04/03/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua 🤍
IBBS 2026 ialah satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia untuk memahami dengan lebih jelas situasi HIV, STI serta faktor risiko dalam komuniti.
Kajian ini adalah tanpa nama, tiada pengumpulan nombor IC atau maklumat pengenalan diri, dan semua ujian yang dijalankan adalah percuma.
Tujuan kajian ini bukan untuk menghukum atau menilai sesiapa, tetapi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan benar-benar selaras dengan keperluan sebenar komuniti.
Penyertaan anda amat bermakna.
Setiap suara dan pengalaman yang dikongsi membantu membentuk perancangan kesihatan yang lebih tepat, inklusif dan adil untuk semua.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda.