03/02/2022
Apakah Myrrh?
Morhabshi (juga dieja Morhabsyi) atau Morha atau Maruha, bahasa Inggeris Myrrh adalah bahan resin merah keperangan,
getah kering pokok Commiphora myrrha, tempatan di Somalia dan bahagian timur Ethiopia.
Myrrh merupakan asas minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klassik, dan sering kali bernilai lebih
dari emas yang sama berat. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, sungguhpun yang terkemudian lebih pop**ar. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Ia dikatakan bahawa Nero, Maharaja Rom membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya, Poppaea.
Myrrh (morhabshi) digunakan terutamanya dalam industri:
Myrrh digunakan dalam terapi perubatan beberapa tamadun besar manusia sejak ribuan tahun. Di zaman Mesir Purba myrrh telah digunakan untuk merawat demam. Orang Yunani purba memanafaatkan myrrh sebagai antiseptik untuk tentera bagi membersihkan luka akibat pertempuran - menjadi amalan tentera untuk membawa myrrh ke medan perang.