Huffaz Bekam Healthcare

Huffaz Bekam Healthcare HUFFAZ BEKAM DILAKUKAN DI RUMAH PERAWAT. KAMI MENGUTAMAKAN PENJAGAAN TEMPAT & PERALATAN

STERILE-HYG

15/07/2025

🌿 PENGUMUMAN RASMI MQSS PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 🌿

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami kepada mereka.” (Al-Ankabut: 69)

Dengan linangan air mata syukur dan hati yang penuh rasa terharu, saya ingin mengumumkan dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda kita, Fauzul Naim bin Burhanudin, salah seorang anak dari anak-anak keluarga kita yang telah mewakili negeri Pahang dan dinobatkan sebagai Naib Johan Majlis Al Quran Sekolah-Sekolah(MQSS) Peringkat Kebangsaan 2025.

Hari ini, bukan hanya Pahang yang bangga…
Bukan hanya kami sebagai guru dan keluarga yang tersentuh…
Tapi langit juga menjadi saksi betapa seorang anak muda telah melantunkan Kalamullah dengan penuh adab, penghayatan, dan cinta.

Anakda Fauzul Naim bukan hanya membawa suara,
Tapi membawa ruh dan tarbiah keluarga Huffaz yang selama ini kami tanam dengan sabar dalam usrah, dalam kelas, dalam pelukan ukhuwah dan doa yang tak pernah putus.

Anak muda ini telah berdiri di pentas kebangsaan bukan untuk mengejar gelaran,
Tetapi untuk memuliakan Kalam Allah,
Dengan suara yang insyaAllah akan terus bergema hingga ke Arasy.

Wahai Anakda Naim, ketahuilah…
Kamu sedang membuka jalan bukan hanya untuk dirimu,
Tetapi juga untuk anak-anak Huffaz lain yang sedang melihatmu dan berbisik dalam hati,
“Kalau dia boleh… aku juga pasti boleh, dengan izin Allah.”

Sebagai pengarah, sebagai ayahanda dalam keluarga Huffaz ini…
Saya sebak menulis ini.
Kerana apa yang kita tanam dengan cinta dan susah payah, kini mula berbunga walau dia tidak bermula dari keluarga huffaz kita pada awalnya tapi kedatangannya dalam Keluarga Huffaz ini tetap menyuntik semangat ukhuwah fillah kita semua.

Dan kami tahu ini baru permulaan.
Langkah perjuangan ini masih panjang,
Dan kami akan terus bersamamu, mendoakanmu.

Tahniah anakda Fauzul Naim. Tahniah, keluarga Huffaz.
Ini kemenangan kita semua walau tidak bermula dari kita tapi kemenangan ini sebuah perjuangan sunyi yang disulami Al Quran.

Semoga kuatkan tekad dan kuatkan azam untuk buat yang lebih baik lagi di masa akan datang.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
(Surah Ali Imran : 159)
“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”

اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك.

Allahumma Aamiin.

Daripada,
Penasihat & Pengarah Urusan
Usratul Huffaz Harmoni Group

14/07/2025

SAKSIKAN MAJLIS PENUTUP MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)
KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

TARIKH: 14 JULAI 2025
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT: POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
Pautan Live : https://www.youtube.com/live/CEoVoxEfv4c?si=q4zT1dleecRkfRD5

Jangan lupa Like, share dan subscribe

7TerasKPM


26/06/2025
PROMOSI SEMPENA RAMADHAN DAN HARI RAYAPotongan sebanyak RM80 untuk Pakej Bekam 1 - 3 !!! Special pada promosi kali ini a...
17/03/2025

PROMOSI SEMPENA RAMADHAN DAN HARI RAYA

Potongan sebanyak RM80 untuk Pakej Bekam 1 - 3 !!!
Special pada promosi kali ini adalah ;

- Percuma regangan otot
- ⁠Percuma tambahan Cup bekam darah
- ⁠Percuma Urutan Nadharoh
- ⁠Percuma Bekam Luncur pecah angin

Available di sekitar Melaka atau Luar Melaka. Waktu operasi seawal 8pagi hingga 11 malam. Slot lelaki sahaja yang available.

Untuk booking slot boleh tekan link di bawah
https://bookingbekamhuffaz.wassap.my/
atau whatsapp 0147134284 (Admin Huffaz Bekam)

Caj booking yang dikena adalah sebanyak RM10 sebagai tanda confirm.

10/03/2025

Assalamualaikum semuaa

Nak maklum Huffaz Bekam akan kembali beroperasi bermula hari ni

Huffaz Bekam dah tukar nombor admin yang baru atas faktor di hack hari tu. Nombor baru 0147134284 Admin Huffaz Bekam Healthcare atau boleh tekan link di bawah
https://bookingbekamhuffaz.wassap.my/

Mohon maaf atas kesulitan semua 🙏🏻

Wassap.my

23/12/2024

📣📣JEMPUTAN KE MAJLIS HUFFAZ BERSELAWAT📣📣

*Majlis Huffaz Berselawat Sempena Akhir Tahun 2024*

Tarikh : 26/12/2024
Masa : Selepas Maghrib
Hari : Khamis
Tempat : Surau Al Aman, Kampung Solok Musai.
https://maps.app.goo.gl/qgSTpaSVHV5saN516?g_st=ic

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir Bersama

P/s : Jika ada yang nak memberi sumbangan wang tunai, makanan, kuih dan lain-ii untuk Majlis Huffaz berselawat dan untuk jemaah yang hadir boleh maklumkan pada Urusetia Cik Haziqah (01116632649) atau Sdr Kamal Naqib (01155822207)

17/09/2024

Salam Maulidur Rasul 1446H & Hari Malaysia 2024 🇲🇾

Sempena Maulidur Rasul, bersama kita memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat dan petunjuk kepada seluruh alam.

Sabda Rasulullah SAW, "Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
(Hadis Riwayat At- Tarmizi)

Mari sama-sama berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita.

Bertemakan “Al Falah Pemacu Malaysia Madani, semoga kita terus meneladani akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian, menjadikan kasih sayang dan perpaduan sebagai asas dalam membina masyarakat yang harmoni.

Dalam semangat sambutan Hari Malaysia jua, hargai dan kukuhkan perpaduan serta keharmonian tanpa mengira kaum dan agama di tanah air tercinta ini. Semoga negara kita terus makmur, aman, dan sejahtera 🇲🇾❤️

Selamat menyambut Maulidur Rasul dan Hari Malaysia 2024!

Ikhlas daripada:
WARGA USRATUL HUFFAZ HARMONI GROUP

Huffaz Archery - Kelab Ukhuwah Sunnah Memanah Huffaz
Huffaz Harmoni Education Group
Huffaz Bekam Healthcare - Melaka

17/06/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 / 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh ummat Islam. Marilah bersama kita beringat, bahawa hari raya bagi ummat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada ummat Islam.

Hari Raya Aidil Adha berkait-rapat dengan ibadah haji, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang perkara yang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.

Sesungguhnya peristiwa Qurban Nabi Ibrahim AS dan anaknya Ismail AS merupakan suatu pengajaran dan pengiktibaran sepanjang zaman sehingga hari akhirat. Semoga ibadat Qurban yang kita lakukan ini diterima oleh Allah SWT..

Marilah kita hayati Aidil Adha dengan mengambil iktibar daripada petunjuk di atas, demi kemenangan dunia dan akhirat.

Ikhlas Daripada
Keluarga Huffaz Harmoni Group
(Usratul Huffaz Harmoni Group)

Membuat rawatan di rumah pesakit di Bukit Rambai Utama. Rawatan kiroparaktik(body adjustment) dan urutan Saraf full body...
29/03/2024

Membuat rawatan di rumah pesakit di Bukit Rambai Utama.

Rawatan kiroparaktik(body adjustment) dan urutan Saraf full body buat ayah dan menantu.

Patient kali ni isteri yang booking kan untuk buat rawatan untuk suami dan ayahnya .

Suami mengalami masalah lenguh dan sakit ii badan , ayah p**a mengalami masalah tulang leher yg tak rapat .

Sebelum memulakan rawatan, ayahnya diberikan rawatan urutan saraf full body kemudian barulah membuat rawatan body adjustment yang krak kruk krak tu hehe..

Selepas selesai membuat rawatan , alhamdulillah feedback dari ayahnya katanya dah boleh solat macam biasa tanpa rasa sakit yg pedih .

Begitu juga dengn suami yang membuat rawatan body adjustment. lepas buat rawatan badan terus badan rasa ringan. Takde rasa letih ii lagi. Alhamdulillah

Insyallah jika ada yang nak booking untkk rawatan, boleh whtsapp admin untuk booking rawatan minggu ni ya. Masih ada lagi kekosongan sebelum raya. Insyallah

Bekam kepala tanpa cukur dan bekam Overhaul seluruh badan .Patient mengalami masalah anxiety disorder, insyaallah dengan...
29/03/2024

Bekam kepala tanpa cukur dan bekam Overhaul seluruh badan .

Patient mengalami masalah anxiety disorder, insyaallah dengan berbekam dapat sedikit mengurangkan masalah anxiety disorder kepada diri kita .

Sebelum bekam sperti biasa, kami akan mulakan dengn urutan nadhorah supaya darah dapat keluar dengan lebih banyak lagi.

Jika ada yang berbekam atau mengurut boleh whtsapp admin untuk booking rawatan ya 😊.

Address

Huffaz Bekam Healthcare
Bukit Baru
75150

Telephone

+60142106834

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Huffaz Bekam Healthcare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Huffaz Bekam Healthcare:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram