10/07/2018
KENALI PENGASAS VCS ANNONA
Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua
Izin kan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu ☺️️
Nama saya Nurhusni Bt Mahad Nor.
Nama panggilan mesra, Ony.
Asal dari Sungai Petani, Kedah.
Graduate ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi,
USM, Penang, 2003.
Saya merupakan surihati kepada Mr Syah Ismail.
Dan Allah menganugerahkan kami 3 orang puteri penyejuk mata dan hati.
Memiliki sebuah farmasi dan turut sama mengusahakan bisnes produk kesihatan dan kecantikan, ANNONA.
Jus Annona adalah inspirasi dari arwah ibu saya yang mengidap kanser limfoma, 4 tahun lepas.
Vitamin C Serum by Annona p**a adalah terhasil selepas kes aduan suntikan Vitamin C oleh salah seorang pelanggan saya yang obses pada suntikan. Alhamdulillah, syukur, serum ini dapat membantu ramai yang mengalami masalah parut jerawat akibat salah pakai produk dan kulit kusam.
Kerjaya saya membawa saya berjumpa dengan ramai pelanggan setiap hari. Saban hari saya perlu menangani pelbagai aduan pelanggan terutamanya mengenai masalah KULIT.
Saya menyedari masih ramai yang tercari-cari akan ilmu mengenai penjagaan kulit yang betul, serta produk-produk yang sesuai dan selamat digunakan untuk kulit wajah.
Selain ilmu teori, apa yang saya kongsikan dengan anda ialah pengalaman saya sendiri yang melalui satu 'journey' yang sangat panjang dalam penjagaan dan rawatan dari doktor-doktor pakar- kulit di utara kerana saya juga pernah mengalami masalah kulit yang sangat teruk satu ketika dahulu.
Sekarang pun, kulit saya tidak lah sempurna 100%, namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya ia dapat diatasi dan mengembalikan semula keyakinan diri. Bertahun-tahun lamanya saya mengambil masa untuk mengenali kulit.
Apa yang penting ialah kita harus memahami bahawa kulit kita mengambil masa untuk dirawat, dipulih dan dipelihara.
Semoga ilmu yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda.
Credit : Puan Ony Nurhusni
Founder VCS Annona (Ahli Farmasi Bertauliah)