Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia

  • Home
  • Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia

Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia, Medical and health, Duyong, .

Pertubuhan ini menghimpunkan para petugas kesihatan wanita dari pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan yang memberi khidmat sosial dan pendidikan kepada seluruh masyarakat demi mencapai matlamat wanita Malaysia Sejahtera.

🎆 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 🎆Semoga setiap langkah kita di tahun ini dipenuhi keberkatan & kesihatan yang baik u...
01/01/2026

🎆 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 🎆

Semoga setiap langkah kita di tahun ini dipenuhi keberkatan & kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan, ketenangan jiwa dan keikhlasan dalam beramal sepanjang tahun ini."

Ikhlas daripada
‘Afiyah Malaysia


SPA songsang: Apa nak jadi dengan golongan profesional?Oleh: Dr. Afizah SallehNEGARA kita digemparkan lagi dengan berita...
08/12/2025

SPA songsang: Apa nak jadi dengan golongan profesional?

Oleh: Dr. Afizah Salleh

NEGARA kita digemparkan lagi dengan berita penangkapan 201 individu di sebuah pusat spa di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketika sebahagian besar rakyat Malaysia sedang memberi tumpuan kepada perjalanan dan keputusan PRU Sabah, ada p**a yang mencipta dunia mereka sendiri.

Artikel selanjutnya di link:

Profesionalisme tanpa sentuhan akal dan agama akibat sekularisasi ilmu (memisahkan agama dan pendidikan ) mengakibatkan kerosakan.

𝐏𝐑𝐎𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐞𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫: 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 SHAH ALAM, 23 November 2025 – Progra...
23/11/2025

𝐏𝐑𝐎𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐞𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫: 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

SHAH ALAM, 23 November 2025 – Program Prowakaf bertemakan kanser yang berlangsung di Surau Raudhotul Firdaus, Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam berjaya menarik perhatian masyarakat setempat apabila lebih 60 peserta wanita hadir bagi mengikuti sesi ilmu dan pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan secara percuma. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Bakti Demi Selangor dengan kerjasama Persatuan Wanita ‘Afiyah Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan An Naafi’ (PEKA) Shah Alam.

Majlis dipengerusikan oleh wakil PEKA, Puan Nor Azliza Ab Wahab, sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Prowakaf, Dr Nor Halwani Habizal, yang juga Pakar Rentak Jantung di Hospital Serdang dan Hospital Pakar Annur. Dalam ucapannya, Dr Halwani menekankan bahawa kesejahteraan manusia bukan hanya bergantung kepada kesihatan fizikal, malah turut melibatkan keseimbangan mental dan kerohanian. Beliau menjelaskan bahawa Prowakaf diwujudkan sebagai platform di mana para doktor menginfaqkan kepakaran masing-masing untuk manfaat masyarakat secara berterusan.

Program diteruskan dengan dua sesi pembentangan ilmiah berkaitan kanser. Slot pertama disampaikan oleh Dr Ireen Razini Ab Rahman, Pakar Patologi dari Hospital Klang, yang membincangkan punca-punca kanser, tahap kesedaran masyarakat dan harapan dalam rawatan semasa. Beliau memulakan sesi dengan kuiz interaktif bagi menarik minat peserta, sebelum menerangkan tanda-tanda awal yang sering diabaikan. Jelasnya, kefahaman terhadap gejala awal mampu menyelamatkan nyawa melalui pengesanan yang lebih cepat.

Slot kedua menampilkan Pakar Bedah Am Hospital Pakar Annur, Dr Afizah Salleh, yang memberi tumpuan kepada dua jenis kanser paling lazim iaitu kanser payudara dan kanser usus. Menurut beliau, kedua-dua kanser ini merupakan antara penyebab kematian tertinggi dalam kalangan lelaki dan wanita di negara ini. Dr Afizah mengingatkan bahawa mengetahui faktor risiko dan tanda awal adalah kunci utama bagi mendapatkan rawatan pada peringkat yang lebih mudah dan berkesan. Beliau turut berkongsi pengalaman klinikal dan menekankan pentingnya pemeriksaan berkala, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser.

Selesai pembentangan, sesi soal jawab berlangsung dengan aktif apabila peserta berlumba-lumba melontarkan soalan berkaitan gejala, rawatan dan pencegahan. Beberapa pakar turut membantu menjawab persoalan, termasuk Dr Zamzurina Asmuee, Pakar Kesihatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Kuang; Dr Mahirah Kamil Puat, Pakar Patologi Mikrobiologi Hospital Klang; Dr Ainun Nadwah Abdul Raof, Pakar Bius Hospital Ampang; serta Dr Nor Halwani sendiri. Kehadiran ramai pakar dalam satu majlis memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan pelbagai perspektif secara terus daripada bidang masing-masing.

Seiring dengan objektif program, kaunter pemeriksaan kesihatan dan saringan kanser turut dibuka seawal 8.30 pagi, diketuai oleh Dr Zubaidah Ahmad, Pakar Patologi Darah dari Hospital Shah Alam. Pemeriksaan kesihatan untuk lelaki p**a dijalankan oleh Dr Shafiq Wahab, pengamal perubatan swasta. Kaunter ini menerima sambutan menggalakkan kerana orang ramai berpeluang menjalani saringan asas secara percuma dan mendapatkan nasihat terus daripada doktor.

Program ditutup dengan jamuan nasi minyak gulai kambing yang dihidangkan secara talam, sekali gus mengeratkan hubungan antara tenaga kerja perubatan dan peserta. Para penganjur berharap usaha seperti ini dapat diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser serta kepentingan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang.

Dengan semangat “Hidup untuk memberi manfaat”, Prowakaf terus berperanan sebagai platform kebajikan kesihatan yang mendekatkan masyarakat dengan para profesional perubatan melalui ilmu, khidmat dan kasih sayang.







24/08/2025

Sabtu 23 Ogos 2025, Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia telah dijemput menyampaikan slot TED Talk : Suara Wanita Wibawa dalam sebuah majlis yang mencatat sejarah - K.I.T.A (Kesepakatan Wanita Tanahair).

Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia telah mengupas isu ketenatan masalah kesihatan remaja dan belia kita. Isu kesihatan fizikal, mental dan rohani para remaja ini dikupaskan dalam bentuk perkongsian pengalaman seorang Doktor yang telah berkhidmat menyantuni masyarakat dan berhadapan dengan segala permasalahan ini selama 23 tahun.

Pada akhir ucapan, wakil kami telah mengetengahkan satu solusi, iaitu anjakan kepimpinan wanita kepada satu aras, di mana kepimpinan wanita harus mampu membimbing seluruh masyarakat, tidak kira wanita, remaja, belia untuk beriman dan bertaqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla, kerana hanya itulah satu-satunya formula ke arah penyelesaian kepada segala permasalahan ummah ini.

#'AfiyahMalaysia


🇲🇾 Malaysia Bangkit untuk Gaza 🇵🇸🇲🇾 Malaysia Bangkit untuk Palestin 🇵🇸Hati ini meronta-ronta, terasa dipanggil untuk had...
09/08/2025

🇲🇾 Malaysia Bangkit untuk Gaza 🇵🇸
🇲🇾 Malaysia Bangkit untuk Palestin 🇵🇸

Hati ini meronta-ronta, terasa dipanggil untuk hadir ke himpunan kemanusiaan petang ini. Dalam kesibukan tugasan harian sebagai staf kesihatan, Allah telah takdirkan kami berlima — Dr Nor Halwani dari Petaling Jaya, Dr Ainun Nadwah dari Ampang, dan Puan Norazizah dari Johor, Dr Suhaila dari Puchong dan adik beliau— disatukan niat, digerakkan langkah, demi hadir ke himpunan yang menyuarakan suara mustadh’afin.

Kami memilih untuk berkumpul di rumah Dr Ainun, dan dari situ menaiki LRT ke Masjid Jamek. Selesai solat Asar, kami bersiap dengan sedikit bekalan dan semangat yang sama. Perjalanan lancar, koc wanita menjadi pilihan demi keselesaan dan keselamatan.

Tiba di Masjid Jamek, kami menyarung headband Palestin — seakan-akan mengikat janji, bahawa langkah ini adalah langkah solidariti. Dari situ, kami menyusuri jalan menuju Dataran Merdeka, bersama lautan manusia pelbagai warna kulit dan agama, disatukan oleh rasa kemanusiaan yang suci.

Kami berdiri sebagai saksi — menolak genosid, menentang pembunuhan kanak-kanak, wanita, dan orang awam; menolak penghapusan etnik yang terancang; dan menyatakan tekad untuk membebaskan Al-Quds, memerdekakan Gaza dan Tebing Barat, Palestin.

Senja merangkak masuk, langit berwarna merah jingga seakan turut menyaksikan. Kami mengambil wuduk, lalu tunduk sujud dalam solat Maghrib dan solat hajat — memohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar bumi Palestin kembali merdeka.

Malamnya, laungan takbir bersilih ganti dengan doa, namun masa memanggil kami p**ang. Amanah di rumah menunggu, anak-anak dan keluarga yang belum bertemu mata semenjak pagi.

Harapan kami:
Bebaskan Al-Quds.
Merdekakan Gaza dan Tebing Barat.
Merdekakan Palestin
Akhiri genosid yang mengoyak nurani kemanusiaan.

Takbir!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Peduli Musibah: Hulur Bantuan, Santuni Mangsa KemalanganKuantan, 6 Ogos 2025 – Sebagai manifestasi keprihatinan terhadap...
06/08/2025

Peduli Musibah: Hulur Bantuan, Santuni Mangsa Kemalangan

Kuantan, 6 Ogos 2025 – Sebagai manifestasi keprihatinan terhadap nasib yang menimpa mangsa kemalangan jalan raya, Pertubuhan Wanita ‘Afiyah Malaysia telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga adik Nur Safirah Aina binti Hashim, seorang pelajar perubatan, yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Dr. Rukini Hashim bersama Prof. Dr. Nik Nurfatnoon dalam satu kunjungan mesra ke hospital berkenaan. Mereka berkesempatan bertemu dengan bapa adik Safirah, Encik Hashim, ibu serta kakaknya, bagi menyampaikan salam takziah dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan adik Safirah.

Sebagai seorang pelajar perubatan, adik Safirah merupakan harapan keluarga dan aset masa depan negara dalam bidang kesihatan. Kehadirannya dalam kalangan bakal profesional perubatan menjadikan insiden ini amat dirasai, khususnya oleh warga kesihatan.

Pertubuhan Wanita ‘Afiyah Malaysia yang dianggotai oleh para doktor, jururawat, dan warga profesional dalam bidang kesihatan sentiasa bergiat aktif dalam usaha menyantuni golongan yang diuji dengan musibah, sebagai lambang solidariti dan empati sesama warga kesihatan dan masyarakat. Bantuan yang disampaikan ini adalah sebahagian daripada misi organisasi untuk memupuk nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam komuniti.

Didoakan semoga adik Safirah segera dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT, dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini.

---

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 2:

> وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..."
(Surah Al-Ma’idah, 5:2)

---

𝐓𝐑𝐀𝐆𝐄𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐇𝐄𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒 : 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐃𝐈𝐔𝐉𝐈, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐈Tragedi letupan paip gas di Putra Heights begitu mengejutkan sem...
06/04/2025

𝐓𝐑𝐀𝐆𝐄𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐇𝐄𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒 : 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐃𝐈𝐔𝐉𝐈, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐈

Tragedi letupan paip gas di Putra Heights begitu mengejutkan semua pihak. Tatkala rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, kejadian letupan dan kebakaran ini persis mendengar berita dari luar negara. Namun hakikatnya, ia adalah sebuah kejadian yang benar-benar berlaku di negara kita. Kerosakan harta benda yang amat dahsyat di celah bahang api yang melecurkan, menjadi hambatan emosi kepada mangsa yang terlibat.

Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia ('AFIYAH) diwakili oleh Dr Afizah Salleh selaku Timbalan Pengerusi, serta ditemani oleh dua orang doktor pakar telah berkesempatan turun menyantuni mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia pada Sabtu, 5 April 2025.

Alhamdulillah, keperluan kesihatan seperti penjagaan luka terbakar dan penyakit kronik yang lain telah diuruskan dengan efisien oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia. Kehadiran wakil 'AFIYAH adalah khusus untuk memberikan 𝑃𝑠𝑦𝑐ℎ𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖𝑐𝑎𝑙 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑖𝑑 kepada mangsa-mangsa yang masih trauma dengan kejadian, selain menghulurkan sedikit sumbangan hasil derma kilat daripada orang ramai.

'AFIYAH dan Ustazah Wan Hasrina dari Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah diberi kesempatan melawat Kampung Kuala Sungai Baru untuk meninjau sendiri kesan letupan dan kebakaran. Antara kerosakan yang dilihat termasuk rumah yang hangus, barangan yang musnah serta kenderaan yang mencair dan rosak akibat suhu panas melampau, letupan batu simen dan percikan api.

Di PPS Masjid Putra Heights, wakil 'AFIYAH sempat mendengar sendiri kisah tragis daripada penduduk yang berada di rumah semasa kejadian berlaku. Ramai yang ketika itu sedang bersiap untuk menyambut Hari Raya kedua, dikejutkan dengan bunyi letupan yang amat kuat, diikuti api marak yang menjulang serta bahang yang begitu panas. Penduduk bertempiaran menyelamatkan diri sehelai sepinggang. Ada yang tidak sempat mencapai pakaian mahupun kasut, malah ada ibu yang terpisah dengan anak, serta seorang nenek yang terpaksa melompat dari tembok setinggi tujuh kaki bersama cucunya untuk menyelamatkan diri ke dalam sungai. Ramai yang mengalami kecederaan akibat terkena bahang yang sangat panas, pecahan batu simen yang berterbangan, serta berlari di atas tanah membara.

Berbeza p**a kisah di PPS Dewan Camelia, mangsa yang ketika kejadian berada di kampung kerana p**ang beraya, kini mendapati rumah dan harta benda mereka musnah. Sehingga kini mereka masih belum dibenarkan p**ang ke rumah masing-masing kerana kawasan yang tidak selamat. Mereka terpaksa berlindung dalam khemah kecil di PPS dengan masa depan yang masih samar.

Mangsa-mangsa meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan pihak-pihak yang datang mendengar rintihan mereka serta menghulurkan sumbangan, yang sedikit sebanyak meredakan tekanan emosi yang ditanggung. Mereka kini hanya mampu menunggu bantuan susulan yang dijanjikan oleh pihak berkuasa.

Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia berharap agar semua mangsa kekal tabah, serta menerima pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berautoriti.

'AFIYAH juga menggesa siasatan yang telus oleh pihak berkuasa demi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, dengan hukuman yang setimpal. Tragedi ini diharap menjadi iktibar agar langkah keselamatan dan pencegahan dapat diperketatkan demi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang pada masa akan datang.

MUSLIMAH ‘AFIYAH KELUARGA SAKINAH (PART 1)Ma sha Allah, Tabarakallah. Hari ini saya berpeluang menyampaikan sebuah pengi...
20/02/2025

MUSLIMAH ‘AFIYAH KELUARGA SAKINAH (PART 1)

Ma sha Allah, Tabarakallah. Hari ini saya berpeluang menyampaikan sebuah pengisian kesihatan yang bertajuk ‘Muslimah ‘Afiyah, Keluarga Sakinah’, jemputan daripada Pertubuhan Keluarga Prihatin Sejahtera, bertempat di Wakaf Baitur Rahmah, Bukit Rambai, Melaka.

Begitu teruja rasanya saya nak menyampaikan talk hari ini, sebab ……….. selepas talk saya, adalah pengisian daripada seorang Ad-Da’ieyah yang tidak asing lagi bagi kita semua, iaitulah Ustazah Asma’ Harun 🥰🥰🥰

Oke, saya share sikit apa yang saya sampaikan tadi. At the end nanti saya sharekan apa yang saya dapat daripada perkongsian Ustazah Asma’ Harun in sha Allah 😊

Saya tanyakan kepada hadirat, mengapa kita semua perlu menjadi seorang Muslimah yang ‘Afiyah? Ma sha Allah.. jawapan oleh Puan Norliah tadi begitu tepat. Iaitu, kerana kita semua mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dan berat untuk dilaksanakan. Tanggungjawab kepada suami, kepada anak-anak. Benar sekali Puan-puan, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya;

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kita mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan, iaitu sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini. Kerja kita terlalu banyak. Kalau kita sakit, kita tidak sihat, bagaimanakah kita dapat melaksanakan tanggungjawab ini, serta beribadat dengan sempurna kepada Allah SWT.

Muslimah juga adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya. Siapakah yang akan menerapkan cara hidup sihat ke dalam diri suami dan anak-anak? Ibu dan isteri. Cara hidup sihat seperti pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, mengawal stres adalah satu ‘cara hidup’. Ia perlu diterapkan dalam jangka masa yang lama. Ia memerlukan keazaman yang kuat. Maka yang membimbing keluarganya melaksanakan cara hidup sihat ini adalah ibu bapa. Terutamanya para ibu sekalian.

Anak-anak akan makan apa yang ibu masak. Favourite anak-anak adalah masakan si ibu. Maka, jika ibu beri makan sayur, buah dan ikan kepada anak-anak, itulah yang akan menjadi kegemaran anak-anak. Sebaliknya jika ibu kerapkali memberikan anak makan burger, maka itu jugalah yang akan menjadi kegemaran dan cara hidup anak-anak..

Begitu juga berkenaan aktiviti fizikal. Jika sang isteri seringkali mengajak suami dan anak-anak bersenam, di taman, di pantai dan sebagainya, maka itu jugalah yang akan menjadi kegemaran suami dan anak-anaknya kelak. Tetapi jika si ibu seringkali mengajak anak-anak menonton TV berjam-jam lamanya, maka itu jugalah yang akan menjadi kegemaran anak-anaknya.. yang membentuk sedentary lifestyle ini..

Saya kongsikan juga tentang berapa ribu langkah kita berjalan apabila menunaikan umrah. Iaitu 17 ribu langkah dan ke atas. Menunjukkan bahawa agama Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya sihat dan cergas. Kita nak pergi umrah, nak pergi Haji, kita mesti fit Puan-puan sekalian. Berlatih banyakkan berjalan mulai dari sekarang ya 😍

Oh sudah panjang p**a posting ini 😅
Banyak lagi nak share ni 😅

Tak mengapa, saya sharekan nanti di posting Part 2 ya.
Saya janji tadi nak kongsikan apa yang saya dapat daripada pengisian Ustazah Asma’ Harun hari ini, iaitu sebuah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Fatimah r.a :

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabrani, Rasulullah ﷺ dikatakan pernah masuk ke rumah Saidatina Fatimah, dan mendapati Fatimah sedang terlelap tidur. (Setelah terjaga) Baginda lalu bertanya, apakah yang menyebabkan beliau tidur pada waktu begini. Lalu Fatimah menjawab: “Aku kepenatan (atau tidak sihat).”

Rasulullah ﷺ kemudian mengajarkan kepada Saidatina Fatimah doa dan zikir ini yang sunnah untuk dibacakan setiap hari iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Hayyu Ya Qayyum, Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekelip mata.” (Lafaz doa atau zikir ini daripada riwayat al-Nasa’i)

Kalau kita rasa penat, terlalu banyak perkara nak buat, kita rasa stres, maka bacalah doa ini, in sha Allah, dipermudahkan Allah SWT segala urusan kita. 😊🤲

Terima kasih Ustazah di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat ini 💖

Sekian dahulu, sambung di Part 2 nanti in sha Allah 🥰

Sharing dari Dr Rina, Pengerusi Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia 🌹

Sabtu 17 Ogos 2024 - NGO Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia telah dijemput untuk bersama-sama dengan NGO Asma' Kuantan d...
26/08/2024

Sabtu 17 Ogos 2024 - NGO Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia telah dijemput untuk bersama-sama dengan NGO Asma' Kuantan dalam program Kesedaran Kanser di Kalangan Masyarakat, bertempat di Dewan Serbaguna Sungai Isap Damai, Kuantan.

Dengan kerjasama KRT Sungai Isap Damai, program bertemakan kesedaran kanser ini mensasarkan pengunjung di kalangan penduduk setempat. Ceramah kesihatan bertajuk '5 Kanser Utama di Malaysia' disampaikan oleh Dr Rukini Hashim, wakil daripada NGO 'Afiyah. Pengunjung turut mendapat pendedahan tentang faktor risiko, gejala, saringan, diagnosis dan peluang rawatan beberapa jenis kanser yang utama di kalangan rakyat Malaysia.

Turut dibawakan sesi sembang santai perkongsian daripada 2 orang bekas pesakit kanser. En Zulkifli Muhammad, bekas penghidap kanser esofagus dan Puan Rakiah Daud, bekas pesakit kanser usus berkongsi pengalaman dan momen-momen ketika mereka di diagnos dan fasa-fasa rawatan yang telah dilalui.

Turut memeriahkan program, NGO 'Afiyah membuka booth Pemeriksaan Kesihatan untuk para pengunjung.

Semoga pengunjung yang terdiri daripada penduduk setempat mendapat manfaat maksimum daripada program bertemakan kesedaran kanser tersebut.

Dr Rukini Hashim
Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia

23/03/2024

Terima kasih kepada 88 orang penderma darah budiman yang telah menjayakan program Derma Darah Ramadan di Masjid Al Wahhab, Permatang Duyong, Melaka pada 22 Mac 2024 yang lalu.

Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia mendoakan agar kalian semua diberikan Áfiyah di dunia dan di akhirat.

Benarlah sabda Nabi SAW:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Siapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu daripada kesusahannya di Hari Kiamat.

Riwayat Muslim (2699)

Terima kasih kepada rakan kerjasama, Masjid Al Wahhab, Permatang Duyong, Melaka. Semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang.

Pertubuhan Wanita Afiyah Malaysia.

𝟖 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡1) KESAN POSITIF KEPADA PSIKOLOGIPenderma darah akan merasa gembira kerana dapat membantu pesak...
20/03/2024

𝟖 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡

1) KESAN POSITIF KEPADA PSIKOLOGI
Penderma darah akan merasa gembira kerana dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.

2) MENGURANGKAN KALORI DALAM BADAN
Satu sesi pendermaan darah dapat membakar lebih 650 kalori.

3) SATU BENTUK PENDERMAAN YANG BAIK
Tahukah anda, setiap 43 saat, satu beg darah diperlukan bagi menampung eperluan pesakit di Malaysia. Anda menjadi WIRA dengan menderma darah.

4) MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
Terdapat kajian di mana pendermaan darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

5) MEMBERIKAN KESEGARAN TUBUH
Menderma darah merangsang pembentukan sel-sel darah merah yang baru.

6) MEMBANTU MENGENALPASTI JENIS DARAH, TAHAP HEMOGLOBIN DAN TEKANAN DARAH

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇
Sunat dan digalakkan terutamanya kerana dapat memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan dalam keadaan terdesak, selaras dengan firman Allah SWT :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
Maksudnya : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa. (Al-Maidah:2)

Rujukan : https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/irsyad-fatwa-umum/2861-irsyad-al-fatwa-276-hukum-menderma-darah

𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀
Harus dan juga tidak membatalkan puasa secara umumnya.
Rujukan : https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-ramadhan/1058-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-60-hukum-berbekam-menderma-darah-ketika-berpuasa

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa 'AFIYAH Malaysia dengan kerjasama Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong, Melaka akan mengadakan program derma darah seperti berikut:

🗓 Tarikh : 𝟐𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
⏰ Masa : 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝟏𝟎.𝟑𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦
🕌 Tempat : 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐡𝐡𝐚𝐛, 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐮𝐲𝐨𝐧𝐠, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚

🎁 𝐂𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝟏𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐥 akan disediakan

Jemput hadir beramai-ramai
🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♂️

Sabda Rasulullah SAW :
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lainnya ✨

Like, Komen, Share, Repost 🌹👇🏻💝
https://www.facebook.com/AfiyahMalaysia

🌙 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 🌙🆘 Setiap 43 saat, 1 beg darah diperlukan bagi menampung keperluan rakyat Malaysia. Jadila...
19/03/2024

🌙 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 🌙

🆘 Setiap 43 saat, 1 beg darah diperlukan bagi menampung keperluan rakyat Malaysia. Jadilah WIRA. Negara sangat memerlukan darah anda !

💌 Anda hanya perlu bawa Kad Pengenalan dan Buku Merah/Kad Pendermaan Darah (bagi yang pernah menderma) untuk mendermakan darah anda

🩸1 beg darah yang didermakan mampu menyelamatkan 3 nyawa
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa 'AFIYAH Malaysia dengan kerjasama Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong, Melaka akan mengadakan program derma darah seperti berikut:

🗓 Tarikh : 𝟐𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
⏰ Masa : 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝟏𝟎.𝟑𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦
🕌 Tempat : 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐡𝐡𝐚𝐛, 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐮𝐲𝐨𝐧𝐠, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 Masjid Al Wahhab, Permatang Duyong, Melaka.

🎁 𝐂𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝟏𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐥 akan disediakan
Jemput hadir beramai-ramai

🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♂️

Sabda Rasulullah SAW :
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lainnya ✨

Like, Komen, Share, Repost 🌹👇🏻💝
https://www.facebook.com/AfiyahMalaysia

Address

Duyong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram