Kor Kadet Polis .SMKBP.Unit Kokurikulum

Kor Kadet Polis .SMKBP.Unit Kokurikulum Persatuan Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir,Muar, JOHOR Unit kokurikulum. Guru-guru Penasihat Kor Kadet Polis SMK Bukit Pasir

Pn. Hj.

Noor Fadhilah Hanim binti Adnan (K1)
Pn. Zainon binti Kahar (K2)
En. Liow Hoi Lee
En. Sivakumar A/L Balakrishnan
Pn. Suraya binti Salleh
En. Mashudin bin Mas'ot
En. Saiful Nizam bin Mohd Radzi
Tn. Mohd Yusof bin Ngadiman
Pn. Haimi Suzana binti Abd Wahab


Carta Organisasi Kor Kadet Polis SMK Bukit Pasir

Pengerusi : M.Fareezul Hafiq bin Mohd Mazri (Ting 5)
N.Pengerusi : Noranizah binti Wagi (Ting 6 A)
Setiausaha : Nabila Huda binti Mohamad (Ting 5)
N.Setiausaha : Siti Marzita binti Omar Laicens (Ting 5)
Bendahari : Fatin Aziah binti Mohd Amir (Ting 5)
N.Bendahari : Haffizzudin bin Shaharuddin (Ting 5)

AJK
Ting 1 : Muhd Shahrizan bin Sulaiman
Ting 2 : Amirrudin bin Mat Isa
Ting 3 : Suhaimi bin Zul'Ain
Ting 4 : Nuraznina binti Ali
Ting 5 : Muhammad Fikri bin Rahim

04/03/2014

tarian perang kor kadet polis SMKBP

08/04/2013

Guru-guru Penasihat Kor Kadet Polis SMK Bukit Pasir

Pn. Noor Fadhilah Hanim binti Adnan (K1)
Pn. Zainon binti Kahar (K2)
En. Liow Hoi Lee
En. Sivakumar A/L Balakrishnan
Pn. Suraya binti Salleh
En. Mashudin bin Mas'ot
En. Saiful Nizam bin Mohd Radzi
Tn. Hj. Mohd Yusof bin Ngadiman
Pn. Haimi Suzana binti Abd Wahab

Carta Organisasi Kor Kadet Polis SMK Bukit Pasir

Pengerusi : M.Fareezul Hafiq bin Mohd Mazri (Ting 5)
N.Pengerusi : Noranizah binti Wagi (Ting 6 A)
Setiausaha : Nabila Huda binti Mohamad (Ting 5)
N.Setiausaha : Siti Marzita binti Omar Laicens (Ting 5)
Bendahari : Fatin Aziah binti Mohd Amir (Ting 5)
N.Bendahari : Haffizzudin bin Shaharuddin (Ting 5)

AJK
Ting 1 : Muhd Shahrizan bin Sulaiman
Ting 2 : Amirrudin bin Mat Isa
Ting 3 : Suhaimi bin Zul'Ain
Ting 4 : Nuraznina binti Ali
Ting 5 : Muhammad Fikri bin Rahim

VISI, MISI, Dan MOTO Kadet Polis Malaysia
08/04/2013

VISI, MISI, Dan MOTO Kadet Polis Malaysia

SANG SAKA BIRU Berkibar Sang Saka BiruGagah sentiasaPusaka Polis Di RajaInilah azimat kitaLakar biru warna muliaLambang ...
06/04/2013

SANG SAKA BIRU

Berkibar Sang Saka Biru
Gagah sentiasa
Pusaka Polis Di Raja
Inilah azimat kita

Lakar biru warna mulia
Lambang setia kepada negara
Obor bakti penggerak jiwa
Nusa bangsa dijaga

Sang Saka Biru bendera kita
Berkibar setiap masa
Bersatu Semua
Aman jaya negara

Lakar biru warna mulia
Lambang setia kepada negara
Obor bakti penggerak jiwa
Nusa bangsa dijaga

Sang Saka Biru bendera kita
Berkibar setiap masa
Bersatu Semua
Aman jaya negara

06/04/2013

PASUKAN BERUNIFORM KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri para pelajar.

06/04/2013

Idea penubuhan Pasukan Kadet Polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:

06/04/2013

Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa” .

LIRIK LAGU POLIS SEDIA BERKHIDMATPolis sedia berkhidmatKerna negeri dan rakyatHidup berbahagia, aman sentosaPolis sedia ...
06/04/2013

LIRIK LAGU POLIS SEDIA BERKHIDMAT
Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Pada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Pada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

06/04/2013

Guru-guru Penasihat Kor Kadet Polis SMK Bukit Pasir

Pn. Noor Fadhilah Hanim binti Adnan (K1)
Pn. Zainon binti Kahar (K2)
En. Liow Hoi Lee
En. Sivakumar A/L Balakrishnan
Pn. Suraya binti Salleh
En. Mashudin bin Mas'ot
En. Saiful Nizam bin Mohd Radzi
Tn. Hj. Mohd Yusof bin Ngadiman
Pn. Haimi Suzana binti Abd Wahab

06/04/2013

PANDUAN KURIKULUM
PENGETAHUAN KEPOLISAN DAN KENEGARAAN

A. Pengenalan kepada organisasi polis peringkat pusat,negeri,daerah dan balai
1. Pengenalan kepada Undang-undang .
2. Kanun Keseksaan
3. Kanun acara Jenayah
4. Aktar Dadah Merbahaya
5. Kes Juvana.
6. Akta senjata Api
7. Akta Pengngangkutan Jalan.
8. Akta Orang muda.
9. Undang-undang kecil 3/55
10. Akta Perlindungan kanak-kanak
11. Undang-undang benda melucur/bahan letupan /senjata.
12. Akta rasuah
13. Kesalahan Tatatertib dan hukuman.

B. Kenegaraan
1. Sejarah negara Polis Diraja Malaysia
2. Kepimpinan Dalam PDRM semasa pemerintahan British.
3. Peristiharan Dharurat 1948.
4. Penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu.
5. Kemerdekaan Tanah Melayu1957
6. Sejarah Penubuhan Malaysia
7. Penglibatan polis mencegah penyeludupan Dadah
8. Penglibatan polis membantu menyelesaikan masalah muda-mudi
9. Tokoh-tokoh yang berjasa pada negara.
10. Mengenali lambang-lambang negeri dan negara,lagu-lagu petriotik.

C. Bina Diri Atau Kreativiti
1. Disiplin /kerohanian .
2. Ceramah agama.
3. Hobi
4. Sembahyang Jemaah (Qiamullail)
5. Projek keceriaan
6. Bacaan Doa
7. Ikrar polis
8. Jimrama berkump**an
9. Bersukan
10. Kebudayaan Malaysia (piusi,drama,deklamasi pantun sajak atau syair)
11. Pertandingan mengarang.
12. Sudut pameran Kadet polis
13. Reka Cipta
14. Sukanika dan Tradisional

D. Khidmat Masyarakat
1. Gotong royong melibatkam:kawasan sekolah surau masjid dan lain
2. Lawatan ziarah ke: rumah kebajikan ,anak yatim,orang tua ,hospital
3. Pertolongan cemas
a. Mengenali konsep pertolongan cemas Siapa perlu terlibat Prinsip pertolongan cemas
b. Mengenali dan mengetahui: Tempat kemalangan,jenis kenderaan, sebab berlaku dan cara mengelak kemalagan
c. Mengenali dan mengetahui Alat pertolongan cemas,alat yang perlu ada pada kotak pertolongan cemas
d. Cara pertolongan cemas Pitam,patah ,tarseliuh,kekejangan, gigitan binatang
e. Cara membuat alatan pertolongan cemas:penyusung
f. Kerja amali kepada kes kes yang di rancang: Patah,pitam ,berdarah
g. Lawatan ke unit kecemasan:Hospital,balai polis dan bomba
h. Mengenala CPR/bantu mula
i. Kebombaan: Cara mencegah kebakaran : barang mudah terbakardan alat lawan api

KETAHANAN DIRI

A. Perkemahan
-Kursus pengurusan kepimpinan pegawai kanankadet polis
-Kursus kepimpinan pangkat rendah [ARP]
-Perkhemahan orientasi kadet polis
-Perkhemahan tahunan kadet polis
-Perkhemahan tahunan peringkat kebangsaan

B. Kawad
- Sedia/ Senang diri/ Rehatkan diri
a. Hentak kaki/Berhenti masa derdiri
b. Melangkah ke hadapan/ke belakang
c. Langkah merusuk kiri/kanan
- Baris dalam tiga barisan /luruskan barisan/ kekanan lurus /kederetan kosong/terangkan
- Buka /tutupbarisan/nombor/terangkan
a. Masuk baris/ terangkan
b. Bersurai keluar baris
- Berpusing ke kiri /kanan/belakang/separuh alam berhanti.
- Berjalan/berhenti dalam cepat/belok kiri/kanan
- Hormat tampa topi/berpakaian awam /pandang kiri/kanan dan lain lain
- Hormat kehadapan selaku terima sijil
- Hormat ke kanan/ kiri semasa jalan
- Berjalan/berheti dalam perlahan masa/belok ke kiri / kanan
- Hentak kaki/maju/berhenti dalam cepatmasa
- Berpusing ke kiri/kanan /belakang/separuh dalam cepet masa
- Hentak kaki maju berhenti dalam perlahan masa
- Berpusing kiri/kanan/belakang/separuh dalam perlahan masa
a.Tukar langkahcepat/perlahan dan sebaliknya
b.Panjangkan/pendekan langkah semasa berjalan cepat perlahan masa
- Buka/tutup barisan semasa berjalan cepat/perlahan
- Paraskan skuad /terangkan
- Tukar haluan dalam berhenti/berjalan cepat/ perlahan masa
- Jadikan skuad masa berhenti /berjalan cepat/perlahan masa
- Dari tiga jadikan satu barisan dan sebaliknya
- Barisan bertiga -tiga jadikan satu barisan

C. Mata pelajaran kawad senjata
- Sedia/ senang diri/rehatkan diri dan masuk baris
- Julang senjata dari turan
- Julang senjata dari rusuk
- Rusuk senjata dari turun dan sebaliknya
- Hormat dari rusuk /Rusuk dari hormat
- Hormat dari turun/turun dari hormat
- Periksa senjata dari rusuk/lepaskan sping
- Pariksa senjata dari turun/lepaskan spring
- Hormat kehadapan semasa berjalan
- Hormat kekanan/kiri semasa berjalan
- Bimbit dari rusuk/rusuk dari bimbit
- Bimbit dari julang/julang dari bimbit
- Kalih senjata dari rusuk
- Kalih senjata dari bimbit
- Pergerakan bimbit ssenjata semasa berjalan
- Pergerakan kalih senjata semasa berjalan
- Baring angkat senjata dan senjata di tepi
padang gerak
a.sedia senjata dari turun dan sebaliknya
b.sedia senjata dari rusuk dan sebaliknya
c.sedia senjata dari julang dan sebaliknya
- selaku sentri [kawad sentri]
- pasang benet/tangal benet
- songsang senjata dari hormat dan sebaliknya
- peraturan perbarisan kehormatan

D. Merentas Halangan
Panjat dan turun
Titian gantung
Titian imbangan
Bergayut
Merangkak
Tembok halangan
Naik dan turun
Lompat berayun
Terowong
Tangga panjat

PENUBUHANRUJUKAN Peratuaran ini hendaklah dibaca bersama dengan:i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967.ii. Lampiran A Ak...
06/04/2013

PENUBUHAN
RUJUKAN
Peratuaran ini hendaklah dibaca bersama dengan:
i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967.
ii. Lampiran A Akta Polis No. 41/1967 Peraturan - Peraturan Pasukan Kadet Polis Di Raja Malaysia 1969.


TUJUAN
Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang - undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan harmoni d iantara Polis dan masyarakat.


AKTA PENUBUHAN
Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:
Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang jadual pertama (Kaedah 5) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.


ORGANISASI
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet.
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.


PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.

Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB Menteri Dalam Negeri.

Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:

Pegawai Kanan PKP
Pegawai Pangkat Rendah PKP
Anggota PKP

Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan dibahagikan kepada;

PKP Lelaki
PKP Wanita

Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP p**a adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan). PKP merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.


Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis DiRaja 1969 bertarikh 20 November 1969 seperti berikut:

Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonan untuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah dibuat oleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama (Kaedah 5)
Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang Jadual Kedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Polis Daerah melalui Komander Kompeni.
Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi Borang Jadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untuk memohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967 adalah seperti berikut:
a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli Kadet;
b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahun boleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;
c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri ,boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet;
d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit Merah atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.
f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih.
Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam Jadual Keempat (Kaedah 9).
Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.
Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan:
i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah.
ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan dalam PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya, pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan.
Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan, seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Memerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah diberhentikan.

PANGKAT DAN LENCANA PANGKATSIJIL PENGAKUANKetua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluan kepada semua...
06/04/2013

PANGKAT DAN LENCANA PANGKAT


SIJIL PENGAKUAN

Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluan kepada semua pegawai dan anggiota PKP yang berjaya menjadi anggota kadet polis.

PENGURNIAAN REBEN

Sebagai satu langkah insentif, seseorang anggota kadet boleh dikurniakan reben untuk dipakai pada uniform setelah menjalani semua ujian aktiviti yang dijalankan dalam KURIKULUM LATIHAN.

04/04/2013
04/04/2013

Address

Muar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor Kadet Polis .SMKBP.Unit Kokurikulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram