30/03/2024
JUS KUNYIT PANDAN BIDARA
Adakah anda mengalami masalah-masalah seperti di bawah :
1. Haid yang tidak lancar dan menentu
2. PENDARAHAN Haid / Non Haid yang keluar dalam tempoh yang agak lama.
3. Masalah gangguan / Sihir dan lain- lain.
JUS KUNYIT PANDAN BIDARA adalah merupakan jus daripada ibu kunyit yang direbus bersama daun pandan dan daun bidara yang telah dibacakan khusus dengan ayat-ayat rukyah, zikir-zikir khusus, ajian-ajian (doa-doa) khusus bagi tujuan ikhtiar kesembuhan dengan izin Allah SWT bagi segala penyakit zahir dan batin (medis dan non medis).
Dengan izin Allah, bagi mana-mana pesakit yang ketika ini menderita PENDARAHAN HAID yang tidak putus-putus, Insha Allah dengan dibacakan doa khusus akan berhenti pendarahannya.
Begitu juga, bagi pesakit yang sering mengalami masalah haid yang tidak menentu, dengan dibacakan doa khusus akan lebih lancar haidnya dengan izin Allah. Bagi kedua-dua senario di atas ini, pesakit boleh memberikan nama untuk dibacakan doa khusus tersebut.
Bagi mereka yang ketika ini diuji dengan gangguan makhluk halus dan sihir, Insha Allah jus ini akan membantu melegakan badan dan perjalanan darah yang terganggu dek gangguan-gangguan tersebut. Badan akan menjadi lebih ringan, bertenaga dan perasaan akan lebih tenang.
Usaha ini adalah ikhtiar kita menyembuhkan segala penyakit dengan yakin yang sebenar-sebenarnya bahawa kesembuhan adalah daripada Allah.
"DAN apabila aku sakit, DIALAH yang meyembuhkanku." (Asy-Syu'ara' :80).