Sukan & Rekreasi Karissma

Sukan & Rekreasi Karissma Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sukan & Rekreasi Karissma, Health & Wellness Website, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Wisma Persekutuan, Malacca City.

Pelbagai event & trip anjuran Biro Sukan & Rekreasi Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Melaka (KARISSMA)

Sila Follow Laman Sosial Page Rasmi KARISSMA di 👇
https://www.facebook.com/profile.php?id=100094406738969

🗓️ PROGRAM RAMADAN AKTIF KARISSMA 2026 🏃‍♂️✨​Biro Sukan & Rekreasi KARISSMA Jabatan Kesihatan Negeri Melaka  mencadangka...
19/02/2026

🗓️ PROGRAM RAMADAN AKTIF KARISSMA 2026 🏃‍♂️✨

​Biro Sukan & Rekreasi KARISSMA Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mencadangkan rutin mingguan yang fleksibel supaya staf tetap cergas tanpa mengganggu kualiti ibadah. Jom ikut jadual "Low-Intensity" ini!

​Isnin & Rabu: "Santai Regangan" (Stretching & Mobility)
​Waktu: 5.30 PM - 6.00 PM (30 Minit Sebelum Berbuka)
​Aktiviti: Senaman regangan statik, yoga ringan, atau latihan pernafasan di ruang tamu.
​Fokus: Mengurangkan kekejangan otot selepas seharian duduk di pejabat dan melancarkan aliran darah.

​Selasa & Khamis: "Brisk Walk 2,000 Langkah"
​Waktu: Selepas Solat Asar atau 30 minit sebelum berbuka.
​Aktiviti: Berjalan laju di sekitar kawasan rumah atau taman.
​Fokus: Mengekalkan stamina jantung (kardio ringan) tanpa mengeluarkan peluh yang berlebihan.

​Jumaat: "Hari Rehat Aktif"
​Aktiviti: Fokus kepada persediaan ibadah Jumaat dan persiapan berbuka bersama keluarga.
​Tips: Banyakkan berjalan ke masjid atau surau untuk "extra steps".

​Sabtu: "Eksplorasi Malam" (Post-Tarawih Session)
​Waktu: 10.00 PM - 10.45 PM (Selepas Solat Tarawih)
​Aktiviti: Badminton ringan, ping pong, atau kayuhan basikal santai.
​Fokus: Memandangkan badan sudah bertenaga (selepas makan malam/berbuka), anda boleh lakukan aktiviti yang lebih dinamik.

​Ahad: "Cergas Sahur"
​Waktu: Selepas Sahur (Sebelum Subuh)
​Aktiviti: Kemas rumah secara ringan atau melakukan sedikit "bodyweight exercises" (seperti squats atau plank mudah).
​Fokus: Memulakan hari dengan badan yang segar dan tidak mengantuk.

​💡 Pesanan Penting dari Biro Sukan:
​"Dengar kata badan anda. Jika rasa pening atau terlalu letih, berhenti dan berehat. Matlamat kita adalah kecergasan berkelanjutan, bukan keletihan yang melampau!"




🌙 *MARHABAN YA RAMADAN: PUASA BUKAN ALASAN UNTUK ‘HIBERNASI’!*🌙​Salam Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Kelab Akti...
18/02/2026

🌙 *MARHABAN YA RAMADAN: PUASA BUKAN ALASAN UNTUK ‘HIBERNASI’!*🌙

​Salam Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Melaka (KARISSMA)!
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

​Kehadiran bulan mulia tahun 2026 ini bukanlah lampu hijau untuk kita berhenti aktif, sebaliknya ia adalah peluang terbaik untuk menguji ketahanan mental dan fizikal kita. Walaupun perut kosong, semangat KARISSMA mesti tetap penuh!

​Misi Ramadan Sihat & Cergas:

​Siapa kata bulan puasa kena tidur sepanjang hari?

Jom ikuti tips pantas Biro Sukan & Rekreasi untuk kekal on-track:

​Pilih Waktu ‘Golden Hour’: Lakukan senaman ringan seperti brisk walk atau regangan 30 minit sebelum berbuka atau 1-2 jam selepas Tarawih.

​Hidrasi adalah Kunci: Pastikan minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur untuk mengelakkan kelesuan.

​Kualiti, Bukan Kuantiti: Fokus kepada pergerakan yang mengekalkan kecergasan jantung tanpa membebankan tubuh secara melampau.

​Sahur Berkualiti: Ambil karbohidrat kompleks agar tenaga bertahan lebih lama sepanjang hari bekerja.

​"Kecergasan fizikal adalah langkah pertama ke arah ketenangan rohani. Badan yang sihat memudahkan ibadah yang khusyuk."

​Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita insan yang lebih disiplin, sihat, dan bertenaga. Mari kita buktikan bahawa staf Melaka memang hebat dan sentiasa aktif!

​Selamat Menjalankan Ibadah Puasa!

Ikhlas daripada,
Biro Sukan & Rekreasi
Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Melaka (KARISSMA) 🏃‍♂️🏃‍♀️✨





23 JANUARI 2026 @ 8.00 MALAMTAHNIAH DAN TERIMA KASIH: KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PEJABAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI MELAK...
24/01/2026

23 JANUARI 2026 @ 8.00 MALAM

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH: KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PEJABAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI MELAKA 🎳

​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua bahagian dan unit yang telah menjayakan Kejohanan Bowling Tertutup Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Melaka yang berlangsung semalam di MIBC, Ayer Keroh.

​Syabas kepada semua pasukan yang bertanding:

​Bahagian Pengurusan (3 Pasukan)
​Bahagian Kesihatan Awam (2 Pasukan)
​Bahagian Perubatan (2 Pasukan)
​Bahagian Farmasi (2 Pasukan)
​BKKM (2 Pasukan)
​Bahagian Pergigian (1 Pasukan)
​Bahagian Kejuruteraan (1 Pasukan)
​Bahagian Vektor (1 Pasukan)

​Semangat kesukanan dan ukhuwah yang dipamerkan oleh ahli KARISSMA amat luar biasa!

Semoga aktiviti sebegini terus memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja JKN Melaka

TAHNIAH!

1 September 2025 : .Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Negeri Melaka (KARISSMA) melalui Biro Sukan & Rekreasi telah menjalani...
01/09/2025

1 September 2025 : .Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Negeri Melaka (KARISSMA) melalui Biro Sukan & Rekreasi telah menjalani aktiviti kecergasan minggu ini dengan trail laluan di Hutan Simpan Bukit Beruang melalui trail klasik CP0-CP1-CP2-CP3-CP4

Program yang tiada dalam perancangan awal biro sukan KARISSMA ini di buat untuk dijadikan sebagai latihan awal sebahagian anggota untuk serta larian , half marathon, pendakian gunung Kerinchi, pendakian Gunung Irau dalam masa terdekat ini.

Hujan yang turun di awal pagi di Bumi Melaka tidak mematahkan semangat peserta untuk turut sama menyertai aktiviti yang tidak dirancang ini. Aktiviti pendakian kami bermula pada jam 7.30pagi bermula dari CPO.. Laluan klasik ini sangat biasa dilalui oleh semua pendaki..Pendakian ini melalui 4 checkpoint (CP)

CPO : Pintu Masuk laluan hutan ke CP1
CP1 : berdekatan dengan Puncak Laksamana
CP2 : Muzaffar Height
CP3 : di tengah-tengah Hutan Simpan
CP4 : Menara Telekom

Kami selesai laluan ini dan tiba di tempat parking pada pukul 9.30 pagi

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang dapat bersama dalam aktiviti kecergasan di sepanjang laluan trail ini.

Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa dengan aktiviti kecergasan yang lain..

Biro Sukan & Rekreasi KARISSMA sentiasa menggalakkan semua anggota Jabatan Kesihatan Negeri Melaka terutama warga KARISSMA untuk terus kekal aktif menjalani apa juga aktiviti fizikal setiap minggu samada secara individu mahupun secara berkumpulan.

Kenali kami di. 👇
https://linktr.ee/birosukankarissma

Next Hike 👇

21/9 : Hike Bukit Batu Putih, Port Dickson

19/10 Xplorasi Puncak Gunung Irau (Mossy Forest) Siri 2
*Lord of The Ring Junhle*

1/11 : Hike Bukit Batu Sawa

Jom aktif setiap minggu dengan event fun walk / fun run / half @ full marathon dan pelbagai aktiviti kecergasan dengan pelbagai pilihan di 👇

bit.ly/eventkecergasan





Biro Sukan & Rekreasi
Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka
(KARISSMA)
012-9282012 (zul)

*SALAM KEMERDEKAAN SEMUA*🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾*SALAM CERGAS & AKTIF SEMUA!!!**JOM SANTAI2 FULL TREK 🗻BUKIT  🐼BERUANG**1 SEPTE...
31/08/2025

*SALAM KEMERDEKAAN SEMUA*
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
*SALAM CERGAS & AKTIF SEMUA!!!*

*JOM SANTAI2 FULL TREK 🗻BUKIT 🐼BERUANG*
*1 SEPTEMBER 2025*
*ISNIN*

📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Semua

*PANGGILAN BUAT SEMUA ANGGOTA JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA.*

*Biro Sukan & Rekreasi* *Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka* (KARISSMA) yg terdiri dari staff Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berhasrat untuk jalankan aktiviti kecergasan dengan berjalan-jalan sambil sepak-sepak daun kering disepanjang full trek Bukit Beruang, Melaka

Melalui 🚶🏼🚶🏼🚶🏼
*CP0-CP1-CP2-CP3 - CP4 - eye on melaka*🚶🏼🚶🏼🚶🏼

🗓Tarikh : *1 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)* @ 7.00PG
Berkumpul di Pondok Trailhead Bukit Beruang
Jalan Teratai 5

Kaki mula melangkah
7.15pg....🚶🚶
Lambattttt Tinggall....😂😂

Jangka selesai di eye on melaka jam 11pg....

JOMMMMMMMM...

Sila Bawa Bersama
📌 Air Mineral Secukupnya
📌 Semangat Jatidiri untuk laksanakan aktiviti fizikal
📌 Keyakinan untuk habiskan laluan di sepanjang trail laluan
CP0-CP1-CP2-CP3-CP4

Justeru itu, sy mengalu2kn semua yang berkelapangan utk buat xtvt fizikal ini bersama keluarga / sahabat handai
X nak join pun xpe......
TAPI boleh hebahkan ke rakan2 staff anda ye...

*Pastikan anda sihat ketika mengikuti program ini...*

Jom bangkitkan semangat dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat

Next XTVT :

🖊️ *21/9 (Ahad)* : Hike Santai-Santai ke Bukit Batu Putih, Port Dickson

🖊️ *19/10 (AHAD)* : Xplorasi Gunung Irau, Cameron Highlands (Mossy Forest) V2 Siri 2
*Lord of The Ring Jungle*

🖊️ *1/11 (Sabtu)* : Hike Santai2 ke Bukit Batu Sawa

Kenali kami di 👇

https://linktr.ee/birosukankarissma

Salam Kecergasan Dari Saya & Team

*ZULKARNAIN RAMLI*
Ketua Biro Sukan & Rekreasi
KARISSMA
JKN Melaka
012-9282012

*Kesihatan Milik Semua Orang*

Jom! Aktifkan diri dengan kepelbagaian aktiviti kecergasan! Nak Santai-Santai Full Track Bear Hill CP0-CP1-CP2-CP3-CP4 boleh hubungi kami..

25 Ogos 2025 : .Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Negeri Melaka (KARISSMA) melalui Biro Sukan & Rekreasi telah menjalani akt...
25/08/2025

25 Ogos 2025 : .Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Negeri Melaka (KARISSMA) melalui Biro Sukan & Rekreasi telah menjalani aktiviti kecergasan minggu ini dengan pendakian Puncak Gunung Irau (Mossy Forest) V2. Cameron Highlands.

Seramai 9 orang anggota Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bersama keluarga telah menyertai Eksplorasi pada hari ini. Ekspediai ini akan dijadualkan sekali lagi untuk ke Puncak Irau bersama peserta lain pada 19 Oktober 2025.

Aktiviti pendakian kami bermula pada jam 8.45pagi bersama dengan 2 orang guide perhutanan. Laluan trail aepanjang trek pendakian ini benar-benar mencabar fizikal dan mental peserta dengan laluan yang boleh dikategorikan sebagai sukar. Pendakian ini melalui 10 checkpoint (cp) termasuk cp yang popular iaitu CP Lord of The Ring.

Kami selesai pendakian ini dan tiba di tempat parking pada pukul 6.00 petang.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang dapat bersama dalam aktiviti kecergasan di sepanjang laluan trail ini yg sangat2 mengujakan serta menguji kekuatan fizikal & mental peserta.

Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa dengan aktiviti kecergasan yang lain..

Biro Sukan & Rekreasi KARISSMA sentiasa menggalakkan semua anggota Jabatan Kesihatan Negeri Melaka terutama warga KARISSMA untuk terus kekal aktif menjalani apa juga aktiviti fizikal setiap minggu samada secara individu mahupun secara berkumpulan.

Kenali kami di. 👇
https://linktr.ee/birosukankarissma

Next Hike 👇

21/9 : Hike Bukit Batu Putih, Port Dickson

19/10 Xplorasi Puncak Gunung Irau (Mossy Forest) Siri 2
*Lord of The Ring Junhle*

1/11 : Hike Bukit Batu Sawa

Jom aktif setiap minggu dengan event fun walk / fun run / half @ full marathon dan pelbagai aktiviti kecergasan dengan pelbagai pilihan di 👇

bit.ly/eventkecergasan





Biro Sukan & Rekreasi
Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka
(KARISSMA)
012-9282012 (zul)

16/08/2025

Orang Melaka Hujung minggu ni jom bersama sama meriahkan Pelancaran Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, Peringkat Negeri Melaka.

Bawa keluarga bersama ke AEON MALL Bandaraya Melaka

16 - 17 Ogos 2025

Pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga!!
▪︎ aktiviti kecergasan bersama Wellness HUB Masjid Tanah
▪︎ Permainan interaktif
▪︎ Cabaran Langkah Sihat Pasaraya
▪︎ Saringan Kesihatan PERCUMA
▪︎ Saringan SARKOPENEA
▪︎ Pemeriksaan Gigi PERCUMA Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka
▪︎ Kenali Ubat bersama Sahabat Farmasi
▪︎ Pameran Keselamatan dan Kualiti Makanan bersama SAFE FOOD - BKKM Melaka
▪︎ War On Sugar bersama Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka

Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
NGWE HEE SEM
Ruzita Mustaffa

Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Promosi Kesihatan Pkd Jasin
Klinik Kesihatan Ujong Pasir
Promosi Kesihatan PKD Jasin
Promosi Kesihatan Alor Gajah
fans
Hospital Alor Gajah, Melaka
Hospital Jasin - Rasmi
Hospital Melaka
WH Alor Gajah Melaka
Klinik Kesihatan Bukit Rambai
Klinik Kesihatan Ujong Pasir
Klinik Kesihatan Masjid Tanah
Klinik kesihatan hutan percha
Klinik Kesihatan Peringgit
Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh
Klinik Kesihatan Kemendor
KK Machap Baru
Klinik Kesihatan Merlimau - Rasmi
Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka
Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Alor Gajah - Kekaseh
Melaka Sihat
KLINIK KESIHATAN UMBAI
Klinik Kesihatan Rembia
Klinik Kesihatan Lubok China
Klinik Kesihatan Tengkera
Klinik Kesihatan AYER KEROH
Klinik Kesihatan Alor Gajah
Klinik Kesihatan Durian Tunggal
Klinik Kesihatan Klebang Besar
Bahagian Kawalan Penyakit PKD Jasin, Melaka

11/08/2025

View hutan sudah, View air terjun sudah
Jom kita layan view laut pulak di Bukit Batu Putih 21/9

09/08/2025

Sebelum mula apa-apa aktiviti taklimat sangat penting.. untuk mengetahui serba sedikit mengenai kawasan berkaitan.

Antara laluan ke Air Terjun Apung Jatuh, Asahan..laluan santai-santai je.. 😊

09/08/2025
9 Ogos 2025 : Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Negeri Melaka (KARISSMA) melalui Biro Sukan & Rekreasi telah menjalani aktiv...
09/08/2025

9 Ogos 2025 : Kelab Aktif Riadah Staf Sihat Negeri Melaka (KARISSMA) melalui Biro Sukan & Rekreasi telah menjalani aktiviti kecergasan minggu ini. Seawal jam 6.45 pg sebahagian anggota telah mula bergerak dari Wisma Persekutuan untuk aktiviti Xplorasi Ayer Terjun Apong Jatoh, Asahan bergerak melalui PKD Jasin untuk mengambil anggota. Sebahagian anggota bergerak sendiri terus ke tempat mula pendakian jeram Asahan di Along CampSite.

Seramai lebih kurang 22 orang anggota Kesihatan Negeri Melaka yang terdiri dari anggota termasuk ahli keluarga serta rakan-rakan Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan dari Pergigian Daerah Jasin serta Hospital Melaka telah bersama dalam aktiviti ini.

Kami diberi taklimat oleh Ustaz Amin serta mengetuai bacaan doa sebelum kami memulakan xplorasi ke lokasi Air Terjun Apong Jatuh.

Xplorasi kami bermula pada jam 9.00pagi dan selesai melalui beberapa laluan yang agak mudah di sepanjang laluan sungai dan juga laluan berbatu sebelum tiba ke lokasi air terjun apong jatuh.

Kami mengambil masa berehat sambil makan dan minum di lokasi air terjun lebih kurang 1 jam serta merasai suasana air terjun. Bergerak keluar dan tiba ke Along CampSite pada jam 11.00pagi.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang dapat bersama dalam aktiviti kecergasan di sepanjang laluan trail ini yg sangat2 mengujakan serta menguji kekuatan fizikal serta mental peserta.

Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa dengan aktiviti kecergasan yang lain..

Biro Sukan & Rekreasi KARISSMA sentiasa menggalakkan semua anggota Jabatan Kesihatan Negeri Melaka terutama warga KARISSMA untuk terus kekal aktif menjalani apa juga aktiviti fizikal setiap minggu samada secara individu mahupun secara berkumpulan.

Kenali kami di. 👇
https://linktr.ee/birosukankarissma

Next Hike 👇

25/8 Xplorasi Puncak Gunung Irau (Mossy Forest)
*Lord of The Ring Junhle*

Jom aktif setiap minggu dengan event fun walk / fun run / half @ full marathon dan pelbagai aktiviti kecergasan dengan pelbagai pilihan di 👇

bit.ly/eventkecergasan





Biro Sukan & Rekreasi
Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka
(KARISSMA)
012-9282012 (zul)

Panggilan buat warga Jabatan Kesihatan Negeri Melaka 📢📢📢📢📢📢📢
01/08/2025

Panggilan buat warga Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

📢📢📢📢📢📢📢

Address

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Wisma Persekutuan
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukan & Rekreasi Karissma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sukan & Rekreasi Karissma:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram