Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM)

Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuh

01/04/2026

Selamat Hari Lahir!

PPSUSM dengan penuh sukacita mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang diraikan pada bulan April ini.

Semoga setiap langkah anda dipenuhi dengan keberkatan, kegembiraan, dan kejayaan yang berpanjangan.

Hari lahir bukan sekadar angka, tetapi tanda perjalanan hidup yang semakin matang dan bermakna.

Doa kami:

Semoga anda terus diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, serta kebahagiaan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“May this special day be the beginning of a year filled with exciting discoveries, growth, and accomplishments.”

Kredit: Video ucapan disediakan oleh En. Ahmad Zakwan Mustafa

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨1447H | 2026MPersatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) dengan penuh ras...
20/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
1447H | 2026M

Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Universiti Sains Malaysia serta rakan-rakan yang beragama Islam.

Semoga Syawal ini membawa sinar kegembiraan, memperkukuh ikatan silaturahim, serta menjadi medan untuk saling bermaafan dan memperbaharui azam ke arah kebaikan bersama.

Di kesempatan yang mulia ini, kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin atas sebarang kekhilafan sama ada disengajakan mahupun tidak.

🌙 Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin 🌙

Ikhlas daripada,
Persatuan Pegawai Sains
Universiti Sains Malaysia (PPSUSM)

17 Mac 2026 | Majlis Penyerahan Bantuan PPSUSM di Rumah Ronald McDonald, HPUSM (RMH)Majlis Penyerahan Bantuan kepada pes...
18/03/2026

17 Mac 2026 | Majlis Penyerahan Bantuan PPSUSM di Rumah Ronald McDonald, HPUSM (RMH)

Majlis Penyerahan Bantuan kepada pesakit dan keluarga yang menginap di (RMH) telah berjaya dilaksanakan pada 17 Mac 2026.

Program komuniti anjuran Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) ini pada asalnya dikenali sebagai Program Bakul Ramadan. Namun demikian, penganjur telah mengambil inisiatif menyalurkan bantuan dalam bentuk wang tunai bagi memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada para penerima untuk memenuhi keperluan harian serta persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Delegasi PPSUSM telah tiba di RMH pada jam 3.30 petang dan disambut mesra oleh Pengurus RMH, Puan Nurul Wahida Harun, bersama staf HPUSM yang bertugas. Seramai 12 orang penghuni RMH telah dikenal pasti sebagai penerima bantuan pada kali ini.

Sebelum sesi penyerahan bantuan, Presiden PPSUSM, Tuan Haji Che Ismail Che Lah, yang turut mewakili Bahagian Penyelidikan & Inovasi PPSP, telah menyampaikan ucapan aluan serta hasrat utama penganjuran program ini, iaitu untuk menyantuni dan meringankan beban mereka yang sedang diuji dengan musibah.
�Puan Nurul Wahida Harun turut berkongsi kisah serta cabaran yang dihadapi oleh para penghuni RMH ketika mereka menjaga ahli keluarga yang sedang menerima rawatan di HPUSM. Semua kisah yang dikongsi tersebut sememangnya begitu menyentuh hati para hadirin.

Semasa sesi penyerahan bantuan, para penerima telah bersalaman dengan delegasi PPSUSM sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Selesai majlis, delegasi PPSUSM turut dibawa melawat kemudahan yang disediakan di RMH. Menurut Puan Nurul Wahida, pihak RMH amat mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak, sama ada dalam bentuk pakaian terpakai yang masih elok dan bersih ataupun barangan keperluan lain.

PPSUSM merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan RMH atas kerjasama yang diberikan kerana menguruskan penerima bantuan serta perkongsian maklumat yang sangat bermakna.
�Insya-Allah, PPSUSM komited untuk terus melaksanakan program komuniti seumpama ini di RMH pada masa hadapan.

Pada 12 Mac 2026 bermula jam 10:00 pagi bertempat di Foyer PPSP bersebelahan dengan  International Mobility Centre, Sesi...
12/03/2026

Pada 12 Mac 2026 bermula jam 10:00 pagi bertempat di Foyer PPSP bersebelahan dengan International Mobility Centre, Sesi Penyampaian Cenderahati "Ramadan Mubarak 1447H" kepada Ahli PPSUSM yang beragama Islam, Kampus Kesihatan manakala Cenderahati Mesra PPSUSM kepada ahli yang bukan beragama Islam.

Aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan ukhuwah dalam kalangan ahli persatuan di samping menimbulkan suasana sambutan Ramadan dan perayaan Hari Raya yang bakal menjelma kurang daripada 10 hari lagi.

Selain itu, pada masa tersebut juga turut diadakan Majlis Penyerahan Khairat Kematian kepada Pn. Khairiah Yazid yang baru kehilangan ibunda tercinta. Sumbangan yang diserahkan adalah diperolehi melalui akaun persatuan dan juga hasil kutipan daripada para ahli PPSUSM yang prihatin.

Semoga kita semua mendapat rahmat, keampunan, dan keberkatan serta diterima semua amal ibadat...

Aminnn Ya Robbal Alamin…


Salam Ramadan & Salam Sejahtera, *SUMBANGAN BAKUL RAMADAN KEPADA PESAKIT/KELUARGA PESAKIT, RUMAH RONALD MCDONALD HOSPITA...
12/03/2026

Salam Ramadan & Salam Sejahtera,

*SUMBANGAN BAKUL RAMADAN KEPADA PESAKIT/KELUARGA PESAKIT, RUMAH RONALD MCDONALD HOSPITAL PAKAR USM (HPUSM)*

Jom salurkan sumbangan seikhlas hati pada bulan yang digandakan pahala bagi segala amalan 🤲🏻🤲🏻💓

Sumbangan boleh disalurkan ke tabung menerusi:

1. Pindahan Wang Secara Atas Talian
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
Bank Islam Malaysia Berhad
03018010142315
PERSATUAN PEGAWAI SAINS USM (PPSUSM)

2. DuitNow QR Pay
Sila imbas kod QR Pay yang tertera pada poster hebahan.

*Rujukan: Bakulramadan*

Tarikh serahkan sumbangan kepada Rumah Ronald McDonald HPUSM pada *17 Mac 2026 (27 Ramadan 1447H)*

Sebarang pertanyaan hubungi:
📞Pn. Mazira – 019-9561929
📞Pn. Farahana – 013-3872129

Salam Nuzul Al-Qur'an kepada seluruh umat Islam!Sempena Nuzul Al-Qur’an, marilah kita menghayati hikmah wahyu,menjadikan...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Qur'an kepada seluruh umat Islam!

Sempena Nuzul Al-Qur’an, marilah kita menghayati hikmah wahyu,
menjadikan sains dan teknologi sebagai saksi kebesaran ciptaan Allah, dan mengukuhkan amanah serta integriti dalam setiap langkah kerja.

"Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus." (Al-Isra’, 9)

Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) mengucapkan selamat memperingati Nuzul Al-Qur’an. Semoga Al-Qur’an terus menjadi cahaya ilmu dan panduan hidup kita.

Aminnn Ya Rabbal Alamin...

Alhamdulillah BPS 1/2025 telah berjaya diterbitkan dan apa yang menarik di dalam buletin kali ini selain aktiviti persat...
06/03/2026

Alhamdulillah BPS 1/2025 telah berjaya diterbitkan dan apa yang menarik di dalam buletin kali ini selain aktiviti persatuan adalah sumbangan artikel-artikel seperti di bawah: -
1. Kepentingan pengurusan risiko secara komprehensif dalam Diagnostik Perubatan dan Keselamatan Sistemik
2. Penggunaan Kulat Pintar dalam Kawalan Makhluk Perosak
3. "Christianos Graffito“ bukti aktiviti dakwah pengikut Nabi Isa di Pompeii dan tentangan daripada penduduknya

Buletin Pegawai Sains 1/2025 boleh diakses secara percuma melalui pautan berikut: -
https://online.anyflip.com/ndafh/jfit/mobile/index.html

Selamat membaca...

Selamat Hari Lahir!PPSUSM dengan penuh rasa gembira ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakan-rakan yang diraika...
01/03/2026

Selamat Hari Lahir!

PPSUSM dengan penuh rasa gembira ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakan-rakan yang diraikan sepanjang bulan Mac 2026: -

🎂 Muhamad Nizam bin Saad – 04 Mac
🎂 Ibrahim bin Ismail – 08 Mac
🎂 Nor Hasniza binti Zulkepli – 09 Mac
🎂 Mohd Zaki Zainon – 15 Mac
🎂 Mohd Zaki Hussin – 17 Mac
🎂 Noor Fadzlina Hamid – 17 Mac
🎂 Chia Boon Hock – 20 Mac

Semoga hari istimewa ini menjadi permulaan kepada tahun penuh dengan penemuan baharu, kejayaan, dan kebahagiaan.


Kredit: Poster disediakan oleh En. Ahmad Zakwan Mustafa

Selamat Menyambut Ramadhan 1447H/2026MPersatuan Pegawai Sains USM mengucapkan Ramadhan Kareem kepada seluruh warga kampu...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan 1447H/2026M

Persatuan Pegawai Sains USM mengucapkan Ramadhan Kareem kepada seluruh warga kampus dan umat Islam.

Semoga bulan penuh rahmat ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh iman, menyemai kasih sesama insan, dan memperindah amal kebajikan.

Mari kita sambut Ramadhan dengan hati yang bersih dan semangat kebersamaan.

16/02/2026

Tahniah semua pemenang CSE PPSUSM bagi Tahun 2025.. jumpa lagi next CSE 2026 dan seterusnya…

Sesi Continous Scientific Education, Persatuan Pegawai Sains USM (CSE PPSUSM) diteruskan lagi bagi tahun 2026.CSE PPSUSM...
16/02/2026

Sesi Continous Scientific Education, Persatuan Pegawai Sains USM (CSE PPSUSM) diteruskan lagi bagi tahun 2026.

CSE PPSUSM: EMBRYO BIOPSY FOR PGT
Tarikh: 16/02/2026 (Selasa)
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tajuk: CSE PPSUSM: EMBRYO BIOPSY FOR PGT
Penceramah: PUAN EZANATON NISAR BT OMAR HAFIZI, PEGAWAI SAINS, JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI, HOSPITAL PAKAR USM

Sinopsis: Pembentangan ini adalah salah satu komponen dalam program AOP USM. Kursus yang dipilih ialah embrio biopsi. Embrio biopsi ialah salah satu prosedur dalam IVF di mana sedikit sel embrio diambil untuk analisa genetik sebelum ianya dipindahkan ke dalam rahim ibu. Hanya embrio yang tidak bermasalah akan dipilih untuk dipindahkan kedalam rahim ibu.

Mata MyCPD USM disediakan
Harap maklum, terima kasih atas kehadiran tuan/puan

Selamat Tahun Baru Cina 2026kepada semua warga USM, khususnya rakan-rakan yang meraikannya.Semoga kedatangan Tahun Kuda ...
15/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026
kepada semua warga USM, khususnya rakan-rakan yang meraikannya.

Semoga kedatangan Tahun Kuda ini membawa kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kejayaan dalam kerjaya serta kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama dan saling menghormati dalam komuniti universiti demi kecemerlangan USM yang berterusan.

Gong Xi Fa Cai

Ikhlas daripada,
Persatuan Pegawai Sains
Universiti Sains Malaysia

Address

Unit Bank Tisu, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Pegawai Sains USM Malaysia (PPSUSM):

Share