10/06/2023
Alhamdulillah & terima kasih atas kunjungan sahabat kami hari ni. Ingatkan nak qadha datang beraya, rupanya ziarah lain pulak tujuannya.
Perkenalan pertama adalah semasa lawatan kami ke Qatar beberapa bulan sebelum pandemik Covid bermula. Masa tu mereka sekeluarga menetap disana dan alhamdulillah ukhuwah berterusan hingga ke hari ni.☺️
Terima kasih banyak2 tn hj Mohd Azrey Mansur & Hjh Rozie kerana sudi ziarahi kami. Insya Allah apa yang diberi akan kami manfaatkan disana nanti mudah2an jika di izinkan Allah. Doakan kami juga…aamiin.