Klinik Langkap Medicina

  • Home
  • Klinik Langkap Medicina

Klinik Langkap Medicina Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Langkap Medicina, Medical and health, KLINIK LANGKAP MEDICINA, NO 11 & 13, TINGKAT BAWAH LORONG INTAN 1, TAMAN INTAN JAYA 1, .

Jawatan Kosong di Klinik Langkap Medicina πŸ“£Pembantu klinik diperlukan segera.🌸 Berkelayakan SPM🌸 Berpewatakan menarik, s...
22/06/2025

Jawatan Kosong di Klinik Langkap Medicina πŸ“£

Pembantu klinik diperlukan segera.

🌸 Berkelayakan SPM
🌸 Berpewatakan menarik, skill komunikasi yang baik, mesra dan sopan santun.
🌸 Wanita bujang
🌸 Berumur 18 hingga 30 tahun.

πŸ“ Lokasi Klinik
No 11 Tingkat Bawah, Lorong Intan Jaya 1, Taman Intan Jaya 1, 36700 Langkap Perak.

Jika berminat boleh hantarkan resume ke kliniklangkapmedicina@gmail.com atau whatsapp wasap.my/0165210762 untuk disaring bagi panggilan temuduga.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.Kami dari Klinik Langkap Medicina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
31/03/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.
Kami dari Klinik Langkap Medicina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya πŸ₯°.

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Klinik Langkap Medicina akan mula bercuti pada 31/03/2025 (Isnin) hingga 03/04/2025 (Khamis).

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada 04/04/2025 (Jumaat).

Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua. Jangan lupa jaga kesihatan walaupun sibuk beraya! ❀️


Dalam menyambut kehadiran Ramadan 1446H/2025, Klinik Langkap Medicina dengan penuh rasa hormat ingin mengucapkan Salam R...
01/03/2025

Dalam menyambut kehadiran Ramadan 1446H/2025, Klinik Langkap Medicina dengan penuh rasa hormat ingin mengucapkan Salam Ramadan kepada seluruh umat Islam. Ucapan ini ditujukan kepada pesakit-pesakit yang kami kasihi kerana telah memberikan sokongan yang tidak ternilai.

Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan f***j.

Walau bagaimanapun, terdapat BEBERAPA PERKARA yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.

πŸ‘‰Dikongsikan maklumat penting untuk kita fahami berkenaan status BATAL atau TIDAK BATAL puasa jika mengambil ubatan dan rawatan semasa berpuasa.

Semoga bulan yang mulia ini melimpahkan keberkatan, rahmat, dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada kita semua.

Salam Ramadan Mubarak πŸŒ™

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™




Anda Nak Berniaga Sempena Ramadhan?Jangan Lupa Cucuk Vaksin Typhoid Duluu πŸ’‰TYPHOID? KENA AMBIL? TAPI KENAPA? Apakah itu ...
17/02/2025

Anda Nak Berniaga Sempena Ramadhan?
Jangan Lupa Cucuk Vaksin Typhoid Duluu πŸ’‰

TYPHOID? KENA AMBIL? TAPI KENAPA?

Apakah itu suntikan Typhoid? Suntikan Typhoid adalah sejenis suntikan vaksin yang boleh digunakan untuk mengecah penyakit Typhoid atau lebih dikenali sebagai Demam Kepialu. Suntikan ini bertujuan untuk merangsang sistem imunisasi badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella Typhi. Penggunaan vaksin ini telah terbukti mengecah Demam Kepialu dari terus merebak.

SIAPA PERLU AMBIK SUNTIKAN TYPHOID?

Pengendali makanan adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mempraktikannya di tempat kerja. Menurut Akta Makanan 1983 dan Akta Kawalan Penyakit 1988 suntikan Typhoid adalah DIWAJIBKAN untuk semua pengendali makanan mengambil suntikan ini. Kursus ini adalah inisiatif pihak kerajaan dalam usaha mengecah sebarang penyakit berjangkit yang mampu merebak melalui makanan atau minuman. Vaksin Typhoid perlu diambil tiga tahun sekali, selagi mana mereka terlibat dalam sektor pengendalian makanan.

Tunggu apa lagi? JOM dapatkan segera suntikan Vaksin Typhoid ini di Klinik Langkap Medicina sekarang ‼️
βœ… PROMOSI RM70
βœ… Tak Perlu Temujanji
βœ… Sah selama 3 TAHUN
βœ… Cepat, Mudah & Selamat
βœ… Percuma KAD Pengesahan

Sebarang pertanyaan atau ingin membuat temujanji boleh hubungi kami di :
☎️ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762






PENYAKIT ATAU GEJALA GASTRIK!!Penyakit atau gejala gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibah...
15/08/2024

PENYAKIT ATAU GEJALA GASTRIK!!

Penyakit atau gejala gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid tersebut.

Pengeluaran atau rembesan asid berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid ini boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Ketahui punca dan sebab-sebab yang menyebabkan gastrik berlaku agar ia boleh membantu anda dalam menyeimbangkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan berlakunya gastrik.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™






Jantung πŸ«€ merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak si...
12/08/2024

Jantung πŸ«€ merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung.

Dengan amalan yang betul dan pemilihan makanan yang baik, kita boleh menjaga kesihatan jantung dengan lebih efektif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™





Pengambilan gula berlebihan dan tidak terkawal akan meningkatkan risiko diabetes. Diabetes atau kencing manis adalah pun...
10/08/2024

Pengambilan gula berlebihan dan tidak terkawal akan meningkatkan risiko diabetes. Diabetes atau kencing manis adalah punca utama penyakit buah pinggang dan komplikasi yang lain di Malaysia.

Jika kita kawal pengambilan gula, kita dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan komplikasinya. Penyakit ini tidak boleh pulih, namun ia boleh dikawal.

β€˜Kesihatan kita pada masa depan ditentukan apa yang kita lakukan sekarang, bukan apa yang kita lakukan esok.’

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™





BAHAYA GULA KEPADA KANAK-KANAK!!Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada...
06/08/2024

BAHAYA GULA KEPADA KANAK-KANAK!!

Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula.

Kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula anak-anak sejak kecil, boleh mengurangkan risiko kerosakan gigi dan obesiti.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™




Sakit KepalaSakit kepala sering dianggap sebagai penyakit biasa dan akan hilang selepas beberapa ketika. Tidak dinafikan...
05/08/2024

Sakit Kepala

Sakit kepala sering dianggap sebagai penyakit biasa dan akan hilang selepas beberapa ketika. Tidak dinafikan juga sebahagian keadaan sakit kepala adalah tidak merbahaya atau memudaratkan. Namun, terdapat juga beberapa situasi di mana sakit kepala akan menjadi berbahaya sehingga menjejaskan rutin harian dan memudaratkan jika tidak ditangani dengan segera.

Berikut kami kongsikan jenis-jenis sakit kepala bagi rujukan anda:

1. SINUS. Sakit di sekitar mata, tulang p**i, dahi dan batang hidung. Sakit sinus akan menjadi lebih teruk apabila anda baring secara mengereng atau bergerak secara mengejut. Sinus terjadi berpunca daripada jangkitan atau perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.

2. Tension. Sakit di bahagian hadapan kepala, terasa seperti kepala diikat ketat dan dihimpti. Tension tidak terjadi daripada aktiviti fizikal anda dan tidak membuat sakit bertambah teruk. Tension berlaku akibat stress, kekurangan air dan otot tegang

3. Migrain. Sakit berdenyut disebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Loya, kabur mata. Migrain akan menjadi lebih teruk jika melibatkan aktiviti fizikal atau pergerakan. Pesakit yang berhadapan dengan migrain akan menjadi sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising

4. Cluster. Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Pesakit yang berhadapan dengan cluster digalakkan untuk kekal duduk. Baring akan membuat kan sakit cluster bertambah teruk. Cluster berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.

Semua orang dinasihatkan minum air dengan kerap untuk mengekalkan hidrasi dalam tubuh badan. Jika mula terasa sakit di bahagian kepala, rehatkan kepala anda sama ada kekal duduk, sandarkan kepala anda ataupun baring (jika bersesuaian). Dapatkan nasihat daripada doktor jika sakit kepala berlarutan lebih daripada 2 hari.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™





Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis M...
27/07/2024

Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis Malassezia.

Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti leher, dada dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh. Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat.

Terdapat dua jenis rawatan panau iaitu dengan ubat sapu dan juga ubat makan antifungal. Segera mendapatkan rawatan sekiranya anda mengalami masalah ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™






Makan bersama-sama dengan keluarga di rumah memberikan banyak manfaat. Aktiviti ini memberikan kesan besar kepada keseja...
25/07/2024

Makan bersama-sama dengan keluarga di rumah memberikan banyak manfaat. Aktiviti ini memberikan kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Pelbagai menu boleh dirancang untuk dimasak. Namun, jangan lupa amalkan menu sihat di rumah. Ikuti tip-tip penyediaan menu sihat.




APA ITU MIGRAIN?Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Biasanya migrain bermula dari zama...
15/06/2024

APA ITU MIGRAIN?

Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka.

Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migraine.

Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di :
☎ 05-6597762 / πŸ“² 016-5210762

🩷 π’¦π‘’π“ˆπ’Ύπ’½π’Άπ“‰π’Άπ“ƒ π’œπ“ƒπ’Ήπ’Ά, π’¦π‘’π“Šπ“‰π’Άπ“‚π’Άπ’Άπ“ƒ 𝒦𝒢𝓂𝒾 πŸ’™





Address

KLINIK LANGKAP MEDICINA, NO 11 & 13, TINGKAT BAWAH LORONG INTAN 1, TAMAN INTAN JAYA 1

36700

Opening Hours

Monday 15:00 - 23:00
Tuesday 15:00 - 23:00
Thursday 15:00 - 23:00
Friday 15:00 - 23:00
Saturday 15:00 - 23:00
Sunday 15:00 - 23:00

Telephone

+6056597762

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Langkap Medicina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Langkap Medicina:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share