Pusat Kesihatan USIM

Pusat Kesihatan USIM Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Jamaah Mohd dan Pn. Pusat Haemodialisis ini dibangunkan bagi menjaga kebajikan warga USIM yang memerlukan.

Unit Kesihatan Pelajar merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada kakitangan dan pelajar KUIM/Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada tahun 2006. Pada peringkat awalnya, Unit Kesihatan Pelajar ini hanya terdiri daripada 2 orang Jururawat U29 iaitu Pn,. Rosmaria Outar@Autar serta seorang pemandu Ambulans yang mana unit ini beroperasi di Bangunan Hal Ehwal Pelajar Sementara di kabin pada tahun 2006 dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) pada April 2007. Oleh kerana pada ketika itu, hanya 2 orang Jururawat yang bertugas tanpa Pegawai Perubatan, rawatan yang disediakan hanyalah tertumpu kepada rawatan-rawatan biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan demam, sakit perut. Bagi kes-kes kecemasan yang tidak dapat dirawat, perkhidmatan ambulans akan digunakan bagi menghantar pesakit ke Klinik Kesihatan Nilai atau hospital berhampiran bagi tujuan rujukan. Pada Ogos 2007, Unit Kesihatan Pelajar semakin berkembang dengan menerima Pegawai Perubatan yang pertama iaitu Dr. Junaidah Abd Wahab, serta seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan Kesihatan. Bermula daripada itu, penyelarasan perkhidmatan Unit Kesihatan Pelajar telah menjadi lebih sistematik dan perkhidmatan telah diperluaskan dengan menyediakan perkhidmatan “standby” untuk program-program yang dianjurkan oleh universiti, perkhidmatan kecemasan, perolehan ubat yang lebih berbagai jenis dan penghantaran kes-kes yang dirujuk ke hospital menjadi lebih sistematik. Kemasukan Pembantu Perubatan turut menyumbangkan kepada perkhidmatan yang lebih luas dengan adanya penglibatan dalam menganjurkan program untuk pelajar, pemeriksaan premis makanan dan pemeriksaan kebersihan kolej kediaman. Bermula Jun 2008, Unit Kesihatan Pelajar, sekali lagi telah dipindahkan ke bangunan tetap Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mana kemudahan dan infranstruktur yang ada adalah jauh lebih selesa daripada yang sebelum ini. Bangunan ini mempunyai ruang-ruang khas seperti kaunter pendaftaran pesakit luar, ruang menunggu yang selesa, bilik rawatan Pegawai Perubatan, ruang kecemasan, farmasi, makmal, wad dan ruang
pentadbiran. Dengan kemudahan-kemudahan seumpama ini, rawatan dan perkhidmatan yang diberi menjadi lebih selesa kepada pelanggan/pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sehingga kini, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan kakitangan dan pelajar, Unit Kesihatan Pelajar telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan memberi perawatan yang cekap dan efektif kepada pelanggannya dengan menyediakan prasarana yang cukup dan persekitaran yang kondusif untuk perawatan serta mengamalkan proses kerja yang sistematik dan dalam masa yang sama memberi Pendidikan Kesihatan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, mental dan fizikal. Sistem E-Klinikal yang telah dilancarkan pada 07 Oktober 2009 juga telah banyak membantu mempercepatkan proses pendaftaran, konsultansi dan farmasi kepada pesakit jauh lebih efektif berbanding sebelumnya. Peralatan canggih seperti mesih FBC di makmal juga, memberikan implikasi yang sungguh memberangsangkan kerana ujian darah dapat dijalankan dengan keputusan yang tepat dapat diperolehi tanpa perlu dirujuk ke hospital. Dan terkini Unit Kesihatan Pelajar, USIM sedang di dalam usaha memperluas dan memperkembangkan perkhidmatannya kepada rawatan Haemodialisis. Penyumbang pertama bagi merealisasikan perkhidmatan ini ialah pihak Majlis Ugama Islam Pahang yang telah mendermakan sebuah mesin Haemodialisis sebagai langkah permulaan dan 3 buah mesin Haemodialisis lagi dibeli oleh Unit Kesihatan Pelajar, USIM. Mesyuarat pertama berkaitan penubuhan pusat ini telah diadakan pada 23 Februari 2009. Satu lawatan kerja melibatkan delegasi USIM ke Pusat Haemodialisis, Selangor Medical Centre telah diadakan pada 16 Mac 2009 dan pada 10 April 2009 ke Pusat Haemodialisis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai langkah permulaan dalam persiapan untuk menyediakan rawatan Haemodialisis ini, seorang jururawat (Pn. Jamaah Mohd) telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pos Basik pada 15 Julai 2009 sehingga 14 Januari 2010. Dalam tempoh masa yang sama, kerja-kerja bagi menggerakkan proses penubuhan ini telah dijalankan termasuk menyediakan Garis Panduan Rawatan Pusat Haemodialisis yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2010. Unit Kesihatan Pelajar kini terus berkembang dengan pertambahan kakitangan yang pada awalnya hanya mempunyai 2 orang Jururawat kepada 11 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Farmasi, 3 orang Jururawat, 1 Penolong Pegawai Tadbir, 1 Pembantu Tadbir, 1 Attendan Kesihatan dan 2 orang pemandu ambulans. Perkhidmatan Pegawai Perubatan Locum turut disediakan bagi Pegawai Perubatan sedia ada merawat pesakit yang puratanya mencecah 40 orang pesakit dalam tempoh satu hari bekerja.

Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan 2026! 👨‍⚕️👩‍⚕️  Terima kasih atas komitmen, kesungguhan dan khidmat yang sentias...
10/03/2026

Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan 2026! 👨‍⚕️👩‍⚕️

Terima kasih atas komitmen, kesungguhan dan khidmat yang sentiasa diberikan dalam menjaga kesihatan komuniti. Setiap usaha dan pengorbanan anda amat dihargai.

Khas buat
AMO En. Faiq & AMO Pn. Hazwani,
terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang dalam memberi rawatan dan bantuan kepada pesakit di PKU.

Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan dan sentiasa diberkati. 💙

Salam Nuzul Al Quran 1447H Semoga cahaya Al-Quran terus menerangi hidup kita dan menambah keberkatan di bulan Ramadan. 🌙
06/03/2026

Salam Nuzul Al Quran 1447H

Semoga cahaya Al-Quran terus menerangi hidup kita dan menambah keberkatan di bulan Ramadan. 🌙

Majlis Iftar PKU 30266/2/26@JumaatGastrohub, Nilai
06/03/2026

Majlis Iftar PKU 3026
6/2/26@Jumaat
Gastrohub, Nilai

Dengkur kuat bukan kelakar.Kalau dengkur anda sampai orang sebelah tak boleh tidur, itu mungkin bukan sekadar bunyi.Ia b...
04/03/2026

Dengkur kuat bukan kelakar.

Kalau dengkur anda sampai orang sebelah tak boleh tidur, itu mungkin bukan sekadar bunyi.
Ia boleh jadi tanda tidur anda sedang “rosak”.

Salah satu punca yang perlu kita ambil serius ialah sleep apnea.
Ringkasnya, saluran pernafasan jadi sempit atau tertutup sekejap-sekejap masa tidur.
Nafas terhenti seketika, otak panik, badan “terjaga” halus, tapi anda tak sedar.

Sebab itu ada orang tidur 7 hingga 8 jam pun masih rasa macam tak tidur.

Antara petanda yang biasa berlaku
Mengantuk teruk waktu siang, mudah microsleep masa memandu atau mesyuarat
Bangun pagi sakit kepala atau mulut kering
Mudah marah, cepat tersinggung, emosi tak stabil
Pasangan perasan ada masa anda “senyap” tak bernafas, lepas tu tersedak atau tercungap

Langkah mula yang paling simple, buat malam ini
Minta pasangan atau ahli rumah perhati. Ada tak masa nafas terhenti, kemudian tersedak
Cuba tidur mengiring dan tinggikan sedikit kepala
Elakkan alkohol atau ubat yang buat mengantuk tanpa nasihat, terutama sebelum tidur
Kalau anda ada berat badan berlebihan, mula dengan sasaran kecil, turun 2 hingga 3 kg pun boleh bantu
Kalau tanda mengantuk siang makin ketara, atau ada episod nafas terhenti, dapatkan penilaian di klinik untuk saringan lanjut

Ini bukan soal kuat atau lemah.
Ini soal otak dan badan tak dapat rehat yang sepatutnya.

Kalau anda dengkur, anda rasa anda jenis terus lena, atau bangun pagi macam tak cukup tidur?

  | Info Ramadan 1447HTIP DERMA DARAH DI BULAN RAMADAN 🌙 Derma darah di bulan Ramadan, satu amalan mulia yang menyelamat...
04/03/2026

| Info Ramadan 1447H

TIP DERMA DARAH DI BULAN RAMADAN 🌙

Derma darah di bulan Ramadan, satu amalan mulia yang menyelamatkan nyawa ❤️🌙

Walaupun berpuasa, amalan menderma darah masih boleh diteruskan dengan langkah yang betul dan selamat.

Antara tip penting yang perlu diberi perhatian:

1️⃣ Mendermalah di salah satu tempat pusat derma darah yang telah disediakan oleh pihak KKM.
2️⃣ Elakkan pengambilan makanan berlemak, terutamanya 'fast food',. Utamakan diet yang tinggi zat besi.
3️⃣ Galakan lebih diberikan kepada penderma bukan Islam untuk tampil menderma darah.
4️⃣ Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum dan selepas menderma darah.
5️⃣ Hanya penderma tetap diminta melambatkan sahur. Tidak disarankan kepada penderma pertama kali dan wanita.
6️⃣ Banyakkan minum air putih semasa bersahur dan berbuka. Elakkan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Setitis darah anda mampu memberi harapan dan menyelamatkan nyawa. Jom sama-sama kita sebarkan kebaikan sepanjang Ramadan ✨

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli




Gatal seluruh badan waktu malam ni ramai alami, tapi ramai juga diam je.Sebab malu nak cerita.Sebab takut orang fikir ki...
04/03/2026

Gatal seluruh badan waktu malam ni ramai alami, tapi ramai juga diam je.

Sebab malu nak cerita.
Sebab takut orang fikir kita tak bersih.
Padahal gatal malam boleh jadi macam-macam.

Yang penting, kita kena beza.
Ini alahan biasa, atau kudis buta?

Self-check ringkas untuk bezakan

Lebih cenderung alahan atau kulit kering bila
Gatal datang dan pergi, kadang ikut cuaca, sabun, habuk, atau makan.
Kulit nampak kering, kemerahan ringan, tapi tiada “laluan” halus pada kulit.
Ahli rumah lain tidak gatal kuat yang sama.

Lebih mencurigakan kudis buta bila
Gatal makin menjadi waktu malam sampai susah tidur.
Ada bintik kecil atau gelembung halus, terutama di celah jari, pergelangan tangan, siku, ketiak, pusat, pinggang, punggung, atau kawasan sulit.
Ada garis halus seperti “laluan” pada kulit.
Ahli rumah lain turut gatal, atau mula gatal selepas anda.

Apa boleh buat di rumah sementara tunggu rawatan
Elakkan berkongsi tuala dan pakaian.
Basuh baju, cadar, dan tuala dengan air panas jika boleh, kemudian keringkan betul-betul.
Potong kuku, elak menggaru kuat supaya tak luka dan dijangkiti.
Sapu pelembap kalau kulit sangat kering untuk kurangkan iritasi.

Bila perlu rawatan
Kalau corak gatal dan tempat bintik macam yang mencurigakan, jangan tangguh.
Kudis buta perlukan rawatan khusus, dan biasanya rawatan perlu melibatkan ahli rumah yang rapat supaya ia tak berulang.

Soalan mudah.
Kalau gatal anda, ia lebih kuat waktu malam atau waktu siang?

Telur ni antara makanan yang paling banyak orang “takut” tanpa sedar.Takut sebab kuning telur.Takut sebab kolesterol.Tak...
04/03/2026

Telur ni antara makanan yang paling banyak orang “takut” tanpa sedar.

Takut sebab kuning telur.
Takut sebab kolesterol.
Takut sebab ayat yang kita dengar sejak dulu, makan telur nanti kolesterol naik.

Tapi bila kita tengok bukti kajian yang lebih baru, cerita dia tak semudah itu.

Bukan maksudnya telur jadi makanan ajaib.
Cuma maksudnya, kambing hitam kita selama ini mungkin tersalah sasaran.

Ramai orang punya LDL naik bukan sebab telur semata.
Selalunya sebab lemak tepu yang mengiringi cara kita makan telur.

Telur rebus dengan sayur dan buah itu lain.
Telur goreng garing, makan sekali dengan makanan tinggi lemak tepu, itu lain.

Ada kajian pada 2025 yang bandingkan corak diet berbeza dan dapati dua biji telur sehari dalam diet rendah lemak tepu boleh menurunkan LDL berbanding diet tinggi lemak tepu walaupun telur lebih sedikit.
Maksud dia jelas.
Lemak tepu lebih kuat memacu LDL daripada kolesterol dalam telur.

Jadi kalau anda nak makan telur dengan lebih “mesra kolesterol”, pegang 4 prinsip ini.
-Pilih cara masak yang rendah minyak.
-Padankan dengan serat, sayur, kekacang, buah, oat.
-Kurangkan makanan tinggi lemak tepu pada hari yang sama.
Dan paling penting, tengok bacaan darah anda sendiri, bukan ikut takut orang.

Satu nota penting.
Kesan telur pada kolesterol boleh berbeza ikut individu, genetik, dan keadaan kesihatan.
Kalau anda ada kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung, atau sejarah keluarga kuat, lebih baik bincang dengan doktor dan pantau bacaan lipid secara berkala.

Hari ni saya nak tanya jujur.
Anda team telur rebus, telur separuh masak, atau telur dadar

Rewang iftar bersama-sama dengan rakan ptj lain untuk juadah berbuka hari ini
04/03/2026

Rewang iftar bersama-sama dengan rakan ptj lain untuk juadah berbuka hari ini

  | Info Ramadan 1447H🚨 AMARAN AWAL WAJIB BERBUKA PUASA Puasa adalah ibadah yang menuntut ketahanan fizikal dan mental. ...
01/03/2026

| Info Ramadan 1447H

🚨 AMARAN AWAL WAJIB BERBUKA PUASA

Puasa adalah ibadah yang menuntut ketahanan fizikal dan mental. Namun, Islam juga menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan diri. Kenali tanda-tanda amaran awal yang mewajibkan anda berbuka puasa demi mengelakkan risiko yang lebih serius.

✅ Gula menurun (Hipoglisemia)
🔺Menggigil, peluh sejuk, pitam

✅ Dehidrasi teruk
🔺 Pening lalat, lidah kering, keliru

✅ Gula meningkat mendadak
🔺 Haus melampau, kerap kencing, nafas berbau

✅ Sakit mendadak
🔺 Muntah, cirit-birit berterusan

📌 Jika mengalami mana-mana tanda ini, segera berbuka puasa dan dapatkan rawatan jika perlu. Menjaga kesihatan adalah sebahagian daripada tanggungjawab dalam beribadah.




🍮 Puding Karamel Khairul Aming: Sedap, Tapi Berisiko untuk Pesakit Diabetes? 🍮Sdr Khairul Aming Jangan marah tau. Ambe n...
01/03/2026

🍮 Puding Karamel Khairul Aming: Sedap, Tapi Berisiko untuk Pesakit Diabetes? 🍮

Sdr Khairul Aming Jangan marah tau. Ambe nak beri peringatan mesra jer ni. Puding karamel KA tu yang nampak sangat menyelerakan.. Namun cop dulu, buat rakan-rakan kita yang menghidap kencing manis (diabetes), kita perlu lebih berhati-hati sebelum menyuap pencuci mulut ini ke mulut.

Kenapa hidangan ini dikategorikan sebagai "bahaya" untuk pesakit diabetes? Mari kita lihat faktanya:

1. Kandungan Gula yang Melampau

Gula Pasir (Karamel): Hanya untuk bahagian karamel sahaja, 5 sudu besar gula digunakan. Jumlah ini sudah melebihi had harian yang disarankan bagi seorang dewasa, apatah lagi bagi pesakit diabetes.

Susu Pekat Manis: Penggunaan 1/2 cawan susu pekat adalah sumber karbohidrat ringkas yang sangat tinggi. Ia boleh meningkatkan aras gula dalam darah secara mendadak (sugar spike).

2. Gabungan Susu Cair & Susu Pekat

Kombinasi ini mengandungi laktosa dan gula tambahan yang menambah beban kalori serta glukosa dalam badan anda.

3. Kesannya Kepada Badan Anda

Lonjakan Gula Darah: Gula ringkas diserap dengan sangat pantas, menyebabkan bacaan glukosa sukar dikawal walaupun dengan bantuan insulin.

Gangguan Fungsi Insulin: Pengambilan gula tinggi secara berterusan boleh memudaratkan lagi keadaan kencing manis dan merosakkan fungsi insulin sedia ada.

🍓 Apa Alternatif Yang Lebih Sihat?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pesakit diabetes menggantikan pencuci mulut yang manis seperti puding atau kek dengan Buah-buahan Segar. Buah-buahan memberikan serat yang membantu melambatkan penyerapan gula. Memberi rasa manis semula jadi tanpa tambahan gula putih yang memudaratkan.

Ingat: Sayangi nyawa, kawal paras gula. Sekali-sekala mungkin teringin, tapi pastikan dalam kuantiti yang sangat kecil sebagai penyedap rasa atau pilih alternatif yang lebih selamat untuk kesihatan jangka panjang anda! 🍎🍏

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
1/3/2026

Bila balik dari bazar Ramadan dengan bungkusan makanan yang tak habis, atau bagi peniaga yang lauknya tidak habis dijual...
01/03/2026

Bila balik dari bazar Ramadan dengan bungkusan makanan yang tak habis, atau bagi peniaga yang lauknya tidak habis dijual, selalunya kita akan rasa dilema.

Sayang nak buang, tapi takut p**a sakit perut kalau disimpan.

Niat yang baik untuk mengelakkan pembaziran (atau mahu selamatkan modal) boleh bertukar menjadi tragedi keracunan makanan di wad kecemasan jika anda salah teknik menyimpan!

Mari uruskan lebihan juadah ini secara saintifik dan selamat:

1️⃣ Asingkan Ikut Tahap Risiko Makanan

🟢 Risiko Rendah (Kering): Kuih kering, kerepek, roti, biskut. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

🟡 Risiko Sederhana (Basah):
Nasi, mi, ayam goreng, murtabak. Sangat cepat rosak dan perlu diuruskan mengikut masa.

🔴 Risiko Tinggi (Sangat Bahaya):
Makanan bersantan, berkrim, makanan laut (seafood), kuah pekat, atau yang sudah banyak disentuh pelanggan.

JANGAN KITAR SEMULA untuk dijual esok!

2️⃣ Peraturan Emas "2 Jam" (Untuk Simpanan Keluarga)

Bakteria membiak dengan sangat ganas pada suhu bilik. Jika makanan terdedah lebih 2 jam, risikonya naik mendadak.

Jika masih belum melepasi masa kritikal, ikuti langkah ini:

• Sejukkan Cepat: Pindahkan ke dalam bekas kecil supaya suhu cepat turun.
• Masuk Peti Sejuk: Simpan di ruangan 'chiller' untuk dimakan dalam 1-2 hari. Labelkan tarikh.
• Panaskan Betul-betul: Bila nak makan waktu sahur, panaskan sampai mendidih dan betul-betul berasap (bukan sekadar suam-suam kuku).

🚨 Jika makanan mula berlendir, bau masam pelik, atau berbuih... BUANG TERUS.

3️⃣ Taktik "Selamatkan Modal" Secara Kreatif

• Nasi Putih: Boleh diubah menjadi nasi goreng untuk sahur, asalkan disimpan cepat dan dipanaskan dengan betul.

• Minuman Balang: Air manis yang sudah terdedah lama dan bercampur ais cair sangat terdedah kepada bakteria kencing tikus/E.coli. Lebih selamat dibuang.

4️⃣ Sedekah Biar Berhemah

Sedekah itu mulia, tetapi jangan jadikan perut penerima (seperti gelandangan atau jemaah masjid) sebagai "tong sampah" makanan hampir rosak.

Pilih makanan yang masih panas, baru dibungkus, dan sedekahkan lebih AWAL, bukan tunggu waktu malam bila lauk sudah sejuk dan berisiko.

5️⃣ Pelupusan Yang Betul
Jika terpaksa membuang sisa, asingkan sisa makanan di dalam beg plastik berasingan dan ikat dengan kemas untuk mengelakkan hurungan lalat dan tikus pembawa penyakit.

Sisa makanan yang diurus dengan ilmu bukan sahaja menyelamatkan perut keluarga anda, tetapi juga menjaga kelestarian kebersihan awam.

🚫 "JANGAN MAKAN TELUR, NANTI LUKA BER-NANAH!" 🚫Pernah dengar petua ni? "Wajib cari Ikan Haruan kalau nak luka cepat semb...
01/03/2026

🚫 "JANGAN MAKAN TELUR, NANTI LUKA BER-NANAH!" 🚫

Pernah dengar petua ni? "Wajib cari Ikan Haruan kalau nak luka cepat sembuh"? " Makan telur menyebabkan luka bernanah teruk"!
Jom kita pecahkan mitos yang dah lama bersarang dalam kepala kita:

1. Mitos: Ikan Haruan Adalah "Raja" Segala Ikan. Ramai ingat kalau tak makan ikan haruan, luka takkan kering.
☑️ Faktanya: Protein itu penting, tapi tak semestinya kena ikan haruan saja. Ikan lain, daging ayam, daging lembu, dan kacang-kacang pun ada kesan penyembuhan yang SAMA. Janganlah sampai stress kalau tak jumpa ikan haruan! Nasihat ni bukan bermakna dilarang makan ikan haruan.

2. Mitos: Telur & Ayam Punca Gatal/Nanah 🥚🍗 Ini paling kesian. Masa badan tengah perlukan "bahan binaan" nak tutup luka, kita p**a pantang tak tentu hala.
☑️ Faktanya: Telur adalah Protein Lengkap. Ia sumber protein berkualiti tinggi yang kaya dengan vitamin untuk pemulihan.
❇️ Tiada bukti klinikal yang mengaitkan ayam atau telur dengan kegatalan atau kerosakan luka (melainkan anda memang ada alahan/alergi spesifik). Jadi, jangan takut nak makan telur!

💡 Apa Yang Badan Kita "Betul-Betul" Nak? Nak luka sembuh optimum? Ini sifir dia:
▪️Protein & Kalori: Ibarat simen nak bina dinding. Perlu 1.25g - 1.5g protein bagi setiap kg berat badan anda.
▪️Vitamin C & Zink: Untuk hasilkan kolagen dan kuatkan imuniti.
▪️Air yang Cukup: Sasaran 30ml bagi setiap kg berat badan. Kulit kena hidrasi baru luka cepat cantik.

Tu pasai, jangan terlalu obses berpantang sampai badan jadi lemah (Malnutrisi). Makanlah secara seimbang. Badan yang cukup nutrisi adalah "doktor" terbaik untuk sembuhkan luka sendiri.

Silakan SHARE ilmu ni. Jangan biarkan makcik-makcik bawang terus sebar mitos telur bernanah lagi! 😂👇

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
26/2/2026 @5:10pm

Address

Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Tuesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Wednesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Thursday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067986121

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram