12/10/2018
[ Adui buat bodo je, Nak org mati ke? ]⚠️
Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas Tidak Dilayan. Salah Siapa?
Baru-baru ini kecoh dengan video yang tular di media sosial mengenai seorang ‘YB Gangster Melaka’ yang dikatakan menghina, mengherdik dan biadap terhadap warga tua kerana bantahan penduduk setempat tentang isu jalan ditutup di satu taman perumahan.
Sedangkan isu perumahan pun diherdik oleh wakil rakyat yang diharapkan, bagaimana p**a dengan isu pencemaran udara disebabkan oleh pengangkutan arang di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka.
Masyarakat menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anak, kesihatan orang tua, masalah kepada pesakit semput, rumah dan kedai berdekatan berhabuk, setiap hari perlu bersih lantai yang hitam, pencemaran alam sekitar serta menyusahkan nelayan mencari rezeki disebabkan pihak yang rakus dan hanya mementingkan diri.
Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka telah diswastakan kepada syarikat KMB Seaport Sdn. Bhd. dan diberi konsesi selama 30 tahun oleh Kerajaan Persekutuan. Kump**an Melaka Berhad mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 30% dan Seaport Management Services Sdn. Bhd. 70% di dalam penswastaan Pelabuhan Tanjung Bruas Melaka. Sebagai rakan usahasama yang strategik Seaport Terminal melalui syarikat induknya MMC Corporation Berhad mempunyai rangkaian sebanyak 5 pelabuhan yang terdapat di Malaysia
Pelabuhan ini di percayai telah tercemar dan pernah dilaporkan oleh Sinar Harian pada Mei 2017 dimana pengangkutan arang di pelabuhan menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar dan menyusahkan para nelayan untuk mencari rezeki. Namun sejak dari September 2018 sehingga Oktober 2018 tahap pencemaran paling teruk dan membimbangkan.
Diharapkan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari Adly Zahari Exco Perindustrian, Perdagangan, dan Pelaburan Negeri, Mohd Rafiq Naizamohideen Mohd Rafiq Naizamohideen Mohd Rafiq Naizamohideen dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Tek Kok Kiew Tey Kok Kiew 鄭國球 mengambil perhatian dalam hal ini.
Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka yang terletak di Pantai Barat Semenanjung, Malaysia ini adalah berbentuk "T” iaitu panjang jambatan adalah sepanjang 400 meter dan panjang dermaga adalah 175 meter.
Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka boleh menampung panjang kapal sehingga 150 - 160m LOA dan berat dalam muatan kapal sehingga 15,000 dwt dan kedalaman untuk di dermaga “outer wharf” adalah 12 meter dan di dalam dermaga “ inner wharf” adalah 8.5 meter.
Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) Johor Port Berhad MMC Corporation Berhad Muhammad Jailani Khamis Sofi Wahab Low Chee Leong 刘志良 Kerk Chee Yee 郭子毅 Kerajaan Negeri Melaka N07 DUN GADEK Parti Keadilan Rakyat Dun Machap, Melaka 人民公正党马接州选区 Peduli Rakyat Telok Mas Melaka