21/03/2021
APA ITU KIFOSIS?
Tanda-tanda dan simptom:
⚠️⚠️ Sakit di leher, bahu dan belakang. ⚠️⚠️
⚠️⚠️ Pada Kifosis yang serius akan berlaku sesak nafas kerana paru-paru tidak dapat mengembang sepenuhnya. ⚠️⚠️
⚠️⚠️ Postur badan membongkok kedepan. ⚠️⚠️
⚠️⚠️ Mudah keletihan ⚠️⚠️
Punca Kofisis:
Berdasarkan penyebabnya, Kifosis dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
🔥 KIFOSIS POSTURAL 🔥
Kifosis Postural biasanya disebabkan oleh postur badan yang tidak betul, misalnya dari duduk di kerusi dengan keadaan membongkok, atau menyadang beg sekolah yang terlalu berat.
🔥 KIFOSIS SCHEURMANN 🔥
Kifosis Scheurmann berlaku apabila tulang belakang mengalami kelainan pada perkembangannya. Kifosis ini terjadi sebelum akil baligh, dan lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Secara amnya, lekukan kyphosis menjadi kaku dan bertambah buruk dengan pertumbuhan, akan membuat penghidapnya mengalami kesulitan untuk berdiri tegak.
🔥 KIFOSIS KONGENITAL 🔥
Jenis Kifosis ini berlaku disebabkan oleh perkembangan tulang belakang yang tidak normal ketika masih dalam kandungan. Gangguan ini boleh berlaku pada satu atau lebih vertebra, dan ia boleh bertambah buruk ketika anak mula membesar. Masih belum diketahui apa yang menyebabkan Kifosis Kongenital, tetapi keadaan ini dianggap berkaitan dengan gangguan genetik. Teori ini timbul kerana dalam beberapa kes, keadaan ini dialami oleh anak-anak dari keluarga yang mempunyai sejarah Kifosis Kongenital.
Pencegahan:
✅ Amalkan tabiat duduk pada kedudukan tegak
✅ Singkirkan kebiasaan merehatkan dagu
✅ Diet Vitamin D dan Kalsium yang mencukupi
Perawatan Kifosis:
Perawatan bergantung kepada keparahan Kifosis.
Pada Kifosis ringan, mungkin hanya diperlukan penghidap memakai alat sokongan tulang belakang (posture corrector) atau fisioterapi (kos yang lebih tinggi), sedangkan pada Kifosis teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki kelainan pada tulang belakang.
Akibat Buruk Dari Kifosis:
🚫 GANGGUAN PERNAFASAN 🚫
Dalam kes yang teruk, Kifosis dapat menekan paru-paru dan menyebabkan penghidap sesak nafas.
🚫 MASALAH PENGHADAMAN 🚫
Kifosis yang teruk boleh menekan saluran pencernaan dan mencetuskan masalah, seperti kesukaran untuk menelan makanan.
🚫 PERGERAKAN TERHAD 🚫
Kifosis boleh menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk berjalan, bangun dari kerusi, atau memutarkan kepala. Tulang belakang yang melengkung juga boleh menyebabkan
kesakitan jika pesakit berbaring.
🚫 PENAMPILAN TIDAK MENARIK 🚫
Kifosis membuat penderita kelihatan tidak menarik, kerana fizik yang bongkok. Dalam situasi yang melampau, ia boleh menyebabkan kemurungan dan pengasingan diri dari lingkungan sosial.