Klinik Pakar Hospital Lahad Datu

Klinik Pakar Hospital Lahad Datu Memberikan info terkini berkaitan dengan perkhidmatan & aktiviti Klinik Pakar Hospital Lahad Datu.

Satu Booth Kesedaran Pendermaan Organ telah diadakan hari ini di Klinik Pakar sehingga 12.30 tengahari. Pelbagai bahan p...
12/05/2026

Satu Booth Kesedaran Pendermaan Organ telah diadakan hari ini di Klinik Pakar sehingga 12.30 tengahari. Pelbagai bahan pendidikan serta maklumat berkaitan pendaftaran penderma organ akan disediakan di booth tersebut.

Sokongan dan kehadiran anda amat dihargai dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat serta membantu menyelamatkan nyawa.

Terima kasih. πŸ’š

Bersama kita prihatin, bersama kita cakna.
11/05/2026

Bersama kita prihatin, bersama kita cakna.

Makluman:Tempat duduk di Klinik Pakar adalah terhad kepada pesakit yang hadir mendapatkan rawatan sahaja.Sehubungan itu,...
11/05/2026

Makluman:

Tempat duduk di Klinik Pakar adalah terhad kepada pesakit yang hadir mendapatkan rawatan sahaja.

Sehubungan itu, para pengiring dinasihatkan agar memberikan keutamaan tempat duduk kepada pesakit yang benar-benar memerlukan.

05/05/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Sukacita dijemput:πŸ‘‰ Semua Warga Hospital Lahad DatuπŸ‘‰ Seluruh Warga Lahad Datuuntuk ber...
05/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dijemput:

πŸ‘‰ Semua Warga Hospital Lahad Datu
πŸ‘‰ Seluruh Warga Lahad Datu

untuk bersama-sama menyertai program:

🩺 PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI JURURAWAT 2026

❀️ β€œ1 Beg Darah Mampu Menyelamatkan 3 Nyawa”

πŸ“… Tarikh: 12.05.2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Tempat: Klinik Pakar, Hospital Lahad Datu

🀝 Anjuran:
UNIT KEJURURAWATAN
dengan kerjasama
UNIT PERUBATAN TRANSFUSI
HOSPITAL LAHAD DATU

🌟 Tema Sambutan Hari Jururawat 2026
"OUR NURSES, OUR FUTURE:
EMPOWERED NURSES SAVES LIVES"

21/03/2026
πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPANπŸ₯ KLINIK PAKARDimaklumkan bahawa Klinik Pakar akanDITUTUP SEMENTARA sempenaCuti Hari Raya Aidilfitri...
19/03/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN
πŸ₯ KLINIK PAKAR

Dimaklumkan bahawa Klinik Pakar akan
DITUTUP SEMENTARA sempena
Cuti Hari Raya Aidilfitri

Tarikh Penutupan:
20 Mac 2026 – 23 Mac 2026

Dibuka Semula:
24 Mac 2026 (Selasa)

❗ Sepanjang tempoh ini, semua perkhidmatan Klinik Pakar tidak beroperasi.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

07/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Warga Lahad Datu.

PEMAKLUMAN DAN HEBAHAN PENUTUPAN KKOM BANDAR SRI PERDANA SEPENUHNYA DAN PENGOPERASIAN RAWATAN PESAKIT LUAR DI KLINIK DESA SEPAGAYA KE KLINIK KESIHATAN LAHAD DATU

Seperti yang semua sedia maklum, KKOM Bandar Sri Perdana telah tamat beroperasi sejak 31 Mac 2025. Oleh hal sedemikian, pengoperasian sementara pengurusan pesakit luar dan pengurusan penjagaan luka KKOM Bandar Sri Perdana di Klinik Desa Sepagaya akan berpindah secara menyeluruh ke Klinik Kesihatan Lahad Datu bermula 9 Mac 2026 (Isnin).

Terima kasih yang hadir hari ini..
07/03/2026

Terima kasih yang hadir hari ini..

Salam Ramadan
19/02/2026

Salam Ramadan

18/02/2026

Masih ramai yang keliru antara mitos dan fakta tentang penyakit Tibi. Ada yang menyangka ia berpunca daripada sihir, walhal ia adalah jangkitan kuman yang boleh dirawat.

Jom semak fakta ini:

βœ… Fakta: Tibi berjangkit melalui udara, BUKAN keturunan atau perkongsian makanan.

βœ… Fakta: Batuk berterusan lebih 2 minggu dan susut berat badan adalah gejala Tibi, bukannya buatan orang.

βœ… Fakta: Tibi boleh SEMBUH sepenuhnya dengan rawatan yang sempurna.

βœ… Fakta: Pesakit Tibi boleh meneruskan pekerjaan atau pengajian selepas tamat tempoh menjalani isolasi yang ditetapkan.

Jangan biarkan stigma menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.

Sebarkan fakta, bukan ketakutan.

Address

Lahad Datu Town

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089895111

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pakar Hospital Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pakar Hospital Lahad Datu:

Share