10/07/2021
Jom kita kenali apakah Minyak Pati atau lebih dikenali dengan Essntial Oil (EO). Sebelum pergi lebih jauh jom kita tengok apa maksud EO ni, EO ialah sebatian aromatik semulajdi yang diestrak dari bahagian tetentu tumbuh-tumbuhan seperti daun, bunga dan kulit.
Antara sifat-sifat eo ni, dia boleh meruap, nak2 kalau letak di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari, eo yang paling cepat meruap ialah eo yang bersifat citrus seperti lemon, bergamot, orange, lime dan lain2 yang bersifat citrus.
Yang kedua sifat EO ni ialah larut lemak, ha macam mana tu, korang perasan tak, bila korang sapu minyak ni kat kulit tak rasa berminyak pon kan tanpa campur apa2 carrier oil seperti minyak masak. Oleh kerana sifat ni, eo cepat meresap ke dalam kulit.
EO ni juga mempunyai sebatian yang mempunyai bauan. Maksud setiap pokok baunya berbeza. Kenapa tumbuh tumbuhan ini mempunyai bauan yang berbeza? Tujuan nya untuk pertahanan, contoh ada serangga perosak, dia akan hasilkan sesuatu bau untuk halau makhluk perosak tersebut, sebab dia tak leh lari tempat lain. Kalau perasan kenapa tumbuhan liar lebih subur dari pokok yang kita tanam? Sebab antibodi tumbuhan liar ni lebih kuat. Kalau pokok kita tanam biasanya bergantung kepada baja yang kita gunakan. Ha gtu lah lebih kurang. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk komunikasi. eh pokok pon bercakap ke? maksud disini ialah komunikasi untuk proses pendebungaan.
Untuk hasilkan EO ni kita gunakan 4 cara yang berbeza:
i) Steam Distillation - kebanyakan EO dihasilkan guna teknik ni
ii) Cold Pressing - untuk teknik ni, EO yang bersifat citrus, seperti lemon, orange dan semua eo2 citrus yang lainnya.
iii) Resin Tapping - Dari getah pokok seperti Cedarwood, Copaiba dan Frankincense.
iv) Absolute Oil Extraction: Maksudnya dia di ekstrak terus dari pokok, contoh Jasmine, sebab terlalu fragile tak boleh nak gunakan kaedah Steam distillation.
Untuk pengetahuan semua, YL ni masuk Malaysia di bawah kategori KOSMETIK ya. Tetapi YL SATU-SATUNYA eo yang dapat KELULUSAN FDA yang boleh dijadikan perasa dalam makanan. yes boleh dimakan, tetapi label botol putih adalah EO FLAVORING untuk Malaysia. Beza EO biasa dan EO FLAVORING hanyalah LABEL sahaja, isi dalam tetap sama. YL pon memang gunakan mesin dia yang FOOD GRADE punya taw.
Dari segi cara penggunaan lak hang jangan duk kalut sangat aih, sebab kita ada banyak cara penggunaan, jadi duk baloh lah aih. macam baloh pasal laksa tu. hahahaha. sebab dalam penggunaan EO ni ada 3 model:
i) English Model: ni kebanyakan nya cakap perlu dilute iaitu perlu cairka semua EO yang hendak sapu.
ii) German Model: ni dia cakap boleh inhale je, maksud boleh guna diffuser.
iii) French Model: ha hat ni best ingestion dan undiluting, maksud hang nak sapu direct takda masalah, nak telan pon takda masalah.
jadi pilih lah cara mana anda s**a, kalau tanya i, i s**a yang French lah. lagi cepat kesannya.
Seterusnya dalam YL ni kita ada dua jenis EO, iaitu SINGLE OIL dan BLEND OIL. okay jom tengok apa beza.
Single eo: Ambil dari satu pokok sahaja, contoh dalam PSK: Peppermint, Lemon, Lavender, Copaiba, Frankincense & Spearmint.
ni kita ambil dari stau jenis pokok sahaja.
Lemon: daripada kulit 75 biji lemon untuk menghasilkan 15ML EO LEMON.
15 MLPeppermint daripada 1 paun daun Peppermint
15 ML lavender daripada 27sqft lavender. ni lavender liar taw bukan klon.
BLEND OIL lak adalah EO yang dihasilkan daripada beberapa jenis minyak, contohnya Thieves, Purification, Digize, PanAway, RC. Contohnya EO Thieves dihasilkan dari campuran minyak, Clove, Cinnamon, Rosemary, Lemon dan Eucalyptus
contoh Digize boleh agakkan untuk digestion system. PanAway untuk hilangkan sakit2 & lenguh badan. Sebab tu nama dipilih macam tu.
Selepas baca post saya ni, siapa rasa dapat tambah apa yang tak tahu tentang EO boleh like dan cakap saya...bagi emoji comel2 sikit...
harap dapat membantu anda faham serba sedikit tentang eo ni.