Aienna Aizat - AIA Takaful Advisor

Aienna Aizat - AIA Takaful Advisor Protection is not for the wealthy, It’s for anyone with responsibilities.

15/03/2026

EP 15: Claim Takaful Kena Reject

Tak semua claim takaful akan diluluskan. Antara sebab biasa ialah polisi masih dalam waiting period, penyakit pre-existing, dokumen tidak lengkap, atau rawatan tidak dilindungi dalam polisi. Sebab itu penting untuk faham polisi sebelum membuat claim.

13/03/2026

EP 13 : CLAIM MEDICAL CARD DI LUAR NEGARA

Kebanyakan medical card takaful turut memberi perlindungan ketika berada di luar negara, namun biasanya hanya untuk rawatan kecemasan. Peserta perlu membayar kos rawatan terlebih dahulu dan membuat tuntutan semula (reimbursement) kepada pihak takaful dengan menyertakan resit dan laporan perubatan.

12/03/2026

EP 11 : MEDICAL CARD BABY

Medical card untuk baby biasanya lebih mudah untuk diluluskan kerana bayi kebiasaannya belum mempunyai sejarah penyakit. Disebabkan risiko kesihatan masih rendah, proses kelulusan selalunya lebih lancar berbanding apabila memohon pada usia yang lebih dewasa. Dengan adanya medical card, ibu bapa boleh lebih bersedia menghadapi sebarang risiko kesihatan tanpa terlalu risau tentang kos rawatan.

11/03/2026

EP 12 : MEDICAL CARD LAPSED

Medical card lapsed bermaksud perlindungan telah terhenti kerana bayaran caruman tidak dibuat dalam tempoh tertentu. Apabila polisi sudah lapsed, pemegang pelan tidak lagi dilindungi dan tidak boleh membuat tuntutan jika berlaku kemasukan ke hospital. Sebab itu penting untuk sentiasa memastikan caruman dibayar supaya perlindungan kekal aktif.

Alhamdulillah, Allah Maha Baik mempermudahkan journey dalam industri takaful ni.Tengah iftar a few days back, tiba-tiba ...
10/03/2026

Alhamdulillah, Allah Maha Baik mempermudahkan journey dalam industri takaful ni.

Tengah iftar a few days back, tiba-tiba husband cakap,
“I like this new version of you — yang ambitious, yang tak kenal penat.”

And I was like… hah? apa dia? 😅

Then he said,
“Dulu time balik kerja mesti dah terpaling penat, tak nak buat apa-apa dah. Weekend is me-time, K-drama time. Tapi sekarang pagi-pagi weekend dah mandi, dah start advising and buat closing.”

And that, ladies and gentlemen, struck me in so many ways.

Wow… I did not realise how comfortable my life was until my husband described me like that.

But Alhamdulillah, Ala Kulli Haal, I’m back to my ambitious self. Slowly climb up dari No 10 - No 8 - No 6.

Target hat-trick TOP 10 for 3 months straight — achieved.
Walaupun last month target TOP 5, but it’s okay.
I shoot for the stars and landed on the moon.

Thank you my clients for the trust.
The fact that my clients trusted a newbie like me is just so heart-fulfilling. 🤍

Love,
Aienna / Neyna
Counsellor & Takaful Advisor

10/03/2026

EP 10 : PANEL HOSPITAL KERAJAAN

Hospital kerajaan memang bagus dan kosnya sangat rendah, tetapi kebiasaannya pesakit sangat ramai sehingga perlu menunggu lama untuk rawatan. Sebagai alternatif yang lebih cepat, ramai memilih menggunakan medical card kerana ia membolehkan rawatan di hospital swasta dengan proses yang lebih pantas dan selesa.

08/03/2026

EP 9 : MEDICAL CARD COMPANY

Medical card company merujuk kepada medical card yang disediakan oleh syarikat kepada pekerja sebagai manfaat pekerjaan. Perlindungan ini biasanya menanggung kos rawatan hospital selagi seseorang masih bekerja dengan syarikat tersebut.

Namun, apabila pekerja berhenti kerja, bersara atau kontrak tamat, perlindungan medical card tersebut juga boleh terhenti kerana ia dimiliki oleh syarikat, bukan secara individu.

08/03/2026

EP 8 : 5 KEPUTUSAN UNDERWRITER

Underwriter ialah pihak yang menilai risiko kesihatan seseorang sebelum permohonan medical card diluluskan. Berdasarkan maklumat kesihatan, mereka akan menentukan sama ada perlindungan boleh diberikan atau tidak.

Biasanya terdapat 5 keputusan utama underwriter, seperti lulus tanpa syarat, lulus dengan syarat tertentu, pengecualian penyakit, tambahan bayaran (loading), atau permohonan ditolak.

07/03/2026

EP 7 : APA ITU EXISTING ILLNESS?

Existing illness bermaksud penyakit yang sudah ada atau pernah didiagnos sebelum seseorang mengambil medical card atau takaful. Biasanya syarikat insurans akan menilai penyakit tersebut terlebih dahulu sebelum meluluskan perlindungan.

Dalam kebanyakan kes, penyakit sedia ada ini mungkin tidak dilindungi, dikenakan tempoh menunggu, atau dikenakan syarat tambahan bergantung kepada keputusan pihak underwriter.

05/03/2026

EP 6 : 4 FASA WAITING PERIOD.

Waiting period ialah tempoh menunggu selepas anda melanggan medical card sebelum sesetengah manfaat boleh digunakan. Setiap pelan biasanya mempunyai beberapa fasa waiting period yang berbeza bergantung kepada jenis rawatan atau penyakit.

04/03/2026

EP 5 : WAITING PERIOD MEDICAL CARD.

Waiting period ialah tempoh menunggu selepas polisi medical card diluluskan sebelum perlindungan boleh digunakan untuk penyakit tertentu.

Sebab itu penting ambil medical card lebih awal ketika masih sihat, supaya tempoh ini dapat dilalui dan perlindungan sudah aktif bila benar-benar diperlukan. 💡

03/03/2026

EP 4 : 8 CIRI-CIRI MEDICAL CARD TERBAIK.

Medical card terbaik ialah yang benar-benar melindungi kewangan kita ketika diuji dengan kos rawatan yang tinggi. Ia memberi ketenangan fikiran, supaya kita dan keluarga tidak terbeban ketika saat kecemasan.

Address

Malacca City
77200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aienna Aizat - AIA Takaful Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram