04/10/2025
pada 1/10/2025, keluarga besar The Sunnah sama-sama berkumpul dalam majlis penuh bermakna Solat Hajat & Doa Selamat sempena pembukaan HQ baharu.
Lebih indah lagi, Kita meraikan pencapaian bersama. Dari terapis yang berjaya capai KPI, hinggalah ke Top Sales & Team Operation yang sentiasa jadi tulang belakang… setiap usaha dan titik peluh kalian tak pernah sia-sia.
Majlis kecil ini jadi saksi bahawa kejayaan The Sunnah bukan milik seorang, tetapi milik kita semua. Terima kasih kerana terus kuat, setia, dan percaya dengan perjalanan ini.
🤲 Semoga Allah berkati usaha kita, satukan hati-hati kita, dan terus bimbing langkah kita untuk bawa lebih banyak kebaikan.
Terima kasih keluarga The Sunnah kalianlah nadi sebenar kejayaan ini. ❤️