Klinik Cahaya Suria

Klinik Cahaya Suria This clinic located at Taman Kota Laksamana

06/08/2025

📢MAKLUMAN PENTING

Kepada pelanggan yang dihargai,
Kami ingin memaklumkan bahawa Klinik Cahaya Suria kini telah bertukar nama kepada Poliklinik An-Nisa bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada anda semua.

📞 Nombor telefon klinik juga telah ditukar kepada:
010-2649112 (nombor lama tidak lagi digunakan)

Segala urusan temujanji dan pertanyaan boleh dilakukan melalui nombor baru ini.
Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan anda selama ini.

Terima kasih 🙏
Poliklinik An-Nisa Kota laksamana Melaka.

Disini Kami Ingin maklumkan bahawa Klinik Cahaya Suria akan bertukar nama pada Poliklinik An-Nisa bermula pada 1/8/2025 ...
25/07/2025

Disini Kami Ingin maklumkan bahawa Klinik Cahaya Suria akan bertukar nama pada Poliklinik An-Nisa bermula pada 1/8/2025 (Jumaat)
Sehubungan dengan itu Klinik cahaya Suria akan akhir beroperasi pada 25/7/2025(Jumaat)
Klinik akan tutup selama 6hari bermula
26/7/2025(sabtu)-31/7/2025(khamis )
untuk operasi pengubahsuaian.

Untuk makluman pada semua pesakit klinik masih mengekalkan no.Tel yang sama bagi memudahkan urusan atau sebarang pertanyaan.
Terimakasih.
Kesihatan anda keutamaan kami.
☎016-6688640

Ramai tak tahu, bila kita mencangkung terlalu lama, tekanan pada sendi lutut boleh jadi 7 kali ganda lebih tinggi dari p...
21/07/2025

Ramai tak tahu, bila kita mencangkung terlalu lama, tekanan pada sendi lutut boleh jadi 7 kali ganda lebih tinggi dari posisi berdiri biasa.

Tulang peha dan betis terhimpit, aliran darah ke sendi berkurang. Itu sebab lutut mula rasa kebas, sakit atau bengkak lepas duduk lama. Kalau berat badan pun berlebihan, beban pada lutut jadi lebih berganda.

Sebelum usia 40, jaga lutut sebaiknya.
Kawal berat badan, elakkan duduk mencangkung lama, dan kuatkan otot peha dan betis.

Tukarlah ke aktiviti mesra lutut seperti berbasikal atau berenang. Kurangkan makanan tinggi radang, dan jangan duduk terlalu lama tanpa bangun.

Lutut kita cuma satu. Bila haus, tak tumbuh ganti.Jangan tunggu sakit baru nak sayang.

Amalan harian yang ramai anggap ‘biasa’ tapi sebenarnya berisiko mendatangkan mudaratSemua ni kita buat tanpa fikir panj...
16/07/2025

Amalan harian yang ramai anggap ‘biasa’ tapi sebenarnya berisiko mendatangkan mudarat

Semua ni kita buat tanpa fikir panjang. Dah jadi kebiasaan. Tapi hakikatnya, ada banyak risiko yang kita tak nampak.

Bangun pagi, korek telinga dengan cotton buds.
Lepas makan, cungkil gigi dengan klip kertas atau pencungkil tajam.Kerja depan laptop, earphone melekat dari pagi sampai malam.
Malam p**a, tertidur meniarap kadang dengan contact lens masih belum ditanggalkan.

Semua ni kita buat tanpa fikir panjang. Dah jadi kebiasaan. Tapi hakikatnya, ada banyak risiko yang kita tak nampak.

‼️Tahi telinga boleh ditolak masuk lebih dalam, menyebabkan salur telinga luka atau tersumbat.

‼️Gusi p**a mudah luka dan jangkitan bila diganggu dengan benda tajam.

‼️Pendengaran kita boleh rosak perlahan-lahan tanpa disedari bila terdedah pada bunyi kuat terlalu lama.

‼️Tidur meniarap p**a bukan saja beri tekanan pada tulang belakang, tapi juga boleh ganggu pernafasan.

‼️Dan tidur dengan contact lens? Risiko jangkitan mata yang boleh jadi serius.

‼️Itu belum lagi tabiat minum teh atau kopi panas sangat terus dari cawan boleh melecurkan tekak, dan dalam jangka masa panjang dikaitkan dengan risiko kanser esofagus.

‼️Atau tabiat guna semula botol plastik lama berkali-kali, walaupun suhu panas boleh larutkan bahan kimia ke dalam air.

‼️Dan kita sangka ‘crack’ jari atau leher itu melegakan, padahal kalau dibuat terlalu kerap dan dengan tekanan kuat, boleh ganggu struktur sendi.

Kadang-kadang, perkara yang paling biasa itulah yang paling banyak kesan buruknya kalau diamalkan berterusan.

Jadi, berhenti sejenak. Tinjau semula rutin harian kita.Mungkin sudah tiba masa untuk mula memilih amalan yang lebih selamat untuk tubuh badan kita sendiri.

16/07/2025
Amalan harian yang ramai anggap ‘biasa’ tapi sebenarnya berisiko mendatangkan mudaratSemua ni kita buat tanpa fikir panj...
11/07/2025

Kadang bukan pedih masa kencing. Tapi tiba-tiba letih, demam, atau berpeluh sejuk waktu malam.Itu pun boleh jadi tanda k...
09/07/2025

Kadang bukan pedih masa kencing. Tapi tiba-tiba letih, demam, atau berpeluh sejuk waktu malam.

Itu pun boleh jadi tanda kencing kotor.

Jangan tunggu sampai terbaring kalau ada gejala pelik, jumpa doktor awal.

Kita selalu sangka benda lain, padahal puncanya dari jangkitan saluran kencing.

👉dapatkan rawatan segera diklinik berhampiran atau boleh sahaja terus walk-in diklinik kami

Pernah lalu depan Klinik Cahaya Suria tapi tak pernah singgah?Jom kami kenalkan diri sikit 💁‍♀️Kami sebuah klinik biasa-...
03/07/2025

Pernah lalu depan Klinik Cahaya Suria tapi tak pernah singgah?

Jom kami kenalkan diri sikit 💁‍♀️

Kami sebuah klinik biasa-biasa je...
Tapi, layanan kami luar biasa!
Klinik yang bersih dan selesa Doktor dan staff yang mesra 😊

Kat sini, kami sediakan:
✅ Rawatan sakit biasa (demam, batuk, selsema)
✅ Suntikan vaksin (Influenza, Typhoid, Hep B)
✅ Pemeriksaan kesihatan (gula, kolesterol, darah tinggi)
✅ Rawatan eczema, sakit kulit, luka dan banyak lagi.

📍 Klinik Cahaya Suria
No 75 Jln KL 3/8
Taman kota Laksamana
seksyen 3 ,75200 Melaka.
📞 Nak tanya dulu pun boleh
WhatsApp je: 016-6688640

Megapa perlukan suntikan 💉THYPOID?🔈Vaksin membantu mengurangkan risiko wabak tifoid di kalangan masyarakat, terutamanya ...
25/06/2025

Megapa perlukan suntikan 💉THYPOID?
🔈Vaksin membantu mengurangkan risiko wabak tifoid di kalangan masyarakat, terutamanya di tempat yang ramai orang seperti restoran, kantin, dan gerai makanan

🔈KKM mewajibkan semua pengendali makanan mendapatkan suntikan tifoid sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan makanan. Ia juga diperlukan untuk Permit Pengendalian Makanan.

📍Klinik Cahaya Suria
📞016-6688640

🔷PROMOSI VAKSINASI DI KLINIK CAHAYA SURIA 🔷Kami di Klinik Cahaya Suria komited untuk membantu anda menjaga kesihatan mel...
18/06/2025

🔷PROMOSI VAKSINASI DI KLINIK CAHAYA SURIA 🔷

Kami di Klinik Cahaya Suria komited untuk membantu anda menjaga kesihatan melalui program vaksinasi pada harga yang berpatutan. Promosi khas ini terbuka untuk semua yang ingin mencegah penyakit berjangkit yang biasa berlaku di Malaysia.

💉 Jenis Vaksin & Harga Promosi:
✔️ Vaksin Influenza – RM60
✔️ Vaksin Hepatitis B – RM60
✔️ Vaksin Typhoid – RM78 (seorang) / RM75 seorang (untuk 3 orang ke atas)

📌 Vaksin diberikan oleh petugas kesihatan bertauliah.
📌 Promosi sah untuk masa terhad sahaja.
📌 Temujanji digalakkan bagi mengelakkan waktu menunggu.

📍Klinik Cahaya Suria
No 75 Jalan KL 3/8
Taman kota laksamana Sek 3
75200 Melaka
📞whatsap:
www.wasap.my//0166888640

Address

Malacca City

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 08:30 - 12:30

Telephone

+60166688640

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Cahaya Suria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Cahaya Suria:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram