
27/06/2025
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Salam Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia Menggamit Dunia,
Bijak Laksana Tuah,
Berani Laksana J***t,
Salam Malaysia Madani!
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita sekali lagi berpeluang menyambut ketibaan tahun baharu Hijrah, 1447H.
Maal Hijrah bukan sekadar menandakan pertukaran tahun dalam kalendar Islam, tetapi ia membawa pengertian yang jauh lebih mendalam tentang
▪︎ Penghijrahan
▪︎ Perubahan
▪︎ Pembaharuan.
Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah telah mengajar kita erti sebuah pengorbanan, kesabaran, dan semangat persaudaraan yang utuh.
Ia adalah permulaan kepada pembinaan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan sebuah negara yang gemilang.
Sempena Maal Hijrah 1447H ini, marilah kita bersama-sama mengambil semangat hijrah ini untuk melakukan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik.
Dalam konteks perkhidmatan kesihatan, ini bermakna kita perlu terus berazam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuhkan integriti, dan sentiasa peka terhadap keperluan kesihatan rakyat Melaka.
Kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun dengan semangat kerjasama dan kesungguhan, saya yakin kita mampu menghadapinya.
Setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam memastikan sistem kesihatan negeri sentiasa efisien dan responsif.
Saya menyeru agar kita semua terus memperbaharui niat, mengukuhkan tekad, dan melipatgandakan usaha dalam menjalankan amanah yang diberikan.
Jadikan tahun baharu ini sebagai titik tolak untuk kita menjadi insan yang lebih produktif, inovatif, dan berdedikasi demi kesejahteraan bersama.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H kepada semua.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kemajuan, dan kesihatan yang berpanjangan untuk kita semua, keluarga, dan seluruh rakyat Melaka.
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kerajaan Negeri Melaka
fans
Sahabat Farmasi
SAFE FOOD - BKKM Melaka
Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka
Hospital Melaka
Hospital Alor Gajah, Melaka
Hospital Jasin - Rasmi
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Promosi Kesihatan Pkd Jasin
Klinik Kesihatan Peringgit Klinik Kesihatan Rembia Klinik Kesihatan Merlimau - Rasmi Klinik Kesihatan Durian Tunggal Klinik Kesihatan Bukit Rambai Klinik Kesihatan Ujong Pasir Klinik Kesihatan Ujong Pasir Klinik Kesihatan Masjid Tanah KK Machap Baru Klinik kesihatan hutan percha Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Alor Gajah - Kekaseh Klinik Kesihatan Kemendor Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh Klinik Kesihatan Lubok China Klinik Kesihatan Tengkera Klinik Kesihatan Alor Gajah Klinik Kesihatan Klebang Besar Klinik Kesihatan AYER KEROH KOSPENMelaka KK Jasin Official Melaka Sihat melakabloodbank MELAKAfm Melaka Hari Ini
WH Alor Gajah Melaka
KLINIK KESIHATAN UMBAI