26/05/2023
Perbezaan di antara perubatan -pengubatan:
Pengubatan : Kaedah @ method melakukan rawatan ( ubatan / ruqyah)
Perubatan : Sistem pelaksanaan dalam proses rawatan ( wujud jabatan seperti patologi, x-ray dll).
Darussyifa' adalah 'Persatuan Pengubatan Perubatan Islam..' kerana mengaplikasi 2 kaedah yang telah dipersetujui oleh Rasulullah saw, iaitu menggunakan kaedah dan bersistem atau diistilahkan sebagai Komplimentari ( pelengkap ) tetapi bukan bersifat Alternatif ( pilihan ).
Sungguhpun begitu, Darussyifa' juga bersifat Alternatif dalam suatu keadaan apabila terdapat rawatan lain yang MELANGGAR SYARIAT.
Jurusan Darussyifa' bukan sekadar merawat sakit jasmani/fizikal seperti demam, kayap, kanser dan sebagainya, tetapi menjurus kepada merawat sakit rohani/spiritual seperti degil, panas baran, malas dan sebagainya.
Disiplin kurikulum Darussyifa' tidak sekadar mengajar serta melatih merawat sakit, tetapi memberi pemahaman serta kaedah beramal dengan Al-Quran dan Al-Sunnah ke arah mendisiplinkan insan agar mematuhi hukum Allah swt serta beretika dan bersdiplin sebagai hamba Allah swt selain bergantung dan bertawakkal kepada Allah swt.
Usaha merawat penyakit memerlukan kajian atau disiplin ilmu. Justeru Darussyifa' membantu menyediakan sebahagian platform kajian sebagai usaha yang dianjurkan oleh Islam serta menyajikan disiplin ilmu untuk mengetahui sesuatu punca . Oleh itu Darussyifa' bersifat holistik dan komplimentri dalam proses mencari kesembuhan.
Dengan penguatkuasaan Akta 775 TCM KKM, Darussyifa' selaku badan pengamal yang diiktiraf menjadi model dan modul standart pengamalan rawatan bagi persatuan atau individu yang menjalankan rawatan berasaskan ruqyah. Perlanggaran akta 775 boleh dikenakan tidakan saman dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Darussyifa' bukan sekadar merawat pesakit tetapi mentarbiah pesakit secara vokal dan teknikal agar rohani dapat dijana untuk melaksana perintah Allah dan Sunnah Rasulullah saw.
US.IKMAL ZAIDI B. HASHIM
PENGAMBILAN PELAJAR DARUSSYIFA' 2023
Ambilan : Kump-34, Bandar Baru Bangi
📌 Individu yang berminat boleh memohon menggunakan borang rasmi yang disediakan.
🗓️ Tutup permohonan: 9 JUN 2023
🗓️ Mula Pengajian: 10 JULAI 2023
📌 Perincian permohonan serta maklumat pengajian boleh didapati di dalam borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Link dibawah ini.
📌 Sebarang pertanyaan sila klik no. dibawah:
1️⃣ Ust Hisham : http://www.wasap.my/60123292792/Kump34
2️⃣ Ust Shazwan : http://www.wasap.my/60177715661/Kump34
3️⃣ Ust Hanif : http://www.wasap.my/60139050791/Kump34
📝 https://drive.google.com/file/d/1rFvoX_pTdCnErKNF0PElFlxSVxeQDCDu/view?usp=share_link