Hospital Seri Manjung

Hospital Seri Manjung Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Seri Manjung, Medical and health, 32040 Seri Manjung, Manjung.

Selamat Datang ke Hospital Seri Manjung, Kementerian Kesihatan Malaysia

"Tempat di mana Keprihatinan Bertemu Profesionalisme"

Dapatkan maklumat, tip kesihatan dan aktiviti menarik di sini

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฉ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™๐™๐™–๐™ž๐™ฅ๐™ช๐™จ๐™–๐™ข ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™ฎ๐™–. ๐™Ž๐™š๐™ข๐™ค๐™œ๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฉ ๐™ฉ๐™ค๐™ก๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™จ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™ค๐™ง๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐™ข...
31/01/2026

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฉ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™๐™๐™–๐™ž๐™ฅ๐™ช๐™จ๐™–๐™ข ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™ฎ๐™–. ๐™Ž๐™š๐™ข๐™ค๐™œ๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฉ ๐™ฉ๐™ค๐™ก๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™จ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™ค๐™ง๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐™ข๐™š๐™ ๐™–๐™ง ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ข๐™–๐™จ๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ, ๐™จ๐™š๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ช๐™จ๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™ข๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ ๐™ ๐™š๐™๐™–๐™ง๐™ข๐™ค๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™ฃ๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™–.

๐˜๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข
๐˜‹๐˜ณ. ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ฉ ๐˜Ž๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ
๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ &
๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ž๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜’๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข ๐˜๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ

๐™†๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™ž ๐™ง๐™š๐™ฏ๐™š๐™ ๐™ž, ๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™ž ๐™ ๐™š๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ๐™–๐™ฃ. ๐™…๐™ค๐™ข ๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ž ๐™ฅ๐™ง๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™ข ๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– ๐™™๐™–๐™ง๐™–๐™. โค๏ธ
31/01/2026

๐™†๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™ž ๐™ง๐™š๐™ฏ๐™š๐™ ๐™ž, ๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™ž ๐™ ๐™š๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ๐™–๐™ฃ. ๐™…๐™ค๐™ข ๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ž ๐™ฅ๐™ง๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™ข ๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– ๐™™๐™–๐™ง๐™–๐™. โค๏ธ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah jadual Kempen Derma Darah Hospital Seri Manjung bagi bulan Februari 2026.

Derma darah merupakan sumbangan yang sangat bernilai kerana setiap beg darah mampu menyelamatkan nyawa.

Keperluan darah adalah berterusan dan tidak mengenal cuti, justeru sokongan aktif daripada orang ramai amat diperlukan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk pesakit yang memerlukannya.

1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa.

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡, ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐Š๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐Š๐„๐‹๐Ž๐‹๐€: ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐…๐€๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹Pagi i...
30/01/2026

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡, ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐Š๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐Š๐„๐‹๐Ž๐‹๐€: ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐…๐€๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹

Pagi ini 30hb Januari 2026, Jabatan Farmasi telah mencatatkan satu slot penting dalam kalendar jabatan apabila pihak pengurusan tertinggi hospital yang diketuai oleh YBrs. Dr. Gridhari Nath (Pengarah Hospital) bersama-sama dengan Dr. Mohd Fitri (Timbalan Pengarah Perubatan I) dan
Dr. Calvin Singh, (Timbalan Pengarah Perubatan II) sudi menerima kunjungan wakil Jabatan Farmasi dan juga Sesi Pembentangan Pengenalan Jabatan Farmasi.
Kehadiran kumpulan pengurusan tertinggi hospital ini mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan tertinggi terhadap nadi penggerak perkhidmatan farmaseutikal di hospital ini.

Sesi yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini dimulakan dengan pembentangan oleh Ketua Jabatan Farmasi, Tuan Haji Zulkhairi bin Mohamed Daud. Beliau memberikan gambaran menyeluruh mengenai struktur organisasi, fungsi teras, pencapaian yang telah diraih oleh jabatan serta hala tuju jabatan untuk masa akan datang.

Turut hadir memberikan komitmen adalah semua ketua unit di bawah Jabatan Farmasi. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk membentangkan hala tuju strategik setiap unit bagi tahun-tahun mendatang.

Turut dibincangkan adalah inovasi dalam pengurusan ubat-ubatan demi keselamatan pesakit serta
mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan secara holistik untuk pelanggan.

YBrs. Dr. Gridhari Nath dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan atas dedikasi warga Farmasi yang sentiasa memastikan bekalan ubat-ubatan dan perkhidmatan klinikal berjalan lancar tanpa henti. Sokongan dan bimbingan daripada barisan pengurusan tertinggi ini pastinya menjadi suntikan semangat buat seluruh warga Jabatan Farmasi untuk terus melangkah dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang, telus dan berintegriti.

Semoga sinergi yang utuh antara pihak pengurusan dan warga jabatan ini akan terus memacu kecemerlangan hospital kita ke tahap yang lebih tinggi.

"Sedia Membantu, Memberi Khidmat Terbaik"

30/01/2026
Kesedaran hari ini, perlindungan masa depan.
28/01/2026

Kesedaran hari ini, perlindungan masa depan.


๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โ€œ๐’๐ฉ๐จ๐ญ ๐“๐ก๐ž ๐’๐ข๐ ๐ง, ๐’๐ญ๐จ๐ฉ ๐Œ๐จ๐ฎ๐ญ๐ก ๐‚๐š๐ง๐œ๐ž๐ซโ€

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut, Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial dengan kerjasama Hospital Seri Manjung dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Manjung menjemput seluruh warga Manjung dan sekitarnya untuk hadir memeriahkan program kesedaran yang bertujuan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai tanda awal dan pencegahan kanser mulut.

๐Ÿ—“ Tarikh: 6 Februari 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Lokasi: Lobi Hospital Seri Manjung

โœจ Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan:
๐Ÿ˜„ Ceramah Penyakit Kanser Mulut
๐Ÿฆท Saringan Kanser Mulut PERCUMA
๐Ÿ’ฏ Pameran Menarik
๐ŸŽฒ Kuiz & โ€œSpot The Dangerโ€

Orang ramai amat dialu-alukan untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa.

๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฎ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข, ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ

๐™ƒ๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™Š๐™‰๐™๐™„๐™‰๐™๐™„๐™‰๐™‚ ๐™ˆ๐™€๐˜ฟ๐™„๐˜พ๐˜ผ๐™‡ ๐™€๐˜ฟ๐™๐˜พ๐˜ผ๐™๐™„๐™Š๐™‰ (๐˜พ๐™ˆ๐™€) ๐™ƒ๐™Š๐™Ž๐™‹๐™„๐™๐˜ผ๐™‡ ๐™Ž๐™€๐™๐™„ ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐™…๐™๐™‰๐™‚Program Continuing Medical Education (CME) Hospital Seri...
28/01/2026

๐™ƒ๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™Š๐™‰๐™๐™„๐™‰๐™๐™„๐™‰๐™‚ ๐™ˆ๐™€๐˜ฟ๐™„๐˜พ๐˜ผ๐™‡ ๐™€๐˜ฟ๐™๐˜พ๐˜ผ๐™๐™„๐™Š๐™‰ (๐˜พ๐™ˆ๐™€) ๐™ƒ๐™Š๐™Ž๐™‹๐™„๐™๐˜ผ๐™‡ ๐™Ž๐™€๐™๐™„ ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐™…๐™๐™‰๐™‚

Program Continuing Medical Education (CME) Hospital Seri Manjung akan diadakan seperti berikut:

๐Ÿ“…Tarikh: 29 Januari 2026 (Khamis)
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Mutiara, Hospital Seri Manjung

๐Ÿ“š CME 1
โฐ Masa: 3.30 petang
๐Ÿ“Œ Tajuk: Exposure Keratopathy

๐Ÿ“š CME 2
โฐ Masa: 4.00 petang
๐Ÿ“Œ Tajuk: Casemix: Why Should I Care?

Semua warga kerja Hospital Seri Manjung dijemput hadir bagi meningkatkan ilmu, kompetensi serta profesionalisme dalam perkhidmatan kesihatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Siti Noraishatun dari Klinik Kesihatan Ayer Taw...
27/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Siti Noraishatun dari Klinik Kesihatan Ayer Tawar atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang menjalani program ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต di Unit Penjagaan Luka, Hospital Seri Manjung selama dua minggu, bermula 12 Januari hingga 23 Januari 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mempamerkan sikap profesional, minat yang tinggi serta kesungguhan dalam mempelajari aspek pengurusan dan penjagaan pesakit luka.

Semoga segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi nilai tambah dalam memperkukuhkan perjalanan kerjaya perubatan beliau pada masa akan datang.

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง (๐‰๐๐Š๐€) ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ž๐ญ ๐€๐ฅ๐ข๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง (๐‰๐Š๐๐€๐Š) ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ...
26/01/2026

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง (๐‰๐๐Š๐€) ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ž๐ญ ๐€๐ฅ๐ข๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง (๐‰๐Š๐๐€๐Š) ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Mesyuarat ini telah diadakan bagi memperkukuh tadbir urus kewangan dan pengurusan aset hospital. Penekanan ini diberikan kepada pematuhan garis panduan kewangan, kawalan perbelanjaan, perancangan yang berhemah serta pengurusan aset alih secara sistematik dan berintegriti.

Komitmen dan kerjasama berterusan semua pihak amat dihargai dalam memastikan setiap peruntukan kerajaan dan aset hospital diurus dengan cekap, telus dan mematuhi tatacara yang ditetapkan demi kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎMarilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kusta serta mengh...
26/01/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kusta serta menghapuskan stigma terhadap pesakit.
Sokongan, empati dan kefahaman masyarakat amat penting dalam membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Bersama kita cakna, bersama kita peduli. ๐Ÿ’œ

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐Š๐š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐ž๐ค๐ฌ๐ข ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐“๐ž๐ฅ๐ฎ๐ค ๐ˆ๐ง๐ญ๐š๐ง21 Ja...
24/01/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐Š๐š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐ž๐ค๐ฌ๐ข ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐“๐ž๐ฅ๐ฎ๐ค ๐ˆ๐ง๐ญ๐š๐ง

21 Januari 2026- Program Perkongsian Kaedah Pengukuhan Kawalan Infeksi antara Kluster Hospital Seri Manjung (HSM) dan Hospital Teluk Intan (HTI) telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan Baru HSM.

Program ini bertujuan memperkukuh amalan kawalan infeksi melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan pendekatan terbaik antara kedua-dua hospital kluster, selaras dengan komitmen berterusan KKM dalam memastikan keselamatan pesakit dan warga kerja sentiasa terpelihara.

Diharapkan program seumpama ini dapat mempertingkatkan kefahaman serta keberkesanan pelaksanaan kawalan infeksi di fasiliti kesihatan, sekali gus menyokong perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat.

Komitmen tanpa mengira waktu. Rondaan malam demi memastikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit. ๐Ÿ’–
23/01/2026

Komitmen tanpa mengira waktu. Rondaan malam demi memastikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit. ๐Ÿ’–

Audit Pelaksanaan Program Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijalankan di...
22/01/2026

Audit Pelaksanaan Program Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijalankan di Dewan Mutiara, Hospital Seri Manjung. Audit telah diketuai oleh Dr. Siti Rahayu binti Mat Husin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perkembangan Profesion Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama pasukan audit yang terlibat. Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan memastikan kualiti latihan klinikal serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan, menilai pelaksanaan program, sokongan penyeliaan serta persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan pegawai perubatan yang kompeten dan berintegriti.

Selepas sesi audit, delegasi KKM telah dibawa oleh Dr. Gridhari Nath Gingaiah, Pengarah Hospital Seri Manjung untuk melawat sekitar kawasan hospital bagi melihat fasiliti serta persekitaran perkhidmatan yang disediakan.

Komitmen berterusan pihak pengurusan dan seluruh warga Hospital Seri Manjung mencerminkan kesungguhan dalam memperkukuh pembangunan profesional pegawai perubatan siswazah demi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti kepada rakyat.

Address

32040 Seri Manjung
Manjung

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Seri Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram