21/11/2022
KANOM PIAK P**N (PUDING PANDAN THAI)
Yang ini pun saya belajar dari maid thai.
Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding tu lembut,cair dalam mulut!!😋 Simpan dalam peti ais dalam sejam sebelum berbuka lagi best!!
Saya share resepi kat sini..
Siapa teringin nak buat boleh try ok!!
SELAMAT MENCUBA!! ✌
BAHAN PUDING
2Sudu kapur masakan (campur dengan 1gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
1cawan tepung beras
1/3cawan tepung pulut
1/3cawan tepung ubi kayu
1/3cawan gula perang
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
1 sudu paste pandan
Tapis tepung, satukan semua bahan kat atas dan kacau bagi tak berketul. Buka api paling kecik, kacau sampai puding tu jadi jernih. Part ni susah sikit. Sebab kena kacau macam kacau dodol. Dan tak boleh tinggal walaupun sekejap. Paling cepat boleh siap setengah jam. Kena pastikan puding tu betul-betul jernih barulah masak. Bila dah masak ketepikan bagi dia suam. Bila dah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam fridge.
BAHAN KUAH SANTAN
Santan Kotak saiz kecil 2 kotak
Tepung Jangung 1 sudu kecil(bancuh dengan 1cawan air )
Gula pasir putih 1 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh
Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung ,gula dan garam. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam fridge.
KELAPA PARUT(gaul dengan garam sikit sahaja bagi rasa lemak)
BIJI BIJAN
Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.
Kalau nak cantik, puding tu perlu kurangkan air sikit, bila dah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam.. Tapi dia akan keras sikit tak cair masuk mulut. Saya lebih s**a puding ni lembut jadi bila lembut memang tak boleh nak bentuk. rupanya tak cantik la.. Janji masuk mulut sedap!!
SeLaMaT MeNcUBa !!
kredit: shahmila radha