Sata Abg Bomba

Sata Abg Bomba By Cik Faa

Chanella❤️
23/11/2020

Chanella❤️

Coming soon...
17/10/2020

Coming soon...

Dulu Goose sekarang agak agak nak letak nama apa pulak ye?💙💜
18/07/2020

Dulu Goose sekarang agak agak nak letak nama apa pulak ye?💙💜

Love sangat tengok si adik manis gayakan Pine , pakai ni kalau ootd memang terus on point  lah ! Boleh dapatkan di websi...
04/07/2020

Love sangat tengok si adik manis gayakan Pine , pakai ni kalau ootd memang terus on point lah !
Boleh dapatkan di website hq www.farehahq.com

Sold out,tudung viral anti kedut by cik faa..
04/07/2020

Sold out,tudung viral anti kedut by cik faa..

InsyaAllah satar abam bomba akan beroperasi seperti biasa minggu depan..
10/01/2019

InsyaAllah satar abam bomba akan beroperasi seperti biasa minggu depan..

Jomm rasa sata abang bomba.. Terbaikk.. Wsup 0189067985
09/06/2017

Jomm rasa sata abang bomba.. Terbaikk.. Wsup 0189067985

Hujan2 ni perkena sata.. Syokk sangat2..Berminat wsup.. 0189067985
20/04/2017

Hujan2 ni perkena sata.. Syokk sangat2..
Berminat wsup..
0189067985

Satar yang terbaik buat masa kini😉Wsup 0189067985
28/03/2017

Satar yang terbaik buat masa kini😉

Wsup 0189067985

Hari tu viral kat longkang Jepun ada ikan..kat Malaysia lagi hebat, ada lembu..😂😂Tapi nasib baik abang2 bomba Perlabuhan...
03/03/2017

Hari tu viral kat longkang Jepun ada ikan..kat Malaysia lagi hebat, ada lembu..😂😂

Tapi nasib baik abang2 bomba Perlabuhan Klang ni berjaya selamatkan..Syabas👍

Sebarang info yang berkaitan banjir di kawasan daerah Temerloh sy akan salurkan melalui page ini.. Rajin2 la like ya..
25/01/2017

Sebarang info yang berkaitan banjir di kawasan daerah Temerloh sy akan salurkan melalui page ini.. Rajin2 la like ya..

TERSANGKUT TANGAN DI DALAM TANDASSeorang lelaki Warganegara asing lingkungan 40-an dilaporkan tersangkut tangan di dalam...
25/01/2017

TERSANGKUT TANGAN DI DALAM TANDAS

Seorang lelaki Warganegara asing lingkungan 40-an dilaporkan tersangkut tangan di dalam tandas Sekolah Menengah Sri Acmar, Bandar Baru Klang tengahari tadi.

Mangsa dipercayai cuba mendapatkan semula kembali hand phone yang terjatuh menggunakan tangan tetapi tersangkut sehingga disedari oleh kakitangan sekolah.
Mangsa yang merupakan pekerja penyelenggaraan pendawaian telekomunikasi sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah berkenaan.

Mangsa terpaksa diberikan sebanyak empat suntikan penenang apabila bertindak berteriak dan tidak memberikan kerjasama semasa kerja memecahkan lantai konkrit dilakukan.
Lantai konkrit tandas berkenaan dipecahkan dan paip di tingkat bawah dipotong bagi mengelakan ruang hampagas yang akan terus memerangkap tangan mangsa.

Tangan mangsa berjaya dikeluarkan setelah ruang aliran udara diwujudkan dengan memecahkan lantai konkrit dan mangsa diserahkan kepada pihak ambulan sebelum diberi rawatan awal dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut.

21 Jan 2017 Operasi Mangsa Lemas di Kg. Dusun Langgar, Wakaf Bharu, Tumpat.
21/01/2017

21 Jan 2017 Operasi Mangsa Lemas di Kg. Dusun Langgar, Wakaf Bharu, Tumpat.

21.01.201708.50am..Banjir pulok doh kito nih...,Pah dlm pejabat dh air banjir..KOTA KUBANG LABU..
21/01/2017

21.01.2017
08.50am..
Banjir pulok doh kito nih...,
Pah dlm pejabat dh air banjir..
KOTA KUBANG LABU..

Temerloh Untuk Tatapan Generasi Baru.Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang dan di tengah Semenanj...
20/01/2017

Temerloh Untuk Tatapan Generasi Baru.

Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang dan di tengah Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu akibat daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin". Temerloh juga mempunyai beberapa mukim yang diketuai oleh penghulu.

Daerah Temerloh yang berkembang pesat pada hari ini mempunyai latarbelakang sejarah yang menarik. Menurut cerita seorang tokoh yang terkenal di Pahang iaitu Haji Zakaria Hitam, Bandar Temerloh yang ada sekarang berkembang dari penempatan sebuah kuala sungai di Sungai Pahang yang bernama Kuala Semantan. Beliau juga mengatakan bahawa nama lama bagi Temerloh ialah Kuala Semantan. Justeru itu adalah perlu untuk diketahui sejarah asal usul Kuala Semantan kerana dari sinilah lahirnya Bandar Temerloh.

Kuala Semantan pada asalnya merupakan sebuah kampung tua. Letaknya ialah di tanjung sebelah kanan kuala Sungai Semantan yang bertentangan dengan4 Kampung Bangau Parit. Mengikut ceritanya, nama 'Semantan' itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Perkataan 'Semantan' itu terbit dari perkataan 'Seman Tahan' . 'Seman Tahan' merupakan seorang Brunei yang menetap di tanjung sebelah kanan kuala, salah sebuah anak Sungai Pahang.

Osman yang dikenali sebagai Seman ini merupakan seorang yang pandai bersilat dan banyak ilmunya. Disebabkan oleh kepandaiaannya,maka ramai orang yang tinggal di sekitar tempatnya datang berguru dengan Seman.

Disamping pandai bersilat, Seman juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu.Oleh kerana kemasyurannya ini, maka nama 'Seman Tahan' diabadikan kepada sungai yang terdapat disitu .

Dari situlah nama sungai itu menjadi sungai Seman Tahan .Sungai Seman Tahan itu lama kelamaan menjadi sungai Semantan (mungkin untuk penyebutan yang mudah dan ringkas) dan kuala yang terdapat di Sungai Semantan masih kekal hingga ke hari ini . Oleh kerana ramai yang berpindah ke Kuala Semantan untuk berguru dengan Seman Tahan menyebabkan ia berkembang menjadi sebuah pekan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan yang terkenal semasa sebelum kedatangan British.

Bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku di Kuala Semantan , maka banyak kawasan-kawasan baru telah dibina untuk dijadikan kawasan penempatan .Nama Kuala Semantan dirasakan tidak bersesuaian dengan perkembangan kawasan baru ini kerana perkataan 'kuala' itu hanya meliputi kawasan sekitar pertemuan antara pintu Sungai Semantan dengan Sungai Pahang .Oleh kerana itu nama Temerloh telah diambil bagi menamakan kawasan yang baru berkembang itu.

Temerloh, sama dengan kawasan-kawasan lain di negeri Pahang, mendapat namanya melalui satu peristiwa yang berlaku di Kuala Semantan. Menurut Haji Zakaria Hitam (mendapat cerita dari orang tempatan) nama Temerloh berpunca daripada perkataan 'mereloh'.Ini berdasarkan pada satu peristiwa yang berlaku di sebuah anak sungai di kiri hilir Sungai Pahang bertentangan dengan Pulau Temerloh. Pada suatu hari ada seorang Minangkabau mendarat di kuala anak sungai itu .Semasa beliau berada di kampung tersebut , beliau melihat seorang sakai (orang asli) yang asyik mereloh (tidur) sepanjang hari tanpa mempedulikan hal-hal lain . Dari peristiwa itulah terbitnya perkataan temerloh yang kemudiannya diambil untuk menamakan kawasan yang baru dibuka itu . Pendapat yang mengatakan nama Temerloh itu datangnya dari perkataan mengeloh juga dipersetujui oleh beberapa tokoh tempatan lainnya seperti Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Haji Omar walaupun peristiwa-peristiwa yang mereka ketahui agak berlainan sedikit .

Kini Temerloh telah di iktiraf dan popular sebagai Bandar Ikan Patin. Rata rata masyarakat Malaysia mengenalinya dan bila berkunjung ke Temerloh adalah menjadi suatu yang tidak boleh di lupakan untuk merasai masakan tempoyak ikan patin di beberapa kedai yang popular di bandar ini.

Terkini, Temerloh telah di iktiraf sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung oleh Kerajaan Negeri Pahang. Mengikut kiraan matematik titik tengah itu terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu, Lancang, Temerloh.

Sumber PORTAL Resmi JKR DAERAH TEMRLOH.

Address

Pahang Tua

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sata Abg Bomba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram