Get To Zero - GTZ Sarawak

Get To Zero - GTZ Sarawak Kongsi Awareness tentang kesihatan dan isu kesihatan semasa

01/12/2025

*HARI AIDS SEDUNIA*

Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV.

Peringatan ini penting direalisasikan memandangkan HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyerang sel darah putih dalam tubuh (limfosit) serta boleh mengakibatkan turunnya kekebalan tubuh manusia. Oleh itu, pelbagai penyakit mudah memasuki tubuh dan sukar untuk disembuhkan. Untuk mudah faham, HIV merupakan virus yang menyerang sistem imun, manakala AIDS atau Acquired Immune Deficiency Syndrome p**a merupakan tahap paling serius jangkitan HIV sekiranya tidak dirawat.

Beberapa pakar ilmuan, doktor, termasuk agamawan telah memberikan segala upaya dalam rangka mencegah penyebaran HIV/AIDS ini. Hal ini memberikan kesan bahawa seharusnya kita semua bekerjasama dalam memberantas penyakit HIV ini daripada tular.

Asalnya penyakit ini tidak pernah dikenali oleh generasi terdahulu, namun ia mula dikesan apabila pengambilan dadah berleluasa dan merebak melalui perkongsian jarum suntikan oleh para penagih. Pada zaman ini, gejala penularan virus HIV dan penyakit AIDS terus meningkat disebabkan perlakuan maksiat seperti seks bebas, hubungan songsang dan luar tabi’i.

Benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 41: yang bermaksud:

β€œTelah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Walaubagaimanapun, ada dalam kalangan pesakit HIV/AIDS ini dihidapi bukan disebabkan maksiat dan juga perbuatan terkutuk. Bagi golongan penghidap virus HIV dan penyakit AIDS, jika ia berpunca daripada kesilapan lalu, ketahuilah bahawa Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatNya dan menawarkan keampunan kepada hamba-hambaNya yang menyesal dan insaf.

Manakala bagi mereka yang menjadi mangsa akibat jangkitan, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan redha serta terus berikhtiar menjalani rawatan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan memelihara zuriat keturunan kita daripada penyakit berbahaya ini.

Berikan penerangan, sebarkan peringatan, luaskan kesedaran, bantu mereka, dan kita sama-sama berganding bahu mewujudkan dunia yang boleh memberi harapan kepada pesakit HIV/AIDS dan juga agen yang boleh mencegah perbuatanΒ² yang menyumbang kepada penularan penyakit.

Jom sama-sama cegah penularan HIV/AIDS!

PAPISMA Sarawak

πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐏𝐀𝐑𝐔-𝐏𝐀𝐑𝐔 (πŽππ’ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐏𝐚𝐏𝐚) – ππ„π†π„π‘πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠJabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dengan ke...
14/08/2025

πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐏𝐀𝐑𝐔-𝐏𝐀𝐑𝐔 (πŽππ’ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐏𝐚𝐏𝐚) – ππ„π†π„π‘πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah melaksanakan Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) pada 13 Ogos 2025 di Kuching dan seluruh Sarawak.

Operasi ini bertujuan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] dengan memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis jualan rokok dan v**e, serta pemantauan di kawasan larangan merokok.

Ringkasan hasil operasi:

* 148 pegawai penguat kuasa terlibat

* 331 premis diperiksa

* 82 notis kompaun dikeluarkan bernilai RM21,600

* 5 notis untuk pendakwaan

*Rampasan bernilai RM6,562

Orang ramai diingatkan bahawa kesalahan di bawah Akta 852 boleh dikenakan denda sehingga RM5,000. Aduan berkaitan kesalahan merokok boleh dibuat melalui WhatsApp di 010-860 8949.

Bebas asap rokok dan v**e! ✊🏻✊🏻✊🏻
14/08/2025

Bebas asap rokok dan v**e! ✊🏻✊🏻✊🏻

πŸ“
05/08/2025

πŸ“

KENYATAAN MEDIA PAPISMA MALAYSIA

β€œPenyalahgunaan PrEP dan Normalisasi Homoseksualiti : Sampai Bila Berdiam Diri?”

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) amat bimbang dengan laporan bercanggah berhubung serbuan pesta 'gay' di Kelantan baru-baru ini. Ini turut dikaitkan dengan dakwaan penyalahgunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) yang semakin menimbulkan kegusaran masyarakat Islam di Malaysia. Terkini (20 Julai 2025), pendakwaan dan sabitan hukuman sebahagian peserta telahpun dilaksanakan.

Kami memuji tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan serbuan ini, selaras dengan undang-undang Syariah dan moral negara yang menolak sekeras-kerasnya perlakuan songsang.

Sebagai peringatan, Fatwa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-122 pada 3-5 Rabiulakhir 1445H bersamaan 18-20 Oktober 2023 menegaskan bahawa *Pemberian Ubat PrEP bagi tujuan maksiat adalah HARAM.*

Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan ubat ini sebelum melakukan hubungan seks sejenis/homoseksual tidak boleh dibenarkan sama sekali di dalam Islam, walau atas alasan kesihatan awam.

Kenyataan bercanggah oleh Majlis AIDS Malaysia, yang mendakwa acara itu adalah program perubatan yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta penafian oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, menimbulkan persoalan serius tentang ketelusan dan akauntabiliti pihak-pihak berkaitan.

Oleh yang demikian, kami ingin mengingatkan masyarakat bahawa normalisasi maksiat berlaku apabila:

Perbuatan maksiat tidak lagi dianggap salah atau memalukan serta masyarakat menjadi semakin liberal dan tidak sensitif terhadap isu moral dan agama.

Sehubungan itu, PAPISMA Malaysia:

1. Menyokong tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah dan sivil untuk membendung gejala songsang ini.

2. Menggesa siasatan menyeluruh dan telus agar pemberian PrEP dikawal ketat mengikut garis panduan perubatan dan agama.

3. Mengingatkan risiko penyalahgunaan PrEP, yang boleh mendorong kepada tingkah laku berisiko seperti chemsex dan parti seks, akibat rasa β€˜kebal’ tanpa bimbang jangkitan.

4. Menyeru semua pihak – KKM, NGO, komuniti, pengamal perubatan, pendidik, dan masyarakat – bekerjasama membendung pengaruh normalisasi maksiat, menggiatkan promosi untuk abstinen (menghentikan tingkahlaku seksual berisiko) serta memfokuskan kepada aktiviti intervensi dan pemulihan bagi komuniti terlibat menerusi pendekatan dakwah dan rehabilitasi.

5. Menggesa kajian semula profesional terhadap kriteria serta Standard Operating Procedure (SOP) pemberian PrEP oleh KKM kepada pengamal seks berisiko supaya tidak bercanggah dengan nilai agama, maqasid Syari'ah dan budaya negara ini.

Kami yakin rakyat Malaysia masih cintakan kebenaran, maruah, dan kesucian agama. Janganlah kita biarkan anak cucu kita mewarisi sebuah masyarakat tanpa batasan moral.

Dr Hj Awisul Islah Ghazali
Presiden
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA MALAYSIA)
21 Julai 2025

Kes HIV di IPT.Link berita di ruangan komen.
24/07/2025

Kes HIV di IPT.

Link berita di ruangan komen.

18/07/2025

Video Penuh Di Channel Haze.

Address

NO. 291, BLOK B
Kuching
93250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Get To Zero - GTZ Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram