31/07/2024
27.7.2024-KELUARNYA DARAH DAN KETULAN-KETULAN KOTOR.
Bismillah,sabtu tempoh hari allah memberi peluang merawat 3 orang pesakit pada satu malam.Jam 8.45 saya mulakan dengan rawatan pesakit pertama.Rawatan saya bersihkan seluruh badan pesakit,kelihatan pesakit pertama reaksi tenang sahaja.Dalam 20 minit rawatan selesai,giliran pesakit ke dua.
Rawatan dimulakan,kelihatan riak wajah pesakit mula berubah,seperti menahan kesakitan.Dalam beberapa minit pesakit mual berubah suara,dan bertindak agresif.Seperti biasa saya berkata lembut sahaja pada makhluk-makhluk yang ada dalam badan pesakit,sambil berdakwah juga pada makhluk tersebut.
Perbualan serta dakwah dan nasihat telah dibuat,dan makhluk tersebut tetap dengan pendiriannya,maka pada Allah juala saya berserah.Beberapa minit kemudian pesakit sedar.
Pesakit ke tiga sebelum rawatan saya berbual sebentar,disebab kan ini pertama kali dia hendak berubat.Dua pesakit saya rawat sebentar tadi adalah pesakit yang mendapat rawatan susulan kali ke 2.Setelah saya faham penceritaan pesakit ketiga ini,rawatan dimulakan.Reaksi pesakit ketiga ini tenang sahaja.
Atas gerak allah ,gerak jari telunjuk saya tekan pada kepala pesakit.pesakit berkata sakit bahagian kepala yang saya tekan.Bila dilepaskan,pesakit berkata ringan teramat rasa pada kepalanya.Rawatan seterusnya tidakla ada apa benda yang berlaku sehingga saya tergerak hendak menekan ibu jari pesakit.Buat
pengetahuan,pesakit memakai stokin dan di alaskan selimut.Apabila ditekan pesakit mengatakan sakit teramat,berbeza pada ibu jari kaki sebelah.Selesai rawatan pesakit ketiga.
Bila selesai ,semua pesakit membuat sendiri mandian limau dan bunga yang saya buat dengan zikir2 dan terapi nama-nama allah.Setelah selesai semuanya,mereka bercerita badan kembali ringan,dan ada yang mengtakan seperti ada sesuatu keluar dari belakang kepala salah seorang pesakit.Alhamdulillah sebelum p**ang
saya berbual dengan pesakit.Ada beberapa nasihat yang saya beri dan ada juga soalan -saoalan dari pesakit yang saya cuba jawabkan.Alhamdulillah selesai rawatan jam 1 pagi.Keesokan paginya 2 pesakit mengatakan banyak darah kotor dan beberapa ketulan ketulan darah keluar.Alhamdulillah moga allah memberi
kesembuhan pada mereka dan memberikan kesihatan yang panjang atas kesabaran mereka,insyallah.