016-9244979
WAKTU RAWATAN : 8AM-12AM

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN INDERA MAHKOTA)
NO TEL : 09-5730203
WAKTU RAWATAN : 8AM-10PM

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN TANJUNG LUMPUR)
NO TEL : 09-5341800
WAKTU RAWATAN : 8AM-10PM

KLINIK PUTRAMEDIC KUANTAN,
(CAWANGAN BALOK)
NO TEL: 016-3763852
WAKTU RAWATAN : 8AM-12AM

Jom kenali apa itu Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) 🤔🤔PTSD adalah satu keadaan kesihatan mental yang disebabkan ole...
28/02/2025

Jom kenali apa itu Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) 🤔🤔

PTSD adalah satu keadaan kesihatan mental yang disebabkan oleh pengalaman atau menyaksikan sesuatu perkara yang sangat menakutkan atau mengerikan.

Di bawah adalah sebahagian daripada gejala PTSD.

✅ Mengelak memikirkan trauma yang lepas

✅ Asyik terbayang-bayang

✅ Tidak boleh fokus

✅ Rasa bersalah atau malu

✅ Mimpi ngeri

✅ Susah tidur

✅ Hilang rasa minat

✅ Moody

✅ Pemikiran negatif

Jika anda mempunyai salah satu gejala berikut, segera dapatkan rawatan 💪💪

Sumber daripada Public Health Malaysia

DEMAM DENGGI BOLEH MENYERANG SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT TANPA MENGIRA UMUR 🤨Demam denggi boleh menyerang semua peringkat...
28/02/2025

DEMAM DENGGI BOLEH MENYERANG SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT TANPA MENGIRA UMUR 🤨

Demam denggi boleh menyerang semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur‼️

Walau bagaimanapun, risiko mendapat jangkitan demam denggi adalah lebih tinggi bagi individu yang tinggal atau berada di kawasan hotspot atau wabak denggi serta golongan bekerja dan pelajar yang kerap melakukan aktiviti di luar rumah.

Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri. Cegah denggi sebelum terkena. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi 👇👇

1️⃣ Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

✅ Membuang bekas yang boleh menakung air
✅ Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
✅ Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
✅ Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
✅ Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

2️⃣ Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.

3️⃣ Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti

✅ Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
✅ Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
✅ Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
✅ Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES ❌🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♀️🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes...
28/02/2025

HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES ❌🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♀️🦟

Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.

Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

LANGKAH PENCEGAHAN DENGGI ❌🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♀️🦟

Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan aktiviti cari dan musnah sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

✅ Pastikan tiada bekas-bekas pembiakan Aedes atau struktur yang menakung air

✅ Buang atau kitar semula barang-barang lusuh yang tidak diperlukan

✅ Letak bahan pembunuh jentik-jentik di bekas takungan air

✅ Tutup rapat bekas penyimpanan air serta pastikan peralatan dapur dalam keadaan kering.

Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala denggi yang berupa demam tinggi, sakit otot atau sendi, sakit kepala, pening serta sakit pada belakang mata bagi membolehkan rawatan awal.

Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Putramedic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Putramedic:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram