Wellness Hub Langkawi

Wellness Hub Langkawi Wellness Hub Langkawi merupakan salah satu fasiliti kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi .

Ia terletak di Kampung Bukit Nau Padang Matsirat (belakang Dewan Syifa'a)

Selesai sudah sesi saringan peserta untuk Program IFiTer untuk sesi Isnin pagi. Jumpa minggu depan untuk kelas mingguan!
27/04/2026

Selesai sudah sesi saringan peserta untuk Program IFiTer untuk sesi Isnin pagi. Jumpa minggu depan untuk kelas mingguan!

PAKAT MAI RAMAI-RAMAI KE WELLNESS HUB KEDAH! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’จHangpa dah tahu belum komposisi tubuh badan hangpa macam mana?โœ… Berapa...
13/04/2026

PAKAT MAI RAMAI-RAMAI KE WELLNESS HUB KEDAH! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’จ

Hangpa dah tahu belum komposisi tubuh badan hangpa macam mana?

โœ… Berapa peratus lemak? ๐Ÿ”
โœ… Cukup dak air dalam badan? ๐Ÿ’ง
โœ… Macam mana dengan protein & mineral? ๐Ÿ’ช

Ada 4 lokasi utama di Kedah:
1๏ธโƒฃ Langkawi
2๏ธโƒฃ Kota Setar
3๏ธโƒฃ Kuala Muda
4๏ธโƒฃ Kulim

Bukan tu ja, kalau hangpa jauh, Wellness on Wheels (WoW) pun ada untuk mai dekat dengan hangpa! Dan yang paling syok adalah semua ini PERCUMA!

JOM TURUNKAN BERAT BERSAMA KAMI!Anda nak TURUNKAN BERAT? Anda nak SIHAT? Sekiranya anda mahukannya.Jom sertai kami!๐Ÿ’ช๐ŸผWel...
12/04/2026

JOM TURUNKAN BERAT BERSAMA KAMI!

Anda nak TURUNKAN BERAT? Anda nak SIHAT? Sekiranya anda mahukannya.
Jom sertai kami!๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Wellness Hub Langkawi akan mengadakan satu program Intervensi Pengurusan Berat Badan (IFitEr) bagi tahun 2026 yang akan bermula pada 27 APRIL 2026. ๐Ÿ”ฅ

Berikut merupakan syarat-syarat umum penyertaan :
1) BMI >25 - 34.9
2) Berumur 18-59 tahun
3) Tidak mempunyai sejarah penyakit yang kronik
4) Menyertai program secara sukarela & memberi komitmen yang penuh

Tarikh pendaftaran 12 April - 16 April 2026

Sekiranya berminat, boleh scan QR di poster atau sila daftarkan diri anda di link pendaftaran ini https://forms.gle/xAiJTKUkDVUn6H3UA

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian :๐Ÿ“ฒ

019 991 1776 (Ellyna)
011 4077 6615 (Nureen)

PENDAFTARAN AKAN DITUTUP SETELAH PENYERTAAN MENCUKUPI

โ€™sFIT@WellnessHubLangkawi

Hai orang-orang Langkawi!Jom turun berat badan bersama kami dalam Pogram IFiTer kini bakal bersiaran lagi untuk sesi tah...
09/04/2026

Hai orang-orang Langkawi!

Jom turun berat badan bersama kami dalam Pogram IFiTer kini bakal bersiaran lagi untuk sesi tahun 2026. Kali ini aktiviti lebih segar, bermatlamat dan pelbagai ilmu yang akan dikongsikan sepanjang program berlangsung.

Jadi, tonton sesi live di Tiktok kami ini terlebih dahulu untuk sesi soal jawab berkaitan program tersebut, borang pendaftaran, syarat-syarat penyertan, waktu sesi, dan apa-apa sahaja berkaitan perkhidmatan Wellness Hub Langkawi .

Jumpa anda nanti!

06/04/2026

i-FiteR 2026 Hub Langkawi
6 April 2026
10.30 Pagi

Hai orang-orang Langkawi! Jom join sesi live ni, kami cuba jawab soalan-soalan anda tentang program IFiTer kami yang aka...
06/04/2026

Hai orang-orang Langkawi! Jom join sesi live ni, kami cuba jawab soalan-soalan anda tentang program IFiTer kami yang akan berjalan tak lama lagi. Tapi sebelum kami iklankan pendaftaran, kami cuba jawab dulu kalau ada apa-apa yang anda nak tanya. Jumpa kami nanti naaaa..

MAKLUMAN WAKTU OPERASI DI WELLNESS HUB LANGKAWI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI..
19/03/2026

MAKLUMAN WAKTU OPERASI DI WELLNESS HUB LANGKAWI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI..

Jom datang ke Wellness Hub! Salah satu perkhidmatan yang ada adalah saringan komposisi tubuh badan yang boleh ambil baca...
10/03/2026

Jom datang ke Wellness Hub! Salah satu perkhidmatan yang ada adalah saringan komposisi tubuh badan yang boleh ambil bacaan tentang peratus lemak, peratus otot, serta kandungan lemak visceral.

Yang penting, buat saringan ini adalah percuma. Jika kita ada masalah kesihatan atau rasa tak sihat, kita ke klinik. Tapi kalau kita nak cegah penyakit, nak tahu tentang cara hidup sihat, belajar tentang aktiviti-aktiviti yang sihatkan diri, jom datang ke Wellness Hub.

Ramai orang ingat hati berlemak ini penyakit orang yang minum alkohol sahaja.

Sebab itu bila doktor cakap,
โ€œAwak ada hati berlemak,โ€
ramai terus jawab,
โ€œTapi saya bukan peminum.โ€

Itulah salah faham yang paling besar.

Hakikatnya, hati berlemak boleh jadi walaupun anda langsung tidak minum alkohol.
Dan selalunya, puncanya bukan pada botol.
Puncanya pada apa yang sedang berlaku senyap senyap dalam tubuh.

Top 5 sebab hati berlemak boleh jadi walaupun tak minum alkohol.

1. Lemak berkumpul di perut
Bukan sekadar berat badan naik.
Lemak yang banyak di bahagian pinggang dan perut sangat rapat dengan masalah metabolik yang mendorong lemak masuk ke hati.

2. Gula tinggi dan insulin resistance
Ramai belum sampai tahap diabetes pun, tapi badan sudah mula โ€œkebalโ€ dengan insulin.
Bila itu berlaku, hati jadi salah satu tempat yang mula simpan lemak tanpa bunyi.

3. Trigliserida dan kolesterol tak cantik
Bila bacaan lemak dalam darah makin tak terkawal, hati juga boleh mula terkesan.
Kadang kadang keputusan darah itu nampak macam nombor sahaja.
Padahal diam diam hati sedang menanggung beban.

4. Air manis, portion berlebihan, dan makanan terlalu kerap
Ramai bukan kuat makan nasi sahaja.
Ramai sebenarnya letih dengan minuman manis, kopi manis, snek, pencuci mulut, dan tabiat makan tanpa sempat badan โ€œberehatโ€.
Lebihan tenaga itu akhirnya perlu pergi ke suatu tempat.
Dan hati sering jadi tempat simpanan.

5. Kurus pun tak semestinya selamat
Ini yang ramai tak sangka.
Ada orang badan nampak biasa.
Tak nampak besar.
Tak nampak โ€œberisikoโ€.
Tapi masih boleh ada hati berlemak kerana genetik, corak metabolik, atau lemak yang lebih banyak terkumpul di tempat yang kita tak nampak.

Sebab itu, hati berlemak bukan isu rupa luar semata mata.
Ia isu dalaman.
Isu metabolik.
Isu yang boleh berjalan diam diam bertahun tahun.

Yang menakutkan, ramai tak rasa apa apa pun.
Tak sakit.
Tak demam.
Tak nampak tanda besar.
Tiba tiba bila scan atau buat ujian, baru tahu hati dah mula menyimpan lemak.

Jadi, kalau anda tak minum alkohol, jangan terlalu cepat rasa selamat.
Kadang kadang musuh itu bukan apa yang anda teguk pada hujung minggu.
Tapi apa yang tubuh anda hadap setiap hari.

04/03/2026

๐‹๐„๐Œ๐๐€๐‘๐€๐ ๐…๐€๐Š๐“๐€
๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Ž๐๐„๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ : ๐Ÿ’ ๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jom Klik Pautan: https://drive.google.com/file/d/1I18xUgLKAuso2zVPz5plfQbZ3Xnmq0yk/view?usp=sharing

๐Ÿ– ๐๐ข๐ฅ๐ข๐จ๐ง ๐’๐ž๐›๐š๐› ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค

Obesiti bukan isu rupa. Ia isu kesihatan.

Ia adalah penyakit kronik kompleks yang meningkatkan risiko:
โ–ช Diabetes
โ–ช Penyakit jantung
โ–ช Strok
โ–ช Kegagalan buah pinggang
โ–ช Tekanan darah tinggi & banyak lagi.

๐Ÿ“Š Di Malaysia, 1 daripada 5 orang dewasa adalah obes, dan lebih separuh mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ramai kelihatan sihat di luar, tetapi kerosakan dalaman mungkin sudah bermula.

๐Ÿ’ก Berita baiknya:
Penurunan berat badan 5โ€“10% sahaja sudah cukup untuk mengurangkan risiko penyakit dengan ketara.
โœ… Kurangkan minuman manis
โœ… Amalkan suku-suku-separuh
โœ… Bergerak sekurang-kurangnya 150 minit seminggu
โœ… Dapatkan nasihat profesional jika perlu

Tiada perubahan besar berlaku sekaligus.
Perubahan kecil tetapi konsisten memberi kesan besar.

Ayuh kita bertindak hari ini demi kesihatan masa depan.







_Unit NCD JKN Kedah_

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐”๐๐€๐‡๐€๐ ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐๐‰๐€๐๐† ๐๐”๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐Dimaklumkan waktu operasi sesi ...
02/03/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐”๐๐€๐‡๐€๐ ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐’๐’ ๐‡๐”๐ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐๐‰๐€๐๐† ๐๐”๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐

Dimaklumkan waktu operasi sesi malam terkini Wellness Hub Langkawi sepanjang bulan Ramadan mulai tarikh 2.03.2026 adalah seperti berikut:

๐Ÿ•” ๐Ÿ“.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐  โ€“ ๐Ÿ•.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ : ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š
๐Ÿ•– ๐Ÿ•.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ โ€“ ๐Ÿ–.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ : ๐ƒ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฐ๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š
๐Ÿ•— ๐Ÿ–.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ : ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š

Perubahan ini bagi memberi ruang kepada waktu berbuka puasa.

Kerjasama dan sokongan anda amat kami hargai Sekian, terima kasih.

Terima kasih buat warga kerja Langkawi Port untuk jemputan dan kerjasama strategik ini. Semoga usaha ini dapat membantu ...
25/02/2026

Terima kasih buat warga kerja Langkawi Port untuk jemputan dan kerjasama strategik ini. Semoga usaha ini dapat membantu semua yang terlibat agar kekal sihat dalam kehidupan seharian dan juga produktif dalam bekerja.

Address

Wellness Hub Langkawi (Belakang Dewan Syifa Padang Matsirat)
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Langkawi:

Share