Ema Terapis Tulang & Urutan Saraf

Ema Terapis Tulang & Urutan Saraf Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ema Terapis Tulang & Urutan Saraf, Chiropractor, no 388 Jalan timur 5/9, Labu.

📌RAWATAN HANYA UNTUK *WANITA SAHAJA* UNTUK MENJAGA IKHTILAT KETIKA RAWATAN
📌LOKASI BANDAR ENSTEK,BERDEKATAN KLIA
📌KAMI ADA TEAM DI SETIAP NEGERI

✅TENAGA PENGAJAR BERTAULIAH
✅ SSM : 003074081-T
✅TERAPIS TULANG DAN URUT SARAF,
✅URUT PANTANG
✅BEKAM

30/01/2026

Sakit ke masa rawatan??Ye sakit pada yang ada masalah,sakit akan beransur pulih bila dah di rawatTak nak sakit pergi SPA😝😜

Bunyi "Pop" di lutut ketika naik tangga: Normal atau tanda kerosakan sendi?Ramai individu sering mendengar bunyi letupan...
30/01/2026

Bunyi "Pop" di lutut ketika naik tangga: Normal atau tanda kerosakan sendi?

Ramai individu sering mendengar bunyi letupan kecil, "klik", atau geseran kasar pada bahagian lutut terutamanya ketika sedang menaiki tangga atau bangkit dari posisi duduk.

Istilah perubatan bagi fenomena bunyi pada sendi ini adalah crepitus.

Adakah anda perlu risau?

Jika bunyi tersebut berlaku sekali-sekala tanpa sebarang rasa sakit, ia mungkin sekadar pelepasan gelembung gas nitrogen dari cecair sinovial sendi yang tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, jika bunyi tersebut hadir bersama rasa sakit, ngilu, atau bengkak, ia adalah tanda amaran klinikal bahawa struktur dalaman lutut anda sedang mengalami kerosakan.

Dua punca utama bunyi lutut yang menyakitkan:

1. Osteoarthritis (Haus Sendi)
Lapisan rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen pelindung semakin menipis dan kasar. Bunyi berkeriut terhasil akibat geseran antara tulang dengan tulang kerana kehilangan permukaan licin.

2. Kecederaan Meniscus
Meniscus adalah struktur seperti getah yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Jika ia koyak, serpihan tisu boleh tersangkut di celah sendi dan menghasilkan bunyi "klik" yang menyakitkan serta menyebabkan lutut terkunci.

Nasihat Kesihatan:
Jangan abaikan bunyi ini jika ia menyakitkan. Lutut adalah sendi utama yang menampung berat badan anda.

Kawal berat badan (BMI) dan lakukan senaman menguatkan otot paha (quadriceps) untuk mengurangkan beban tekanan pada sendi lutut.

28/01/2026

Bagaimana Tidur Berkait dengan GH
Hormon pertumbuhan (GH) dihasilkan oleh kelenjar pituitari dan dirembeskan secara semula jadi dalam kitaran tidur.
90% daripada GH harian dilepaskan ketika kita tidur — terutama semasa fasa deep sleep (tidur nyenyak), iaitu non-REM stage 3.
Puncak pengeluaran GH berlaku sekitar 1–2 jam selepas kita mula tidur, biasanya antara jam 11 malam hingga 2 pagi jika seseorang tidur awal.
💪 Fungsi GH Semasa Tidur
Membaiki tisu otot dan sel badan
GH merangsang sintesis protein untuk menggantikan sel-sel yang rosak.
Meningkatkan regenerasi kulit dan tulang
Sebab itu kulit nampak lebih segar dan badan rasa lebih bertenaga selepas tidur cukup.
Membakar lemak dan menstabilkan metabolisme
GH bantu menukar lemak kepada tenaga semasa kita tidur.
Menguatkan sistem imun
GH turut menyokong fungsi sel imun supaya tubuh cepat pulih dari jangkitan atau tekanan.
⏰ Berapa Lama Tidur Diperlukan
Dewasa: 7–8 jam setiap malam.
Kanak-kanak: 9–11 jam.

Tendon Vs Ligament ✅🦴 TENDON→ Connects muscle to bone→ Made of dense, parallel collagen fibers (very strong, low elastic...
25/01/2026

Tendon Vs Ligament ✅

🦴 TENDON

→ Connects muscle to bone

→ Made of dense, parallel collagen fibers (very strong, low elasticity)

→ Transfers force generated by muscle contraction to bone

→ Enables movement at joints

→ Poor blood supply → heals slowly when injured

→ Examples: Achilles tendon, biceps tendon

🦴 LIGAMENT

→ Connects bone to bone

→ Made of collagen fibers with slight elasticity

→ Provides joint stability and alignment

→ Prevents excessive or abnormal joint movement

→ More elastic than tendons, but still strong

→ Examples: ACL, PCL, medial collateral ligament

⭐ KEY DIFFERENCE TO REMEMBER

→ Tendon = Movement (muscle pulls bone)

→ Ligament = Stability (bone holds bone)

23/01/2026

Pernah tak anda berdiri depan cermin, lepas tu tangan mula usap kesan-kesan garis halus kat perut atau peha, pastu rasa sedih?

Rasa macam, "Kenapa badan aku jadi macam ni? Kenapa dah tak cantik macam dulu?".

Benda yang kita selalu panggil "parut" atau "stretch marks" ni sebenarnya bukan satu kecacatan. Jauh sekali tanda yang badan anda dah "rosak".
Tolong tukar cara pandang kita.

Garis-garis ni sebenarnya adalah rekod hidup. Ia bukti yang badan anda pernah melalui satu fasa yang sangat berat, sangat mencabar, tapi anda tetap kuat dan bertahan.

Kalau garis ni muncul selepas anda melahirkan anak, ketahuilah yang itu adalah "peta kasih sayang". Ia tanda yang anda pernah jadi sebuah rumah yang paling selamat dan paling hangat untuk manusia kecil yang anda sangat sayang.

Mungkin ada yang rasa malu bila suami nampak. Rasa nak sorok-sorok sebab takut suami tak selera atau pandang serong.

Tapi cuba pandang semula.

Ini bukan sesuatu untuk disorokkan. Ini adalah sesuatu untuk pasangan kita faham dan hargai. Inilah harga yang badan seorang wanita perlu bayar supaya keluarga itu boleh wujud, supaya zuriat itu boleh bernafas.

Dan satu hari nanti, bila anak-anak dah besar, janganlah rasa berselindung kalau mereka nampak. Tunjukkan kat mereka tanpa rasa segan. Biar mereka tahu yang kasih sayang seorang ibu tu bukan hanya pada kata-kata saja.

Kadang-kadang, kasih sayang yang paling dalam itu ditinggalkan sebagai tanda kekal pada kulit kita.

Anda tetap cantik. Anda tetap hebat. Dan parut itu adalah pingat keberanian anda yang paling berharga.

21/01/2026

Bila berlaku nya FROZEN SHOULDER
itu tanda nya masalah dah TERUK
Bukan semudah itu rawatan,perlu rawatan susulan untuk perubahan lebih baik.
Sebelum berlaku nya FROZEN SHOULDER,buatlah rawatan awal.
Badan sudah berikan signal sakit,bila sakit cepat buat rawatan sebelum melarat.
TEKNIK RAWATAN URUTAN DAN DRY NEEDLING

19/01/2026

Saraf vagus ialah saraf terpanjang dan paling kompleks dalam badan, penting untuk mengawal fungsi badan seperti pernafasan, penghadaman, detak jantung, dan tindak balas emosi; ia adalah sebahagian daripada sistem saraf parasimpatik yang menenangkan badan (rest and digest) dan membantu mengurangkan stres dan kebimbangan, melalui penghantaran isyarat antara otak dan organ penting.

Fungsi Utama Saraf Vagus:Mengawal Detak Jantung & Tekanan Darah: Memperlahan kadar jantung dan menurunkan tekanan darah.
Pengaturan Emosi: Membantu mengurangkan stres dan kebimbangan, mengawal keseimbangan emosi.
Sistem Pencernaan: Mengawal pergerakan usus, lambung, dan penghasilan hormon untuk metabolisme.
Fonasi (Pertuturan) & Menelan: Mengawal gerakan otot untuk bercakap dan menelan.Tindak Balas Imun: Berperanan dalam respons imun badan.

Kursus Urut terapeutik & Terapi TulangAlhamdulillah,selesai kursus pembuka tahun 2026,Next 7/2/2026 ,berminat terus ws d...
18/01/2026

Kursus Urut terapeutik & Terapi Tulang

Alhamdulillah,selesai kursus pembuka tahun 2026,
Next 7/2/2026 ,berminat terus ws dekat link bio

13/01/2026
13/01/2026
Pembuka tahun 202610/1/2026 Calon TERAMPIL SKM2MP-083-2:2013 Perkhidmatan Sokongan PenjagaanNak saya jadi PP anda,whatsa...
12/01/2026

Pembuka tahun 2026
10/1/2026 Calon TERAMPIL SKM2
MP-083-2:2013
Perkhidmatan Sokongan Penjagaan

Nak saya jadi PP anda,whatsapp saya
www.wasap.my/60178823225/PP

Address

No 388 Jalan Timur 5/9
Labu
71760

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ema Terapis Tulang & Urutan Saraf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ema Terapis Tulang & Urutan Saraf:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category