Myzhar -Bekam & Urutan Tradisional Khusus Wanita

Myzhar -Bekam & Urutan Tradisional Khusus Wanita Menyediakan perkhidmatan urutan tradisional dan bekam khusus untuk wanita.

06/06/2022
12/01/2022

TERAPI BEKAM/HIJAMA MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN PROFIL KESIHATAN SECARA UMUM

Menurut istilah perubatan kualiti hidup bermaksud sebagai keupayaan seseorang untuk menikmati pelbagai aktiviti normal dalam kehidupan seharian. Kualiti hidup merupakan antara aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Tidak dapat dinafikan samasekali bahawa beberapa rawatan perubatan konvensional tertentu seperti kemoterapi, hemodialisis, ubatan oral dsbnya yang meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada kualiti hidup sehingga menjejaskan aspek fizikal dan emosional pesakit. Berikut adalah contoh kajian² yang pernah dilakukan menunjukkan bahawa terapi bekam berupaya mengurangkan kesan² sampingan sesuatu rawatan sekaligus meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Kajian oleh M. Noorelahi et al tentang kesan² terapi bekam/Hijama terhadap kualiti hidup & profil kesihatan secara umum telah dilakukan keatas 359 subjek (175 orang lelaki & 184 orang perempuan) berusia secara purata 40.4±12.7 di bandar Madinah, Arab Saudi. Kajian ini menggunakan kaedah WHO-QoL assessment, short-term SF-36 Health Survey & the International QoL Assessment (IQOLA). Keputusan: 80% daripada subjek dilaporkan menunjukkan peningkatan tahap kesihatan selepas terapi bekam terutamanya golongan wanita (p= 0.002) iaitu dalam aspek kesihatan fizikal, mood & tingkahlaku. Bagaimanapun golongan lelaki menunjukkan kesan pembaikan yang lebih lama iaitu lebih 6 bulan berbanding golongan wanita (p= 0.04).

Kajian oleh A. Jauoni et al Klinik et al di Klinik Bekam Raja Abdulaziz University Hospital (KAUH), Jeddah juga menunjukkan terapi bekam berupaya meningkatkan kualiti hidup 309 subjek berbanding 320 subjek dalam kumpulan kawalan. Secara purata skor fizikal kesihatan berkaitan kualiti hidup (HRQOL) adalah 61.6±13.6 sebelum terapi bekam, meningkat kepada 69.7±12.6 selepas intervensi/ terapi (paired t-test= 11.3, p= 0.000). Pembaikan HRQOL didapati berlaku pada aspek pengurangan kesakitan & keterukan gejala penyakit.

Kajian oleh M. Bilal et al keatas 24 pesakit Ginjal Kronik/CKD tahap 5 (on hemodialisis) juga menunjukkan terapi bekam mampu meningkatkan kualiti hidup pesakit CKD dengan mengurangkan keterukan gejala seperti keletihan, kurang selera makan, mual, tekanan darah tinggi dsbnya dengan ketara selain perubahan positif dalam pelbagai parameter darah & biokimia.

Terdapat banyak lagi kajian yang tidak dikongsikan di sini juga menunjukkan bahawa terapi bekam berupaya meningkatkan profil kesihatan daripada aspek kualiti hidup di kalangan mereka yang mempunyai morbiditi/penyakit² tertentu mahupun mereka yang masih "bebas" daripada penyakit.

MA SABRI

Ref:

1. Health profile and quality of life before and after Hijama: A population-based cross-sectional study in Madinah, Saudi Arabia

Muatasim Noorelahi, Abdulrahman Badawi, Khaled Kasim, Hany M Abo-Haded
Medical Science 5 (1), 2016

2. The effect of wet cupping on quality of life of adult patients with chronic medical conditions in King Abdulaziz University Hospital

Soad K Al Jaouni, Eman A El-Fiky, Samiha A Mourad, Nahla Khamis Ibrahim, Abdullah M Kaki, Sawsan M Rohaiem, Mohamad H Qari, Laila M Tabsh, Adel A Aljawhari
Saudi medical journal 38 (1), 53, 2017

3. Hijama improves overall quality of life in chronic renal failure patients: A pilot study

Muhammad Bilal, Rafeeq Alam Khan, Khurram Danial
Pak J Pharm Sci 28 (5), 1731-1735, 2015

01/01/2022

KESAN² TERAPEUTIK TERAPI BEKAM TIDAK SEMESTINYA BERGANTUNG KEPADA JUMLAH "DARAH BEKAM" YANG BANYAK.

Semakin banyak cup/poin digunakan bermakna semakin banyak luka yang dihasilkan pada kulit dan ini berpotensi meningkatkan risiko jangkitan kuman selain ia juga jauh daripada tuntutan sunah dan keperluan penyingkiran cecair tubuh secara berlebihan. Menurut Dr Salah Mohamed El Sayed, pencadang Teori Taibah, jumlah "darah bekam" yang banyak bukan penentu mutlak kepada pencapaian nilai terapeutik yang tinggi selain ia belum tentu menyingkir lebih banyak bahan² punca penyakit/CPS selain hanya lebih banyak cecair interstitial & plasma tubuh yang terkeluar . Sebab itulah beliau mencadang agar kita menggunakan formula² seperti nilai penyingkiran/EV atau nilai pembersihan plasma/PI untuk mengukur jumlah CPS yang disingkir atau tahap pembersihan plasma daripada CPS berkenaan dengan penggunaan cup yang minima samada pada poin² sunah, poin² organ, poin² lokal atau poin interscapular region dsbnya. Dengan "darah bekam" yang sedikit pun mampu mencapai nilai EV atau nilai PI yang lebih tinggi selain risiko jangkitan kuman yang lebih rendah. Harus diingat, terapi bekam menghasilkan kesan² terapeutik bukan hanya melalui mekanisme detoksifikasi semata² tetapi juga daripada mekanisme² bekam yang lain sepertimana yang dicadangkan dalam teori pain gate, teori nitric oxide, teori kesan immunomodulasi, teori endorphin , teori prostaglandin, teori zon refleks, teori genetik, teori tcm dsbnya.

Saya fikir tindakbalas radang yang berlebihan kesan daripada luka yang banyak jika tidak seimbang dengan kebolehan tubuh mengadaptasikan diri dengan persekitaran dalaman yang "ekstrem" juga boleh mengganggu atau membebankan fungsi² normal sistem² tubuh berkenaan sehingga masalah kesihatan yang lain berlaku dan "pelbagai fitnah" terhadap perubatan sunah ini akhirnya menjadi semakin sukar untuk ditangani. Dalam proses belajar, kekadang kesilapan boleh saja berlaku dan dilakukan oleh sesiapa saja termasuk mereka yang lebih "senior". Belajar daripada kesilapan, tingkatkan ilmu daripada semasa ke semasa dan bersifat terbuka dengan teguran.

MA SABRI

Ref:

1. Therapeutic benefits of Al-hijamah: in light of modern medicine and prophetic medicine

Salah Mohamed El Sayed, Abdel-Salam Al-quliti, Hany Salah Mahmoud, Hussam Baghdadi, Reham A Maria, Manal Mohamed Helmy Nabo, Ahmad Hefny
American Journal of Medical and Biological Research 2 (2), 46-71, 2014

2. The medical perspective of cupping therapy: Effects and mechanisms of action

Abdullah MN Al-Bedah, Ibrahim S Elsubai, Naseem Akhtar Qureshi, Tamer Shaban Aboushanab, Gazzaffi IM Ali, Ahmed Tawfik El-Olemy, Asim AH Khalil, Mohamed KM Khalil, Meshari Saleh Alqaed
Journal of traditional and complementary medicine 9 (2), 90-97, 2019

3. Practice of cupping (Hijama) and the risk of bloodborne infections

Abdul Rehman, Noor Ul-Ain Baloch, Muhammad Awais
American journal of infection control 42 (10), 1139, 2014

09/11/2021

Address

Lenggeng

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Myzhar -Bekam & Urutan Tradisional Khusus Wanita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Myzhar -Bekam & Urutan Tradisional Khusus Wanita:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram