Sukri And Najaa

Sukri And Najaa Amway Products

BUAT PERKARA YANG BETULDalam hidup ini kita sudah terbiasa lakukan sesuatu perkara itu tanpa menyedari atau kita sedar y...
04/07/2024

BUAT PERKARA YANG BETUL

Dalam hidup ini kita sudah terbiasa lakukan sesuatu perkara itu tanpa menyedari atau kita sedar yang ia tidak betul dan tidak boleh diteruskan.

Maka bukalah seluas-luasnya minda kita untuk tekad berhijrah melakukan sesuatu perkara yang betul. Ini supaya ia menjadi kebiasaan dan amalan dalam kehidupan seharian.



03/07/2024

DIABETES

Hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, sebanyak 50 peratus penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Adalah menjadi kesilapan jika anda menyangka penyakit diabetes hanya dihidapi oleh golongan berusia atau individu yang mempunyai masalah obesiti sahaja.



03/07/2024

DIABETES

Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah.

Ia berlaku kerana sama ada tubuh kita tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

Tanpa pengurusan yang berterusan dan terkawal, ia boleh menyebabkan pembentukan gula dalam darah.

Keadaan ini sekali gus boleh meningkatkan risiko mendapat komplikasi berbahaya dan merosakkan pelbagai organ seperti sistem saraf, mata, buah pinggang, termasuk sakit jantung dan strok.



HARGAI MASASeluruh kehidupan manusia sebenarnya berkaitan dengan masa. Jika seseorang itu mengabaikan masa pastinya akan...
03/07/2024

HARGAI MASA

Seluruh kehidupan manusia sebenarnya berkaitan dengan masa. Jika seseorang itu mengabaikan masa pastinya akan mengakibatkan kerugian besar dalam kehidupannya.

Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut.

Kekayaan masa iaitu mempunyai masa yang cukup untuk melakukan apa yang kita s**a adalah merupakan satu nikmat yang tak terhingga.



02/07/2024

GASTRIK

Adakah anda bergelut dengan refluks asid? Ketakcernaan menghalang anda bersantai selepas makan? Nampaknya kesihatan perut anda telah terjejas.

Kerosakan ini boleh disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat, waktu makan yang tidak teratur dan juga tekanan. Makan terlalu cepat juga boleh memainkan peranan kerana ia menyebabkan terlalu banyak udara terkumpul di dalam perut, yang menyebabkan ketidakselesaan.



02/07/2024

SAKIT GASTRIK

Gastrik merupakan penyakit yang menjejaskan lapisan perut, yang biasanya ditandai dengan keradangan pada dinding perut.

Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (gastritis akut) atau beransur-ansur (gastritis kronik) sepanjang masa.

Simptom atau tanda boleh berbeza mengikut individu, namun kebanyakannya akan mengalami simptom seperti sakit perut, kembung, mual, muntah, senak, dan hilang selera makan.



MENJADI PENDENGAR YANG LEBIH BAIKMenjadi seorang pendengar yang baik bukan sahaja memerlukan kesabaran dan kefahaman, te...
02/07/2024

MENJADI PENDENGAR YANG LEBIH BAIK

Menjadi seorang pendengar yang baik bukan sahaja memerlukan kesabaran dan kefahaman, tetapi juga melibatkan kemampuan untuk memberikan perhatian sepenuh hati kepada orang lain.

Dengan menjadi pendengar yang baik, kita dapat memperkukuhkan hubungan, membangunkan kefahaman yang lebih mendalam dan mencipta persekitaran komunikasi yang lebih positif.



01/07/2024

DEODORAN ANTIPELUH

Deodoran yang cepat mengering dengan haruman yang tahan lama ini membantu anda kekal segar dan kering. Ianya tidak akan meninggalkan kesan putih pada kulit atau pakaian anda, malahan membantu mengekalkan perintang lembapan semula jadi kulit sambil memastikan lembapan seimbang.

- Formula tanpa alkohol membantu mengurangkan kerengsaan yang boleh disebabkan oleh pencukuran biasa pada ketiak.

- Halia dan Bisabolol yang dihasilkan dariipada tumbuhan membantu mengurangkan kerengsaan termasuk kerengsaan yang boleh menyebabkan kemunculan tanda ketiak yang gelap.

- Diuji oleh pakar dermatologi & Menjalani ujian alahan.

- Mengandungi Air Kompleks Cica dan Ekstrak Rosemary bagi membantu melegakan kulit kering yang merengsa.

- Teh Hijau membantu memberikan perlindungan antioksidan manakala Prebiotik menyediakan sumber tenaga bagi membantu memupuk mikrobiom kulit yang lebih optimum.

01/07/2024

KETIAK BERBAU

Masalah ini pastinya akan membuatkan anda hilang keyakinan diri, walaupun secara hakikatnya hampir kebanyakan individu pasti pernah berdepan dengan situasi seperti ini.

Keadaan ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang secara istilah teknikalnya dirujuk sebagai bromhidrosis dan ia bukanlah satu masalah yang mendatangkan kebimbangan berkaitan masalah kesihatan.

Kombinasi peluh dan bakteria pada permukaan kulit anda akan menyebabkan wujudnya bau. Inilah yang dipanggil sebagai bau badan atau B.O untuk body odor. Itu jugalah keadaan yang berlaku kepada bahagian ketiak anda.

Berpeluh adalah sesuatu yang normal. Tetapi terdapat individu yang berpeluh lebih daripada biasa dan keadaan ini dipanggil hyperhidrosis. Individu dengan masalah ini akan mengalami peluh secara berlebihan terutama pada bahagian tangan, kaki serta ketiak.

Jika anda merasakan anda mungkin menghidapi hyperhidrosis, doktor akan menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada anda.

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang PertamaSuatu perkara yang dirancang perlu dijalankan.Suatu perubahan ...
01/07/2024

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama

Suatu perkara yang dirancang perlu dijalankan.
Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan.
Sebuah cita-cita bukan sekadar angan-angan sahaja.

Semua ini memerlukan langkah pertama.

Memang s**ar untuk melangkah dalam membuat perubahan
atau perancangan. Ini disebabkan terdapat rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan.

Kurang selesa kerana mungkin perubahan yang dilakukan akan membawa kesan negatif kepada perancangan.

Rasa takut, kerana takut kepada kegagalan yang mungkin berlaku kepada apa yang dirancangkan.

Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Takut dicemuh dan takut diketawa.

Ada juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-citakan. Tiada usaha untuk bermula walaupun hanya langkah pertama.

Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan
bermula.

Tanpa langkah pertama tiada kejayaan akan dicapai.

08/08/2022

G&H PROTECT+ Deodoran & Semburan Antipeluh

Formula yang diinspirasikan daripada alam semula jadi di dalam G&H PROTECT+ Deodoran & Semburan Antipeluh mengandungi campuran Ekstrak Teh Putih, Ekstrak Bilberi, Mineral Asli, Vitamin C dan Lichen Plus yang eksklusif membantu mengawal peluh dan menghalang pembentukan bau.

Dengan perlindungan daripada peluh dan bau sehingga 48 jam serta haruman yang menyegarkan, G&H PROTECT+ Deodoran & Semburan Antipeluh memberikan keyakinan sepanjang hari.

06/08/2022

PHILIPS Premium Digital Airfryer HD9741

Sentiasa berada di barisan depan dalam cara memasak serba boleh, Philips Airfryer bukan sahaja untuk membuat makanan bergoreng; anda juga boleh membakar, memanggang malah menggril daging, ikan dan sayur-sayuran.

Kini, Philips telah menjadikan perkakas kegemaran anda lebih hebat dengan Premium Digital Airfryer. Dinaik taraf dengan paparan digital dan 4 menu pratetap.

Anda boleh memasak kentang jejari beku, daging, ikan atau paha ayam dengan pantas dan mudah hanya melalui satu sentuhan butang.

Address

Meru

Telephone

+601110309818

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukri And Najaa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share