16/08/2025
Liputan MR SIA di Kampung Rayu dan Kampung Sungai Belian oleh SN Avie Lozoo, SN Tuty Rohaiza dan PF Muhammad Iddin Taqwa bin Mohd Arif.
📍 KISAH DISEBALIK MR SIA
✳️ Liputan imunisasi measles perlu mencapai sekurang-kurangnya 95% bagi memastikan imuniti kelompok yang mencukupi untuk mencegah penularan dalam komuniti.
✳️ Jumlah wabak measles pada tahun 2024 meningkat lebih 2x ganda dari 112 wabak pada tahun 2023, kepada 231 wabak pada tahun 2024.
✳️ 42% kes Measles pada tahun 2024 berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
✳️ 3 Negeri yang tidak mencapai liputan 95% bagi imunisasi MMR dos pertama pada tahun 2024 ialah Perlis, Kelantan & Terengganu.
✳️ Sebanyak 56 daerah di seluruh Malaysia (38%) tidak mencapai liputan imunisasi MMR melebihi 95% bagi tahun 2024.
✳️ Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MR SIA) dilaksanakan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan program imunisasi sedia ada.
✳️ Pemberian vaksin Measles kepada kumpulan sasaran tanpa mengambil kira status imunisasi sebelumnya diharap dapat meningkatkan semula imuniti kelompok khususnya di lokaliti berisiko sekaligus mengurangkan insiden kes dan kejadian wabak dalam komuniti.
✳️ Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 16-20 January 2024, Malaysia telah dikategorikan sebagai negara berisiko untuk mengalami wabak Measles di Rantau Pasifik Barat.
✳️ Aktiviti MR SIA ditunda ke tahun 2025 berdasarkan tempoh masa perolehan vaksin.
✳️ Tempoh pelaksanaan aktiviti MR SIA hanya selama 10 minggu bermula 4 Ogos 2025 sehingga 12 Oktober 2025.
‼️ JANGAN tangguh.
‼️ SEGERA dapatkan imunisasi tambahan Measles & Rubella untuk anak anda.
Datanglah ke Klinik Kesihatan Stoh Rambungan Lundu
Kami sedia membantu 🤗